Barang Jenama Anda

Friday, September 29, 2006

Tentera Badar dan Bulan Ramadhan

Di bulan Ramadhan tahun kedua hijrah, tentera Badar pernah menjawab pertanyaan Nabi: apakah kita akan menuju tentera Quraisy. Maka dijawab Abu Bakar dan kelompok Muhajirin dengan jawapan terbaik. Rasulullah tetap mengulang: "Berikanku pendapatmu."

Lantas Sa'ad b Mu'adh menjawab: "Harapnya kau memaksudkan kami, Ya Rasulullah. Demi yang mengirimmu dengan kebenaran, jika kamu membawa kami dan mengharungi laut, kami akan mengharungi bersamamu. Tiada dari kami yang akan tinggal, dan kami tidak benci untuk kamu membawa kami memerangi musuh kita besok. Kami sabar dalam perang, dan kami ikhlas memerangi musuh. Semoga Allah akan menunjukkanmu dari kami, dengan keberkatan dari Allah." Pergilah kamu dan Tuhanmu berperang

Berkata Miqdad (sahabat Rasul sebelum Perang Badar) kepada Rasulullah s. a. w: "Wahai Rasulullah! Kami tidak akan tinggal di sini sebagaimana dicakapkan oleh Bani Israel kepada Nabi Musa: 'Pergilah kamu dan Tuhan kamu dan berperanglah. Kami akan duduk di sini sahaja.' Tetapi kami akan berkata : 'pergilah kamu dan Tuhanmu dan berperanglah, dan kami akan bersamamu memerangi mereka.' "

Itulah yang contoh sahabat di zaman Rasul yang mengambil pelajaran kesalahan yang dilaksanakan oleh umat Nabi Musa.


Tertarik dengan Firaun?
*************************

Rupanya pengikut Nabi Musa banyak terpegun dengan Firaun.
Umat Nabi Musa kemudian ditunjukkan kesalahan Firaun sebagai penzalim di atas muka bumi dengan kufur pada Allah dan menggunakan politik untuk melenyapkan kalimah Allah. Namun usaha Firaun itu gagal malah di akhir hidupnya, dia mengucapkan kalimah keimanan tetapi ia ditolak oleh Allah.(40:84-85)


Allah menunjukkan kematian Firaun di depan Bani Israel bagi menunjukkan kuasa manusia adalah terbatas dan kehebatan makhluk bukanlan yang hakiki sehingga kebanyakan manusia terpegun dan gerun. Kehebatan Allah-lah yang sebenarnya yang perlu kita imankan.

Orang yang bersalah mahu kembali ke dunia

**********************************************
Dalam Surah Al-An'am, Allah menceritakan bahawa manusia yang berada di neraka Allah akan memohon pada Allah untuk dikembalikan ke dunia untuk membaiki amal dan memperbanyak kebaikan. Tetapi Allah menempelak mereka bahawa Dia mengetahui mereka akan kembali berbuat keengkaran walaupun diberi peluang sekali lagi.


[27] Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi Neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami dan menjadilah kami dari golongan yang beriman.

[28] (Mereka mengatakan yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang dari melakukannya dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta. (6:27-28)
Hal ini tidak jauh bezanya analogi dengan Ramadhan yang kita ada sekarang.


Apa-apa kemajuan amal di bulan Ramadhan ini?
***************************************************

Telah bersabda Nabi SAW: Apabila menjelangnya bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu langit dan ditutuplah pintu Neraka Jahannam serta dirantai para syaitan. [Hadis al Bukhari]
Sepatutnya bila syaitan dirantai, kita akan kurang berbuat dosa pada Allah dan kita akan menambah amal serta membaiki diri. Mengapa ?


Kerana ramai yang sering menyatakan bahawa mereka berbuat dosa lantaran syaitan menggoda mereka dan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat. Ada pula yang menyatakan syaitan yang mengganggu mereka sehingga tidak boleh ke masjeed untuk solat, menutup aurat atau menjaga percakapan. Ada pula yang menyatakan syaitan menyuntik jarumnya hingga payah untuk solat di awal waktu atau belajar ilmu Allah. Dan ada pula berhujah: syaitanlah yang banyak menggoda untuk bercampur lelaki perempuan tanpa batasan.

Namun kalau Ramadhan sudah tiba, syaitan telah dirantai, tetapi masih lagi ada sisa tengik dosa di atas, mana silapnya?

Ramadhan - Madrasah Amal
******************************
Sebagaimana ada manusia di neraka nanti (nauzubillah min zaalik) yang mohon agar dikembalikan ke dunia, maka janganlah kita menjadi orang yang semata-mata meminta Allah kurangkan musuh penggoda agar mampu kita berbuat amal, tanpa usaha kita membaiki diri.
Jika syaitan telah dirantai dan masih ada banyak dosa yang kita lakukan, koreksilah diri. Syaitan tidak berkuasa kecuali meniupkan was-was sahaja dalam manusia. Kita sendirilah yang perlu berubah mengawal nafsu untuk menurut perintah Allah.


Inilah masa untuk memperbanyak amal.. agar lain sedikit dari hari biasa... dan moga madrasah amal Ramadhan membawa kesan di hari biasa nanti lantas kita 'deserve' untuk mendapat redha Allah kerana telah beramal dan mencari keredaan-Nya... dan tidak meminta Allah untuk dikembalikan ke dunia semula. Ameen

Monday, September 25, 2006

.:Semarakkan Ramadhan:.

Selamat menyambut ramadan kepada sahabat-sahabat sekalian. Moga kita dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah pada bulan ini dengan sebaiknya. Ingin dikongsikan serba sedikit berkenaan ramadan yang diperolehi dari ceramah Semarak Ramadan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah petang tadi.

Menurut Imam Ghazali, umat Islam dianjurkan supaya tidak makan secara berlebihan apabila berbuka puasa. Di samping itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam soal pemakanan iaitu halal haram. Ini penting kerana makanan itulah yang akan menjadi darah daging kita. Mengapa kini berlakunya anak yang derhaka kepada ibu bapa, pelajar sukar untuk menghafal, anak-anak tidak mendengar nasihat. Semuanya bermula dari pemgambilan makanan yang kurang berkhasiat dan tidak halal. Hal ini nampak mudah akan tetapi memberikan kesan yang cukup besar dalam kehidupan kita terutamanya individu itu sendiri.


Kemudian, amalan sahur secara berjemaah samada bersama keluarga atau kawan-kawan. Maksud sahur itu sendiri adalah tidur dahulu dan bangun kembali. Ada yang tersalah mentafsirkan sahur sebagai makan lewat malam iaitu sebelum tidur. Dari Nabi s.a.w, keberkatan itu ada pada sahur. Manakala Salman Al Farisi berpandangan keberkatan itu ada pada makanan yang dimakan. Zaid B Tsabit pernah bersahur bersama-sama Rasulullah. Seketika kemudian terdengar laungan azan. Lalu beliau bertanya baginda Rasulullah berkaitan jarak antara sahur dan subuh. Baginda menjelaskan bahawa jarak antara sahur dan subuh adalah sekadar membaca 50 ayat suci Al Quran iaitu waktu sahur yang terbaik. Selain itu, kita juga disarankan agar perbanyakkan berdoa dalam waktu ini.


Amalan tadarus Al Quran juga wajar dijadikan amalan. Tetapi bukanlah bermakna pada bulan-bulan amalan ini ditinggalkan. Diceritakan kisah seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Di dapati dalam kuburnya terang benderang dan terdapat satu lembaga. Lalu, beliau bertanya siapakah engkau ? Lembaga itu menjawab, akulah yang selalu engkau baca suatu ketika dahulu iaitu Al Quran. Antara ganjaran yang diberikan kepada hambaNya yang mempelajari Al Quran adalah dapat melihat Allah dan dikurniakan mahkota di syurga bukan sahaja untuk dirinya malah kedua ibu bapanya.Di samping itu, terdapat 6000 malaikat yang akan mendoakan hamba yang khatam Al Quran sebanyak sekali.


Lazimnya, pada awal ramadan kita dapati masjid dan surau dibanjiri dengan orang ramai. Sebaliknya berlaku di akhir ramadan. Umat Islam dianjurkan supaya memperbanyakkan amalan pada sepuluh malam terakhir bagi mengejar Lailatul Qadar. Malaikat akan memasuki semua rumah yang mana penghuninya menghidupkan malam Lailatul Qadar untuk berjabat tangan dan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Antara tanda-tanda hamba Allah yang berjabat tangan dengan malaikat adalah :
· Bercucuran airmata
· Hati terasa sayu
· Gementar tubuh badan


Namun, terdapat juga hamba yang tidak dipandang oleh Allah dan doanya tidak
dimakbulkan iaitu :
· Peminum arak yang tidak bertaubat
· Orang yang memutuskan silatulrahim
· Seseorang yang bergaduh/bermusuhan melebihi 3 hari
· Anak yang derhaka.


Sebagai iktibar kepada kita semua, ingin dikongsi kisah benar yang berlaku
kepada 5 orang adik beradik yang melupakan jasa dan pengorbanan ibu mereka. Ibu ini membesarkan bekerja siang dan malam bagi membesarkan anak-anak dengan satu nawaitu iaitu ingin melihat semua anaknya berjaya. Berkat doa seorang ibu, kesemua anak ini berjaya dan memegang jawatan penting dalam syarikat. Dalam kesibukan kerja dan menguruskan kelurga masing-masing, mereka mengambil keputusan meletakkan ibu yang uzur di sebuah rumah sewa yang kecil. Dengan mengupah orang gaji yang berekrja sehingga pukul 4.30 petang. Selepas waktu itu, ibu tua ini tinggal seorang diri dengan keaddan yang tidak mengizinkan. Tidak mampu untuk bangun, makan dan menguruskan diri sendiri. Malam ibu ini dipenuhi dengan linangan airmata mengenangkan sikap anak-anak terhadap dirinya.

Bertahun menanti kehadiran anak datang menjenguk. Namun, impian hanya tinggal impian. Satu hari, apabila orang gaji datang dan membuka pintu rumah dilihat ibu ini tiada di katil. Sebaik sahaja pintu bilik air dibuka, sekujur tubuh dilihat kaku. Orang gaji ini cuba untuk mengangkat, tapi tidak mampu. Dilihat darah bercucuran di kepala dan ibu ini tidak lagi bernyawa. Setelah dimandi dan dikafankan, lima orang anak ini datang dan merayu kepada agar dihalalkan titisan susu yang pernah diberikan kepada mereka. Menangis dengan titsan darah sekalipun tiada gunanya lagi. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Selang beberapa ketika, nikmat yang diebrikan Allah kepada anak-anak ini ditarik dalam sekelip mata. Anak-anak ini hilang kewarasan dan harta kerana tiada lagi doa dari seorang ibu. Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, namun seorang anak belum tentu mampu menajaga seorang ibu. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan ini. Jaga dan hormatilah ibu bapa selagi mana kita masih diberikan peluang untuk membalas jasa mereka.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah. Diharapkan terdapat sedikit pengajaran dan teladan yang boleh kita jadikan iktibar bersama.


Ceramah Semarak Ramadan
Ustazah Siti Nor Bahyah
22 Sept 2006
Dewan Jamuan, UTM Skudai

Friday, September 22, 2006

Persediaan Menyambut Ramadhan El-Mubarak

'SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK'

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan
berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000
bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
terlepas
dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di
masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3)Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan, Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal (sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah dicadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat,bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

Tuesday, September 19, 2006

PMRAM International Knowledge In Egypt

Alhamdulillah dalam beberapa hari aku berada di bandar Kaherah ini. Banyak manfaat yang aku dapat daripadanya.Mesti tertanya-tanya apakah yang aku maksudkan manfaat itu kan?

Sebenarnya motif dan tujuan aku berada di Bandar Kaherah selama 3 hari lebih ini adalah kerana menyertai satu program anjuran yang dikendalikan oleh PMRAM iaitu PROFIT 2006 yang dikenali sebagai PMRAM International Knowledge In Egypt atau Program Thaqafah Antarabangsa.


Program ini berlansung pada 17 September 2006 sehingga 19 September 2006.Di dalam prgram yang mengambil tema MEMACU PEREKONOMIAN ISLAM yang banyak meliputi dan membentangkan Apa itu Ekonomi Islam?Membentangkan tajuk yang amat menarik tentang perkara yang dulunya aku tidak berapa faham dan ketahui. Rasanya tiada bahan yang aku nak ceritakan pada hari ini sebab bahan tidak berapa ada di dalam kotal minda aku ini.InsyaAllah aku akan MengEDIT balik Blog aku ni.

ilalliqa maa salamah

Saturday, September 09, 2006

ROTI CANAI VERSI TANTA,MESIR

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya aku masih lagi dapat bernafas dengan sempurna dan dapat sujud menyembah Rabbul Izzatiku.Alhamdulillah syukur kepadamu Ya Allah.Jika Allah menarik diriku untuk bertemu denganMu ya Allah.Alangkah kecilnya amalanku untuk diperlihatkan ke atas Mu.Tetapi aku amat berharap ke atas RahmatMu kepadaku.Adakah aku ini hamba yang Kau akan memberi RahmatMu?

Dalam merencana kehidupan sebagai Pendaie yang berstatuskan terpelajar, kita sering abaikan status Pendaie itu sendiri.Kenapa ya aku mengatakan sedemikian rupa?Sebabnya memang sekarang kita lihat ramai pelajar jurusan agama mengabaikan tugas sebenar mereka.Sudah habis dalam bidang pengajian di Timur Tengah ini balik mendiamkan diri macam "Katak Dibawah Tempurung" tidak tahu apa-apa untuk menjalan aktivis sebagai Pendaie.Tidak kisahlah untuk masuk kedalam mana-mana ruang di dalam Politik ataupun NGO yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah.Itulah yang dinamakan JAMA'IE dan IJTIMA'IE.Untuk aku mengupas tentang lebih lanjut tentang apa itu Amal Jama'ie dan Amal Ijtima'ie insyaAllah ada kelapangan masa aku akan merencanakan@UPDATE di dalam Blog aku ini.

Selawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW jika terlupa sesuatu.Aku terlupa sesuatu ni...terlari topik sebenarnya ni hehehehe.Semua mesti pening kepala kenapa aku bagi tajuk Update aku hari ini - ROTI CANAI VERSI TANTA,MESIR. Nak tahu kenapa?Begini ceritanya...


"Bakal Penganti Warisan Shah Diran Restoran"


Jumaat 8 September 2006-15 Syaaban 1427 Hijrah

9.00PM
Aku bersama ahli baitku tersayang Md Noh Kasmuri telah mengeluarkan cadangan yang bernas untuk membuat satu juadah untuk sarapan pagi yang kian pupus ketika kami berada di Bumi Anbiya ini iaitu 'Roti Canai@Perata'.

9.30PM
Bertolak ke Fatahallah untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan juga bahan-bahan untuk membuat 'Roti Canai'.Adalah dalam LE 70 juga kami habis berbelanja di Fatahallah yang cukup glamour di Tanta ini.Pasaraya serupa Wellward(Pt Raja) @ Senyum(Pontian) tapi rasanya lagi besar di Malaysia.Suasana di Fatahallah seperti hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri padahal kitorang di sini hendak menyambut Bulan Ramadhan E-l-Mubarak.Memang betul kata abang-abang lama kalau time nak puasa je memang meriah.

11.00PM
Kerja-kerja menguli tepung dibuat oleh Abang Noh hehehe.Dia memang pandai bab-bab menguli tepung ni.Kalau suruh dia buat 'Donut' pergh lembut dan harum je baunya.

12.30PM
Aku pula menjalan tugas iaitu membolakan(istilah bagi pembuat roti canai) tepung yang telah diuli tadi. Siap masuk Frezzer.Kacang dal direbuslah untuk dibuat kuahnya.

"Hidangan Untuk Sarapan Pagi Kami-Roti Canai Versi Tanta,Mesri"

Sabtu 9 September 2006-16 syaaban 1427 hijrah

7.00Am
Apa lagi penebaran 'Roti Canai@Perata' diadaptasikan sepenuhnya dengan penuh skill dan gaya seorang penebar yang profasional padahal Ceroi je!!! hehehehe.Bakar dengan cara tersendiri walaupun tiada kepingan kuali seperti di Malaysia.Asalkan jadi.Alhamdulillah beres dalam jam 9.00Am.

Macam mana dengan cerita aku hari ini ada best hehehehe.Oklahkan dari tak buat apa-apa ye tak.So kita bolehlah belajar cara-cara nak nguli dan buat makanan yang susah nak dapat kat sini.Sini kalau nak rasa masakan Malaysia yang jarang ada kenalah buat sendiri kalau adapun bila time BAZAR NIAGA dibuka itupun ada masa-masanya.Di sini kenalah berdikari barulah kita memperolehi kejayaan.Begitu juga dengan pelajaran, jangan harapkan Doktor je nak bagi kita kena juga baca buku@kitab barulah boleh masyhi(istilah amiah=betul2)

Hari ini juga ada program dekat Bait Izzah,Tanta iaitu Majlis Khaflah Kesyukuran bagi pelajar-pelajar yang berjaya untuk naik tahun pengajian.2 ekor kambing tumbang rasanya.

Rasanya itulah sahaja buat kali ini ada masa kita berjumpa lagi insyaAllah.

*Sekadar Renungan Buat Sahabat*

JAKIM dan PPIM dah sahkan roti "HIGH 5" dicampur minyak BABI dari jerman hari ni...Mereka sahkan.. In Malay Mail 7 sep'06.

Thursday, September 07, 2006

PERTUKARAN & PERUBAHAN

"Perubahan Ombak dan Pasang Surut Kejadian Allah Yang Maha Agong"

Pertukaran demi pertukaran memang sejak azali lagi sudah berlaku di dalam dunia ini.Dari diri kita daripada setitis air mani sehinggalah kita menemui Rabbul Izzati berapa banyak perubahan dan pertukaran yang kita akan lalaui.Adakah kita sebagai umat manusia yang bergelar muslim ini tidak mengetahui perubahan dan pertukaran semasa dan sekeliling?

Adakah diri kita sering leka dan alpa dengan keenakan dunia yang sering menipu kita dan menghanyutkan kita?Mesti kita pernah tertanya sendiri dalam diri kita mengapa perlu ada perubahan dan pertukaran dalam setiap saat, minit, jam, hari,minggu, bulan, dan tahun?Adakah MASA itu bukan perubahan dan pertukaran?Mesti rumit hendak memikirkan hal pertukaran dan perubahan bukan.


Kenapa ya aku bertanya dan menyoalkan tentang perubahan dan pertukaran?Mesti ada sebabnya kan...nak tahu apa sebabnya?Oklah aku cerita satu persatu:


Pertama:Perubahan Harga Tambang Kenderaan Awam.

Sekarang ini harga bagi kenderaan awam iaitu Teksi dan juga Bas naik harga.Contohnya Bas yang aku biasa naiki untuk ke Bandar Tanta naik 10 sen iaitu dari 40 sen ke 50 sen.Tramco pun sama juga.Lagilah dari Tanta ke Kaherah dah naik 50 sen so dari LE 5.50 ke LE 6.00 lah jadinya so kalau nak balik Kaherah tue kenalah naik Keretapi lepas ni..hehehe jangan marah ye!Disebabkan apa harga tabang naik sebabnya harga minyak naik di negara Mesir ini atas nasihat TUN DR MAHATHIR MUHAMMAD selaku PENASIHAT EKONOMI diorang.


Second:Rechange for Saifi(summer) to Shita(winter) This month the season change for summer to auntumn and finally go to winter.Comferm this month winter come back at Ramadhan Month.Actually to all my friends i hope u get ready to the season right!!! hehehehe Don't Saratoga or Lihaf muffle and cover with you all body.Ermmm kuliah be come back so u'all don't forget it keyz!!!!


Ketiga:Pertukaran dan Perubahan Tampuk BKAN&DPM Ha satu lagi pertukaran dan perubahan bakal tiba dalam bulan ini iaitu perubahan dan pertukaran tampuk pemerintahan BKAN &DPM sesi 2005/2006.Bagi Tanta Mesyuarat Agong Tahunan akan diadakan pada 11 September ini.So bebudak Tanta reramai penukan Bait Izzah tu.Siapakah muka-muka yang bakal memerintah tampuk pemerintahan Tanta sesi 2006/2007?


Keempat:Perubahan Usia Diriku:) Sarang nie dah masuk bulan Syaaban bulan kelahiran aku hehehe( lahir tahun 1405 hijrah tanggal 1 Syaaban bersamaan hari isnin) kamu semua tahu tidak lahir bila dalam bulan islam? kena tahu juga k! dan sekarang aku berumur 22 tahun 14 hari jika mengikut kalendar Hijrah ( dah tua aku rupanya ye ).So tinggal berapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan barakahnya.Apa antara rahmat dan keberkatan yang Allah turunkan di dalam bulan Ramadhan?hehehe tunggu aku update versi RAMADHAN K!!!!


Banyak lagi perubahan dan pertukaran yang kita tidak dapat lihat dengan mata hati dan kasar dan ada yang kita boleh lihat dengan melihat penilaian diri kita sendiri.Ruang legar diri kita sangat luas setiap ceruk dan sudut sentiasa mengalami perubahan dan pertukaran setiap detik tanpa menoleh kita sedikit pun.Cumanya adakah kita perasan dan merasai akan perubahan demi perubahan dan pertukaran demi pertukaran?


Pertanyaan yang aku sendiri kengkadang keliru dan leka dengan perjalanannya yang tidak kenal makhluk di sisinya.Bagaikan sepantas cahaya memintas dan pantas memangkas diri yang alpa dengannya.
InsyaAllah dengan menghadirkan diri kita kepada Allah Rabbul Izzati insyaAllah Allah SWT akan memelihara kita dimana jua kita berada.Rasanya sampai disini sahaja buat hari ini aku update blog aku yang CEROI ini (pepatah orang-orang Kedah).


"semoga kita menjadi golongan muttaqin yang setiap detik di bibir basah dengan asma Illahi, hati jernih mengagung Illahi, jiwa rindu bertemu Rabbi, hidup dan mati dalam mahbbatullah yang hakiki'.

‘Kelalaian itu kegelapan,
Kejahilan itu kesesatan,
Kesabaran itu ketenangan, Kemaafan itu kekuatan,
Kepandaian itu kekayaan,
Istiqomah itu bukti kehambaan.’


berjumpa kembali
ilalliqa maa salamah

Sunday, September 03, 2006

Kenangan Bulan August & Rejab

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang maha esa kerana dengan limpah kurnianya dan inayahnya aku dapat lagi menyirup udara yang menjadi pemangkin kehidupan seharian aku di bumi perantau ini.Banyak perkara yang berlaku dan berlalu terlepas pandang dari mata kita umat manusia ini.Kekesalan tidak akan dapat mengembalikan kedudukan yang kita pernah lalui dan kecapi dahulu.Biarpun berjuta tahun kita hidup, kehidupan yang lampau pasti merupakan masa dan perkara yang kita tidak akan capai dan kembalikan semula.

Bulan Ogos dan Syahru Rejab dah lama meninggalkan kita.Bulan Ogos bulan kemerdekaan bagi negaraku iaitu Malaysia.Gambaran yang aku boleh bagi ialah percikan bunga api dan dentuman meriam..sorakan serta bergemanya laungan kalimah MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! di selinap pelusuk negara.Tepat jam 12.00 tgh malam 31 Ogos setiap tahun sejak umurku berusia 15 tahun berkumandang laungan itu di gegendang telingaku di depan Televisyen.Aku tidak pernah menyambutnya di tengah padang.Itulah suasana di negaraku Malaysia.

Walaupun begitu sebagai negara yang dinobatkan negara islam walaupun hakikatnya tidak Solat Hajat tetap tidak di tinggalkan di dalam menyambut perayaannya.Di Kelantan itu memang tradisi mereka sejak turun temurun.Bagi Negeri yang lain tidak tahulah ada ke tidak amalan tersebut.Setahu akulah semenjak negara Malaysia diperintah oleh YAB Datuk Seri Abdullah Badawi iaitu nama glamornya PAK LAH baru di jadikan amalan itu apabila tiba malam 31 Ogos.

Walaupun begitu bahang Bulan Kemerdekaan juga tetap dirasakan uga bagi anak-anak perantau khususnya di Bumi Mesir ini.Kami disini menyambutnya dengan mengadakan satu program yang dinamakan Perayaan Menyambut Hari Kebangsaan (PMHK).Ia merupakan program Mega tahunan bagi Persatuan Melayu Republik Arab Mesir atau lebih dikenali dengan PMRAM.PMHK kali ke-49 ini diadakan sejak 5 ogos sehinggalah hari penutup malam 31 ogos.Di dalam program inilah Mahasiswa dan Mahasiswi menunjukkan bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing.

Pada 5-10 Ogos berlangsung PIALA MALAYSIA iaitu perlawanan bola sepak antara wakil Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN) bagi 14 negeri dan juga Dewan Perwakilan Mahasiswa(DPM) bagi Tanta, Damanhur, Shubro, Zaghazik, Mansuroh, Shibin El-kom, Dumyat untuk merebut PIALA MALAYSIA.Pada tahun ini PIALA MALAYSIA diragkul oleh pasukan KEDAH.

Sebelum berlangsung acara dewan tanggal 19 Ogos 2006 bersamaan 25 Rejab 1427 H berlangsungnya satu program yang dianjurkan oleh Lajnah Dakwah & Unit Dakwah PMRAM iaitu Majlis Graduanisasi Kolokium Ilmuan Islam Bagi Pelajar Tahun Satu.Ia merupakan kesinambungan bagi program tahunan bagi pelajar-pelajar baru yang menuntut di Mesir.Program yang dikenali sebagai Program "Q" ini mempunyai 5 siri dan penutupnya dilangsungkan di Dewan Soleh Abdullah Kamil,Kampus Induk Universiti Al-Azhar Mesir.

Sebanyak 5 siri yang telah di buat iaitu Siri I membentangkan tentang Konsep Syahadah dan Tuntutannya serta ماذا يعني انتمائي للاسلام .Siri yang ke II pula di isi dengan pembentangan Tarbiyah Ruhiyyah Dan Kesannya Dalam Pembinaan Ummah serta Thaqafah Daieah .Siri yang ke III pula membentangkan tajuk Konsep ikhtilat serta Al Qaumiah.Siri yang ke IV pula membentangkan tajuk Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar serta Pengertian Jahiliyah.Manakala siri yang terakhir iaitu yang ke V membentangkan tajuk Kefahaman Amal Jama'ie & Amal Ijtima'ie .

Pada 20 hingga 30 Ogos berlangsungnya Perlawanan Padang dan juga acara Dewan.Pada 20 hingga 25 Ogos berlangsung acara Padang iaitu Futsal dan juga Bola Tampar.Ping Pong juga tidak terkecuali.Futsal dimenangi oleh Terengganu 2nd-Shubro 3rd-Kedah.Bagi Bola Tampar plak dimenangi oleh Negeri Sembilan 2nd-Johor 3rd-Pahang

Pada 26 hingga 30 Ogos pula berlangsung acara dewan seperti DEBAT, PANTUN, SAJAK, PIDATO, KHUTBAH, TAHFIZ & TILAWAH AL QURAN, KUIZ AGAMAWAN , LUKIS&TEKA dan juga Pertandingan NASYID.

Semua Mahasiswa dan Mahasiswi di segenap pelusuk Mesir berkumpul di KAHERAH iaitu pusat bagi pelajar-pelajar di Mesir.Bertanding di rumah BKAN.Kemeriahan terasa dan tersemai ukwah sesama pelajar yang berlainan negeri dan cawangan di Mesir ni.Yang dulu tidak kenal sekarang boleh berhubung di antara satu sama lain.Jangan sempitkan fikiran bagi pembaca yang berada di Malaysia dan sebagainya.Di sini hubungan antara ikwah(lelaki) dan akhawat(perempuan) terbatas dan terjaga insyaAllah.Kami berasingan di dalam segala pertandingan.

Itulah antara pengisian yang di lakukan pada bulan kemerdekaan yang lepas.Walaupun kami anak-anak Malaysia berada jauh di mata ibu dan ayah namun semangat cintakan negara tetap tersemai di dalam hati dan sanubari kami.Tapi keutuhan untuk membina kembali Daulah Islamiah di negara Malaysia serta di dunia ini tetap menjadi pegangan di dalam diri.

Dalam merungkai segala jenis onak dan duri tempias kesakitan tetap kita merasai.Baik besar dan kecil harus ditempuhi agar kejayaan yang kita dapati nanti menangisi diri dan manjadi nimat di dalam sanubari.Islam tetap menjadi agama yang sebenarnya dalam mencorak kehidupan umat di muka bumi ini.

Sekian wassalam

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang