Barang Jenama Anda

Friday, April 28, 2006

.::Resepi-Bijak-Pandai::.

Bahan-bahannya:
1) Buku secukupnya
2) Sepinggan Kerajinan
3) Sepinggan Ketekunan
4) Sepinggan Keazaman
5) 3 mangkuk penuh kasih sayang
6) 3 mangkuk penuh keinsafan
7) 5 mangkuk doa
8) Semangkuk kejujuran
9) Secubit dendam (daya saing)
10) Segenggam harapan atau impian
11) Secawan air mata

Hiasan:
1) Sebuah kesyukuran
2) Sekuntum senyuman


Cara Membuatnya:

1. Buku dikupas dah dipotong mengikut subjek, setelah itu dibasuh dan ditoskan.

2. Buku yang telah ditoskan tadi digaul bersama sepinggan keazaman yang dihiris halus.

3. Sepinggan ketekunan ditumis terlebih dahulu sehingga terbit bau kesungguhan dah diasingkan.

4. Campurkan 3 mangkuk penuh kasih sayang dah 5 mangkuk doa bersama buku dan keazaman yang telah digauk tadi.

5. Tumiskan keinsafan dah goreng sehingga pecah minyak serta menimbulkan kesedaran, kemudian masukkan kesemua bahan yang telah digaul tadi dan goreng sekali dengan api yg perlahan.

6. Tambahkan sepinggan kerajinan yang telah dipotong dadu.

7. Rasanya pasti akan menjadi lebih lazat dija dicampurkan dengan semangkuk kejujuran, masukkan sekali sedikit katekunan yang telah ditumis.

8. Masukkan secubit dendam (daya saing) bersama segenggam harapan atau impian. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.

9. Apabila sudah masak (berjaya), rasailah keenakannya (hasil) jika kurang enak (kurang berjaya) tambahkan ketekunan secukup rasa.

10. Masak lagi (usaha lagi) sehingga empuk (berjaya), kemudian sejukkan (kepuasan).

11. Seterusnya bolehlah dihidangkan dan dihiasi dengan sebuah kesyukuran dan sekuntum senyuman.

12. Selamat mencuba!!

.:monologyaumi:.Solat Jenazah Ghaib:.

Arie nie tak der apa yang best buat diri nie...ermm bukan apa macam malaih jerk...pagi lepas solat subuh dok ngapal macam biasalah.pas ngapal rasa badan ni macam tak selesa plak so apa lagi pe mandilah pergh sejuk siot walaupun mandi air suam...pastue pie online sat tgk2 ada org tak.ermm tgk member kampung ada so apalagi chatlah kejap.

Pastue rasa lapar plak apalagi pie masaklah..ermm time nak masak gas buat hal plak..ermm pening kepala dibuatnya.Apalagi pie menangau kat bawahlah apalagi nak masak mee.ermmm buatkan sarapan nagn diorang sekali..tgk2 alahai dok posa plak apik..rajinlah plak posa arie nie...ermmm time tgh masak tue sempat lagi chat ngan member kampung.

Pas tue tgk jam dah kul 9.30 apalagi pielah Kuliah sampai kuliah kelas tak der plak coz doctor tak der ...adui pening kepala nie dah lah dah nak dekat exam nie..ermm tak perlah pie study apa yang boleh study kat umha ngan bebudak nie..ermm bukan apa bosan sangat arie nie.

Lepas tgh hari pie umah abg noh kat syuber..ermm saja nakl melawat nak tgk pc baru dia sesampai jerk tgh dok memain MOST WANTED hahahah cikai giler kereta dia..ermm kereta aku lagi best tue...

Lepas Maghrib kami student Tanta pie Bait Izzah buat Solat Jenazah Ghaib.ermm ramai lah jugak pastue buat tahlil sekejap..lepas isyak terus mai balik...la nie terus ja tulis blog nie...sekian wassalam...

Wednesday, April 26, 2006

.:Al Fatehah Buat Ustaz Jafni:.

"Maut datang menjemput tak pernah bersahut..Malaikat datang menuntut untuk merenggut..Manusia tak kuasa untuk berkata-kata..Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka..Terimalah ia dengan seadanya.."

