.:Perkhemaham Musim Panas:.

Tarikh 4 hb Julai sampai 6 hb Julai merupakan hari-hari yang telas diisi oleh kami sebahagian pelajar Tanta di dalam program Perkhemahan Musim Panas di Muhayyam Daiem di Kaherah.

4hb Julai 2006:
Kami berkumpul di perkarangan Bait Izzah dalam jam 8.00pagi.Kemudiannya kami pun bergerak ke Kaherah dengan menaiki Tramco.Kami berpecah dalam 2 kumpulan.Alhamdulillah sebelum kami sampai ke destinasi kami yang sebenarnya kami sudah di beri cabaran dan dugaan oleh Allah SWT utuk melihat kesabaran kami dalam menempuh ujian musim panas ini.Bayangkan musim panas yan mencecah 35 darjah celcius tertegak di atas kepala kami mencurahkan serba sedikit keringat tambahan lagi karenah arab yang mengambil kesempatan ke atas kami.

Mana tidaknya aku berkata demikian.Arab tu bawa kami pusing-pusing kat kawasan yangtidak pernah kami jejaki sebelum ini.Tapi seigat aku tempat itu bernama October City.Kami semua sedekahkan kat arab tue 21 Junaih.Pastu kena tibai lagi dengan Arab nak pie Muhayam Daiem adalah kena 55 Junaih semua.Hai tobat aku nak naik ngan arab ni.Sampai kat Muahayam Daiem dalam kul 12.30pm terus siap-siap nak Solat Zohor berjemaah.

Seterusnya makan tengahari dan diberi kumpulan.Aku dapat Kumpulan 5 dan aku kena jadi Raies kumpulan.Nama kumpulan aku Sallehuddin Al Ayubi sempena nama panglima islam dan juga Sultan yang mempunyai kekuatan dari segi keislamannya dan pemerintahan.Di dalam kumpulan aku mempunyai 6 orang lagi peserta iaitu Fasilitatorku Ustaz Zuwairi.Najib Othman,Azilan,Amir Abdillah,Meor Anuar,Saiful Nizam dan Abd Kudus.Lepas pembahagian kumpulankami diberi khemah untuk beristerehat dan yang paling aku tak boleh lupa ialah perkhemahan ini merupakan first time aku dapat bantal dan tilam.Hehehehehehe time kena angkat tilam dan bantal aku dah nak tergelak dah.Maybe kat sini cuaca bukannya seperti Malaysia so tak kisahlah nak buat cara bagaimana.Tapi kira oklah ada pokok-pokok macam dekat Malaysia.

Petangnya kami adalah senaman dan sukan yang ringan-ringan buat anggota badan ini berfungsi dengan baik dan melonggarkan sendi-sendi yang berkarat.Betul tak!!!! hahahaha
Malam pula lepas Solat Magrib Jama' Qasar berjemaah kamipun diberi pengisian kerohanian dengan mendengar ceramah dari Ustaz Fadzil.1/3 malam pula kami bangun untuk memantapkan kerohanian dan mentaabudkan diri ini kepada Allah SWT.

5hb Julai 2006
Pagi:
Selepas solat asar kami disantapkan dengan sdikit tazkirah dari Ustaz Amir ahli kumpulan aku.Boleh tahanlah dengan nasihat2 yang diberikan olehnya.Selepas itu kami ada permainan Minda buat mengisi kekosongan fikiran dan membuatkan otak yang sedia segar dicernakan sebaik mungkin.Di isi slot ini oleh Ustaz Zul Jam-jam.

Petang:
Belajar Taranum dengan Ustaz Abu Qassim

Malam:
Barbeque.Sedap ooooo ayam panggang hehehehe dapatlah lepas gian nak makan ayam yang dah lama tak makan..sebab adanya virus SELESEMA BURUNG.

6hb Julai 2006
DAh balik dahhhhhhhhhhhhhhhhhh ..... penat dah nak tulis nanti sambung lagi lkalau ada masa babai

Comments

Popular Posts