.:Monologyaumi..Sanah Helwa Ya Mohd Farizal Ke-21:.

"Trutt....Assalamualaikum"
"Abg selamat hari lahir yang ke 21 ayah n ibu ucapkan buat anakanda di sana...study betul2 jgn memain kat sana.Doakan kami disini juga ye...ibu ayah dan adik2 sentiasa mendoakan abg kat sana".

Terubat kerinduan diriku buat insan2 yang disayangi di Malaysia..iaitu ibu bapaku dan juga adik beradik ku.tepat jam 12 malam disini dan kul 6pagi di Malaysia .. pangilan dari Malaysia ku terima alangkah gembiranya hati ku ini.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi yang telah memberikan nikmat kehidupan kepada diriku yang kerdil lagi hina...alhamdulillah pada hari ini Sabtu 22 April 2006 bersamaan 24 Rabi'ul Awal 1427 hijrah genaplah umurku 21 tahun...Sanah Helwa Ya Nafsi!! setapak lagi aku melangkah menuju kedewasaan walaupun diri nie macam tak serupa org yang dewasa.Sebabnya aku masih remaja...kahwin pun belum lagi.ahakzzz.

Hari nie aku buat Majlis Doa Selamat dan juga tahlil arwah...walaupun ramai org mengatakan ia bid'ah dan ia terangkum didalam bid'ah hasanah tapi terdapat beberapa hadith yang mengatakan boleh melakukannya kerana ia berlandaskan apa yang dimaksudkan 3 perkara yang boleh diterima oleh si mati iaitu yang ketiga Doa anak2 yang soleh.

Hari nie menu utama Tom Yam Ramen...ahakz ikut Narutolah plak..it's ok right...my favourite cartoon hehehe tapi tgk jerk jgn percaya plak...dah lah nuntut agama..kerja2 pembikinan Tom Yam Ramen mengambil masa yang agak lama jugak sebabnya???? kaki aku kena sengat ngan lebah tgh hari tima nak solat...aduiii bengkak siut...ermm kifarah kot.apa2pun terima kasih kat ahli bait abg kimi dan juga raeis kerana membuat pertolongan cemas...adui kalau tak der diorang naik Krem kaki aku...kena 3 kali das suntikan berbisa.

Lepas Asar baru start buat Kuah Tom Yam.Alah simple jerk tapi yang penting tak keracunan dan membuat org mati ahakz...tema org2 masak.Sampailah Maghrib terciptalah 3 periuk Kuah Tom Yam Ramen.hehehe nak rasa mai Tanta!!!Terima kasih buat ahli bait Ustaz Kimi dan Ustaz Raies..kerana tolong aku settlekan bahan2 nak buat ReSePi nie yang aku cipta sendiri.hahaha bertuahlah siapa yang dapat makan.

Majlis Start lepas isyak...Ustaz Muhamadiah selaku Naqib ana membawa majlis doa selamat dan tahlil.After that kitorang potong keklah apalagi...kek Abg Noh,Fizi,Azim n Kamil yang belikan ...Thankz juga buat Miftahul Huda dan juga Jumari yang buatkan Kek Coklat Strawberi buat diriku..memang bestlah kek entum!! Thankz buat korang semua I love U.Aku suapkan semua hadirin yang sampai terdahulu dalam majlis.Seronok sangat aku rasakan.Arigato huzaimaz..Thanks buat Uiefiros Efizi dngn Present yang enta bagi.Majlis terlerai jam 10 malam...semua beransur pulang...Terima Kasih kat sesiapa yang wish besday aku yang ke 21 baik dari zahiriah atau batiniah.Syukran Jazilan Buat semua...insyaAllah tahun aku buat lagi...doakan semoga murah rezeki dan dipanjangkan umur ye.

ilalliqa ma salamah...sayang kamu semua!!!!

Comments

Popular Posts