Tanggal 27 Rabi'ul Awal 1427hijrah bersamaan 25 April 2006.Pergilah seorang insan bagi bertemu Rabnya.Ustaz Jafni pelajar tahun akhir Kuliah Al-Quran dan Qiraat,Tanta dan juga merupakan kenalan ahli bait Ustz Kimi.Berita yang ku terima mengejutkan aku dan ahli baitku Ustaz Kimi,mana taknya tgh download video clip Nasyid tetiba Hp ustaz berbunyi..panggilan dari Ustaz Amli...mengatakan Ustaz Jafni meninggal dalam masa tu jugak Abg Is balas msg YM ustaz.Bergegas kami berdua bersiap untuk pergi ke Bait Izzah untuk membaca Yassin dan juga tahlil buat Arwah.Aku,Ustaz Kimi,Apik n Meor pi bersama.

Arwah Meninggal dunia disebabkan lemas di Siwa. Allahyarham dikatakan menemani keluarga mertuanya yang datang ke Mesir untuk menyambut kelahiran cucu di Iskandariah. Tak disangka, cucu yang bakal hadir adalah pengganti kepada yang pergi. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak. Ucapan takziah dari kami, Student2 Tanta buat keluarga Allahyarham. Semoga tabah menerima takdir yang sudah tertulis ini.InsyaAllah ada hikmah apa yang telah berlaku ini.

Dr Ibn Umar r.a katanya: Rasululluh S.A.W telah memegang bahuku dan bersabda: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara." Maka Ibn Umar berkata: "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati".

Semoga ALLAH menerima Allahyarham sebagai tetamu-Nya dan ditempatkan di dalam golongan syuhada, solihin dan para anbiya'.

Al-Fatihah....

Sunday, April 23, 2006

.:Monologyaumi..Sanah Helwa Ya Mohd Farizal Ke-21:.

"Trutt....Assalamualaikum"
"Abg selamat hari lahir yang ke 21 ayah n ibu ucapkan buat anakanda di sana...study betul2 jgn memain kat sana.Doakan kami disini juga ye...ibu ayah dan adik2 sentiasa mendoakan abg kat sana".

Terubat kerinduan diriku buat insan2 yang disayangi di Malaysia..iaitu ibu bapaku dan juga adik beradik ku.tepat jam 12 malam disini dan kul 6pagi di Malaysia .. pangilan dari Malaysia ku terima alangkah gembiranya hati ku ini.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi yang telah memberikan nikmat kehidupan kepada diriku yang kerdil lagi hina...alhamdulillah pada hari ini Sabtu 22 April 2006 bersamaan 24 Rabi'ul Awal 1427 hijrah genaplah umurku 21 tahun...Sanah Helwa Ya Nafsi!! setapak lagi aku melangkah menuju kedewasaan walaupun diri nie macam tak serupa org yang dewasa.Sebabnya aku masih remaja...kahwin pun belum lagi.ahakzzz.

Hari nie aku buat Majlis Doa Selamat dan juga tahlil arwah...walaupun ramai org mengatakan ia bid'ah dan ia terangkum didalam bid'ah hasanah tapi terdapat beberapa hadith yang mengatakan boleh melakukannya kerana ia berlandaskan apa yang dimaksudkan 3 perkara yang boleh diterima oleh si mati iaitu yang ketiga Doa anak2 yang soleh.

Hari nie menu utama Tom Yam Ramen...ahakz ikut Narutolah plak..it's ok right...my favourite cartoon hehehe tapi tgk jerk jgn percaya plak...dah lah nuntut agama..kerja2 pembikinan Tom Yam Ramen mengambil masa yang agak lama jugak sebabnya???? kaki aku kena sengat ngan lebah tgh hari tima nak solat...aduiii bengkak siut...ermm kifarah kot.apa2pun terima kasih kat ahli bait abg kimi dan juga raeis kerana membuat pertolongan cemas...adui kalau tak der diorang naik Krem kaki aku...kena 3 kali das suntikan berbisa.

Lepas Asar baru start buat Kuah Tom Yam.Alah simple jerk tapi yang penting tak keracunan dan membuat org mati ahakz...tema org2 masak.Sampailah Maghrib terciptalah 3 periuk Kuah Tom Yam Ramen.hehehe nak rasa mai Tanta!!!Terima kasih buat ahli bait Ustaz Kimi dan Ustaz Raies..kerana tolong aku settlekan bahan2 nak buat ReSePi nie yang aku cipta sendiri.hahaha bertuahlah siapa yang dapat makan.

Majlis Start lepas isyak...Ustaz Muhamadiah selaku Naqib ana membawa majlis doa selamat dan tahlil.After that kitorang potong keklah apalagi...kek Abg Noh,Fizi,Azim n Kamil yang belikan ...Thankz juga buat Miftahul Huda dan juga Jumari yang buatkan Kek Coklat Strawberi buat diriku..memang bestlah kek entum!! Thankz buat korang semua I love U.Aku suapkan semua hadirin yang sampai terdahulu dalam majlis.Seronok sangat aku rasakan.Arigato huzaimaz..Thanks buat Uiefiros Efizi dngn Present yang enta bagi.Majlis terlerai jam 10 malam...semua beransur pulang...Terima Kasih kat sesiapa yang wish besday aku yang ke 21 baik dari zahiriah atau batiniah.Syukran Jazilan Buat semua...insyaAllah tahun aku buat lagi...doakan semoga murah rezeki dan dipanjangkan umur ye.

ilalliqa ma salamah...sayang kamu semua!!!!

Tuesday, April 18, 2006

.:MUSLIMAH ACUAN ALQURAN:.

Muslimah acuan AlQuran
Ialah seorang muslimah yang beriman
Yang hatinya penuh rasa cinta kepada Tuhannya Yang SatuYang hatinya merindui satu pertemuan abadi
Yang hatinya meratap sedu di hamparan sejadah Yang sanggup menitiskan mutiaranya
yang berharga Demi kasih suci Ilahi

Muslimah acuan AlQuran
Ialah muslimah yang menjaga bicaranya
Yang menjaga adabnya
Yang tidak takut berkata benar
Yang tidak gentar dijengah mehnah Walau nyawa jadi taruhan

Muslimah acuan alQuran
Dialah wanita yang dijanjikan Tuhannya
Sebuah syurga sebagai mahligai kasihnya
Dialah penghulu bidadari suaminya
Dialah wanita solehah buat agamanya

Muslimah acuan alQuran
Ialah muslimah yang tegas
Tegas dalam menegakkan daulah islamiyyah
Tegas dalam hidup yang ditarbiyyah
Dengan pelita iman bersumbukan taqwa

Muslimah acuan alQuran
Ialah muslimah yang bersifat qanaah
Baginya kekayaan duniawi hanya sementara
Baginya dunia hanya untuk meraih keuntungan akhirat
Baginya cukuplah alQuran sebagai harta abadi

Muslimah acuan alQuran
Ialah muslimah yang tunduknya demi agamanya
Yang hatinya disuburkan dengan semangat juang
Yang solatnya dilakukan dengan tawaduk
Yang suaranya lunak dengan Qalamulllah
Yang menjadikan zikrullah halwa ketenangan
Yang meletakkan Deen sebagai pakaian hidupnya

Benar dia bukan Khadijah, wanita kesayangan Nabi
Benar dia bukan Sumayyah, wanita cintakan syahid
Benar dia bukan Rabiatul Adawiyah, wanita yang merindui cinta Tuhannya

Namun, dialah wanita yang akan menjadi kesayangan suami solehnya
Dan, dialah wanita yang rela syahid dalam manhaj islamDan, dialah wanita yang mencari redha suaminya demi redha Tuhannya

tinta acuan akhiku-http://hosmu.blogsome.com/

.:Peristiwa Bulan April:.Banyak lagi tau!! sikit nie


.: Manakah kekuatan Islam di Akhir Zaman kini?:.

Apa nak tulis di pagi hari nie yerk...ermmm terasa macam nak search wikipedia.org so dapatlah artikel nie untuk sama2 kita lihatlah untuk mendapat pengetahuan.Kekadang banyak benda yang kita tak tahu so carilah ilmu tu seadanya.
4 April 2006: Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra mengumumkan perletakan jawatan.
6 April 1917: Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia I dengan mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
9 April 2003: Tentera Amerika Syarikat berjaya menakhluki Baghdad dalam Perang Iraq.
11 April 2006: Hari Maulud Nabi 1427H.
14 April 1912: RMS Titanic terlanggar ketulan ais besar dan karam di Lautan Atlantik Utara.
17 April 2000: Yang di-Pertuan Agong sekarang, Tuanku Syed Sirajuddin menjadi Raja Perlis selepas ayahandanya mangkat.
18 April 1955: Albert Einstein meninggal dunia.
26 April 1986: Salah satu reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine meletup dan mengakibatkan 31 orang mati serta-merta, dan beribu lagi terkena sinaran radioaktif.
28 April 2001: Dennis Tito menjadi pelancong pertama ke angkasa lepas.
29 April 1970: Amerika Syarikat menceroboh Kambodia untuk memburu Viet Cong.
sekadar ilmu acuan untuk kebaikan semua-http://ms.wikipedia.org/wiki

Sunday, April 16, 2006

.:MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK:.

"Tanda 100 hari menjelang meninggal"
Ini adalah tanda pertama dari Tuhan kepada hamba-Nya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendaki-Nya......
Walau bagaimanapun semua orang akan mendapat tanda ini, hanya saja ada yang menyadari ada pula yang tidak.....
Tanda ini akan terjadi lazimnya selepas waktu Ashar, dimana seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging sapi yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti,kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar......
Tanda ini memberi rasa nikmat dan bagi mereka yang sadar dan jika hati kita tergelitik bahwa mungkin ini adalah tanda ajal menjelang,maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaatnya ... Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan waktu yang tersisa untuk mempersiapkan diri dengan amal ibadah dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
"Tanda 40 hari"
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Ashar, dimana bahagian pusar kita akan berdenyut-denyut. Pada saat itu daun yang bertuliskan nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Singgasana Tuhan. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mulai melakukan persiapan atas diri kita,diantaranya adalah mengikuti kita sepanjang waktu ... Dapat saja terjadi Malaikat Maut ini memperlihatkan wujudnya yang asli secara sekilas. Jika hal ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika... Malaikat maut ini hanya 1, tetapi kewenangan untuk mencabutnyawa adalah sama dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.........
"Tanda 7 hari"
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diujidengan musibah sakit, dimana orang sakit yang tidak nafsu makan, secara tiba- tiba berselera untuk makan...
"Tanda 3 hari"
Pada saat ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dirasakan maka berpuasalah kita selepas terjadinya hal itu supaya perut kita tidak mengandung banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan jenazah kita nanti.... Saat itu juga bagian hitam mata kita tidak akan bersinar lagi,dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat diperiksa jika kita melihatnya dari bahagian sisi... Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan- lahan jatuh kedepan dan sukar ditegakan...
"Tanda 1 hari"
Akan terjadi sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di bagian belakang kepala, iaitu di sekitar ubun-ubun dimana hari ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya....
"Tanda akhir"
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk di bahagian pusar dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian tengkorak... Pada saat ini hendaklah kita terus berdo'a dan berdiam diri dan menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembalikepada Tuhan yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikankita pula...
"SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK"

Thursday, April 13, 2006

.:monologyaumi:. 10&11 di Mansuroh,Talha

Telah kian lama aku menanti saat ketika bagi menulis sesuatu dari titisan tinta mayaku tapi baru hari nie aku kesampaian...syukur alhamdulillah kepada hadrat ilahi kerana limpah kurnianya dapatlah aku menulis lagi.
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai. --hamka
Apa yang aku nak start nie...ermm tadi macam banyak nak tulis.MANSUROH muhafazah Talha adakah antum kenal nama ini...ha kalau nak tahu nama nie aku dapat tau bila pertama kali aku jejakkan kaki ke sini.So tak berapa heranlah aku kan...tapi aku ada satu keinginan nak pie sana...alhamdulillah keinginan aku tue ditakdirkan pada 10 dan 11 April 2006 bersamaan 11 dan 12 Rabiul Awal 1427 hijrah.Kiranya aku sambut Maulidur Rasul kat sanalah.Aku dan sahabatku abg Noh hehehehe pie sana lepas latihan silat...pergh ngan kepenatan pie eh ahhh lantak nak pie jugak ada kesempatan nie baik pergi.Sebab kuliah cuti lagipun esoknya so sampailah aku kat Mansuroh dalam kul 2 lepas zohor.Dari Murasyahah nak ke Mansuroh mengambil masa selama 1 jam setengah.Murasyahah tue nama tempat ka Tanta(Stesen Pengangkutan ke Mansuroh,Zaghzik,Dumyat...apa lagi erkk tak ingatlah) .
Dalam Perjalanan aku kepenatan so tertidolah kejap sambil buku bertajuk 'Kekejaman Zionisme" membaca aku ...ahakzzz!!! ermmm keletihan di buatnyer...sampai Mansuroh aku n abg nuh pie makan...Syawarma Kampung...ahakz...nak tau kena berapa ha ko 21 Junaih kena...pokai abg nuh!! tuelah nak tong2 tak nak!! lepas tue naik teksi ke Darasat tempat bebudak Malaysia duduk...pergh sungguh indah pemandangan di Mansuroh lawa siut...dengan air sungainya..bandarnya yang merupakan Ke-3 terbesar di bumi Mesir nie...Ya Allah seram sey takut jumpa Akhawat..hehehe yerklah kat Tanta mana ada akhawat!Sampai darasat pie lah menuju ke umah member aku Pejal yang sama ngan aku namanya...besar jugak umah dia boleh tahanlah.
Lepak2 jap..petang pielah jejalan kat Mansuroh nie...melihat suasana petang nan damai di Mansuroh nie...wokehlah tempatnya bersih pun bersih gak lah kot tapi sama jerk...arab mesir kan!!! ermmm pie jalan sampai malam...solat tu tak lua lah..ada rukhsah..gunakan..malam tue pie umah member2 lain.Esok aku pun balik lah...nak wat macam manakan kenalah balik ada program lagipun RABU..sambutan Maulidur Rasul...kat Tanta so kenalah balik.Ada majlis Ilmu tue so kenalah pergi.Sampai disini saja buat kali ni ada masa aku tulislah pepe kat sini.ilalliqa ma salamah.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian -- Hukama'

Tuesday, April 11, 2006

.:Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1427 Hijrah:.


Nabi Muhammad s.a.w (محمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Nabi Muhammad s.a.w. merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s.


Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

Surah Al-Anbiya, ayat 107


"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada 12 Rabiul Awal merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga." Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam."

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Jalalaludin As-Sayuti berkata: "Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila dia mati, Allah Subhanahu Wataala akan memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar Kerajaan-Nya."


Beliau berkata lagi: "Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah Subhanahu Wataala akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu."

Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah
itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi
orang yang mengharap (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah. (QS : al-Ahzab 33 : 21)

Ketauladanan Rasulullah telah dinyatakan oleh
al-Qur'an, namun sepeninggal beliau
ketauladanan sebagaimana beliau tetap
dibutuhkan dalam pengaktualan Islam sesuai
dengan yang dijanjikan dalam firmanNya :

Dan dalam setiap kaum terdapat pemberi
petunjuk" (QS : ar-Ra’ad 13 : 7)

mari kita panjatkan shalawat dan salam
bersama-sama kepada Rasulullah Muhammad
SAW yang kita cintai...

Allahuma sholi ala Muhammad Allahuma sholi
aliaihi wa shaliim
RINDU KAMI PADAMU YA RaSUL, RINDU TIADA
TERPERI, BERAGAM KATA & CARA DARI MU
YA
RaSUL TERASA DIKAU DISINI
wahai Nabi yang tulus Engkau selalu ada di
hati kami.......

..::ihsan dari insan bernama hamba buat kekasih Allah SWT::..









Sunday, April 09, 2006

.:monologyaumi:. .:arghh iqamah nak kiok!!:.

Fuh berdegup jantug ni berdegup..tak tahu kenapa?lah sekali terigat da arie nie hari nie last hari kena tajdid iqamah aku kat jawazat(pembaharuan pasport)...asai leh lupa plak nie adoi nasib baiklah ingat sey kalau tak jadi pendatang tanpa izinlah aku..hehehe jadilah mat malaysia hehehe bukan mat indon sebab nie kat mesir bukan kat malaysia.
ermm pengalaman buat iqamah hari nie buat aku tergelak sendiri jadinyer bukan apa masing2 buat kepala sendiri.Aku,anan dan miftah dah janji nak wat sama tajdid iqamah.alhamdulillah arie nie perjanjian yang dibuat terlaksana kalau tak dah mnjadi sebahagian dari org2 munafik.Jumpa kat jawazat dalam kul 9 ermm tapi sampai kat jawazat yag sebenarnya dalam kul 10 lebih coz kitorang terpusing-pusing cari jawazat ... tanya arab sana-sini kat sinilah nak practice lugahah arabiah ita amiah ker fushah ker lantak yang penting arab tau apa yang kita cakap!
Kat dalam jawazat kitorang buatlah apa2 yag patut..pening jugak nak tajdid iqamah ni sebab dulu time nak baharukan iqamah kitorang kat Kaherah time tue senior kitorang...so arie ni kena berdikari sendiri lah beb...dok kat sini 4 tahun lagi.Selesai tajdid iqamah dalam tempoh tak kurang satu jam...dalam kitorang buat iqamah ni rombongan ke dua datang...rombongan abg nuh,abul,fizi dan nizam....hai ramai budak2 johor buat arie nie...bukan apa esk dah nak mati dah iqamah tue sebab tue buat ari nie kalau tak tak dernya nak buat arie nie...hehehehe.
ermm lepas kitorang siap pie kejap MOMEN kira macam KFC @Mc Donald Mesir lah kat sini..kat Mesir nie boikot semua restoran yang Amerika punya so tu yang belambak restoran makanan segera kat Mesir nie...yang bagusnya org arab nie diorang support kerajaan diorang boikot barang2 Amerika dan Yahudi nie...ermm bilalah Malaysia nak jadi macam kat Mesir nie? Terfikir juga aku nak buat pembaharua bila balik nie tapi mampukah aku?Ermm kitorang sapan kat sini lapar siut.. sampai kenyang ko kat sini...Alhamdulillah dapat nikmat akan kalau tak dapat tak naya namanya...makan Magnum dan Syawarma. Org belanja belasah jerk lah kan...ermmm abg noh punya group lagilah makan magnumnyer, Syawarmanyer, saladnyer...apa2lah makanan yang tak pernah jumpa...nauzubillah banyak nyer bolehlah diorang banyak duit ...aku bawa duit ciput jerk tue pu ader jugak tong-tong sikit ngan anan nak beli tue ngan mep sekali so baru dapat makan.
Tuelah pengalaman baru aku arie nie hehehe bukan apa benda yang belum dibuat oleh aku kat Mesir nie aku nak kongsin ngan korang semua...aku angap dia benda yang baru...klah jumpa lagi lah yerk..coz nak pie kelas madrastul ilmi ari nie...kelas Tafsir my favourite subject! klah ilalliqa ma salamah adios.

Saturday, April 08, 2006

.:monologyaumi:. Bernafas Kembali!!

Alhamdulillah bersyukur keatas Allah yang Maha esa kerana dengan limpah kurnianya bernafas kembalilah blog aku nie...ermmm bukan apa selama seminggu line umah aku nie kiok...tapi ada hikmah disebalik kekiokkan line internet kat umah nie...bkan apa kalau hidup 48 jam line nnie alamat aku tak bukak kitab lah hehehe...joke jerk

ermmmhari nie holiday bagi azhari seperti kami...hari minggu bagi umat manusia di muka bumi anbiya nie...dengan holiday nielah dorang balik kampung dan berkumpul di rumah.ermm bagi kami pelajar al ahar nie, hari nie adalah time nak rest kejap kepala otaknie dari kekusutan kuliah hehehe(tak ikhlas gamaknya).

arie lepas solat subuh ngulang hafazan...lepas tue baca kitab kejap..tup2 kitab yang baca aku..hahaha tertidor lah plak.ermm takperlah tidor sebelum solatjumaat sunat apa..khalullah.Pas solat jumaat turn aku plak mask so apa lagi ermm masklah apa yang ada..tgk ikan banyakkat peti tue apalagi masaklah .. ikan goreng jerk..ok kot malas nak masak perfect sangat.

Hari nie lepas asar biasanya tido kejap..tapi rasa nak ngulang hafazan so ngapallah ayat2 yang tersangkut.Lepas tue pie tgk bilik ustaz kimi internet dah ok apalagi online lah kejap.Tgk2 mail azan berkumandang.apalagi pileah solat..lepas tue pieumah uie sebab ada liqa (usrah)ermm apalagi pielah nanti rindu plakkat akhi2 aku.

hari nie ramai jugaklah yang datang ..alhamdulillah ermm banyak yang dibentangkan oleh kitorang..ermm tentang tafsir ayat 11 hingga 13 surah AlBaqarah.Sirah nabawiyah berkisarkan tentang maulidul rasul pada pandangan kita umat islam masa kini..ermm barulah aku terfkir sebenarnya maulidur rasul yang kita umat islam sambut di malaysia tak der bawa perubahan sebab tak dibawa perubahan...faham tak aku cakap apa...para penceramah sebenarnya tak memberi input yang sepatutnya diberi iaitu kita haruslah menyampaikan hikmah kelahiran Rasulullah SAW keatas muka bumi ini.Sebab kebiasaanya kita dengar berkisarkan Kelahiran Rasulullah sehngga wafat cerita yang basic dan selalu dengar..

Penutup kata2 dari naqib kami Ustaz Muhamadiah:

"Jika kita berasa letih untuk perkara kebaikan ingatlah bahawa keletihan itu akan pergi meninggalakan kita,tapi ingatlah bahawa kebaikan itu akan kekal selama-lamanya" dan "Jika kita seronok melakukan kemungkaran dan kemaksiatan ingatlah bahawa kesakitan dan penderitaan yang kita akan tanggung adalah untuk selama-lamanya"
So ia dijadikan azimat buat diri ini insyaAllah.

Habis Liqa dalam kul 10.30 bolehlah lamanya..ermm kami dijamukan dengan nasi lauk best tue ikan bakar,air asam,sayur terung sambal...pergh pergi lupa plak kari daging...alhamdulillah...pastu aku baliklah keumah ermmm lanilah aku dapat menyunting sesuatu kat blog aku nie...itu sahaja buat tatapan aku hari nie.sekian

Tuesday, April 04, 2006

.:Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:.

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya

ihsan dari kekandaku...As sYamz;)

.:monologyaumi:. pergh arie yang bosan...!!!!

Arrghhhh terasa dah lama jari jmari aku tak menaip sesuatu untu monolog harian aku kat dalam blogh so apa lagi buatlah.Hari nie rasa kebosanan yang amat sangat dalam diri aku....tak tahu kenapa...maybe takut nak exam kot...takut tapi buat dono jerk...hafazan ta ngulang lagi exam syafawi dah nak dekat dah...katanya awal bulan 5 tapi aku ni macam tak nak peksa jerk...kuliah kekadang ponteng gak...ermmm nak jadi apa lah aku nie...ibu ayah maafkan abg..sebab dah buat salah kat kamu..

ermmm hari nie tak der yang best...bangun pagi macam biasalah pie kuliah 2 jerk sempat masuk...coz madah first tak dapat nak pie sebab dah baru balik latihan silat...so pie time kedua dan ketigalah...ermmm balik masaklah apa lagi hari nie...rasa nak masak sardin sebab semalam ada beli sardin 2 tin...boleh buat lauk penyedap hari nie..ermmm hari nie kena tazkirah free ngan ustaz kimi sebab selalu tido lewat...hehehe bagus jugak sebab dah lama tak dengar ngan bebelan seseorang buat diriku ini.

kata2 @ pesan imam al ghazali;

Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; karena terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama di kalangan penuntut ilmu yang membuang- buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia mengira bahwa di dalam ilmu tak bersari itulah terkandung keselamatan dan ke bahagiaan, dan ia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan filsuf-filsuf. Ia tidak tahu bahwa ketika telah ada pada seseorang ilmu, maka apa yang memberatkan,

seperti disabdakan Rasulullah saw, "Orang yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu."

ermmmpas solat asar...ngulang hafaz..ermm pastu ader masa 1 jam lagi tgklah my favourite citer...ermmm memang fikiran budak-budak NARUTO...ermm apalah budak azhar macam aku niekan...ermmm pastu solat maghriblah sebab dah azan.Pas tue pie kelas malam...munaqashah kitab TAFSIR...ustaz jai yang ajar...boleh jugaklah tangkap tapi macam sedar tak sedar jerklah sebab ta'ban sangat hari nie..tak tau kenapa...hari nie muzakarah SURAH AL BAQARAH.. ermm rasa kurang lagi ilmu nie berbanding rakan-rakan aku.Pas tue solat Isyak berjemaah ngan bebudak nie..pie koop beli coklat pastu balik lah...terdengar keroncongan perut meminta diisi pie dapur tgk lauk tgh hari ada lagi apa lagi panaskan mentalaklah..ermmm alhamdulillah Allah beri nikmat makan pada ak nie...teringat pada sahabat2 aku kat palestin entah makan ker tak..aku makan bolehlah dikatakan sedap...ya Allah berilah kemenangan di dalam tangan umat islam...

pastue tgk jap tv..ader plak citer kartun tgklah kejap..TOM & Jerry...rasa bosan online kejaplah sebab tuelah tertulis nukilan harinie tak tau na buat apa..jap lagi nak tgk kitab2 yang belum baca sangat..dapat 5 6 muka jadiklah...klah samai disini saja nukilan aku buat kali ini..insyaAllah ada masa aku nukilkan lagilah..

thaniahstreet,seberbay;)

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang