Barang Jenama Anda

Tuesday, March 28, 2006

.:Hadith-hadith Pedoman Buat Muslimin Muslimat:.

1. Kelebihan selawat.Barangsiapa dari umatku membaca salawat atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikkan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukkan, mengangkat untuknya sepuluh darjat."H. lah Ahmad

2. Berdoa sewaktu sujud.Tuhan amat dekat dengan hambanya apabila dia sedang sujud maka perbanyakkanlah do'a (waktu sujud)."H. lah Muslim, Abu Dawud, Nasaai

3. Membuang rintangan di jalan.Buangkanlah rintangan (halangan) dari jalan kerana sesungguhnya ia sedekah bagi mu. H. lah Bukhari

4. Redha dengan kesakitan membersih dosa.Apabila orang mukmin redha dengan kesakitan sakit itu menjadi pembersih dosa dosanya. H. lah Bukhari

5. Doa adalah ibadat utama.Ibadat yang paling utama adalah doa H. lah Haakim, Ibnu Adi, Sa'di

6. Keputusan muktamat apabila was-was.Apabila kamu ingin mengerjakan sesuatu tetapi ada kebimbangan di hatimu maka tinggalkanlah ia. H. lah Ahmad, Ibnu Hibban, Haakim

7. Bencana jika kita kedekut ilmuSesiapa yang ditanya sesuatu ilmu lalu di sembunyikannya, maka orang itu pada hari akhirat kelak akan di kekang dengan kekangan api neraka". H. lah Abu Daud, Termidzi

Tiap orang yang diberikan Allah s.w.t. ilmu, lalu disembunyikan maka Allah s.w.t. mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari api neraka (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Mas'ud lah.a.)

Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah lah.a.)

8. Tanda kesempurnaan keIslaman.Diantara tanda tanda kesempurnaan keislaman sesaorang itu ialah meninggalkan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. H. lah. Turmidzi

9. Kelebihan bertawakkal.Andainya kamu bertawakkal kepada Allah bersungguh sungguh, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu seperti mana burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan pulang di waktu senja dengan perut kenyang. H. lah Turmidzi

10. Kewajipan kita Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menajwab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin. (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)

Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah)

Sesiapa yang menyiapkan keperluan orang yang berjihad fisabillah maka bererti dia telah berjihad dan siapa yang menjaga keluarga orang yang pergi berjihad dengan baik maka bererti dia telah ikut berjihad fisabilillah" (Riwayat Bukhari & Muslim dari Zaid bin Khalid al-Juhani)

Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan" (Surah Al-Baqarah:233)

Pakailah antara pakaianmu yang putih, kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanlah orang-orang mati kamu dengan kain putih" (Riwayat Ahmad)

Siapa yang berperang untuk menegakkan khalimat Allah s.w.t. maka itu fisabi lillah" (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Musa al-Asyari lah.a.)

Lima macam dosa yang tidak ada tebusannya iaitu Syirik terhadap Allah s.w.t., membunuh orang tanpa hak, membuat tuduhan palsu terhadap seorang Muslim, lari dari barisan Muslimin dalam peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain" (Riwayat Ahmad)

Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

11. Dosa-dosa besar yang kita lakukan Dosa yang paling besar ialah syirik, derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang tanpa hak" (Riwayat Anas lah.a.)

dari tautan maya..
http://mujahidah.blogdrive.com/

Monday, March 27, 2006

.:Jenis-jenis Penyakit Hati:.

"Kekikiran dan hasad merupakan penyakit yang menyebabkan orang membenci apa-apa yang bermanfaat bagi dirinya dan menyukai apa-apa yang mudharat bagi dirinya. Hasad ini berkaitan erat dengan dendam dan kemarahan. Adapun penyakit yang berkaitan dengan syahwat dan penyakit rinduyang mendalam merupakan perasaan cinta yang merusak dan membahayakan jiwa itu sendiri kerana akan menutupi rasa benci dan cinta yang bermanfaat pada jiwa itu sendiri.

Kerinduan dan cinta yang berlebihan ini merupakan jenis penyakit kejiwaan dan akan menimbulkan dampak negatif bagi badan atau lahiriah seseorang jika semakin kuat, seperti akan menimbulkan gangguan pada otak, hilang akal, stress, lemah badan, kurus kering, epilepsi, dan penyakit lain yang sejenis.Sumber kecintaan jiwa itu berkaitan dengan sesuatu yang mendalam di dalam hatinya, sebagaimana halnya penyakit badan yang disebabkan olehkeinginan atau nafsu terhadap sesuatu yang dapatmerusak tubuh. Jika sesuatu itu tidak dimakannya akan timbullah rasa sakit, begitu juga akan bertambah parah jika tidak dimakan.

Demikian halnya dengan orang yang mengalami kerinduan yang mendalam.Hal itu akan merusak hubungannya dengan orang yang dirindukannya, seperti tidak puas jika belum melihat, menyentuh, serta mendengarkannya. Akibat lebih jauhnya adalah akan terlintas hal negatif dalam benaknya akibat kecintaan yang sangat karena nafsu serta menghayalkan yang bukan-bukan atas sesuatu yang menjadi keinginannya. Jika ada yang merintangi niatnya, dia akan sakit, namun jika apa yang diinginkannya diberikan, penyakitnya akan bertambah parah.

Di dalam sebuah hadits, Rasulullah saw.bersabda,"Sesunguhnya Allah memelihara hambanya dari kesenangan dunia sebagaimana salah seorang diantara kamu mencegah makanan dan minuman bagi(keluarganya) yang sakit. " (Hadits Dhaif)

Di dalam munajat Musa yang ma-tsur dari Wahab yang diriwayatkan Imam Ahmad di dalam Kitab as-Subdi, Allah berfirman di dalam hadits Qudsi,"Sesungguhnya Aku membekali para wali-Ku dari kenikmatan dunia dan peristirahatannya sebagaimana pengembala membekali serta sangat memperhatikan untanya dari tempat rerumputan yang berbahaya.Sesungguhnya Aku menjauhkan tempat danpenghidupannya sebagaimana pengembala yang menyayangi untanya dari kelengahan. "Tidak ada penyembuhan atas suatu penyakit kecualidengan memahami penyakit itu dengan jalan menghilangkan rasa cinta yang merusak dari dalam hati.

Friday, March 24, 2006

.:hikmah angka dalam islam:.

ANGKA 1:Istiqamah itu satu jalan .awalnya kemulian,pertengahanya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.

ANGKA 2:Dua titisan yang sangat bernilai di hariakhirat .dapat memadamkan kepanasan api dipadang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubatkepada Allah}terutama d malam hari.
2)Darah para syuhada d medan jihad fisabilillah.

ANGKA 3:Tiga perkara yang menjadi kesukaan dankebahagian hidup rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah

3)Cahaya mataku d dalam sembahyang.

ANGKA 4:Berkata Syaidina Ali karamullahuwajhah:

Barangsiapa yang d berikan kepadanyaempat perkara sesungguhnya dia telah d berikebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apayang d haramkan oleh Allah.
2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlakyang penyantun.
3)Malu yang meneghnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalamurusan dunia dan akhirat.

ANGKA 5:Berkata seorang soleh:

Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2)Kosong perut.
3)Melakukan qiamullail.
4)Memohon ampun d waktu sahur.
5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}

ANGKA 6:Enam cara2 menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada Allah d mana sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbnyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskanibadah d samping asasnya ilmu yang bermanafaat.

ANGKA 7:Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum

ANGKA 8:Senjata-senjata perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura-pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)kata-kata yang manis mempertakuti bahawa ia akan lari.

ANGKA 9:Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan dkuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikiut:
1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5)Ingin berlawan terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah Ingin di hormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.

ANGKA 10:Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal dari kubur:
1)Para nabi dan rasul
2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)MuazzinWanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau di malam jumaat....

WASSALAM....."MUSLIM yang BAIK {SEJATI} ITU IALAH MUSLIMyang DAPAT MENYUSUN JIWA{rasa HATI} ,MENYUSUN FIKIRAN DAN MENYUSUNFIZIKALNYA"Syeikhul Arqam...........

.:monologyaumi:.Khamis 23 safar 1427 hijrah

Hari ini makin jauh meninggalkan kita pabila datangnya hari esok.Masa seringkali mencemburui kita.Adakah betul kata-kata itu? sepatutnya kita yang mencemburui masa kerana ia sering memintas kita tanpa kita sedari.Kita sering leka ngan keduniaan sehinggakan kita sering alpa dengan akhirat.

Masa bagaikan pedang yang tidak akan melihat musuhnya...sentiasa akan memutuskan urat2 serta kepala yang sering leka dan alpa...adakah kita sebagai umat islam mahu sebegitu? Firman Allah yang bermaksud:

"Demi masa!sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"(Surah Al-'Asr:1.3)

Hari ni ana ader kuliah so pielah kuliah mantik ,tasauf dan ulum hadith...pergh boleh kering air kat dalam badan ni.ahakz bukan apa tak sapan kan..ingat nak posa tapi tgk panas semacam jerk tu yang tak posa tu..balik buat benda2 yang berfaedahlah..selaku anak chef giliran analah masak ari ni..ermm masak sardin n lauk sayur kentang..ada best lagi ulam raja GARGIL n Timun..sedap tu!!!lepas makan doklah rest jap...sambil tgk TV..bolalah plak...tgk jerklah..Azan Asar tetiba berkumandang apa lagi ana pielah solat jemaah kat Masjid depan umah...bukan jauh sangat pun.

Pas tue balik ngulang sat surah hafazan dah nak masuk bulan 4 ni juzuk 2 susah nak lekat plak..tapi plan2lah insyaAllah lekat..ermm tgk kat jadual ada RIBAT n muzakarah subject Tauhid ermm apa lagi siap2lah pie madrastul ilmi kat Bait Izzah markaz DPMT yang tercinta...macam biasalah malam jumaat ni baca yassin n ada tazkirah sikit...tazkirah disampaikan oleh Ustaz Zaini..Exco DPMT...bendahari terhormat.

Tazkirah yang diberi ialah pesanan yang diberi oleh Imam Ghazali kepada anak-anak muridnya tentang lima perkara...iaitu Apa yang dekat dan jauh? Apa yang berat dan ringan? dan Apa yang tajam pada pandangan anak2 muridnya..Apa yang dapat disimpulkan di dalam tazkirah yang disampaikan..Apa yang DEKAT itu adalah HARI KEMATIAN dan Apa yang JAUH itu HARI YANG SUDAH BERLALU...manakala apa yang BERAT itu adalah AMANAH dan yang RINGAN itu adalah MENINGGALKAN SOLAT dan yang terakhir apakah yang TAJAM maka ia adalah LIDAH MANUSIA...bolehlah diambil istifadah dari tazkirah itu bahawa kita perlulah bersedia menghadapi apa yang dicernakan oleh soalan2 yang diberi oleh Imam Ghazali itu...

Lepas selesai menunaikan solat Isyak dan Hajat..bermulalah muzakarah kitab Tauhid bersama rerakan Syariah..ana Usuluddin.Selesai balik umah study group ngan ahli imarah..apik n miok..study Mantik...baca kitablah tengok banyak madah yang belum ana baca lagi..teruklah kalau muhadarah nanti kalau tak tau doctor cakap betul tak? ternganga dibuatnya...Pastu onlinelah tue yang tulis memanjang memories today ni.

klah sampa disini sahaja nukilan buat hari ini...ilalliqa ma salamah

12.00am..thaniahstreet,seberbay,tanta

Wednesday, March 22, 2006

Cinta Musafir

Kibaran fajar sebelum menyingsing

Allah Akhbar! Allah Akhbar!......
Allah Akhbar! Allah Akhbar!......

Terdengar laungan yang membesarkan tuhanku yang maha esa di hening fajar ini...terasa diri initidak mampu menangguhnya lagi walaupun kadang-kala aku tewas dengan bisikan syaitan yang seringkali melamunkan diriku ke arah kehinaan.

"hai hari nie miss lagi aku qiam...ermmm azam baru tu tapi tak buat juga...Faris-Faris!"
"arghhhhhh....malasnya nak bangun! aik Faris nak jadi kawan syaitan ke?...hehehe"
"Ahh!!!! pergi kau dari sini Syaitan!"
"Penghasut durjana dari zaman atok moyangku Adam dan Hawa...tidak sama sekali aku akn tewas lagi kali ini!".

Bangkitnya aku dari tempat beraduku...kemas sikit-sikit.Keluar bilik kelihatan sahabatku masih lagi lena dibuai mimpi dan dibelai oleh para syaitan di kamarnya.Aku tidak mahu lihat sahabatku hanyut ditelan keasyikan nikmat duniawi.

"ermmm...nyakat best nie! hehehehe aku datang adi...tapi? ish x baiklah kesian plak adi."
"Adi!...Adi!...bangkitlah dah subuh ni...hang ni kalau ana tak kejutkan subuh bukan nak bangun..."
Diee!....bangunlah! apa nak ana siram dengan jirusan keramat ana ke?"

kelihatan lihaf yang tebal bak kulit yang tidak boleh dipisahkan semakin meninggalkan
kepompongnya.Adi mengeliat dengan asyik sekali bagaikan rama-rama ataupun kupu-kupu
yang mahu melepaskan diri daripada kepompongnya.

"ermmmmm.....yerklah ana bangun ni...ana tido lewat semalam sebab tu ana nak bangkit subuh ni susah sikit,bagilah can ana tido kejap!"
"boleh ye wahai sahabatku yang ku cayangi...boleh ye?"

"ha! sarunglah kulit khinzir tu karang kena jurus 1 ana baru tahu!"
"sayang sangatlah dengan kak sara tue...kak sara tue bukan boleh tolong kat yaumul akhirat nanti!"
"dahlah jangan buatlah perangai!...dah! dah! tu..iqamah kejap lagi je ni.Lagipun masjid bukannya jauh sangat depan mata jerk tue pu malas apa!"

kalau diikutkan aku nak aje aku siram budak ni pakkal jelah sahabat aku!.Nanti kalau siram
kata aku zalim plak!. Nanti merajuk dengan aku lain plak jadinya karang.Taknaklah aku dicop
kawan tak ingat kawan.

"Dah! bangun...ana nak pi hamam dulu...lepas ana keluar enta tak bangkit lagi siap!"


"taulah ana nak buat apa kat enta...Adi!...ingat!


###################################################


Thaniah Street,Seberbay,Tanta
Egypt 4.30 pagi

Suasana sejuk di musim Shita' ini menyebabkan diriku terasa dingin yang teramat sangat
lagi-lagilah bila nak bangkit Subuh bukan apa,sejuk kat sini bukan macam Malaysia.Udaranya
menikam dan mencucuk-cucuk bagaikan jarum yang menusuk di kulit.Bila nak ambil wudhuk...
Ya Rabbi hanya Allah saja yang yang tahu, penuh kesabaran untuk mengambilnya.Tuntutan Ilahi Rabbul Izzati perlulah dituruti dengan rasa rendah diri dan penuh dengan rasa kehambaan walaupu apa jua rintangan dan cabaran yang mendatang.

Aku masih ingat lagi ketika diri ini baru menjejaki kaki di bumi Anbiya ini...terlipat dalam sejarah kehidupanku akan terpananya diri ini bila disambut dengan iringan bayu yang mengegar tembok utuhnya diri ini sebagai seorang makhluk Allah.Betapa kerdilnya diri ini.
Tahap kesejukan time tue... Ya Allah...uishh bagaikan berada di naugan putihan salji yang diijabkan menggigit tubuhku dengan rakusnya...Mengigil keketaran yang teramat siot...dahlah time tue imtihan fasal awal.Kak sara@lihaf yang menyelubungi kullu badani x mampu menangggung kesejukan yang terover....badan,tangan dan kaki naik beku dibuatnya.Dahlah nak ngapal....Ya Allah aku hamba yang lemah.Hehehe....tapi adatlah bagi sesiapa yang baru pertama kali bersuai -kenal dengan musim Shita' kat Benua Afrika ni...mesti ada sejarah tersendiri..tak gitu!

Khamis 15 Ramadhan

Kejam celik- kejam celik dah separuh Ramadhan umat islam mengerjakan ibadah puasa yang
merupakan Rukun Islam yang ke-3.Dekat-dekat nak 10 akhir Ramadhan ni memang jarang Doktor ada kat kuliah...3 madah a’la tul hari ni membuatkan aku betul-betul keletihan...Mantik,Lughah dan Tafsir.Dalam dewan kuliah tadi aku siap bincang ngan Adi nak buat buka apa...hehehe sememangnya aku dengan Adi bagaikan belangkas yang tak boleh dipisahkan.Ada jerk yang nak dibuat.Balik kuliah setareh jap lepas tu buat buka...goreng pisang dan air Nescafe...ha bukan barang boikot! Arul dan Din pie mana ntah...layan PEJABATlah tue....istilah CC bagi kami..Ting! Ting! Ting!
Assalamualaikum...Allah Akhbar! Allah Akhbar!....memang langkah kanan enta....Arul..Din.

Jumaat 16 Ramadhan

Cuti....hari ni. kuliah takdak....lepas Solat Subuh berjemaah di Masjid...dapatlah ngulang 1 juzuk Quran..tengok lihaf macam panggil aku jerk untuk berdamping ngan dia...hehehe apalagi balas dendamlah waktu tidur yang terlepas...berguling-guling juga aku.Aku tengok Adi dah lama terguling lepas solat subuh.Cuma aku je ni yang tak leh nak lelap mata...Time cuti tak boleh plak mata nie terkatup...baca kitab lagi bagus.1jam sebelum tunaikan Solat Jumaat terlelap juga.

Sabtu 17 Ramadhan

Hari ni giliran Arul dan Din yang buat juadah buka kami hari ni.Sebab Arul dan din kuliah mereka cuma 2 madah dan 1 madah lagi doktor tak masuk...balik umah mereka buat kek.Uish sedap siot kalau Arul yang buat memang macam kek kat kedai.Gulai daging dan ikan goreng, sayur goreng dengan air limau perghhhh....sedap tue..syukur alhamdulillah di atas segala pemberiannya buat hambanya di muka bumi ini.Dah siap Solat Tarawikh...aku dan Adi pie PEJABAT saja tengok mail.


bersambung..........................

40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman (1&2)


1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Ertinya:Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." H.R. Abu Daud dan Tirmizi

KeteranganHadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).


2. KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN


Ertinya:Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
H.R. Bukhari Muslimi

KeteranganHadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang