Indahnya Jejak Anbiya.:XPDC SINAI 2006:.

.:Team Tanta Sinai 2006:.
Assalamualaikum pembuka bicara kali ini.

Segala puji bagi AllaH SWT.Selawat serta salam buat Junjungan mulia Rasullah SAW,para ahli bait dan sekalian para sahabat.

Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah lagi ana menghirup kesegaran udara di kedinginan pagi di bumi anbiya ini...tiada lagi yang lebih nikmat melainkan nikmat islam dan kehidupan yang Allah berikan kepada kita umat manusia akhir zaman ini.

Dikala ana ingin mencoret buah fikiran yang diberi oleh Allah ini..terfikir diri ini akan kebesaran yang maha esa mencipta dunia ini.Alangkah nikmatnya dunia ini..tanpa islam adakah kita dapat memberi kesyukuran kita kepada Allah Rabbul Izzati.


Tanggal 1hb Februari 2006 bersamaan 1 Muharam 1427hijrah pergila ana bersama krew student Tanta ker XPDC Sinai...kegembiraan terpancar di riak muka kami semua...perjalanan yang jauhnya memakan masa 1hari perjalanan kami tempuhi dengan penuh kesabaran...di sepanjang perjalanan kami tak nampak apalah sebab malamkan dan kami disuruh merehatkan badan...tetapi mata ana ni tak leh tido maka lihatlah fenomena malam yang gelap gelita nie...sebelum samai ker sinai kami kenalah melalui reowong bawah tanah(bawah air) iaitu TEROWONG SYED AHMAD HAMDI.Merupakan satu2nya terowong untuk menghubungkan jalan Mesir ke daratan selatan Sinai.Dibina dan siap pada tahun 1869.panjangnya sejauh 5KM...yang uniknya ia dibuat dibawah Terusan Suez.Sungguh hebat pemberian yang Allah berikan kepada manusia yang bernama Syed Ahmad Hamdi.Iaitu buah fikran dan cadangannya bagi kerajaannya.Terusan suez merupakan sistem perhubungan yang ke-2 terpenting di dunia.

Kemudia kami sampai di sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh berjamaah..di situlah kami rasakan tusukan demi tusukan angin sejuk sampai ke tulang sum-sum kami ini...kata Abg Mushrif tue baru mukadimah bagi mendaki Gunung Tursina.Kesejukan yang kami rasa sehingga kami mengigil kesejukan memang sejuk dan sakit kulit2 kami...mengambil wudhuk disuasana sebegitu hanya Allah yang tahu...bagaimana para nabi dahulu menongkah ujian dan kesabaran yang dilalui mereka.Selesai solat kami menuju ke Toba suatu tempat untuk melihat sempadan Mesir dan juga Palestin(sekarang Israel yang merampasnya) di puncak bukit kelihatan bendera Mesir dan Israel Laknatullah Alaik.Sebelum sampai ke toba kami sempat singgah ke satu tempat perbatuan yang terdapat Cop Mohor kerajaan Malik..iaitu tanda sempadan negara ketika itu.

Selepas itu kami semua meneruskan perjalanan ke Qal'ah Solahuddin Al Ayyubi(kubu solahuddin al Ayyubi.Kami krew Tanta mengambil gambar dan melihat pemandangan indah di situ..di situlah tempatnya panglima perang islam dan Sultan yang berjiwa besar menegakkan syiar islam dan belum ada penggantinya sekarang.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Dahab iaitu tempat penginapan kami pada 2hb itu...sebelum sampai ke sana kami singgah di pelabuhan Nuwaiba'...seterusnya kami tiba di Dahab...kami bersolat jama' takhir dan berjalan2 menghirup udara nyaman di Dahab.Dahab merupakan tempat pelancongan yang amat terkenal di Selatan Sinai ini.

Pengalaman yang ana dapat rasa ialah menaiki Unta di sini...seronok juga rasanya menunggang unta nie...teringat bagaimana para nabi dan para sahabat dan ulama menaiki unta...macam ana naik ke x tahulah macam mana..seronok tak dapat digambarkan.walaupun sekejap.

Dikala malam kami menikmati makan malam di tepi pantai Dahab...bersiar di waktu malam melihat gelagat pelancong dan arab...ada juga beli sikit2 cenderahati..buat kenang2 kenangan walaupun niat nak pergi lagi.Malam ana tertidur keletihan sambil Novel tertekap di muka...hehehehe.


Pagi 3hb kami pun bersiap untuk ke tempat yang dituju iaitu Jabal Musa(pergunungan Tursina).perjalanan yang jauh meletihkan ana terlelap juga ana dibuatnya..tetapi sempat juga menatapi panorama padang pasir yang luas dan berbukit-bukit batu.Indahnya ciptaan Allah yang maha esa.

Kami sampai di satu tempat yang menarik diantara pertengahan jalan...bergambarlah ana bersama para sahabat yang lain.Kami meneruskan perjalanan..kami melawat Makam Nabi Salleh dan Nabi Harun.Seterusnya kami melawat kesan sejarah Pancaran Lembu Samiri yang telah mensyirikkan para kaum Nabi Musa.

Selepas itu kami melawat Mata air 12 Nabi Musa yang dipukul dengan tongkatnyer ketika baginda sesat selama 40hari di celahan2 bukit2 batu bersama pengikutnya...12 mata air menandakan 12 puak.Selepas itu kami pergi ke Wadi Arbaien iaitu tempat berkumpulnya 40 org nabi.


Selepas itu kami semua menginap seketika menghilangkan penat di kaki bukit Tursina.Jam 1pagi bersamaan 4hb feb bermulalah XPDC kami mendaki Jabal Musa.Suasana yang sejuk sehingga menggigit tubuh kian terasa...ana bersama sahabat ana Baharuddin,ustaz Apie,ustaz suhaimi dan abg muadalah beriringan mendaki gunung tursina...sebenarnya ana tidak beberapa sihat ketika ana hendak mendaki ke puncak Tursina.Semasa dalam perjalanan ana mengalami muntah2 sebanyak 3 kali..terasa lonlai dan selemah2 badan ketika itu...tapi ana gagahkan juga diri ini untuk mendaki...ana terfikir ketika itu akan keadaan Nabi Musa...bagaimana Nabi Musa A.S ketika itu mendaki jabal musa untuk bermunajat kepada Allah SWT.Dengan kedinginan udara yang sejuk...keadaan pakaian baginda...kami memakai pakaian tebal..baginda?bekalan bagaimana....semua berlalu laju di dalam fikiran ana...didalam perjalanan ana bersaing dengan pelancong jepun,eropah,koreaselatan...melihat kegigihan mereka menaikkan semangat ana untuk menuju kepuncak melihat ciptaan dan keindahan yang Allah ciptakan buat umatnya.Tepat jam 5.30 ana sampai juga ke puncak dengan kesejukan yang amat sangat sehingga terasa ke kulit walaupun memakai baju setebal 6 lapis baju.4biasa 2 tebal...masih terasa..sampai ana bermunajat dan mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kekuatan untuk mendaki puncak Tursina ini...Syukur padamua Ya Allah..Alhamdulillah...

Pemandangan matahari terbit sungguh mengasyikkan diri ana serta pendaki2 yang lain..sebelum itu ana selesaikan solat subuh berjamaah bersama para sahabat..memohon doa buat Allah SWT semoga terkabul doa ana insyaAllah ditempat mana Nabi Musa Berkata-kata dengan Allah dan bermunajat kepadanya.Selepas menatap panorama yang indah diberikan oleh Allah SWT.Ana pun turun semula tetapi ana mengalami kecederaan di buku lali dan pergelangan kaki...hanya Allah saja yang tahu..ana gagahi juga diri ini untuk sampai ke kaki bukit walaupun sakit yang teramat ana alami....semua tu ujian dari Allah buat ana..ana redha seadanya.

Sampai di dalam Bas ana terdampar keletihan...krew AJK memberi ana ubat tapi disebabkan sakit ana kemam juga walaupun hati ni merasakan tekak yang amat loya.Ya Allah ampunilah segala dosaku.


Kami semua terus balik ke TANTA disebabkan berita mengatakan tanah runtuh berlaku di pertengahan jalan menuju ke Hamam Firaun dan Panaroma berlif...redhalah walaupun ada rasa sedikit terkilan...bertolaklah balik ke Tanta tercinta.

Rasanya sampai disini sahaja buat kali ini...diharap semua terhibur dengan coretan ana kali ini...salah dan silap ana mohon maaf...walaupun hakikatnya ia datang dari Allah SWT.


coretan kisah XPDC kembara SINAI 2006


egyptstudent05.:TaniahStreet,Saberbay,Tanta:.

Comments

Popular Posts