Diambang maal hijrah 1427hijrah bagi 2006


Assalamualaikum...pembuka kalam dan bicara.

Alhamdulillah dengan kurniaannya dapatlah kita menghirup udara yang kian lama menipis dek jarak tahun dan masa..kejam celik-kejam celik dah hampir kita semua mengakhiri tahun hijrah bagi 1426...itu tandanya kita semakin mendekati Allah SWT...betul tak para sahabat.Firman Allah yang bermaksud

"Demi masa!sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesandenagn kesabaran"
(Surah Al-'Asr:1.3)


1427 hijrah sudah hampir dengan kita...bagaimana dgn persiapan kita untuk menghadapinya wahai sahabatku...rasa diri ini kerdil di sisi Allah SWT.Adakah azam yang kita buat pada tahun lepas sudah terlaksana ataupun tidak...walaubagaimanapun kita harus cekal menghadapinya dengan tautan kasih kepada ilahi dan kekasihnya Nabi Muhammad SAW.

Teringat kita tentang pengorbanan Rasulullah bersama para sahabat untuk menegakkan dan mengembangkan syiar islam di dunia ini...kejayaan demi kejayaan diperolehi...tetapi mengapa sekarang kita sebagai umat islam dihina dn dipijak oleh kaum kafirin...sebenarnya kita sendiri sebagai umat islam tidak bersatu dan mengamalkan ajaran yang telah Allah tetapkan iaitu Al Quran As Sunnah..dengan mengikut suruhan dari Allah SWT nescaya islam akan bangkit dari lamunan tidurnya.

Saban tahun bertukar wajah...adakah kita mahu diam sahaja sebagai umat islam yang hanya tahu akan kejadian2 yang terjadi di Palestin,selatan Thailan dan dimana sahaja umat islam dihina dan di cerca...sebagai umat islam kita perlulah memikrkan sesuatu akan perkara ini...bagaimana?...oleh itu kita sebagai umat islam perlulah memperbetulkan diri iaitu mentajdid niat kita...nawaitu kita...apakah tujuan kita dijadiakn di muka bumi ini...kita diturunkan di dunia ini sebagai khalifah buaknnyer hamba kepada Dunia.

oleh itu kita sebagai pemuda atau pemudi haruslah menongkah arus ini..menurut Yusuf al-Qhardawi..tanda2 pemuda-pemudi islam yang unggul itu adalah satu generasi yang mempunyai sifat2 yang dinyatakan dgn jelas bagi sesiapa yang membaca Al Quran atau emempelajari Sunnah Nabawiah.Antara sifat2 unik generasi ini adalah:

-generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu-
-generasi amal dan membina jama'ie-
-generasi rabbani dan ikhlas-
-generasi yang bernasabkan islam-
-generasi dakwah dan jihad-
-generasi dagang dan hidup bersama orang ramai-
-genarasi gagah dan agung-
generasi seimbang dan sederhana-
Maka yang demikian kita sebagai pemuda-pemudi impian islamie..harus berjuang menuju ke hadapan dengan memperjuangkan islam tanpa mengira bangsa dan kulit kita.Tiada perbezaan diri di dalam kehidupan islam..hanya yang membezakan hanyalah iman dan taqwa seseorang.Bagaimana cara kehidupan kita sekarang yang lebih kepada sains dan teknologi untuk dipadankan dengan Al Quran atau lebih dikenali dengan i'jazul ilmi sebagai metodologi dakwah kita zaman sekarang.
Bagaimana kita hendak mengatasi seranagan dari agam senderi seperti hadirnya aliran mazhah WAHABI,Sisters in Islam,islam liberal dan juga islam proresif(hadhari)...oleh itu kita perlu mempunyai ilmu yang mantap untuk mengatasi perkara2 yang akan merosakkan islam dan mengahncurkannya.
Akhir kalam ana menyeru kepada semua umat islam agar bangkitlah dalam menjana kebangkitan islam di akhir zaman ini...terdapatnya firman Allah yang bermaksud..."tidak aku ubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri..."
SALAM HIJRAH 1427hijrah dari ana;
ikhwahegypt04

Comments

Popular Posts