Barang Jenama Anda

Sunday, September 03, 2006

Kenangan Bulan August & Rejab

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang maha esa kerana dengan limpah kurnianya dan inayahnya aku dapat lagi menyirup udara yang menjadi pemangkin kehidupan seharian aku di bumi perantau ini.Banyak perkara yang berlaku dan berlalu terlepas pandang dari mata kita umat manusia ini.Kekesalan tidak akan dapat mengembalikan kedudukan yang kita pernah lalui dan kecapi dahulu.Biarpun berjuta tahun kita hidup, kehidupan yang lampau pasti merupakan masa dan perkara yang kita tidak akan capai dan kembalikan semula.

Bulan Ogos dan Syahru Rejab dah lama meninggalkan kita.Bulan Ogos bulan kemerdekaan bagi negaraku iaitu Malaysia.Gambaran yang aku boleh bagi ialah percikan bunga api dan dentuman meriam..sorakan serta bergemanya laungan kalimah MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! di selinap pelusuk negara.Tepat jam 12.00 tgh malam 31 Ogos setiap tahun sejak umurku berusia 15 tahun berkumandang laungan itu di gegendang telingaku di depan Televisyen.Aku tidak pernah menyambutnya di tengah padang.Itulah suasana di negaraku Malaysia.

Walaupun begitu sebagai negara yang dinobatkan negara islam walaupun hakikatnya tidak Solat Hajat tetap tidak di tinggalkan di dalam menyambut perayaannya.Di Kelantan itu memang tradisi mereka sejak turun temurun.Bagi Negeri yang lain tidak tahulah ada ke tidak amalan tersebut.Setahu akulah semenjak negara Malaysia diperintah oleh YAB Datuk Seri Abdullah Badawi iaitu nama glamornya PAK LAH baru di jadikan amalan itu apabila tiba malam 31 Ogos.

Walaupun begitu bahang Bulan Kemerdekaan juga tetap dirasakan uga bagi anak-anak perantau khususnya di Bumi Mesir ini.Kami disini menyambutnya dengan mengadakan satu program yang dinamakan Perayaan Menyambut Hari Kebangsaan (PMHK).Ia merupakan program Mega tahunan bagi Persatuan Melayu Republik Arab Mesir atau lebih dikenali dengan PMRAM.PMHK kali ke-49 ini diadakan sejak 5 ogos sehinggalah hari penutup malam 31 ogos.Di dalam program inilah Mahasiswa dan Mahasiswi menunjukkan bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing.

Pada 5-10 Ogos berlangsung PIALA MALAYSIA iaitu perlawanan bola sepak antara wakil Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN) bagi 14 negeri dan juga Dewan Perwakilan Mahasiswa(DPM) bagi Tanta, Damanhur, Shubro, Zaghazik, Mansuroh, Shibin El-kom, Dumyat untuk merebut PIALA MALAYSIA.Pada tahun ini PIALA MALAYSIA diragkul oleh pasukan KEDAH.

Sebelum berlangsung acara dewan tanggal 19 Ogos 2006 bersamaan 25 Rejab 1427 H berlangsungnya satu program yang dianjurkan oleh Lajnah Dakwah & Unit Dakwah PMRAM iaitu Majlis Graduanisasi Kolokium Ilmuan Islam Bagi Pelajar Tahun Satu.Ia merupakan kesinambungan bagi program tahunan bagi pelajar-pelajar baru yang menuntut di Mesir.Program yang dikenali sebagai Program "Q" ini mempunyai 5 siri dan penutupnya dilangsungkan di Dewan Soleh Abdullah Kamil,Kampus Induk Universiti Al-Azhar Mesir.

Sebanyak 5 siri yang telah di buat iaitu Siri I membentangkan tentang Konsep Syahadah dan Tuntutannya serta ماذا يعني انتمائي للاسلام .Siri yang ke II pula di isi dengan pembentangan Tarbiyah Ruhiyyah Dan Kesannya Dalam Pembinaan Ummah serta Thaqafah Daieah .Siri yang ke III pula membentangkan tajuk Konsep ikhtilat serta Al Qaumiah.Siri yang ke IV pula membentangkan tajuk Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar serta Pengertian Jahiliyah.Manakala siri yang terakhir iaitu yang ke V membentangkan tajuk Kefahaman Amal Jama'ie & Amal Ijtima'ie .

Pada 20 hingga 30 Ogos berlangsungnya Perlawanan Padang dan juga acara Dewan.Pada 20 hingga 25 Ogos berlangsung acara Padang iaitu Futsal dan juga Bola Tampar.Ping Pong juga tidak terkecuali.Futsal dimenangi oleh Terengganu 2nd-Shubro 3rd-Kedah.Bagi Bola Tampar plak dimenangi oleh Negeri Sembilan 2nd-Johor 3rd-Pahang

Pada 26 hingga 30 Ogos pula berlangsung acara dewan seperti DEBAT, PANTUN, SAJAK, PIDATO, KHUTBAH, TAHFIZ & TILAWAH AL QURAN, KUIZ AGAMAWAN , LUKIS&TEKA dan juga Pertandingan NASYID.

Semua Mahasiswa dan Mahasiswi di segenap pelusuk Mesir berkumpul di KAHERAH iaitu pusat bagi pelajar-pelajar di Mesir.Bertanding di rumah BKAN.Kemeriahan terasa dan tersemai ukwah sesama pelajar yang berlainan negeri dan cawangan di Mesir ni.Yang dulu tidak kenal sekarang boleh berhubung di antara satu sama lain.Jangan sempitkan fikiran bagi pembaca yang berada di Malaysia dan sebagainya.Di sini hubungan antara ikwah(lelaki) dan akhawat(perempuan) terbatas dan terjaga insyaAllah.Kami berasingan di dalam segala pertandingan.

Itulah antara pengisian yang di lakukan pada bulan kemerdekaan yang lepas.Walaupun kami anak-anak Malaysia berada jauh di mata ibu dan ayah namun semangat cintakan negara tetap tersemai di dalam hati dan sanubari kami.Tapi keutuhan untuk membina kembali Daulah Islamiah di negara Malaysia serta di dunia ini tetap menjadi pegangan di dalam diri.

Dalam merungkai segala jenis onak dan duri tempias kesakitan tetap kita merasai.Baik besar dan kecil harus ditempuhi agar kejayaan yang kita dapati nanti menangisi diri dan manjadi nimat di dalam sanubari.Islam tetap menjadi agama yang sebenarnya dalam mencorak kehidupan umat di muka bumi ini.

Sekian wassalam

No comments:

Post a Comment

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang