Barang Jenama Anda

Monday, December 24, 2007

Kembali ke pangkuan Ilahi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat rerakan semua. Ucapan Takziah daripada DPMT atas kepulangan Ust Redha ( Syuun Thullab wafidin usuluddin ) ke rahmatullah hari ini. Solat jenazah akan diadakan di Masjid 'iwarah, 'Agizi sebaik sahaja selepas menunaikan solat Zohor (hari ini). Al-Fatihah...........
Type rest of the post here

Zulhijjah Bulan Penyatuan, Pengorbanan Dan Lakaran Sejarah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Peristiwa yang telah berlaku selalunya kita akan menamakan ia sebagai sejarah. Sekalipun perkara yang berlaku sesaatyang lepas ia tetap akan dikenang sebagai sejarah. Hamka pernah ditanya leh anaknya mengenai sejarah kejatuhan empayar Melaka. "Apakah ayah percaya pada teori sejarah akan mengulangi dirinya". Hamka menjawab, " Tidak anakku, sejarah tidak akan mengulangi dirinya, tetapi perangai dan perilaku manusia di setiap zaman dan masa akan menentukannya".

Zulhijjah, Bulan Penyatuan Ummah Dan Pengorbanan
Bila sahaja kita menyebut bulan Zulhijjah, pasti akan tertangkap di minda kita akan suatu hari yang pasti menjadi idaman semua umat islam iaitu menunaikan badat haji. Disamping itu, Zulhijjah yag akan membawa erti penyatuan ummah tidak harus diabaikan. Kesinambungan "tadhiah" dan "ummatun wahidah" amat bererti dalam meninggikan kalimah Allah S.W.T ini. Kesatuan ummah tidak mengenal erti darjat, keterunan, kekayaan, warna kulit, dan sebagainya. Tiada perbezaan di antara pemimpin dan rakyat, orang kaya dan orang miskin, orang Arab dan orang 'Ajam. Perhimpunan besar ini telah menjadi saksi kemuliaan seseorang itu bergantung kepada tahap keimanan dan ketaqwaan.

Di dalam konsep penyatuan ummah ini, ibadah haji merupakan rukun islam yang kelima sebenarnya menghasilkan pelbagai faedah dan manfaat dalam pelbagai faedah dan manfaat dalam pelbagai sudut kehidupan samada dari aspek sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Manfaat yang besar ini bukan sekadar untuk para hujjaj sahaja bahkan untuk agama Allah S.W.T dan ummat Islam seluruh dunia. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Khabarkanlah kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datag kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan (10, 11, 12 Zulhijjah) di atas rezeki yang telah Allah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah sebahagian kepada orang-orang yang sengsara dan fakir". (Surah Al-Haj, ayat 27-28).

Dari Aspek pengorbanan pula bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita realisasikan dalam diri. Pastinya kita terharu apabila menoleh sejenak kepada agamawan pada suatu ketika dahulu yang bersungguh-sungguh menyatakan kesanggupan berkorban untuk agama Allah S.W.T. Tetapi umat islam kini hanya mendiamkan diri, membisu menutup mulut, apabila tenaga meraka diperlukan untuk perjuangan islam itu sendiri. Kita melihat betapa ramai dikalangan kita yang tidak sanggup berkorban melawan hawa nafsu semata-mata. Mereka meletakkan agama di tempat kedua selepas dunia beraja di hati mereka demi mempertahankan agama yang hak.

Oleh itu, sediakan diri kita untuk agama Allah S.W.T bukan sekadar mengagung-agungkan "tadhiah" ketika hadirnya Aidil Adha. Malah sama-sama mengenang pengorbanan para nabi, auliya' dan hujjaj yang berkorban meninggalkan ahli keluarga, harta bendaserta urusan dunia semata-mata menyahut seruan ilahi.

Bulan ini juga akan meningatkan kita dengan pesta keraian Hari Raya Korban. Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar"(menyembelih). Sesiapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu maka ia akan dibangkitkan oeh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah. Satu riwayat yang mafhumnya:

"Bahawa barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampun Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya".

Lakaran Sirah
Empat peristiwa penting ini sebenarnya sudah memadai untuk dicerap masuk ke dalam minda fikir kita, juga sebagai stimulasi jiwa dan semangat untuk menghadapi semua mehnah dan tribulasi yang mendatang.


Hajar, Srikandi, Isteri dan Ibu
Peristiwa pertama yang ingin dinukikan dalam risalah ini adalah kisah yang terjadi pada Nabi Ismail A.S dan ibunya Siti Hajar. Lakaran sirah ini jugalah yang pernah disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W apabila ditanya tentang "Sa'iy"( berlari-lari anak) dari Safa ke Marwah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas mafhumnya:

"Demikianlah( merujuk kepada kisah Hajar berlari sebanyak 7 kali antara safa dan marwah semata-mata mencari air untuk anaknya yang kehausan) berlari-lari anak (sa'iy) yang dilakukan oleh umat islam sebagai salah satu rukun haji antara antara Safa dan Marwah)".

Sejarah tidak mampu memadamkan bagaimana kentalnya hati, yakin dan iman yang tidak berbelah bagi seorang wanita, isteri juga ibu. Sejarah juga telah menyaksikan bagaimana percaturan yang telah ditetapkan oleh Allah terhadap Ibrahim, Ismail dan Hajar alaihimussalam. Sebagaimana yang dinyatakan dalam riwayat Al Bukhari daripada Ibnu Abbas maksud ( Sahih Al-Bukhari) dan mafhumnya ( penjelasan Ibnu Kathir dalam Fathul Bari), dipetik klausa yang menampakkan kehebatan wanita ini:

"...Maka hajar dan anakya Ismail mengikut Ibrahim A.S sambil bertanya secara berulang kali: "Wahai suamiku Ibrahim ke mana mahu kamu bawa kami? Apakah kamu mahu tinggalkan kami berdua di tempat yang tidak berpenghuni dan sahara kontang ini?", Hajar merayu kepada Ibrahim, namun langsung tidak dijawab oleh Ibrahim A.S. Tanpa putus asa Hajar bertanya lagi: "Apakah Allah yang memerintahkan kamu dengan hal sebegini? Ibrahim menjawab sepatah Ya(na'am). Setelah mendengar jawapan suaminya itu Hajar A.S dengan penuh keyakinan berkata: "Jika begitu nescaya Allah tidak akan mensia-siakan kita...".

Itu kisah wanita bernama Hajar. Allah S.W.T mengangkat ketokohan wanita yang patuh pada suami dan taatkan perintah Allah ini dengan memonumenkan perjalanan dan kesungguhan berlari-lari anak di antara Safa dan Marwah sebagai rukun haji. Hebat mana pun kita, gagah perkasa atau apa jua pangkat yang kita sandang, mahu tidak mahu dalam menyelesaikan ibadat haji kita pasti akan melakukan apa yang pernah dilakukan oleh serikandi, isteri dan ibu yang kental imannya dengan Allah bernama Hajar.

Justeru nilai tarbiah yang cukup besar sebenarnya terangkum dalam kisah ini. Jawapan mantap Hajar apabila diiyakan Ibrahim bahawa semuanya adalah perintah Allah dengan ucapan yakin dan redha dengan ketentuan Allah "jika ini perintah Allah nescaya Dia tidak akan mensia-siakan kita" sepatutnya disimpan kemas dalam jiwa kita hari ini. Inilah bukti keyakinan dan keimanan yang tidak berbelah bagi dalam apa jua keadaan selagi kita berada di landasan taatkan perintah Allah S.W.T dan takwa kepadaNya. Natijahnya Allah S.W.T muliakan mereka dengan menjadikan Mekah bumi perhimpunan umat islam sedunia. Hajar dan anaknya Ismail juga adalah pilihan Allah untuk dimuliakan aliran nasab bangsa Arab hingga sampai kepada Nabi kita Muhammad S.A.W.

Kita hari ini bagaimana? Tepuk dada, tafakur seketika, ingatkan kembali apa yang telah kita lakukan selama ini dan waspada untuk masa-masa alan datang.

Ibrahim, Ismail Alaihimassalam Dan Kisah Penyembelihan

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Maka setelah anak itu Ismail telah mampu berdikari (sa'ya), berkatalah Ibrahim A.S kepada anaknya Ismail: " Hai anakku,sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu maka apakah pandanganmu? Jawab Ismail A.S: " Wahai bapaku, lakukanlah apa yang diperintahkan itu, nescaya kamu akan mendapati aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar" ( Surah Al-Soffat: ayat 101).

Semua telah mengetahu apa kesudahan cerita ini sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah yang sama sambungan ayat 102 hingga 108. Begitu sekali kental iman dan padu yakin Ismail dan Ibrahim berdepan dengan ujian Allah. Kehebatan Ibrahim A.S mahu mengorbankan anak kesayangan yang baru sahaja ditemui setelah ditinggalkan bersama ibunya Hajar di Sahara kontang yang akhirnya diberkati Allah dengan Kaabah dan air Zam-Zam. Pengorbanan yang bukan sedikit tapi dengan tangannya sendiri mahu disembelih Ismail lantaran wahyu yang disampaikan Allah melalui mimpi.

Cuba kita bertanya pada diri, apakah sanggup kita lakukan semua itu terhadap anak darah daging kita sendiri? Tepuk dada tanya iman. Jika tidak kerana perintah dan teragak-agak melakukan penyembelihan tersebut. Namun segalanya adalah bukti keimanan dan keyakinan pada Allah yang tidak berbelah bahi. Ismail tetap mahu disembelih dengan tangan ayahnya sendiri yang kemudiannya Allah tebus Ismail dengan sembelihan besar berupa seekor kibasy. Yang pasti Ibrahin telah menunjukkan bukti dan teladan buat umat hingga akhir zaman bahawa segala yang ada di dunia ini sanggup dikorbankan semata-mata kerana perintah Allah, taakan perintah Allah. Dan yakin dengan janji Allah. Justeru kita hari ini pula bagaimana? Masih merasa kabur akan hakikat sebuah kehidupan dan kepastian sebuah kematian atau bagaimana?.

Fikir-fikirkanlah, aku juga sama tidak terlepas dan tidak terkecuali. Ismail A.S juga punya kekkentalan iman dan keutuhan keyakinan sama seperti ayahnya Ibrahim. Jawapan yang diberikan kepada ayahnya ketika diajukan perintah Allah untum menyembelhnya adalah jawapan yang mengandungi kafahaman matlamat hidup yang jelas, menifestasi ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada seorang ayah dan yang paling penting demi Allah, tuhan kepada seluruh umat manusia dan makhluk-makhluk yang lain.

Itu cerita anak muda belia yang bernama Ismail A.S. Barangkali ada yang tidak suka aku bandingkan kisah ini dengan realiti anak muda hari ini. Itu terpulang, tapi yang paling mustahak adalah menjadikan kisah tersebut sebagai teladan yang sepatutnya kita sematkan dalam sanubari dan oanduan dalam melayari hidup di dalam lautan fana ini. Namun apa sekalipun, perlu kita ingat bahawa Allah S.W.T mengkhabarkan kisah ini dalam kalam suci Al-Quran supaya menjadi panduan dan iktibar kita umat Muhammad SAW.

Hujjatul Wada'
Bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam taqwim Islam. Dalam bulan ini tercatat juga beberapa peristiwa-peristiwa penting. Antaranya peristiwa Hujjatul Wada'. Ia dilakukan oleh Rasulullah SAW pada 8 Zulhijjah tahun 10 Hijrah selepas termeterainya perjanjian Hudaibiyah. Walau bagaimanapun ada yang berpendapat bahawa Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada akhir bulan Zulqaedah tahun 10 Hijrah. Baginda SAW masuk ke Makkah dari sebelah atas iait mengikut jalan Kaddae' dan berhenti di perkampungan Bani Syaibah. Ada pendapat mengatakan bahawa seramai 114 000 orang yang datang dari segenap pelusuk ke kepulauan Arab menyertai Rasulullah SAW menunaikan haji ini.

Apabila baginda SAW melihat Baitullah, baginda bersabda: " Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, penghormatan, kegerunan, kebeesaran dan kebaikan yang mengerjakan umrah". Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya ( wasiat terakhir)) pada 10 Zulhijjah. Ada riwayat mengatakan bahawa ketika itu turunnya ayat yang terakhir.

Peristiwa Pembunuhan Saiyidina Umar Al-Khattab dan Sayyidina Uthman Al-Affan
Antara peristiwa lain yang berlaku dalam bulan ini ialah pembunuhan Sayyidina Umar al-Khattab yang berlau pada akhir bulan ini (malam Rabu tahun 23 Hijrah) setelah ditikam oleh Abu Lu'luk yang berbangsa Parsi dan beragama Majusi. Manakala Sayyidina Uthman bin Affan telah dibunuh di rumahnya sedangkan tangannya memegang erat al-Quran pada 18 Zulhijjah.
Semua peristiwa yang berlaku itu bukan hanya satu kenangan sejarah, malah kita sebagai umat islam akhir zaman sepatutnya mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya. Menjelajah ke setiap pelusuk hati, kita susuri konsep "tadhiah"' yang berlaku di dalam kehidupan kita. Sudahlah kita berkorban jiwa, harta dan masa demi menegakkan kalimah Allah SWT? hakikatnya, pengorbanan bukanlah suatu perkara yang mudah dipraktikkan. Ia memerlukan satu kekuatan dan keyakinan serta kesedaran yang seoptimum mungkin kita menyusurinya.

Credit kepada Risalah Duat Edisi Zulhijjah Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.


Sunday, November 18, 2007

Ceritera Hujan Mesir & Kuliah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

assalamualaikum kepada semua rerakan dan taulan yang aku rindui dan sayangi...rasaya dah lama sangat aku tak menulis untuk tatapan rakan² sekalian bukan apa sekarang nie internet rumah tak berapa ok so aku pun kekadang pergi CC yang berdekatan dengan rumah.Jauh jugaklah dari rumnah kat Kubri Kuhafah tue jeklah yang paling dekat dengan rumah aku.Itupun sekadar nak check email dan friendster serta melihat berita dalam dan luar negara.

Hari ini sejuk sangat dekat Tanta ini, nak tahu kenapa? sebab sekarang ni dah masuk betul² musim shita kat bumi anbiya nie.Apa² aku dah biasa dah dengan keadaan bumi anbiya ini bukan aku dok sini sebulan dua bulan aku dok sini dah masuk 2 tahun dah.Maka pengelaman yang pernah aku lalui aku praktikan yer tak?

Nak diceritakan hari ini aku pergi ke Suq Abu Firqah, pasar yang biasa aku pergi untuk beli barang² dapur untuk keperluan rumah.Maka turunlah hujan yang taklah lebat tapi boleh dikira lebatlah bagi negara yang jarang hujan seperti di negara Mesir ini.Riuh sekampung aku melihat gelagat orang² arab yang sedang berurus niaga.tergendala sebentar sistem perniagaan diorang. Makcik pakcik yang dok tepi² jalan menjual sayur-sayuran,buah-buahan serta ayam dan daging kelam kelibut menutup barang-barang jualan mereka daripada terkena air hujan yang boleh dikatakan lebatlah dekat sini. Kelakar pulak aku melihat gelagat walad² yang ain air becak selepas hujan.Ermmm sian diorang jarang nampak hujan. Aku macam nak bawa diorang balik malaysia jer main hujan sesama. Pakkal korang ni menyusahkan aku biasanya dan buat aku geram ... mana taknya panggilan "HONGA BONGA" sentiasa kedengaran tatkala aku dan member melalui sekumpulan walad² yang sedang bermain bola. Apalah yang membuatkan mereka ni panggil kitorang Wafidin ini "HONGA BONGA".Wallahua'lam

Mendung Malam

Hari ini cuaca boleh dikatakan sejuklah sebab aku boleh nampak awan-awan berarak di atas langit ini ketika aku keluar ke Syutuh(tingkat atas). Kelihatan awan menutupi sinaran bulan dan menimbulkan kesuraman pada bulan yang terang benderang tue. Tetiba aku teringatkan Malaysia. Apalah yang sedang ibu dan adik-adik sekarang ini buat yer.Anis comferm tengah study untuk menduduki peperiksaan SPM sekarang ni. 12 madah rasanya Anis ambil madah untuk SPM ini.Moga najahlah hendaknya.

Erin mesti tengah tolong ibu kat umah dan Izah pulak mesti dekat MARSAH tengah baring-baring ke ngan member dia sambil study. Bila yer aku nak balik Malaysia.Aku masih lagi di takuk lama. Bila ak berubah yer aku ni.InsyaAllah tahun nie aku nak ubah cara hidup aku. Boleh tak rasanya.InsyaAllah berkat doa ayah dan ibu serta adik-adik dan juga orang-orang yang tersayang..ehem² hehehe.

Kuliah Lughah Dan Tauhid

Dua madah yang aku akan bawa untuk fasa nie dan baki akan ku bawa pada fasa depan. InsyaAllah kita semua najah di dalam imtihan yang akan datang insyaAllah. Doaku untuk kalian tidak pernah pudar dan padam. Doktor Abd Azim yang mengajar lughah bukan seorang yang muda macam doktor-doktor lain umurnya menjangkau 70an tetapi masih kuat lagi untuk mengajar dan mendidik anak-anak muridnya yang datang dari segenap pelusuk dunia. Bagaimana beliau boleh bersemangat aku juga perlu semangat macam dia. Alhamdulillah bahas (assignmant) lughah dah settle.Tinggal usaha lebih lagi untuk dapat najah. Amin ya Rabb.

Madah Tauhid memang antara madah killer, dan madah ini juga yang aku bawa sampai sekarang.Moga Allah mudahkan aku faham dan najahkan aku di dalam imtihan kali ini. Kali ini Dr yang mengajar seorang yang muda, maybe dalam linkungan 30an, aku tak berapa kenal doktor ni tapi aku ada juga tanya arab, tapi arab cakap ni doktor baru. InsyaAllah lepas ni aku dapat kenal dan tahu nama doktor Tauhid ini.

Rasanya itu sahaja yang aku nak ceritakan buat kali ini. Ada masa insyaAllah kita bertemu kembali di lain masa insyaAllah. Moga kalian berusaha di samping bertawakal kepada Allah SWT jauhi maksiat dan laranganNYA.

ilalliqa maa salamah

Friday, November 16, 2007

Ceritera Budak Baru

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Assalamualaikum buat semua rerakan taulan yang masih lagi thabat di dalam memperjuangkan pengisian blog ini di harap dapat meneruskan lagi pengisian enta enti di dalam blog.Tapi apa-apapun sekarang ini aku tengah dlanda kemalasan yang amat sangat sangat sebab internet tak der kat umah so nak buat entri pun ermmm macam tak der daya jek.Uish adakah aku ini seorang pejuang yang Allah ciptakan untuk Islam itu sendiri mana perginya kefahaman yang perlu disemai di dalam benak kehidupan aku sebagai pejuang.Farizal jangan malas ibu ayah tak suka, ingat pesan ayah dan ibu.


Sekarang ini dah masuk musim sejuk @ syita so aku sekarang makin membeku dengan tahap frozen. Tapi tak derlah sejuk macam apa sesaja jek gimik nie.Adoilah nak jadi apalah aku nie.Blog pun post entah apa-apa entahkan tapi aku ada cerita menarik nak bagi tahu kat korang semua. Begini ceritanya...



USMB STAM 2007/2008

Assalamualakum semua rerakan taulan yang aku dah lama sangat tak jumpa semoga semua di dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang baik kengkawan ke family ke asalkan namanya keluarga. Apa yang aku mengarut ni, adoilah manatak mengarut mata dah mengantuk sebenarnya tapi tangan ini macam gatal je nak tulis sesuatu dekat laptop raies ini. Agaknya rindu sangat nak menulis agaknya.Padahal takde bendapun yang hendak ditulisnya, layankan sajalah naluri dan kehendak diri ini yang hendak menulis sesuatu nanti time takde masa nanti merungut pulak takde pengisianlah apalah di dalam blog aku ini ye tak. Seramai 84 orang diterima memasuki dan namanya Muqayyad di bumi Tanta ini, aku terfikir juga apalah yang mereka rasa best sangat dekat sini ye, aku pun tak tahu tapi memang ramailah tahun ini. Ini tak campur lagi dengan Muadalah campur semua dalam 145 – Muhafazah teramai pelajar baru tahun ini. Tak kira budak TIB lagi syukur kepada Allah kerana membuka hati mereka menerima bumi Tanta yang penuh dengan UJIAN & DUGAAN ini. Johor adalah teramai iaitu 23 orang lepas itu Kedah – 22 lepas itu Kelantan 20. Rangking TOP 3 hehehe. Aku juga menerima ahlil bait baru budak JOHOR juga Mohd Nabhan Mohd Noor . Semoga kalian dapat hidup dengan penuh redha dan juga tabah.

11 November 2007

SIANG
Hari ini adalah hari yang bertuah buat DPMT kerana pada hari ini adalah hari tibanya pelajar baru – pelajar STAM buat sesi 2007/2008.Depa dijangka datang dan sampai di bumi Tanta ini pada waktu tengah hari dan aku masa tue di taklifkan sebagai AJK masakan apalagi bertungkus lumuslah menyiapkan juadah untuk diorang walaupun aku kerjanya hanyalah masak nasi sahaja hehehe.Hari ini Chef Yie dari Pahang – ahli imarah aku yang handle lauk manakala aku biasalah ditugaskan untuk memasak nasi.Hari ini Ched Yie menyediakan juadah GULAI AYAM. Sedap tu rugi siapa yang tak dapat rasa gulai dia, tapi tetiba ada masalah teknikal lauk tak cukup untuk AJK dan ADHOCK so apalagi renovate baliklah lauk tue, kitorang tukar telur untuk depa hehehe amacam ok tak?

MALAM
Malamnya pulak giliran CHEF HILMAN untuk masak, Ala kadar je untuk mereka ini ermmm apa agaknya hehehe, cuba teka – tak yah tekalah dah hais masa dah hehehe – MEE SUP untuk diorang. Ada juga yang tak dapat tue adoilah geram betul, so yang tak dapat tue bagi nasi ajalah, balen nasi siang tadi untuk tukar mee hehehe sebab sup banyak takkan hendak membazir pulak ye tak. Kitorang habis siap semua dalam kul 12 tgh malam, pergh memang penat sangat. Allah sahaja yang tahu.

12 November 2007

Hari ini giliran aku pulak jadi chef hehehe- CHEF FARIZAL (macam best sangat ko masak ijal) hehehe, hari ini aku ada kuliah so pagi tue gie kuliah dapatlah masuk kelas Lughah Doktor Abd Azim. Lepas tue balik rehat-rehat sat dalam kul 1 lebih aku gerak gie Suk Firqah untuk beli barang-barang dapur untuk malam ini.Ermm hari ini simple je masak IKAN GORENG & SAYUR KARI bolehlah alah kadar je aku masak untuk diorang ini. Alhamdulillah lauk dan nasi habis cukup2 bajet untuk hari ini, huhuhu kalau tak sakit jugak macam semalam membazir sikitlah sebab sup tak habis. Hari ini boleh tahanlah, nak kata penat tue memang penatlah balik dalam kul 2 pagi hari ini sebab settle dapur semua. Takper esok ada lagi masak so tak yah sungguh nak ngemas hehehe.

13 November 2007
Hari ini pulak adalah hari last bebudak baru STAM mengikuti program KEMBARA mereka, lepas ini mereka dah boleh merdeka sebab mereka dah tak dikuarantin lagi oleh mushrif-mushrif mereka. Sabar ye dik lagi beberapa jam jek, hari ini aku memang penat sangat sebab aku terlentang tak ingat dunia dah lagipun hari ini aku tak der kuliah apalagi lepas zuhur baru aku bangun. Lepas tu gi bait izzah untuk ambil turn aku pulak hari ini dengan Yie. Masak menu best sikit untuk last ini Nasi Tomoto lah bagi bebudak ini dengan AYAM MASAK MERAH. Best tue kalau tak dapat rasa tue jangan nangis lah yer. Hari ini dapat settle awal alhamdulillah sebab diorang makan lepas isyak so aku masak start lepas zuhur lah dengan Yie dan juga Yuzack. Lepas je diorang makan rehat sat selama 2 jam hehehe lepas tue aku, Yuzak, Ustaz Napi, Ustaz Yusri, Ustaz Padil tolong-menolong ngemas alhamdulillah kurang penat aku hari ini. Dapat settle awal lega sangat. Balik umah dalam kul 12 pergh sampai umah aku terus tido.

Berjumpa lagi di dalam cerita MUADALAH pulak yer….=)


Sunday, October 28, 2007

Syukur & Bubur Lambuk

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat sahabat yang masih lagi dapat menghirup udara yang yaman di dunia ini.Kita perlu bersyukur atas nikmat pemberian yang Allah ciptakan pada kita semua. Adakah kita semua ini bersyukur dengan ciptaan yang Allah berikan khsus untuk kita hidup di dalam dunia yag serba serbi fana ini.Syukur itu bukan sahaja kita lafazkan ia di bibir dan di mulut semata tetapi ia harus datang dengan hati yang ikhlas di dalam setiap diri muslim di dunia ini. Cuba kita bayangkan seketika nikmat yang Allah berikan pada kita dengan sempurna ini kita matikan sendiri hanya 2 minit dan kita tutup mat auntuk mencetus penghayatan ini.Alangkah rasa takutnya kita untuk menhadapi saat-saat udara itu sudah habis di manipulasikan oleh darah.Udara yang lain tidak dapat di sedut dalam tempoh 2 minit itu.Semestinya pada fikiran kita matilah di depan mata kita jika kita tidak menyedut udara dengan pantas pada ketika itu. Alangkah besarnya anugrah yang Allah berikan pada kita umat islam dan semua makhluknya di muka bumi ini yang inginkan anugerah udara.

Bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah merupakan salah satu kewajiban seorang muslim. Seorang hamba yang tidak pernah bersyukur kepada Allah, alias kufur nikmat, sejatinya adalah orang-orang sombong yang pantas dimasukkan ke nerakanya Allah swt. Allah swt telah memerintahkan hamba-hambaNya untuk mengingat dan bersyukur atas nikmat-nikmatNya. Allah swt berfirman, ertinya:

Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu.”[al-Baqarah:152]


Cuba renungkan seketika pula bila mana kesyukuran itu Allah tarik nikmatnya dengan menyuruh semua umat dan makhluknya membayar setiap anugerah yang Allah berikan pada kita. Bayangkan Allah berikan dan keluarkan bil cas segala perkhidmatan yang Allah berikan pada kita.Cas penglihatan, cas udara, cas merasa, cas menghidu dan segalanya. Setiap bulan Allah keluarkan bil cas untuk segala keperluan yang telah kita gunakan. Sememangnya tidak ada seorang dan tidak ada makhlukpun yang mampu membayar dengan wang ringgit yang sedia ada di dalam diri kita.Betapa Rahman dan Rahimnya Allah hanya menyuruh kita mensyukuri nikmat pemberiannya dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangannya.Itupun kita malas untuk melakukannya.Renungkanlah wahai sahabatku




Explore and Trying Bubur Lambuk @ Ayam

Hari ini merupakan syawal yang ke 16 dan hari ini juga merupakan hari yang 3 aku sudah habis mengerjakan puasa enam yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW buat para umatnya akhir zaman ini. Nak dikatakan hari ini tidak berbuat apa tak patutlahkan sebab walaupun hari ini aku cuti dan kebanyakan kuliah cuti pada hari ini( expecially student azhar tanta - melainkan fakulti qiraat). Hari ini ada gotong royong sikit dekat Dewan Mahmud Syatut Bait Izzah bagi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta. Untuk mengemas kembali dan mengaturkan kembali keadaan Bait Izzah yang baru ini. Aku boleh dikatakan datang lewatlah sebab hehehe biasalah lepas subuh tue baca-baca Quran dan santai ter Qairullah sekejap dalam 2 jam huhuhu. Sampai Bait Izzah aku tengok diorang dah makan dah sarapan pagi. Aku dan Adnan ditugaskan untuk membuat juadah bagi diorang yang gotong royong ini. Cadangnya adalah BUBUR LAMBUK.

Kalau nak diceritakan asal usul bubur lambuk inilah aku tak tahu asal usul dia yang sebenar. Tapi yang aku tahu kalau bubur lambuk ini semua negeri kat Malaysia ada cara tersendirinya nak memasak bubur itu menjadi lambuk(berbagai isi).Jika bagi aku yang berkelahiran Johor Darul Takzim ini, tradisi juadah bubur lambuk ini mashur bila musim Ramadhan. Masa bulan Ramadhan inilah baru terkeluar nama bubur lambuk. Jika di Johor bubur labuk dibuat dengan perlbagai cara dan pelbagai rasa. Hehehe ada perasa ayam ada perasa daging ada perasa buah-buahan ada perasa sayur-sayuran. Tetapinya yang paling mashur bubur lambuk itu di letak sekali bahan-bahan seperti daging dan ayam juga sayur-sayuran.



Jika bulan ramadhan ini comferm penuh je surau dan masjid orang-orang menunggu giliran untuk menerima juadah bubur lambuk sebelum berbukanya mereka. Kira kalau dekat mesir ini di panggil Maidatul Rahman macam tuelah. Tapi ini tapau bawa balik punya hehehe. Dah adat kat Johor nak buat macam mana. Sememangnya ada peruntukan untuk pembiayaan untuk membuat bubur lambuk ini. Masa aku kat Malaysia dulu rajinlah tengok orang-orang tua memasak bubur lambuk ini. Dok kacau-kacau diorang kat dapur dan sambil itulah kita 'menyelam sambil minum air' ilmu masak memasak ini macam itulah kita ambil, bukan mencuri namanya tetapi segan hehehe. Ialah umur kita pun masa tue berapa tahunlah sangat. Dok tolong potong-potong jeklah hehehe. Walau apa-apapun ilmu itu aku dapat juga dari Tok Wan sedara aku hehehe.Ayah aku apa kurangnya sebab memang keturunan aku ni reti masak kot yang lelaki.



Hari ini mulalah aku mengexplore dan mentry sesuatu( bahasa rojak manalah yang aku tulis nie - rojak petis pun tak macam ni hehehe). Bahan-bahan Adnan yang beli. Kitorang masak bubur lambuk ayam hari i ni.Bahanpun oklah hehehe siap semua dalam kul 2 lebih tapi ada satu select sikit sebab pedas sikit dan ada member siap tegur badan dia panas.Memanglah bubur lambuk ini bagus untuk makan time musim sejuk sebab dia cepat hadam dan kenyang tapi cepat lapar gak. Lagi satu bubur lambuk ini berempah sebab tue badan jadi panas. Boleh jadi untuk menyihatkan badan kita kalau musim sejuklah nak berpeluh mahunya heheheh ber-ICE adalah.


Bubur Lambuk Ayam

Bahan-Bahan:

100 gm berasSehelai daun pandan2 batang serai4 sm halia4 sm kulit kayu manis300 gm ayam (diricik halus)2 helai daun bawang4 kuntum bunga lawang200 gm minyak sapi1 ½ liter air2 gm buah pelaga
5 gm bawang goreng2 cawan santanBahan dihiris:4 ulas bawang merah2 ulas bawang putih

Cara:

Panaskan minyak, masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi. Masukkan air dan beras. Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, ayam yang telah diricik dan masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan. Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang.

Kuliah Bermula

Sekarang ini dah masuk musim kuliah dan kuliah sudah lama bermula cumanya biasalah arab hehehe ada aja alasannya ia tak?So kami ini Wafiddin pun kena jugaklah ikut masa mereka, tapi sebelum itu urusan seperti tasdiq kuliah, kasyfun natijah, kira urusan pendaftaran kuliah dah boleh buat sebelum raya lagi. Masa ramadhan masa itu dah bolehbuat cumanya ialah masa kami datang masa tuelah dia pun cuti.Ish tak baik betul bagitahu aib orang hehehe.Walaupun begitu aku kagum dengan Universiti Al Azhar yang aku duduki. Bukan calang-calang orang nak perolehi ilmu di Al Azhar ini tau.Akupun masih tersangkut-sangkut untuk mengejar ilmu yang ada di dalam block Al Azhar Tanta dan selainnya.

Kuliah sekarang makin cantik pulak aku tengok ialah sudah dekat hampir 4 bulan juga aku tak menjejaki kaki di Kuliah ialah masa fatrah cuti mahunya hendak menjengah jika adapun masa tengok natijah dan buat urusan kasfun natijah.Lepas tue ermmm dok umah dan urusan yang lainlah dibuat.Masa kuliah bermula inilah cabaran dan dugaan yang perlu aku dan semua warga azhar perlu tempuhi. Hanya 2 bulan sahaja kami semua masuk kuliah lepas itu exam semester pertama akan bermula hhuhuhuhu..mencabar tak.Dekat Malaysia ada tak macam tue.Kalau nak cuba rasa mehlah datang AL AZHAR AS SYARIFF.

Rasanya sampai di sini sahaja luahan dan coretan aku kali ini. InsyaAllah ada masa yang terluang untuk aku titipkan nanti akan aku taipkansesutu dari perolehan mindaku yang dijana di jari jemariku untuk tatapan semua sahabat.Salam sayang dari aku untuk semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

masih ada lagi balen 14 hari lagi hehehe..sekian wassalam


Tuesday, October 23, 2007

Al Fatihah Untuk Sahabat

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Mari kita bacakan surah al-Fatihah khas untuk kawan kita yang meninggal dunia kerana dilanggar sebuah lori chevrolet putih.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh .... amin.

Tempat kejadian:Jalan besar Solah Salim ,Darrasah.

Waktu kejadian: petang Ahad 21/10/2007 antara waktu Zuhur dan Asar,dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis khatam al-Quran di Masjid Asyiroh Muhammadiyyah,kawasan Qaitbai,Darrasah,Madinatul Qahirah.Majlis Khatam Al-Quran itu sebenarnya adalah untuk al-marhum seorang warga Mesir yang meninggal pada tahun lalu.

p/s:solat jenazah ke atas arwah zaid muhammad akan diadakan di perkarangan hayyu Asyir pada jam 10 pagi 23 /10/2007 (esok)...sebarkan....berkemungkinan solat jenazah akan berubah dari sudut waktu berdasarkan kepada pengurusan jenazah di hospital...Presiden PMRAM

Sunday, October 14, 2007

Kulla Sanah Wa Antum Tayyibun - Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428/2007


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum semua diharap semua berada di dalam jagaan Allah SWT.Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW.Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam yang Allah telah berikan kepada kita semua umat islam di dunia ini.

Ramadhan 2007/1428 sudah melabuhkan tirainya.Kini Syawal pula yang menjelma.Suasana riuh rendah dan suka duka kian kali menjelma bila ia datang menyambut kemesraan kita.Hari kemenangan yang telah Allah janjikan kepada semua umat islam yang betul-betul menghayati pengisian Madrasah Ramadhan.Kian lama kita merasakan kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh kita semua umat islam di dunia ini.Tapi adakah kita semua ingat akan kesedihan dan tangisan yang umat islam hadapi di tempat-tempat yang sering ditindas di PALESTIN, AFGHANISTAN, IRAQ, KASHMIR, PATTANI dan sebagainya.Adakah kita mengingati mereka.Bagaimana mereka meraikan kemenangan di bumi mereka.Betapa serba kekurangan mereka menyambut 1 Syawal.Marilah kita semua mendoakan mereka dan kemenagan ISLAM insyaAllah.



Syawal ke TIGA di bumi anbiya'

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku mnitipkan sesuatu di dalam blog aku ini.Rasanya dah lama sangat aku tak menitipkan sesuatu buat tatapan saudara-saudari yang ada menjengah blog site aku nie kan.Tapi aku bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada aku.Alhamdulillah.

Sambil mendengar lagu-lagu raya di dalam laptop Raeis ahlil bait aku di hari raya kedua ini terasa dan teringat ibu ayah adik-adik dan juga kawan-kawan di Malaysia.Tahun ini cecahla aku menetap di bumi Mesir ini dengan usia 2 tahun.Tahun pertama aku datang adalah 11 Oktober puasa ke 6 sampai di bumi anbiya ini dan hari ini 14 Oktober 2007 aku masih di sini.Maka sudah tiga kali raya aku di bumi perantauan.Kesedihan masih lagi terasa tetapi tidaklah seperti kali pertama beraya tanpa ibu dan ayah di bumi anbiya' ini.

Suasana di sini tidaklah seperti di Malaysia dengan laungan takbir yang mendayu , tetapi di sini berlainan sedikit dengan laugan takbir yang bersemangat seperti semangat Saidina Umar Al Khatab.Takbir berunsur semangat dan kemenangan yang di bawa oleh penduduk di bumi Mesir ini.Himpunan ratusan manusia aku dapat rasakan di bumi anbiya ini.Bersesak-sesakan di Istad(Padang Bola) untuk solat sunat aidilfitri seperti di Makah Mukaramah pulak rasanya.Ini kali kedua aku solat beramai-ramai di Istad.Penuhnya dan ramainya lautan manusia semalam dapat aku rasakan dan aku hampir2 tengelam dalam arus asakan makhluk bernama manusia dengan bentuk tubuh badan yang besar dan sasa aku tempuhi juga untuk melaksanakan tuntutan kemenangan meraih kejayaan melangsaikan tugasan amalan Puasa rukun islam ke 4.

Rendang di Bait Izzah

Sebut sahaja nama Rendang mesti teringat akan Malaysia tetapi jangan ingat kat Malaysia sahaja boleh rasa Remdang tau.Dekat sini tak kurang hebatya kami membuat juadah hari raya.Nasi Impit, Rendang, Ayam masak merah, Satay, Kuah Kacang, Sayur Lodeh , Kuih-kuih raya dan juga kek raya ada sahaja di sini.Cuma hendak taknak je buat hihihihi.Aku dan juga beberapa kawan ditugaskan untuk membuat juadah hari raya untuk majlis sambutan hari raya peringkat kampus di muhafazah Tanta - Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.

Majlis Hari Raya Aidlifitri kali ini dibuat di Dewan Bait Izzah baru-Markaz baru bagi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.Syukur alhamdulillah dapat juga merasa dewan baru selepas di Barrah(usir keluar) oleh baba lama.Sedih juga aku rasa.Tapi itulah resam kehidupan menumpang di bumi anbiya' ini. Cekalkan hati dan tawadhuk pada Allah moga kita akan dapat bantuan darinya.Meriah sangat tahun ini aku dapat rasakan dengan suasana Bait Izzah yang di hias dengan ketupat.Bro Ujey dan Bro Naim yang gubah pergh dah macam Malaysia dah.Nasyid gabungan Ustaz-ustaz dan adik2 Medic.Hilai ketawa mendengar celoteh MC Bro Abul dan juga Bro Wan O memeriahkan suasana dengan Seloka Rayanya.Alhamdulillah meriah walaupun tiada family di samping.Inilah family kitorang disini.

Sejak 2 hari sebelum raya kami dah siapkan barang-barang untuk juadah hari raya ini.Kami memulakan kerja-kerja ini di petang dan malam hari raya.Hanya Allah sahaja yang tahu keletihan yang kami rasa.Makan unuk 150 orang bukan calang-calang orang boleh buat.Bagi yang biasa masak kawah orang-orang masakan katalah senanglah bagi mereka.Kitorang AJK Masakan alhamdulillah ada dalam 6 orang kalau tidak tak menang tangan nak atasi masalah ini.
Juadah yang kami buat ialah Nasi Impit, Rendang, Kuah Kacang, Soto.Itupun rasa dah banyak dah rasanya belum lagi kuih-kuih raya dan kek-kek raya yang dibuat olek pakdam makdam dan juga akhawat-akhawat TIB(rajin juga adik-adik TIB ini yer).

Ucapan terima kasih kepada semua rerakan yang membantu.Terutamanya BOS aku kali ini.Bro Afif, Bro Yie, Bro Man, Bro Azim, Bro Rahman thankz alot di dalam menjayakan juadah masakan kali ini.Bro semua jangan lupa basuh periuk hari ini harharharhar..

Di kesempatan ini aku Mohd Farizal Mohd Shah AdDirani inigin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari perlembahan nil ini untuk semua rerakan yang berada di pelusuk dunia.Moga kita dapat bertemu kembali di Madrasah Ramadhan akan datang dan di Syawal akan datang..InsyaAllah
ilalliqa maa salamah


Sunday, September 30, 2007

17 Ramadhan - Mengingati Peperangan Badar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"





Assalamualaikum buat semua rerakan seperjuanganku sekalian.Alhamdulillah bertemu lagi kita di dalam arena penulisan maya.Kali ini aku ingin memaparkan sedikit gamabran sejarah yang mungkin kesemua umat islam mengetahuinya baik dari kanak-kanak sehinggalah datuk-datuk.Sejarah yang telah menjadi salah satu punca utama kegemilangan islam sehingga sekarang.Sirah Nabawiah yang tidak kita akan lupakan di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ini jika tidak Peperangan Badar - Peperangan yang paling popular dan terkenal di dalam era sejarah islam dan peperangan umat islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW, Nabi Muhammad SAW.Tanggal 17 Ramadhan adalah tarikh untuk memperingati sirah ini untuk kita jadikan ia sesuatu kekuatan di dalam diri kita sebagai umat islam.

InsyaAllah pada kali ini aku akan memberi serba sedikit berkaitan sejarah islam yang mashur ini.



Asal usul Peperangan Badar

Pertempuran Badar (Perang Badar غزوة بدر, ghazawāt badr), adalah pertempuran besar pertama antara umat Islam melawan musuh-musuhnya. Perang ini terjadi pada 17 Mac 624 Masehi atau 17 Ramadhan 2 Hijriah. Pasukan kecil kaum Muslim yang berjumlah 313, orang bertempur menghadapi pasukan Quraisy dari Makkah yang berjumlah 1.000 orang. Setelah bertempur habis-habisan sekitar dua jam, pasukan Muslim menghancurkan barisan pertahanan pasukan Quraisy, yang kemudian mundur dalam kekacauan.

Sebelum pertempuran ini, kaum Muslim dan penduduk Mekkah telah terlibat dalam beberapa kali konflik bersenjata skala kecil antara akhir 623 sampai dengan awal 624, dan konflik bersenjata tersebut semakin lama semakin sering terjadi. Meskipun demikian, Pertempuran Badar adalah pertempuran skala besar pertama yang terjadi antara kedua kekuatan itu. Muhammad saat itu sedang memimpin pasukan kecil dalam usahanya melakukan pencegatan terhadap kafilah Quraisy yang baru saja pulang dari Syam, ketika ia dikejutkan oleh keberadaan pasukan Quraisy yang jauh lebih besar. Pasukan Muhammad yang sangat berdisiplin bergerak maju terhadap posisi pertahanan lawan yang kuat, dan berhasil menghancurkan barisan pertahanan Mekkah sekaligus menewaskan beberapa pemimpin penting Quraisy, antara lain ialah Abu Jahal alias Amr Bin Hisyam

Bagi kaum Muslim awal, pertempuran ini sangatlah berarti karena merupakan bukti pertama bahwa mereka sesungguhnya berpeluang untuk mengalahkan musuh mereka di Mekkah. Mekkah saat itu merupakan salah satu kota terkaya dan terkuat di Arabia zaman jahiliyah. Kemenangan kaum Muslim juga memperlihatkan kepada suku-suku Arab lainnya bahwa suatu kekuatan baru telah bangkit di Arabia, serta memperkokoh otoritas Muhammad sebagai pemimpin atas berbagai golongan masyarakat Madinah yang sebelumnya sering bertikai. Berbagai suku Arab mulai memeluk agama Islam dan membangun persekutuan dengan kaum Muslim di Madinah; dengan demikian, ekspansi agama Islam pun dimulai.

Kekalahan Quraisy dalam Pertempuran Badar menyebabkan mereka bersumpah untuk membalas dendam, dan hal ini terjadi sekitar setahun kemudian dalam Pertempuran Uhud.

Sumber Sejarah - Badar dalam al-Qur'an

Pertempuran Badar adalah salah satu dari sedikit pertempuran yang secara eksplisit dibicarakan dalam al-Qur'an. Nama pertempuran ini bahkan disebutkan pada Surah Ali Imran: 123, sebagai bahagian dari perbandingan terhadap Pertempuran Uhud.

Sungguh Allah telah menolong kamu dalam Peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertawakallah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang Mukmin, "Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?" Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.

al-Qur'an: Surah Ali Imran:Ayat ke- 123-125

Menurut Yusuf Ali, istilah "syukur" dapat merujuk kepada disiplin. Di Badar, barisan-barisan Muslim diperkirakan telah menjaga disiplin secara ketat; sementara di Uhud mereka keluar barisan untuk memburu orang-orang Mekkah, sehingga membuat pasukan berkuda Mekkah dapat menyerang dari samping dan menghancurkan pasukan Muslim. Gagasan bahawa Badar merupakan "pembeza" (furqan), yaitu menjadi kejadian mukjizat dalam Islam, disebutkan lagi dalam surah yang sama.

"Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang Muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati."

al-Qur'an: Surah Ali Imran: Ayat ke-13

Badar juga merupakan pokok pembahasan Surah 8: Al-Anfal, yang membahas mengenai berbagai tingkah laku dan kegiatan militer. "Al-Anfal" bererti "rampasan perang" dan merujuk pada pembahasan pasca pertempuran dalam pasukan Muslim mengenai bagaimana membagi barang rampasan dari pasukan Quraisy. Meskipun surah tersebut tidak menyebut Badar, isinya menggambarkan pertempuran tersebut, serta beberapa ayat yang umumnya dianggap diturunkan pada saat atau segera setelah pertempuran tersebut terjadi.


Terima kasih kepada Wikipedia-Petikan dari sumbernya

Saturday, September 15, 2007

Bincang-bincang Ramadhan (Siri ke Dua)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang sekarang ini mesti sedang melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti bertadarrus dan juga mengaji di kelas-kelas tafaqquh insyaAllah akan mendapat keberkatan di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini.Oklah pada kali ini aku nak beri sikit lah untuk pengisian kita di dalam bulan puasa ni.

S1: Apakah pengertian puasa dari segi bahasa dan istilah syarak ?

Puasa dari segi bahasa adalah menahan diri dan menahan dari sesuatu

Puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan dengan niat bagi orang yang diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.



S2: Asal dinamakan Ramadhan

Asal dinamakan Ramadhan diambil daripada perkatan (الرمض) yang bermakna kesangatan panas. Masyarakat arab apabila mereka hendak menamakan nama sesuatu disesuaikan bulan tersebut dengan keadaan yang berlaku pada bulan tersebut. Oleh kerana ketika hendak menamakan bulan Ramadhan itu keadaannya sangat panas, maka dinamakan Ramadhan.

s3:ِApakah antara kelebihan atau kemuliaan Ramadhan?


Pertama Ramadhan merupakan penghulu segala bulan


سيد الشهور شهر رمضان وسيد اللأيام يوم الجمعة
روه الطبرني

" Penghulu segala bulan adalah Ramadhan dan penghulu segala hari ialah hari jumaat"


Kedua diampunkan dosa-dosa kecil di antara dua Ramadhan

الصلوات الخمس , والجمعة الى الجمعة , ورمضان الى رمضان ما بينهن اذا أجتنبت الكبائر
رواه مسلم

" Sembahyang lima waktu dan dari jumaat ke jumaat dan dari Ramadhan ke Ramadhan menghapuskan dosa-dosa di antarany selagi tidak melakukan dosa-dosa besar ".

Ketiga barangsiapa yang berpuasa penuh akan diampunkan dosa-dosa yang lalu

من قام رمضان ايمانا و احتسابا , غفر له ما تقدم من ذنبه
متفق عليه
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan Allah SWT diampunkan untuknya dosa-dosa yang lepas".

S4: Bilakah disyariatkan puasa kepada ummat Nabi Muhammad?

Ibadah puasa telah disyariatkan pada 10 Syaaban tahun 2 Hijrah

S5: Apakah peristiwa-peristiwa penting di Bulan Ramadhan?

  1. Peperangan Badar Kubro ( 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah)
  2. Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan tahun 8 Hijrah)
  3. Sebahagian daripada peritiswa peperangan Tabuk (tahun 9 Hijrah)
  4. Tersebar luas islam ke Yaman (tahun 10 Hijrah)
  5. Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-Uzza (tahun 8 Hijrah)
  6. Islamnya Bani Tsaqif dan mereka menghancurkan berhala al-Laata yang mereka sembah (tahun 9 Hijrah)
  7. Peristiwa Ain Jalut iaitu Tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Qhutuz (15 Ramadhan tahun 658 Hijrah)
  8. Pembukaan Andalus ke bawa pimpinan Thoriqa Bin Ziyad (28 Ramadhan tahun 92 Hijrah)
Ok nanti kita sambung lagi yer...insyaAllah Ilalliqa maa salamah


Tuesday, September 11, 2007

Keistimewaan Bulan Ramadhan (siri pertama)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Firman Allah SWT di dalam Surah Al Baqarah - ayat 183 yang
bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh ketaqwaan".

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dan inayahnya dapatlah kita bersama-sama berjumpa kembali di arena penulisan ini. Rasanya dah lama juga aku aku tak update blog ini dengan citarasa tulisan aku sendiri. Sempena kedatangan bulan ramadhan yang tingal satu hari sahaja lagi akan menjelma. Aku rasa nak bagi sesuatu dekat rakan-rakan yang lain. Hendak kata tazkirah tak der lah sepandai mana, aku hanya pandai menulis saja tidak bijak berbicara dan berkata-kata. Mengulas kembali karangan ulama'-ulama' terdahulu mengenai bulan ramadhan. Aku bukanah reti mana hendak menterjemah buku-buku arab cuma sekodar jeklah.

Ramadhan sejak dari dulu sampai sekarang senantiasa dengan putaran paksinya. Ia tetap akan muncul bila tibanya Bulan Islam - Ramadhan. Tiada bulan yang boleh mengantikan Ramadhan. Ini kerana di dalam bulan inilah umat islam di wajibkan untuk menunaikan rukun islam yang ke tiga ataupun yang ke empat iaitu 'Berpuasa'. Allah SWT telah menurunkan ayat mewajibkan puasa ke atas semua lapisan umat muhammad seperti yang telah aku letakkan mafhum ayatnya seperti di atas.

Di dalam bulan Ramadhan ini juga telah di turunkan Al Quran, untuk menjadi petunjuk bagi manusia bagi menerangkan dan menjelaskan kedudukan sesuatu perkara.

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al Baqarah - ayat
185:

Mafhumnya: "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al
Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salah".



Selain daripada itu bulan Ramadhan tidak boleh dibandingkan dengan bulan-bulan islam yang lain kerana di dalam bulan ramadhan ini terdapatnya pelbagai kelebihan dan keistimewaan serta limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Rasulullah SAW telah bersabda di dalam hadithnya:

Maksudnya: "Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan
pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai
syaitan-syaitan".
(Muttafaqun 'Alaihi)*1

Rasulullah SAW bersabda lagi di dalam hadithnya tentang kelebihan bulan Ramadhan:

Maksudnya: " Sesungguhnya di dalam syurga ada satu
pintu yang dinamakan Ar Rayyan, orang -orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan masuk".
(Muttafaqun 'Alaihi)

Sabda Rasulullah SAW lagi di dalam hadithnya ialah:

Maksudnya: "Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua
kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.

(Muttafaqun 'Alaihi)

Wahai sahabtku sekalian kita perlu sedar bahawa di dalam bulan Ramadhan inilah Allah SWT akan memuliakan orang-orang yang berpuasa di sisi-NYA sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Demi Allah Muhammad berada di dalam
gengganmannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauankasturi".
( Muttafaqun 'Alaihi)

Di dalam bulan Ramadhan ini juga keistimewaannya adalah dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Allah SWT telah berfirman: "Setiap amalan anak adam adalah untuknya melainkan puasa.Ia adalah untukKU dan AKulah yang akan membalasnya." (Muttafaqun 'Alaiahi)

Seterusnya keistimewaan yang tiada dan tidak terdapat di mana-mana bulan islam yang lain ialah datangnya 'Malam Lailatul Qadar' yang dinantikan kehadirannya oleh seluruh umat manusia yang beragama islam yang inginkan ganjaran pahala dari Allah SWT. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya telah kami turunkan Al Quran
pada malam Lailatul Qadar. tahukah engkau apa itu malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun Malaikat dan ruh( JIBRIL) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar".
(Surah Al Qadr)

InsyaAllah dengan kedatangan ramadhan pada 1428 hijrah ini akan memantapkan lagi kehidupan kita kepada Allah SWT insyaAllah.

#bersambung di lain edisi. InsyaAllah di sepanjang musim Ramadhan..ilalliqa maa salamah

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

1428H / 2007M



Tuesday, September 04, 2007

RM 27500.00 Untuk Kelab UMNO Selangor Di Mesir

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Sepetang ketika aku melayari di Tranungkite tetiba aku terlihat satu artikel yang tetiba membuatkan aku mengigil kegeraman, tidak tahu kenapa tetiba badan aku terasa semacam dengan artikel ini.Apalagi aku pun bukalah untuk membaca artikel yang sangat aku mahu jawapannya? Adakah benar cerita ini? jangkaan aku memang sudah betul-betul 100% selama aku melihat agenda UMNO ini di Mesir .. marilah kita lihat dan membaca dan menghayati pengkomplotan kotor UMNO di bumi Mesir ... bumi Anbiya.Betapa sedihnya aku melihat akan biah di Malaysia sudah memasuki biah di Mesir yang dulunya bersih dari anasir kotor.Ya Allah bantulah perjuangan Islam Ya Allah...sahabat semua marilah kita renungkan

Apakah malang nasib rakyat ? Ada di antaranya yang kekurangan wang dan sumber pendapatan. Peruntukan RM 27500.00 pula yang telah ditagih oleh Badan Perhubungan Negeri Selangor, Kelab UMNO Kaherah. Dana yang diminta sempena lawatan rasmi menteri besar Selangor, Dato’ Dr. Mohamad Khir bin Toyo bukan satu lagi omongan kosong.

Lawatan menteri besar tersebut yang dijangkakan tiba ke Mesir di awal bulan september 2007 ini, telah dijadikan sebagai platform awal bagi memperkenalkan figura-figura UMNO untuk menjayakan agenda imperialis UMNO di kampus antarabangsa.


Lantaran itu, kesatuan anak-anak Melayu di Mesir terus dicemari dengan kewujudan proksi-proksi UMNO yang menjadi pressure group, menghasut khalayak mahasiswa al Azhar untuk diinjak oleh politik penguasa.

Melihat kepada senario yang berlaku kepada situasi mahasiswa Selangor khususnya, pihak pegawai negeri yang dilantik lebih terbuka untuk membiarkan mahasiswa al Azhar diperalatkan oleh Kelab UMNO di Mesir. Aktiviti persatuan anak Selangor, kerap kali dibelenggu oleh kongkongan pegawai sehingga mereka tidak berupaya merencanakan program dengan baik. Penulis menyaksikan sendiri sikap tidak professional pegawai yang boleh dianggap sebagai kebudak-budakan, malah diberitakan beliau pernah melakukan ugutan agar usaha kebajikan anak Selangor diserahkan kepada Kelab UMNO jika tuntutannya tidak dipenuhi.

Ideologi politik kepartian yang dibawa oleh Kelab UMNO inilah merupakan punca kepada keretakan ukhuwwah sesama mahasiswa di Mesir. Selama ini anak-anak Selangor yang sedang belajar mahupun yang akan tiba di Mesir, sering bergelut dengan sisa-sisa ekstrem seperti ugutan dermasiswa zakat dipotong, dibuang dari hostel dan sebagainya. Sedangkan, Kelab UMNO yang wujud tidak ubah (resemblance is undeniable) seperti personaliti Haman yang cukup popular disebut dalam al Quran sebagai pengadu domba kepada cara kerajaan. Sikap paranoid dan.hipokrit (bermuka-muka) memang layaknya ditabalkan kepada pertubuhan Kelab UMNO kerana kerap kali fitnah dilontarkan kepada mahasiswa Selangor sebagai agen kepada ahli pembangkang semahu-mahunya di muka penguasa.

Peruntukan untuk menaja Badan Perhubungan Kelab UMNO Kaherah juga boleh menimbulkan pelbagai andaian, dari mana datangnya duit sebanyak itu ? Barangkali duit yang diperuntukan kepada Kelab UMNO tersebut merupakan wang zakat yang sepatutnya diagih-agihkan kepada mahasiswa Selangor. Untuk pengetahuan pembaca, masih ada di antara anak-anak jagaan negeri Selangor sendiri yang tidak mendapat bantuan dermasiswa daripada Pusat Zakat Selangor sekalipun mereka berhak untuk menerimanya. Anak-anak Selangor yang menjadi mangsa eksperimen ini akhirnya memilih hidup sebagai setinggan, menumpang belas ehsan teman-teman di apartmen yang disewa sekalipun suasana tersebut membuatkan kehidupan belajar tidak selesa.

Sebenarnya, kewujudan Kelab UMNO di Mesir secara tidak langsung telah menyuburkan amalan neofeudalisme (sikap taat setia membabi buta terhadap penguasa) di kalangan agamawan. Zaman feudal di Eropah satu ketika dahulu, penguasa merupakan entiti yang tidak boleh ditentang dan dipertikai oleh rakyat jelata walaupun terdapat bukti penipuan yang dilakukan oleh mereka. Mereka tidak sedar bahawa perjuangan yang mereka bawa adalah perjuangan yang tidak memiliki idealisme tersendiri, dikongkong untuk menurut segala arahan parti pemerintah walaupun dalam perkara yang batil. Anda rasa tuduhan ini bersifat ultra ? Memang penulis selama-lamanya tidak akan bersimpati kepada UMNO selagi mereka menjadi parti dominan bertindak menindas kepada mana-mana ideologi yang lebih tegar berbanding mereka.

Recruitment kepada sebuah parti untuk mendapatkan pelapis kepada agenda politik adalah mengikut laras-laras 'pengasuhnya'. Secara jelas, UMNO sebenarnya telah berjaya membunuh maruah mahasiswa al Azhar menjadi manusia bertaraf "spoon feed" kepada misi mereka. Hal ini turut menyungguhkan dakwaan penulis bahawa UMNO telah merekrut mahasiswa dengan hanya mencipta ruang-ruang murahan dan dana yang begitu tinggi untuk mengekalkan kuasa politiknya di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa keterlibatan mahasiswa al Azhar merupakan strategi UMNO, kerana mereka merupakan grand design kepada hala tuju masyarakat beragama Islam. Secara tidak langsung ia telah menjadi bom yang memusnahkan hujah dan akal budi mahasiswa al Azhar.

Catatan ini, setidak-tidaknya boleh menjadi cermin wajah jujur Kelab UMNO di Mesir yang begitu serius merealisasikan perjuangan kepartian politik pemerintah di bumi perantauan ini. Lihat sahaja lampiran-lampiran yang saya kepilkan bersama di dalam perenggan ini. Objektif yang dirangka oleh mereka sebenarnya hanya merupakan carut-marut matlamat di sebalik sikap mereka yang lebih mementingkan diri sendiri menunggu duit free hasil titik peluh rakyat Malaysia. Jumlah donasi yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan masyarakat, telah dijadikan bahan dagangan politik untuk mencandu minda mahasiswa-mahasiswa lain supaya tunduk menjadi bahan UMNO. Sekiranya institusi ilmu ini dicemari oleh anasir-anasir yang tidak sihat seperti campurtangan parti politik dan habuan wang seperti yang diterima oleh Kelab UMNO di Mesir ini, ia sekaligus memberikan nama buruk terhadap kredibiliti mahasiswa lebih-lebih lagi lepasan daripada al Azhar."


Sila lihat lampiran ini;

http://i217.photobucket.com/albums/cc312/bashamel83/Sep01_16.jpg

http://i217.photobucket.com/albums/cc312/bashamel83/Sep01_17.jpg

http://i217.photobucket.com/albums/cc312/bashamel83/Sep01_18.jpg

http://i217.photobucket.com/albums/cc312/bashamel83/Sep01_19.jpg

http://i217.photobucket.com/albums/cc312/bashamel83/Sep01_20.jpg

http://i217.photobucket.com/albums/cc312/bashamel83/Sep01_21.jpg

http://i217.photobucket.com/albums/cc312/bashamel83/Sep01_22.jpg


Saturday, August 25, 2007

Ujian Kehidupan Membawa Peringatan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

katakanlah (wahai Muhammad):"Sesungguhnya aku hanya lah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahasa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu, oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (surah Al-kahfi: 109-110)

Assalamualaikum buat rerakan yang aku rindui, sudah berminggu-minggu rasanya aku tidak menulis sesuatu di dalam bog aku ini untuk tatapan rerakan yang sering mengunjungi teratak yang tidak seberapa ini.Maaf andainya harapan yang rakan-rakan amat inginkan tidak terdapat di dalam blog yang serba-serbi kekurangan ini.Mohon maaf dari diriku ini.bukan tidak mahu menulis sebarang atikel ataupun sekadar jurnal kehidupan di sini tapi entahlah dalam 2 minggu rasa malas menyelubungi diri ini.Maybe ada bendaatau perkara yang membuatkan diri ini macam tak mau nak menulis.

Sepanjang aku tidak menulis banyak benda yang aku fikirkan, sejak aku tak menulis ini banyak benda yang aku nak rungkaikan di dalam blog ini tapi tidak kesampaian, entahlah masa tue agaknya aku masih tak menentu jiwa dan fikiranku agaknya.Rasa diri ini macam bukan orang dan diri yang dulu yang kebiasaannya ceria dan selalu buat orang rasa senang tengok aku, tapi dalam masa lebih 2 minggu ini aku rasa diri ini macam di uji oleh Allah SWT.Betul kata bro Apai kita perlu bersabar dengan apa yang ditimpa oleh kita baik ujian, mehnah dan tribulasi insyaAllah kita akan perolehi pahala di sisi Allah SWT.

Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi di dalam diriku selama 2 minggu lebih, mungkin Allah ingin melihat hambanya ini bersyukur atau tidak akan takdir dan qada dan qadar yang ia berikan pada hambanya ini.Aku mohon agar diri ini tabah, kuat dan thabat di dalam menghadapi apa yang Allah berikan.Semoga mehnah yang diberikan kepada aku ini adalah sebagai penghapus dosa ku yang terlalu banyak di dalam kehidupan ini.Penganti kepada gantian di akhirat nanti agar aku yang tidak mampu bawanya di akhirat nanti mampu mengurangi sikit apa yang akan ku bawa dari muka bumi ini.

Resah di hati ini seringkali di cuil-cuil dan di usik-usik dek syaitan dan iblis yang seringkali tidak menangguhkan kerjanya untuk menyesatkan keturunan ADAM dan HAWA.Moga dri ini tidak akan keseorangan membawa diri yang fana di muka bumi.Moga ada yang memberi tunjuk ajar di dalam diri ini.Ku harap diri ini tidak tenggelam dan hanyut di dalam nafsu yang dibina sendiri dek tangan yang penuh dengan noda dan kotoran hasilan dari lumpuran maksiat yang diingini.Mohon doa dari ibu dan ayah serta keluarga jua dari sahabat-sahabat dan para guru yang ku pernah menuntut ilmu darinya agar diri ini terus sabar dan tetap iman dan taqwanya di dalam mendisiplinkan ilmu agama dan juga memantapkan jati diri akhalak seorang muslim sejati.Walaupun ini hanya kata-kata yang terungka di hujung jejari yang menaip askara keybord , ku harapkan agar ia dapat membikinkan doa di dalam setiap yang ku tuturi dan titipi di sini.

Seringkali diri ini leka dengan panaroma duniawi yang tidak kekal ini.Seringkali diri ini tertipu dengan corak kehidupan sekarang ini.Walaupun diri ini digelar mahasiswa agama tetapi kehidupan tidak jauh beza dengan mahasiswa yang menuntut ilmu-ilmu dunia seperti kedoktoran, kejuruteraan, perkomputeran dan sebagainya.Disiplin ilmu agama tidak dirungkai dengan sebaiknya di dalam kehidupan aku selama 1 tahun lebih aku duduk di sini.Azam yang lapok di lihat kembali di dalam diari ku yang sudah berusia 1 tahun lebih.Teringat akan azam yang ditanam di dalam kamus kehidupan aku sesampainya aku di bumi anbiya ini.

Subuh 3:45am 12 Oktober 2005

"Akan menghabiskan pengajian 4 tahun"

"Akan menjadikan TALAQQI no 1 sepanjang di Mesir"
"Kuliah jangan tinggal sekalipun!"
"Hidupkan sunnah dan tidak tinggalkan amalan wajib"
"Habiskan hafalan Al Quran"
"Doakan ayah dan ibu dan hubungi sentiasa"



Tetapi aku dapat rasakan hanya berapa persen sahaja yang aku telah dapat buat dan kerjakan yang lain hanya angan² kosong dari diri ini.Moga diri ini kembali melihat apa yang telah di azamkan benda yang laam.Kita perlu melihat benda yang belakang yang belum kita tunaikan seperti HUTANG yang belum kita bayar kepada orang yang berhak kepadanya.Aku banyak hutang rupanya dengan AZAM aku.InsyaAllah akan ku penuhi dalam diri ini.

Muhasabah sentiasa dititipkan di bibir aku tetapi selama mana dapat bertahan, seringkala alpa dengan muhasabah-muhasabah yang aku buat sendri pada diriku.Aku tidak tahu kenapa diri ini senang meninggalkan benda yang sudah baik dinilai di dalam hati dan diri.Tetap menginginkan perkara yang jauh dari dalam diri ini berupa maksiat dan sebagainya.Moga Allah menetapkan jiwa dan ragaku kepada MU ya Allah.Ya Rasulullah SAW aku merinduimu ... Ya Sahabat aku jua merinduimu perjuangan kalian.Doakan diriku hamba yang lemah dan hina ini.
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. ”Saidina Ali bin Abi Thalib

dari hamba Mu yang lemah Ya Allah
farizalshah ad-Dirani

Wednesday, August 08, 2007

Rentetan Kembara Matroh Siwa

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabatku yang sekamcing denganku di dalam arena blogger ini mesti sekarang ini antum semua sudah banyak menghasilkan tulisan-tulisan yang berfaedah untuk tatapan pengunjung kamu semua bukan.Tapi bagi aku yang sekarang ini kurang sangat hendak menulis (cuaca musim panas agaknya) membuatkan entry bagi blog aku ini jarang diisi dengan input-input atau bahan-bahan yang berfaedah untuk aku sampaikan di dalam penulisan aku saban kali.Hendak kata aku ini banyak sangat buat kerja, takderlah banyak sangat kerja aku yang aku buat di dalam cuti ini. Tapi kalau hendak kata cuti ini aku tidak buat sesuatu bohonglahkan.

Alhamdulillah cuti-cuti ini banyak pengisian yang aku isi dengan perkara-perkara yang berfaedah contihnya mengikuti kelas-kelas talaqi dan juga berjaulah huhuhu. Baru-baru ini aku baru sahaja pergi ke Matroh Siwa dan ini merupakan kali kedua aku pergi ke sana tapi kali ini aku bukanlah sebagai peserta tetapi sebagai ahli jawatankuasa pelaksana. Aku ditaklifkan sebagai Unit Makanan dan Persegaran.Ini merupakan kali kedua aku memegang portfolio ini sebelum ini aku memegangnya di Perkhemaham Musim Panas( Summer Camp Tanta 2007) tapi aku rasa di kembara Matroh Siwa ini lagilah mencabar sebabnya perjalan yang teramat lah jauh dari bumi Tanta.Tapi atas pertolongan dari sahabat-sahabat yang lain alhamdulillah kerja dapat dibereskan mengikut waktu yang di tetapkan walaupun ada satu masa masakan tidak dapat disiapkan dengan segera disebabkan ketiadaan air huhuh biasalah. Dari malam 29 Julai hingga 1 Ogos aku memulakan kerja. Walaupun badan terasa penat sebab kurang tidur di waktu malam sebab menyediakan makanan untuk peserta untuk makanan siang hari tapi aku berasa lega sebab adanya yang selalu bersamping dengan aku seperti Ustaz Adnan, Ustaz Pijoe, Ustaz Hafiz, Ustaz Apie, and then Ustaz Hatta yang sungguh pendiam orang nyer tapi kalau dah buat lawak aduh....macam gelagat aku dapat lihat kat sini...dapat kenal dekat dengan mereka semua. Aku lebih mesra dengan ustaz Pijo sebab dapat nyakat dia ngan Kak Wan student UK yang ikut rombongan kami ke Matroh Siwa tapi jangan bimbang kami diikuti 2 orang Baba dan Ummie.

Itulah sahaja rentetan yang dapat aku berikan...semoga kenangan bersama kamu di kembara matroh siwa 2007 tidak akan aku lupakan insyaAllah...Semoga Allah membalas apa yang kamu berikan kepada kami semua..

ilalliqa maa salamah

Wednesday, July 25, 2007

Hamka: Hilangnya seorang tokoh ilmuan Islam

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Semalam (24 Julai 2007) adalah tarikh memperingati kepulangan Haji Abdul Malik Karim Amrullah (atau lebih dikenal sebagai Hamka) ke rahmatullah setelah beberapa hari berada di hospital kerana sakit tua.

Almarhum lahir pada tahun 1908, di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat (Sumbar) dan meninggal di Jakarta 24 Julai 1981, adalah sastrawan Indonesia, sekaligus tokoh ulama dan aktivis politik.

Almarhum juga diberi gelaran Buya, iaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang bererti ayahku, atau seseorang yang dihormati.

Ayahnya adalah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenali sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.


Pendidikan dan kerjaya dalam bidang dakwah di Nusantara

Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang.

i situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang disampaikan ulama tempatan terkenal pada waktu itu seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.

Hamka memulakan kerjaya sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Kemudian dilantik sebagai dekan di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958.

Setelah itu, almarhum diangkat menjadi Rektor Perguruan Tinggi Islam di Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjawat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Hamka adalah seorang tokoh dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik, baik politik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama’ dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal.

Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti.

Almarhum juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

Almarhum juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang.

Bermula pada tahun 1928, beliau mengetuai cawangan Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar.

Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.

Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerilya di dalam hutan di Medan.

Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955.

Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjara oleh Presiden Sukarno kerena dituduh pro-Malaysia.


Hasilkan pelbagai karya besar


Semasa dalam tahanan penjara, beliau telah mula menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia. Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit.

Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.

Sepanjang terlibat dalam kerjaya sebagai seorang ulama/sajana/tokoh ilmuan Islam, al-marhum Hamka telah menubuhkan Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka atau singkatannya (UHAMKA) yang merupakan pengembangan (Konversi) dari IKIP Muhammadiyah Jakarta yang didirikan pada 25 Rabiul Awwal 1377 H bertepatan dengan 18 November 1957.

Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universiti al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.

Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura.

Cebisan Kata-Kata Pujangga

Tegak rumah kerana sendi runtuh sendi rumah binasa sendi bangsa adalah budi runtuh budi runtuhlah bangsa

"Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu kepunyaan Tuhan. Yang tidak suci dan buta itu adalah orang yang salah menggunakannya....\" (novel Tenggelamnya Kapal Van Der Vijk )

Ihsan Dari HarakahDaily

Sunday, July 22, 2007

Family Day BKPJM & Seminar Ilmu Falak

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah bersyukur dengan rahmat dan inayahnya dapatlah aku mencoretkan lagi sesuatu untuk tatapan rakan-rakanku yang dahagakan informasi dariku(ceh..!! ayat poyolah pulak aku bagi..huhuhu).Rasanya dah lama juga aku tidak menulis dan memperbaharui isian di dalam blog aku ini.Bukan apa..maklumlah musim cuti-cuti Mesir ini ada saja yang aku hendak buat lagilah musim panas ini bukannya lekang aku dok rumah ada saja tempat yang aku hendak merayap. Masa cuti ini banyak program yang ada di Mesir ini, kira tidaklah kosong membuang masa. Banyak sangat program-program yang faedah di kala musim cuti ini, lebih-kebih lagi bagi aku sebagai seorang mahasiswa seperti kelas-kelas talaqi dan tafaqquh fid-din, seminar-seminar dan juga jaulah ke tempat-tempat sejarah di bumi Mesir ini.


FAMILY DAY BKPJM 2007

Bagi diri ini yang sememangnya suka sangat mengaktifkan diri ini(huhuhu...promote nampak ko Jal). Program terbaru yang aku ikuti dalam masa seminggu yang lepas ialah Hari Keluarga BKPJM yang berlangsung pada 15 dan 16 Julai lepas. Masa 15 aku tidak dapat ikut sebab ada meeting dekat Tanta so aku dapat pergi masa 16 Julai itu sahajalah...sempatlah main bowling dengan diorang semua..huhuhu aku punya team oklah..abang Nuh, Sakini, Yazid dan member yang sekamcing sangat dengan aku Adnan. Ramai juga yang join walaupun yang tinggal hanyalah 40% sahaja di bumi Mesir ini yang lain semua balik Malaysia bercuti. Main bowling dalam 2 frames tapi hakikatnyer tak leh nak kejar Adnan dengan jatuhan pin 143. Aku hanya dapat memungut 121 jatuhan pin. Tempat kedua keseluruhan. Boleh tahanlah tapi yang team aku sahajalah.

Malamnya pulak Keluarga BKPJM bakar SATAY huhuhu..seronok sangat sebab dah lama tidak bakar SATAY, last aku bakar masa hari lahir Raeis masa 2006. Ramai sangat yang turun walaupun hakikatnya sedikit huhuhu.BP PMRAM pun turun Ustaz Juzaili dan Ustaz Hud. Aku yang kira dah suku kerja bakar-membakar masa sampai di Asrama Johor terus sahaja bakar satay-satay yang berbaki. Alhamdulillah hari ini aku kenyang dengan makan satay. Memang best satay yang dibuat huhuhu, lagi-lagi ada lodeh fuh lagilah best. Lama sangat nak bertemu dengan lodeh masa Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sahaja yang boleh jumpa. Syukran jazilan aku ucapkan kepada keluarga BKPJM. You All the best!.

Seminar Ilmuan Falak

Pada 18 dan 19 Julai pula aku mengikuti Seminar Ilmu Falak di Kaherah ini di ARMA anjuran bersama Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir, Keluarga Pelajar Perlis, Dewan Perwakilan Mahasiswa Mahasiswi Mansurah dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqazik.

Di dalam Seminar ini melibatkan 3 orang panel yang membentangkan tentang kertas kerja, 2 dari Mesir dan seorang dari Malaysia. Al Fadhil Ustaz Hj Hanafiah Abd Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor adalah pembentang utama di dalam seminar ini. Di dalam seminar ini sebanyak 4 pembentangan kertas kerja dapat di uraikan dengan jayanya.

Banyak perkara baru yang aku dapat tahu contohnya tentang asal-usul tempat letaknya masa bermula.Sepatutnya masa di dunia ini bukan bermula di Greenwich tapi hakikat sebenarnya adalah di Tanah Suci Kota Makkah kemudian kerana tidak mahu adanya lagi peperangan di antara Kota Madinah seperti yang berlaku di peperangan Jamal di sebabkan perselisihan tempat dan pusat pemerintahan.Maka tempat mulanya masa di dunia ini ditukarkan ke DOHA di QATAR iaitu maksud Doha itu sendiri adalah tempat terbitnya matahari yang jelas. Sebab itulah masa sekarang semua sebenarnya di percepatkan 4 minit bagi mengatur dan menstabilkan masa di dunia. Dan paling penting aturan masa yang dibuat oleh kaum kafir ini adalah semata-mata untuk kegunaan mereka semata-mata untuk menghapuskan umat islam di dunia ini.

Banyak lagi yang tak dapat nak aku uraikan di sini seperti. Apa itu kelebihan taqwim hijrah dan masehi, asal usul peta dunia di buat oleh siapa, siapa yang mengasaskan hospital di Sepanyol, apakah ilmu yang pertama di terokai oleh ahli-ahli fikir dan ilmuan islam dahulu kala, bagaimana cara menentukan waktu solat dan juga penentuan hari raya, semuanya dapat aku perolehi di dalam seminar ini.Bersyukur aku ke hadrat Allah SWT kerana dengan asbab aku masuk ke seminar ini dapatlah aku tahu akan hakikat sebenar tentang ilmu-ilmu di dunia ini. Bidangyang terlalu aku minat sejak aku kecil dahulu dan pernah bercita-cita hendak menjadi ahli Astronomi masa sekolah rendah. Walaupun pada hakikatnya aku tidak dapat tapi akhirnya aku dapat juga tahu serba sedikit tentang ilmu astronomi mengikut landasan syariat islam iaitu ilmu falak.

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat di dalam program ini.Semoga pada masa akan datang akan lahir cendikiawan-cendikiawan ilmuan sains di Universiti Al Azhar ini..insyaAllah.

Galaksi Adromeda yang terdapatnya planet yang bernama BUMI yang Allah letakkan pelbagai makhluk dan spesis hidupan bagi beribadah kepada Allah SWT semata-mata


KATA-KATA PUJANGGA

Biarkan masa lalu ibarat setitik noktah pada sehelai kain putih. Kita masih berkesempatan untuk menghapuskannya. Meskipun tiada siapa yang mampu menongkah arus takdir yang menjadi suratan, namun takdir dan suratan bukanlah mutlak kerana manusia masih mampu berdoa untuk menghindar segarit kehampaan bagi merasai titisan bening air mata pagi...

Bergunung mana pun harta, bukanlah kaya namanya, jika miskin budi bahasa..
Segagah mana pun diri, bukanlah namanya pahlawan, jika nafsu tidak dapat di lawan..
Secantik mana pun rupa nan ayu, bukanlah namanya ratu, jika buruk tingkahlaku..
Setinggi mana pun darjatnya, bukanlah namanya mulia, jika tiada iman di dada..
Melangit mana pun ilmu, bukanlah namanya bijaksana, jika tidak diamal & diguna..
Sealim mana pun warak, bukanlah namanya ulama', jika takbur & riak.."

Sunday, July 15, 2007

'HARI JABATAN NUQABAK BKPJM 07'

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Alhamdulillah sudah 2 hari program 'HARI JABATAN NUQABAK BKPJM' berlangsung. Walaupun diri ini hanya dapat dan berkesempatan pada slot 'Ceramah Perdana ' sahaja dan juga 'Ifthar Jamaie' .Tapi banyak yang aku dapat dan perolehi darinya.Yang pertama sekali dapat makan free huhuhu tak malunya makan bersanam orang yang berpuasa.Malu rasanya diri ini. Tapi hendak buat macam mana diorang ajak makan sekali so dengan muka yang malu-malu kucing aku terima juga ajakan kawan-kawan. Aku berifthar bersama Ustaz Fairuz dan Zanki.

Selepas Ifthar aku dan sahabat-sahabat lain menunggu panel ceramah perdana pada hari ini iaitu Ustaz Asri Daud dan Ustas Farhan Ceramah pada kali ini membincangkan tajuk isu-isu semasa Malaysia dan Palestin.Banyak perkara yang dibincangkan yang dimulai oleh Ustaz Farhan dan seterusnya Ustaz Asri.Ada kelapangan aku akan mengupdate apa yang diucapkan oleh kedua-dua panel..insyaAllah.

ilalliqa maa salamah

Sunday, July 08, 2007

'Summer Camp 2007'

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku menitipkan sedikit perihal aku sepanjang cuti musim panas ini bagi awal bulan Julai ni.Rasa aku tidaklah lama sangat aku tidak mengupdate blog aku ini,cuma kesibukan yang ada pada diri ini huhuhu(sibuk apa entah).

Pada awal bulan Julai ini,pihak Kampus Tanta ada membuat satu program khas untuk mahasiswamahasiwa baru baik adik-adik STAM ataupun abang-abang muadalah.Program ini dinamakan 'Perkhemahan Musim Panas' atau lebih dikenali sebagai 'Summer Camp'.Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada hari selasa, rabu dan Khamis.Bersamaan 3 Julai sehingga 5 Julai 2007.Bertempat di Mukhayam Daim, Kuliah Tibb, Madinah Nasr, Kaherah.

Di dalam program ini aku ditaklifkan sebagai 'Unit Masakan dan Persegaran' maka aku pun memulakan tugasku sebagai tukang masak yang baru untuk Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.Kira walad baru nak belajar masak-masak kawahlah.Tapi nasib baiklah aku ni selalulah juga tolong-tolong ayah aku di restoran dulu walaupun tak masak tapi aku cedok ilmu-ilmu masakan auah dan ibu melalui teori hikhikhik...dekat sini baru buat praktikal...Bijak!!

Di dalam program ini banyak slot-slot yang menarik diperkenalkan kepada peserta.Alhamdulillah walaupun tidaklah seramai masa aku mula-mula sampai dan mengikuti program PMP masa tahun satu dulu tapi alhamdulillah kira berjayalah jugak program ini menarik adik-adik dan abang-abang muadalah baru.
Antara pengisian program yang menarik ialah:

  • Talk Show bersama Ustaz Tuan Harun Tuan Cob di dalam tajuk 'Kepangkuan Ummah'
  • Pembentangan Kertas Kerja & Talk Show bersama Ustaz Mahyuddin Hasyim di dalam tajuk 'Apa Itu Islam Hadhari'.
  • Diskusi & Talk Show bersama Ustaz Nik Shahir di dalam tajuk 'Wajibul Shabab' ( Kewajipan Pemuda ).
  • Forum bersama Ustaz Nik Azran dan 2 lagi panel di dalam tajuk 'Satu Fikrah Satu Amal'.
  • LDK dan Modul(Permainan).
  • Sukan Santai & Explore Race.
  • Fire Camp (Barbaque).

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun ada juga perkara-perkara yang tidak dapat di elakkan berlaku.

Firstly aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudaraku Adnan Yusuf yang menjadi Assistant aku selama aku menjadi Tukang Masak di dalam program ini.Tidak lupa juga kepada semua ADHOCK 'Perkhemahan Musim Panas 2007' iaitu Ustaz fairus(Pengarah) Ustaz Nik Shahir(N.Pengarah), Ustaz Md Amin(S/U & Bendahari),Ustaz Kamal Jamadi(U.Perhubungan), Ustaz Ridzuan Alias(U.Disiplin), Ustaz Kamalrolzaman(U.Sukan), Ustaz Najib Omar(U.Pendaftaran & Cenderhati) dan Ustaz Hanafi(U.Tugas-tugas khas).Semuanya menolong aku tanpa jemu dan bosan.Tidak lupa juga kepada AJKT DPMT terutamanya ustaz Husyaimi(Pengerusi), Ustaz Zahran(N.Pengerusi) Ustaz Naim(Exco pendidikan) dan yang lain-lain yang bersama-sama menjayakan program ini.

Diharap ukhwah yang terjalin selama berada di dalam program ini akan tersemat hingga ke sanubari kita semua...Ukhwah Islamiah dan Ukhwah Fillah Abadan Abada.InsyaAllah kenangan bersama kamu tidak akan aku lupakan.
ilalliqa maa salamah

/#tahun depan tak tahu lagi boleh pergi lagi ke tak? huhuhu

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang