Barang Jenama Anda

Wednesday, April 26, 2006

.:Al Fatehah Buat Ustaz Jafni:.

"Maut datang menjemput tak pernah bersahut..Malaikat datang menuntut untuk merenggut..Manusia tak kuasa untuk berkata-kata..Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka..Terimalah ia dengan seadanya.."

Tanggal 27 Rabi'ul Awal 1427hijrah bersamaan 25 April 2006.Pergilah seorang insan bagi bertemu Rabnya.Ustaz Jafni pelajar tahun akhir Kuliah Al-Quran dan Qiraat,Tanta dan juga merupakan kenalan ahli bait Ustz Kimi.Berita yang ku terima mengejutkan aku dan ahli baitku Ustaz Kimi,mana taknya tgh download video clip Nasyid tetiba Hp ustaz berbunyi..panggilan dari Ustaz Amli...mengatakan Ustaz Jafni meninggal dalam masa tu jugak Abg Is balas msg YM ustaz.Bergegas kami berdua bersiap untuk pergi ke Bait Izzah untuk membaca Yassin dan juga tahlil buat Arwah.Aku,Ustaz Kimi,Apik n Meor pi bersama.

Arwah Meninggal dunia disebabkan lemas di Siwa. Allahyarham dikatakan menemani keluarga mertuanya yang datang ke Mesir untuk menyambut kelahiran cucu di Iskandariah. Tak disangka, cucu yang bakal hadir adalah pengganti kepada yang pergi. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak. Ucapan takziah dari kami, Student2 Tanta buat keluarga Allahyarham. Semoga tabah menerima takdir yang sudah tertulis ini.InsyaAllah ada hikmah apa yang telah berlaku ini.

Dr Ibn Umar r.a katanya: Rasululluh S.A.W telah memegang bahuku dan bersabda: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara." Maka Ibn Umar berkata: "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati".

Semoga ALLAH menerima Allahyarham sebagai tetamu-Nya dan ditempatkan di dalam golongan syuhada, solihin dan para anbiya'.

Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang