Barang Jenama Anda

Sunday, January 29, 2006

Diambang maal hijrah 1427hijrah bagi 2006


Assalamualaikum...pembuka kalam dan bicara.

Alhamdulillah dengan kurniaannya dapatlah kita menghirup udara yang kian lama menipis dek jarak tahun dan masa..kejam celik-kejam celik dah hampir kita semua mengakhiri tahun hijrah bagi 1426...itu tandanya kita semakin mendekati Allah SWT...betul tak para sahabat.Firman Allah yang bermaksud

"Demi masa!sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesandenagn kesabaran"
(Surah Al-'Asr:1.3)


1427 hijrah sudah hampir dengan kita...bagaimana dgn persiapan kita untuk menghadapinya wahai sahabatku...rasa diri ini kerdil di sisi Allah SWT.Adakah azam yang kita buat pada tahun lepas sudah terlaksana ataupun tidak...walaubagaimanapun kita harus cekal menghadapinya dengan tautan kasih kepada ilahi dan kekasihnya Nabi Muhammad SAW.

Teringat kita tentang pengorbanan Rasulullah bersama para sahabat untuk menegakkan dan mengembangkan syiar islam di dunia ini...kejayaan demi kejayaan diperolehi...tetapi mengapa sekarang kita sebagai umat islam dihina dn dipijak oleh kaum kafirin...sebenarnya kita sendiri sebagai umat islam tidak bersatu dan mengamalkan ajaran yang telah Allah tetapkan iaitu Al Quran As Sunnah..dengan mengikut suruhan dari Allah SWT nescaya islam akan bangkit dari lamunan tidurnya.

Saban tahun bertukar wajah...adakah kita mahu diam sahaja sebagai umat islam yang hanya tahu akan kejadian2 yang terjadi di Palestin,selatan Thailan dan dimana sahaja umat islam dihina dan di cerca...sebagai umat islam kita perlulah memikrkan sesuatu akan perkara ini...bagaimana?...oleh itu kita sebagai umat islam perlulah memperbetulkan diri iaitu mentajdid niat kita...nawaitu kita...apakah tujuan kita dijadiakn di muka bumi ini...kita diturunkan di dunia ini sebagai khalifah buaknnyer hamba kepada Dunia.

oleh itu kita sebagai pemuda atau pemudi haruslah menongkah arus ini..menurut Yusuf al-Qhardawi..tanda2 pemuda-pemudi islam yang unggul itu adalah satu generasi yang mempunyai sifat2 yang dinyatakan dgn jelas bagi sesiapa yang membaca Al Quran atau emempelajari Sunnah Nabawiah.Antara sifat2 unik generasi ini adalah:

-generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu-
-generasi amal dan membina jama'ie-
-generasi rabbani dan ikhlas-
-generasi yang bernasabkan islam-
-generasi dakwah dan jihad-
-generasi dagang dan hidup bersama orang ramai-
-genarasi gagah dan agung-
generasi seimbang dan sederhana-
Maka yang demikian kita sebagai pemuda-pemudi impian islamie..harus berjuang menuju ke hadapan dengan memperjuangkan islam tanpa mengira bangsa dan kulit kita.Tiada perbezaan diri di dalam kehidupan islam..hanya yang membezakan hanyalah iman dan taqwa seseorang.Bagaimana cara kehidupan kita sekarang yang lebih kepada sains dan teknologi untuk dipadankan dengan Al Quran atau lebih dikenali dengan i'jazul ilmi sebagai metodologi dakwah kita zaman sekarang.
Bagaimana kita hendak mengatasi seranagan dari agam senderi seperti hadirnya aliran mazhah WAHABI,Sisters in Islam,islam liberal dan juga islam proresif(hadhari)...oleh itu kita perlu mempunyai ilmu yang mantap untuk mengatasi perkara2 yang akan merosakkan islam dan mengahncurkannya.
Akhir kalam ana menyeru kepada semua umat islam agar bangkitlah dalam menjana kebangkitan islam di akhir zaman ini...terdapatnya firman Allah yang bermaksud..."tidak aku ubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri..."
SALAM HIJRAH 1427hijrah dari ana;
ikhwahegypt04

Thursday, January 12, 2006

Renungan dari Rasulullah SAW


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أعطيت أمتى ثلاثا لم تعط الا الأنبياء:كان الله اذا بعث نبيا قال له:"ادنى أستجب لك":، وقال لهذه الأمة:"ادعونى أستجب لكم".وكان الله اذا بعث نبيا قال له:"ما جعل عليك فى الدين من حرج"وقال لهذه الأمة:"لا جعل عليكم فى الدين حرج".وكان الله بعث نبيا جعله شهيدا على قومه وجعل هذه الأمة شهداء على الناس"وصدق الله اذ يقول(وكذلك جعلنكم أمة وسطالتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا)

محمد فريزال محمد شاه

Thursday, January 05, 2006

Tahun Baru Azam Baru



Assalamualaikum...bismillahir rahmannir rahim

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi nikmat nafas dan kehidupan di dunia yang fana ini...bersyukur kerana diberi nikmat islam di dalam diri yang kerdil dan hina ini..tunduk patuh atas suruhannya sebagai hambanye satu kewajipan bagi diri ana..

Ermmmm rasanyer nielah first time ana coretkan cerita ana di bumi ardil kinanah di dalam blog ana nie..mana taknyer ana sibuk dengan kitab doktor..hehehehe Alhamdulillah baru lepas imtihan fasal awal nie...pengalaman pertama ana dalam menduduki imtihan di University Al Azhar nie..banyak jugak cabaran nak imtihan hanya Allah saja yang tahu..

first time nurvese yang teramat sangat sampai blank kejap time first hours..alhamdulillah tenangkan fikiran wat lah aper yang mampu..mana tak blank time tue lah nak cari tempat duduk..org dah mula kitorang belum mula lagi..tapi nak buat macam mana rezeki semua...doklah mana2 yang ditentukan oleh muraqib so duduklah di tempat yang diberi pastue jawab blank habis...jawab jugak jgn tak jawab..kat bumi ardil kinanah nie macam2 bleh jadi tak macam kat Malaysia..banyak dugaan dan cabarannyer..kena tangani dengan penuh sabar dan taqwa..

Syair Arab ada mengatakan:
"Sesuatu perkara itu bagimu adalah sukar yang termampu ditanggung,sesungguhnya yang susah itu diringankan dengan meringankannya"


susah macam mana pun kat bumi ardil kinanah ini kena banyak bersabar dengan cabaran dan dugaan..walaupum susah macam mana pun masalah dan ujian yang akita hadapi pergilah tunduk sujud memohon pertolongan dari ALLAH SWT..yang maha Pengasih dan Penyayang...

sabda Rasulullah; "Al sabru minal iman"

fasal awal nie exam 5 madah:first MILAL WA NIHAL second FEQH ISLAMIE(IBADAT) third NUZUM ISLAMIAH, fourth LUGHAH ARABIAH, fifth ENgLISH...

pergh mantap! kata ahli bait ana raies...ermm boleh tahan jugak lah susahnyer soalan2 imtihan hafal x hafal n faham jerklah...lepas nie bermulalah hafazan quran plak 2 juzuk plak...talaqqi ngan Ustaz Hakimi ahli bait ana yang kuliag qiraat quran tue lah jawabnyer.

2005 sudah berakhir dari lambaian pesona dunia..2006 kembali mengukir kehidupan baru..azam lama yang belum terlaksana adakah hendak dilaksanakan atau tidak..itu diri sendiri yang mengenal pasti buat coretan tahun baru.Adakah kita akan menghargai masa yang kian ditelan zaman?tahun berganti tahun...adakah kita tetap sama dengan diri kita yang dulu..

Dalam suruh al-Asr, Allah berfirman: “Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.”

Yang penting bukan tahun saja baru tetapi jiwa juga harus baru, minda baru, akhlak baru barulah tahun baru akan berubah.Akan tetapi, jika kita tidak mengetahui nilai waktu, bagaimana hendak ada kesedaran...betul tak whai kawan2 ku sekalian


ermm rasanyer sampai disini jerk buat masa nie...semoga coretan kali ini dapat menilai minda kalian semua akan coretan monolog ana ni sekian wassalam
ilalliqa ma salamah


mohd farizal shah
FACULTY OF THEOLOGY,
UNIVERSITY AL AZHAR,TANTA,EGYPT

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang