.:monologyaumi:. Bernafas Kembali!!

Alhamdulillah bersyukur keatas Allah yang Maha esa kerana dengan limpah kurnianya bernafas kembalilah blog aku nie...ermmm bukan apa selama seminggu line umah aku nie kiok...tapi ada hikmah disebalik kekiokkan line internet kat umah nie...bkan apa kalau hidup 48 jam line nnie alamat aku tak bukak kitab lah hehehe...joke jerk

ermmmhari nie holiday bagi azhari seperti kami...hari minggu bagi umat manusia di muka bumi anbiya nie...dengan holiday nielah dorang balik kampung dan berkumpul di rumah.ermm bagi kami pelajar al ahar nie, hari nie adalah time nak rest kejap kepala otaknie dari kekusutan kuliah hehehe(tak ikhlas gamaknya).

arie lepas solat subuh ngulang hafazan...lepas tue baca kitab kejap..tup2 kitab yang baca aku..hahaha tertidor lah plak.ermm takperlah tidor sebelum solatjumaat sunat apa..khalullah.Pas solat jumaat turn aku plak mask so apa lagi ermm masklah apa yang ada..tgk ikan banyakkat peti tue apalagi masaklah .. ikan goreng jerk..ok kot malas nak masak perfect sangat.

Hari nie lepas asar biasanya tido kejap..tapi rasa nak ngulang hafazan so ngapallah ayat2 yang tersangkut.Lepas tue pie tgk bilik ustaz kimi internet dah ok apalagi online lah kejap.Tgk2 mail azan berkumandang.apalagi pileah solat..lepas tue pieumah uie sebab ada liqa (usrah)ermm apalagi pielah nanti rindu plakkat akhi2 aku.

hari nie ramai jugaklah yang datang ..alhamdulillah ermm banyak yang dibentangkan oleh kitorang..ermm tentang tafsir ayat 11 hingga 13 surah AlBaqarah.Sirah nabawiyah berkisarkan tentang maulidul rasul pada pandangan kita umat islam masa kini..ermm barulah aku terfkir sebenarnya maulidur rasul yang kita umat islam sambut di malaysia tak der bawa perubahan sebab tak dibawa perubahan...faham tak aku cakap apa...para penceramah sebenarnya tak memberi input yang sepatutnya diberi iaitu kita haruslah menyampaikan hikmah kelahiran Rasulullah SAW keatas muka bumi ini.Sebab kebiasaanya kita dengar berkisarkan Kelahiran Rasulullah sehngga wafat cerita yang basic dan selalu dengar..

Penutup kata2 dari naqib kami Ustaz Muhamadiah:

"Jika kita berasa letih untuk perkara kebaikan ingatlah bahawa keletihan itu akan pergi meninggalakan kita,tapi ingatlah bahawa kebaikan itu akan kekal selama-lamanya" dan "Jika kita seronok melakukan kemungkaran dan kemaksiatan ingatlah bahawa kesakitan dan penderitaan yang kita akan tanggung adalah untuk selama-lamanya"
So ia dijadikan azimat buat diri ini insyaAllah.

Habis Liqa dalam kul 10.30 bolehlah lamanya..ermm kami dijamukan dengan nasi lauk best tue ikan bakar,air asam,sayur terung sambal...pergh pergi lupa plak kari daging...alhamdulillah...pastu aku baliklah keumah ermmm lanilah aku dapat menyunting sesuatu kat blog aku nie...itu sahaja buat tatapan aku hari nie.sekian

Comments

Popular Posts