Barang Jenama Anda

Wednesday, July 19, 2006

.:The Annual Festival BKPJM 2006...Coming!!!:.

Assalamualaikum...
Buat tatapan sahabat yang ku rindui lagi disayangi...bagaimana dengan kehidupan seharian yang penuh dengan liku2 hidup dan galasan cabaran yang di paut oleh kita semua.Diharap agar berjaya menjalaninya dengan sehabis baik.Gembleng kekuatan ...Pasak keilmuan ..itulah slogan semarak kita bagi student Al-Azhar Mesir bagi tampok pemerintahan PMRAM 2006/2007.Kita sabagai warga Azhar perlu melihat dan mengaplikasikan Slogan tersebut dengan megahnya.

Bulan Julai ini banyak juga program yang student Azhar lalui seperti kelas Tafaquh di masjid Azhar dan juga talaqi di serata pelusuk tanah Anbiya ini.Bagi diriku ini akan dilalui dengan pelbagai program seperti itu dan juga sampingan.Sekarang ini ada Minggu Keluarga Johor kat Kaherah so kenalah balik sat nanti apa plak orang Kaherah kata nantikan Budak Tanta tak balik.Ermmm AF bunyi sebutannya jangan janggal plak dengar bunyi tue...Tu singkatan je yang betulnya The Annual Festival BKPJM 2006.Mantap punya nama.

Hari ini 19hb Julai 2006 startlah AF kat bumi Anbiya nie..macam2 program yang dilaksanakan.Pagi tadi Sepak Taqraw dah start..petang nie Ping-Pong dan malam ni ada KUIZ plak oraitlah memang best hehehe.KUIZ2 ni memang aku minat sebab aku banyak kali memang kalau masuk KUIZ ni ahakzzz.Tapi tak tahulah ada tempat kosong ke tak.

Ermmmm dugaan sebelum nak pie Kaherah hari ini dompet leh dok diam kat umah abg noh aduh ...yang dia plak dah balik Kaherah dah...aku pinjam duit Ustaz Kimi ahli bait aku lah apalagi.Dialah yang sering bantu aku jika ada kesusahan,tak tahulah bila dia dah balik Malaysia nanti.Hari ini Abg Iskandar balik Malaysia,tak sempat nak hantar dia sebab tertido lepas dok baca2 kitab lepas subuh.

Rasanya sampai disini sahaja buat kali ini ..esok sambung lagi ngan adengan dan tentatif menarik sepanjang Minggu Keluarga Johor ni.
ilalliqa maa salamah.



.:Renungan dari Sahabat Buat Sahabat:.

Teman adalah hadiah terindah kurniaan Tuhan buat kita.

Seperti hadiah, ada yang bungkusannya cantik dan ada yang bungkusannya tidak cantik.
Yang bungkusannya cantik punya wajah rupawan, atau keperibadian yang menarik.
Yang bungkusannya tidak cantik punya wajah biasa saja, atau keperibadian yang biasa saja, atau mungkin buruk.

Seperti hadiah, ada yang isinya bagus dan ada yang isinya jelek. Yang isinya bagus punya jiwa yang begitu indah sehingga kita terpukau ketika berkongsi rasa dengannya, ketika kita tahan menghabiskan waktu berjam-jam, saling bercerita dan menghibur, menangis bersama, dan tertawa bersama. Kita mencintai dia dan dia mencintai kita.

Yang isinya buruk punya jiwa yang terluka. Begitu dalam luka-lukanya sehingga jiwanya tidak mampu lagi mencintai, justeru kerana itu haruslah kita sebagai sehabat merawat lukanya dengan dorongan dan sokongan agar luka-lukanya tidak melarat dan tidak boleh diubati lagi.

Oleh itu pentingnya konsep persahabatan yang terbina di dalam lindungan Allah SWT.

Tuesday, July 18, 2006

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna


1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu- satunya syiar Islam.


4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Wednesday, July 12, 2006

.:Perkhemaham Musim Panas:.

Tarikh 4 hb Julai sampai 6 hb Julai merupakan hari-hari yang telas diisi oleh kami sebahagian pelajar Tanta di dalam program Perkhemahan Musim Panas di Muhayyam Daiem di Kaherah.

4hb Julai 2006:
Kami berkumpul di perkarangan Bait Izzah dalam jam 8.00pagi.Kemudiannya kami pun bergerak ke Kaherah dengan menaiki Tramco.Kami berpecah dalam 2 kumpulan.Alhamdulillah sebelum kami sampai ke destinasi kami yang sebenarnya kami sudah di beri cabaran dan dugaan oleh Allah SWT utuk melihat kesabaran kami dalam menempuh ujian musim panas ini.Bayangkan musim panas yan mencecah 35 darjah celcius tertegak di atas kepala kami mencurahkan serba sedikit keringat tambahan lagi karenah arab yang mengambil kesempatan ke atas kami.

Mana tidaknya aku berkata demikian.Arab tu bawa kami pusing-pusing kat kawasan yangtidak pernah kami jejaki sebelum ini.Tapi seigat aku tempat itu bernama October City.Kami semua sedekahkan kat arab tue 21 Junaih.Pastu kena tibai lagi dengan Arab nak pie Muhayam Daiem adalah kena 55 Junaih semua.Hai tobat aku nak naik ngan arab ni.Sampai kat Muahayam Daiem dalam kul 12.30pm terus siap-siap nak Solat Zohor berjemaah.

Seterusnya makan tengahari dan diberi kumpulan.Aku dapat Kumpulan 5 dan aku kena jadi Raies kumpulan.Nama kumpulan aku Sallehuddin Al Ayubi sempena nama panglima islam dan juga Sultan yang mempunyai kekuatan dari segi keislamannya dan pemerintahan.Di dalam kumpulan aku mempunyai 6 orang lagi peserta iaitu Fasilitatorku Ustaz Zuwairi.Najib Othman,Azilan,Amir Abdillah,Meor Anuar,Saiful Nizam dan Abd Kudus.Lepas pembahagian kumpulankami diberi khemah untuk beristerehat dan yang paling aku tak boleh lupa ialah perkhemahan ini merupakan first time aku dapat bantal dan tilam.Hehehehehehe time kena angkat tilam dan bantal aku dah nak tergelak dah.Maybe kat sini cuaca bukannya seperti Malaysia so tak kisahlah nak buat cara bagaimana.Tapi kira oklah ada pokok-pokok macam dekat Malaysia.

Petangnya kami adalah senaman dan sukan yang ringan-ringan buat anggota badan ini berfungsi dengan baik dan melonggarkan sendi-sendi yang berkarat.Betul tak!!!! hahahaha
Malam pula lepas Solat Magrib Jama' Qasar berjemaah kamipun diberi pengisian kerohanian dengan mendengar ceramah dari Ustaz Fadzil.1/3 malam pula kami bangun untuk memantapkan kerohanian dan mentaabudkan diri ini kepada Allah SWT.

5hb Julai 2006
Pagi:
Selepas solat asar kami disantapkan dengan sdikit tazkirah dari Ustaz Amir ahli kumpulan aku.Boleh tahanlah dengan nasihat2 yang diberikan olehnya.Selepas itu kami ada permainan Minda buat mengisi kekosongan fikiran dan membuatkan otak yang sedia segar dicernakan sebaik mungkin.Di isi slot ini oleh Ustaz Zul Jam-jam.

Petang:
Belajar Taranum dengan Ustaz Abu Qassim

Malam:
Barbeque.Sedap ooooo ayam panggang hehehehe dapatlah lepas gian nak makan ayam yang dah lama tak makan..sebab adanya virus SELESEMA BURUNG.

6hb Julai 2006
DAh balik dahhhhhhhhhhhhhhhhhh ..... penat dah nak tulis nanti sambung lagi lkalau ada masa babai

Sunday, July 02, 2006

.:Perihal Mengenai Sahabat:.

"Mengekalkan persahabatan
Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.

Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling Menahan rasa Cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.

Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami
untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.

Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

.:CARA-Cara memilih Sahabat:.

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang