Barang Jenama Anda

Saturday, December 31, 2005

Pujangga islamie


Dalam suatu hadih Qudsi, rasulullah telah bersabda :ertinya:(Allah telah berfirman): 'sesungguhnya sudahlah terlaksana kasihku terhadap terhadap org yg berkasih sayang krnku, dan sudahlah terlaksana kasihKu terhadap mereka yg saling bekorban keranaKu dan sudahlah terlaksana kasihKu terhadap mereka yg bersahabat keranaKu...'

Wahai orang-orang budiman dan soleh!Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat!Di hadapanmu terbentang bahaya kanun Rabbani yang menggerunkan sekiranya kamu terus membisu seribu bahasa.Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmu Perkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku,Jika tidak... tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan..

Ya banil islam..
antum qadatun nasy'il jadid..
amanul ummati seeru..wadfa'u kulla anid..
warfa'u rayah..
yakhdu khatwa kum azmul judud..
wa'aiidu majdanal madhi.
.bi'azmin min hadid..

ya banil islami..
seeru fi thariqil khalidin..
La tahabul mauta..
la takhsyau siyathal azhalimin..
imla'u ddunya salama..
wansyurul adlal mubeen..
liya'eesyan annasu ikhwanan.
.bihaqqin amininina....
hayya narqubul fajral jadida..
innana narqubu haqqa.
.zalika yauma saeed...
yauma an yusyriqa nuurun..
fanaral ayyama eeda.
.yauma an nurji'al haqqa..
majdanal madhi atthalida...

wahai putera islam..
Kamulah pimpinan generasi baru..
Selamatkanlah umat ini, aturkan langkah...
Dan hapuskan penderhaka semuanya...
Kibarkan benderamu...
Teguhkan langkahmu segagah datukmu dahulu...
Kembalikan keagungan kita yang lalu...
Dengan keazaman yang waja...

Wahai putera Islam...
Ikutilah jejak langkah pahlawan terbilang...
Jangan gentar pada kematian...Jangan takut dibelasah manusia-manusia kejam...
Isikan dunia ini dengan kesejahteraan...
Tegakkan keadilan yang sejati...
Agar manusia biasa hidup bersaudara...
Dinaungi kedamaian yang sebenar-benarnya...

Wahai putera Islam...
Marilah kita nantikan fajar baru...
Sesungguhnya kita benar-benar penanti...Hari bahagia itu...Dihati terpancarnya cahaya...Semuanya bergembira laksana hari raya...Dihari kita berjaya membangun kembali... Keagungan kita yang telah lama pergi.....
Semoga kita akan tetap hidup dalam dakwah seperti mereka..dan dakwah hidup kerana kewujudan mereka..mereka hidup semati dgn dakwah..dan dakwah hidup semati dgn mereka..Amien ya rabb...

Wednesday, December 21, 2005

Alhamulillah


Assalamualaikum pembuka bicara....

ahlan wasahlan buat semua....selawat dan salam buat junjunga besar nabi Muhammad SAW kita haiahkan juga baginda segugus Alfatehah tidak lupa juga kepada para sahabat,tabiin,tabi' tabiin,para ulama dan juga para syuhada yang sekian lama membela agama islam di dunia ini..

Syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah ana mencipta satu lagi seni dalam menyampaikan dakwah dalam era teknologi sekarang ini..BLOg..nama yang tak asing lagi bagi individu yang meminati bidang penulisan..bagi diri yang baru hendak bertateh ini...memohon agar sesiapa yang layak mengajar diri ini dalam menyampaikan dakwah islam di dalam alam maya ini...

Diharap kelahiran ana dalam BLOg sedikit sebanyak membina perisian kehidupan islam di dalam diri kita semua

wassalam
egyptstudent05

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang