Barang Jenama Anda

Wednesday, August 30, 2006

Adakah Kita Saudara Seislam???

Assalamualaikum...

Dalam kita seronok untuk menyambut Hari Kemerdekaan kita di tanah air adakah kita ingat kepada saudara kita di Palestin dan Lubnan serta yang lain.Adakah kita ni dianggap sudah merdeka?Apa yang dimaksudkan Merdeka dalam diri kita nie?Adakah kita memang dah bebas dari semua unsur2 selain penjajah?Walaupun kita memang selamanya dijajah oleh minda yang telah dinodai dengan corak dan adat barat!!!

Di sini aku nak bagi u all semua keadaan dan bagaimana mereka disana.....

saksikanlah keadaan mereka yang pasti menanti bila kemerdekaan dan kebebasan dapat mereka perolehi.

ihsan dari member2 aku...

Thursday, August 10, 2006

Kembara Matroh dan Siwa Julai 2006

"Indahnya Suasana Pantai Di Cleopatra Bathroom Nie"

Assalamualaikum semua...sihat semua semoga sihatlah hendaknya.Sebenarnya aku nak tulis apa pun tak tahu ni.Tapi sebab dah lama tak update Blog nie so kenalah update kan jugak kesian dia ye tak..:)Nak cerita apa ye haahhhh nak citer best nak dengar tak?nak dengar baca nie...hehehe

Bulan Julai yag lepas aku dan team Tanta ada membuat satu program Kembara pi Matroh dan Siwa.Bolehlah dikatakan program tahunan Tanta bagi unit USR TANTA.Bermula 24 Julai sampai 27 Julai 2006.

Pengalaman yang paling best ialah Malam yang sepatutnya kitorang bertolak ke Matroh rosak so apalagi kepanasan(dahlah musim Saifi sekarang ni) dan kebengangan yang teramatlah oleh para peserta maka beramai-ramailah tido di Bait Izzah Markaz Kami.Nasib baik tak jauh daari Tanta ni dekat Loji Minyak Petroleum mesir ni.Esoknya barulah kitorang bertolak dari Tanta dalam pukul 10 pagi.Perjalanan yang amat jauh untuk ke Matroh kami semua hanya melelapkan mata dan menikmati keindahan ciptaan Allah di muka bumi Mesir ni.Ada hikmah sebab apa kitorang tak bertolak malam hehehe.Kami melalui banyak tempat yang kami tidak ketahui seperti tempat membuat garam terbesar di Mesir ni.Bukannya proses dengan mesin tapi dia diproses dengan semulajadi menggunakan penyejatan.Tempat kubur tentera France yang terbunuh di dalam peprangan 3 segi antara Mesir Israel dan Francis.

Kitorang sampai di Matroh dalam pukul 5 lebihlah lepas asar so terpaksalah jadual ditukar untuk menstabilkan semula Jadual Kembara ni.Kitorang pie Pantai Ajibah lepas turunkan barang-barang di tempat penginapan kitorang.Memang cantik tempat ini tidak jemu memuji kejadian Allah SWT taala ini.

"Inilah Pantai Agiba Di Utara Mesir ini"


Sejarah Pantai Ajibah Matroh:
-10 km dari pekan Marsi Matroh.Keadaan dan suasana sekeliling pantai amat mengajaibkan.Lebih-lebih lagi apabila terbenam matahari yang akan menghasilkan perubahan kepada 7 warna.Begitu juga keadaan pantai yang dikelilingi oleh batu batan

-tidak sesuai untuk bermandi manda kerana merbahaya disebabkan oleh baru karang yang banyak.

kemudian kami balik ke tempat penginapan untuk hilangkan kepenatan dan menikmati juadah makan malam sambil menikmati udara nyaman Pekan Marsi matroh yang berdekatan dengan pantai.Pada malam 25 julai ini kami melakukan acara bebas.Ada yang menaiki basikal ada yang menaiki Keretapi untuk menikmati keindahan malam pekan Marsi Matroh ini.


"Indahnya Suasana Di Bandar Qaisis Siwa Dari Atas Jabal Mauta"


Sejarah Marsi Matroh & Qaisis Siwa:
Qaisis Amoun Siwa dikelilingi padang pasir dan terletak dibahagian barat Qattara di tengah-tengah padang pasir Libya dalam negara Mesir.Jaraknya ke tenggara Matroh lebih kurang 30km.Marsi Matroh merupakan sebuah pekan pantai di mana Cleopatra dan Mark Anthony suatu ketika dahulu mempunyai sebuah istana.Di sekitar 700 sebelum abad, Qaisis Siwa merupakan salah satu pusat kebudayaan yang aktif di Mesir.Sebuah tokong telah dibina seperti apa yang dipercayai untuk menghormati matahari yang dikenali sebagai Amon Ra.Dalam tahun 524 sebelum masihi, Raja Cambyses dari Parsi iaitu anak kepada Cyrus menakluki Negara Mesir telah menghantar 50,000 bala tentera dari Luxor untuk memusnahkan ahli nujum tetapi dikatakan mereka lenyap begitu sahaja terkambus dalam pasir jerlus padang pasir sehingga tiada kesan yang dijumpai sehingga kini.

Pada kurun ke-5 sebelum masihi Herodatus mengakui pada Wadi Siwa mempunyai seorang ahli nujum yang terkenal.Alexander The Great merupakan antara orang yang terpenting melawat Qaisis Siwa.Dalam tahun 331 sebelum masehi beliau mendakwa dirinya sebagai seorang Firaun Mesir.Beliau berjaya menguasai Mesir tanpa sebarang pertumpahan darah dan seterusnya mengasaskan Bandar Iskandariah.Beliau ingin juga menguasai kuasa suci seperti yang diperolehi oleh raja-raja Mesir.Dalam tahun 331 sebelum masehi beliau menggunakan satu perjalanan jauh ke Siwa mengambil masa 2 minggu.Callithenes penulis Biografi Alexander menyatakan perjalanan tersebut amat merbahaya sehinggakan ahli rombongan ini hampir mati kebuluran apabila bekalan air minuman yang dibawa berkurangan seperti dongengan yang diceriakan ahli nujum ini.Kemudian membantunya dengan berjaya menurunkan hujan.Apabila rombongan tersebut sesat dalam ribut pasir ahli nujum ini juga diceritakan mengirim 2 ekor burung hitam besar yang menunjukkan arah ke Qaisis Siwa.Paderi ,penari, ahli muzik dan ahli-ahli ibadat mengalukan kedatangan Alexander The Great ke wadi tersebut.Majlis sambutan ini diadakan di hadapan Tokong Amon Ra tempat penginapan kepada Alexander The Great sehingga beliau mengarahkan apabila beliau mati agar dikebumkan disitu.

Pada Abad ke 5 sebelum dekad ini,herodatus menyatakan bahawa Qaisis Siwa ini di duduki oleh seorang ahli nujum purba kala yang amat terkenal.Kini Qaisis di diami oleh 1700 keluarga iaitu sebanyak11,000 bilangan penduduk.Ia mempunyai 16 buah sekolah dan 10 pusat kraftangan tempatan.Siwa terletak lebih kurang 19 km dibawah paras laut.Kurma dan zaitun merupakan hasil pengeluaran tempatan kedua terbesar dunia.

Untuk hari ini esok kita sambung ya....ilalliqa maa salamah

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang