Barang Jenama Anda

Tuesday, January 30, 2007

Kelebihan Bulan Asyura (10 Muharram) dan Fadhilatnya


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat.10 Muharram sudah 2 hari meninggalkan kita.Banyak fadhilat dan juga kelebihannya di dalam kehidupan kita sebagai umat islam.Cuma diri kita sajalah yang mampu untuk melakukannya ataupun tidak.Umat akhir zaman yang banyak mengejar Duniawi dari Ukhrawi.Bulan Muharram adalah di antara bulan-bulan yang terdapat di dalam kalendar Hijrah.Setiap bulan dalam Islam mempunyai kelebihan-kelebihan bulan Islam, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) di dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)..." ( Surah At-Taubah :36)

Empat bulan yang dihormati "arba'ty haram" yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah bulan Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Oleh itu, bulan Muharam ini adalah bulan untuk kita berlumba-lumba meraih kebajikan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya menenam azam, memperbaharui tekad, dan menambahkan bekalan sebagi persediaan mereka untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang abadi untuk bertemu Allah SWT. Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia juga yang menyemptkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki." (Surah Saba':39)



Dalam bulan yang mulia ini terdapat satu hari yang amat bersejarah dalam kamus Islam, iaiatu Hari 'Asyura'.Oleh kerana itu, Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya supaya berpuasa, bersedekah dan melakukan pelbagai jenis kebajikan pada hari ini, sbagaimana yang tersebut dalam hadith baginda S.A.W yang bermaksud:

"Sekiranya aku masih hidup sehingga tahun hadapan nescaya aku akan puasa pada hari kesembilan (Tasu'a') dan hari kesepuluh (Asyura'). (Hadith Riwayat Muslim).

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda,

"Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". - (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)

Rasulullah S.A.W juga bersabda;

"Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - (Riwayat Al Baihaqi)

Pada hari ini juga Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan kelebihan kepada rasul-rasul-Nya Antara peristiwa yang berlaku pada hari ini ialah:

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
Selain daripada peristiwa-peristiwa yang telah disebutkan di atas, terdapat banyak lagi peristiwa-peristiwa dan kelebihan-kelebihan yang ada pada 'Asyura' ini dalam sejarah Islam. Para pembaca boleh merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar seperti Tanbih al-Ghafilin karangan Abi al-Laith Nasr bin Muhammad bin Ahmad ibn Ibrahim as-Samarqandi, Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan banyak lagi.

Di sana terdapat banyak hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W yang menyebut tentang kelebihan-kelebihan hari 'Asyura'.Di antaranya;

Daripada Hafsah R.A berkata: "Empat jenis ibadat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W: Puasa Hari 'Asyura', sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah, tiga hari pada setiap bulan dan sembahyang dua rakaat sebelum fajar." (Hadith Riwayat an-Nasai.)

Daripada Ibn 'Abbas R.A. berkata: "Aku tidak pernah melihat Nabi Muhammad S.A.W mengutamakan puasa pada satu hari melebihi hari-hari lain melainkan hari ini iaitu Hari 'Asyura', dan bulan ini yakni bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim)



Berkata para ulama' salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:
  • - Malam Awal Muharram
  • - Malam 10 Muharram
  • - Malam Awal Rejab
  • - Malam 15 Rejab
  • - Malam 27 Rejab
  • - Malam 15 Sya'ban
  • - Malam Arafah
  • - Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
  • - Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail - Solat Tahajjud - Solat Hajat - Solat Sunat Taubat

b) Membaca Al-Quran c) Zikir

Dengan kedatangan hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada untuk menambahkan lagi amal kebajikan yang telah kita lakukan selama ini.Dan janganlah kita mensia-siakan peluang yang terbentang di hadapan mata kita demi untuk kebahagian dan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.

farizal shah
Thaniah Sreet,Seberbay,Tanta









Thursday, January 25, 2007

Antara Balasan Allah SWT @ Bencana Alam


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Assalamualaikum buat semua teman yang lama aku tinggalkan.Semoga kamu semua aku harap berada di dalam keadaan sihat walafiat di samping semua insan-insan yang hamper dengan kamu semua.Aku sebenarnya sudah lama tak meng-UPDATE blog aku ini bukan apa fatrah exam yang sekarang ini yang membuatkan aku tidak berkesempatan untuk membuat sesuatu di dalam pengisian blog aku ini tapi insyaAllah ada yang akan aku isikan di dalam blog aku ini.

Buat teman ku sekalian adakah kamu sekalian terfikir apa yang telah menimpa tanahair kita sekarang ini.Apa yang aku terfkikir sekarang adalah tentang bencana alam yang telah menimpa bumi Malaysia bumi tercinta yang sudah lama aku tinggalkan sejak aku bermusafir mencari ilmu di bumi Anbiya ini.Ada 2 kombinasi yang menarik untuk aku tanyakan pada saudara dan saudari sekalian adakah yang menimpa Malaysia sekarang ini 'Musibah dari Allah SWT ' ataupun 'Bencana Alam' ?



Arus deras merobohkan jambatan Sungai Semberong yang terletak berhampiran Kampung Sri Cahaya mengakibatkan hubungan jalan raya di antara Kluang dan Mersing terputus akibat banjir yang melanda daerah Kluang, Johor,

Dalam soal musibah ini, bagi mereka yang beriman bukan semata-mata musibah atau azab seksa Allah malah ianya adalah untuk menguji kesabaran dan pasrah menghadapinya. Justeru Allah berfirman bermaksud: Adakah kamu boleh bersabar (surah al-furqan ayat 20).

Adakah ia sama dengan Tsunami yang Allah berikan di Acheh 2 tahun yang lepas?Aku rasa kamu sebagai umat islam mesti pernah terfikir yang perkara yang melanda Malaysia adalah musibah yang Allah turunkan bagi menjawab dan memberi kita inzar (peringatan) kepada kita umat islam Malaysia betapa sudah jauhnya ISLAM itu di dalam diri masyarakat Malaysia. Betapa maksiat yang perlu kita tangani dengan 'amal ma'aruf' dan jangan kita lupa juga dengan 'nahi mungkar' sebab tiadanya mencegah kemungkaran itulah antara sebabnya tidak terlaksana dengan jayanya untuk membanteras maksiat di Malaysia itu.


Ombak Tsunami Di Sri Langka Yang Membentuk Kalimah Allah SWT
Tetapi bagi mereka yang tidak melakukan arahannya atau mengingkari perintahnya perlu beringat dan berjaga-jaga supaya mereka tidak ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya (maksud surah an-nur ayat 64).

Ada persoalan yang telah ditanyakan oleh seorang saudara kita.Antara pertanyaannya
SOALAN: Saya keliru apabila ada kawan-kawan mengatakan bahawa sesuatu musibah itu adalah balasan Allah kepada mereka yang banyak melakukan dosa. Jadi ramai yang mengatakan banjir besar di selatan tanah air baru-baru ini adalah balasan Allah atas perbuatan mereka yang banyak melakukan perkara maksiat?


Keliru? Aku tak faham mengapa dia mengatakan keliru.Bagi kita umat islam perlu mempercayai bahawa Allah SWT akan murka dengan umatnya dan makhluknya yang melakuan kerosakan.Apa itu kerosakan? Kerosakan itu bermaksud berlakunya perkara maksiat yang terlampau, pembunuhan, syirik kepada Allah SWT dan sebagainya yang dilarang oleh Allah SWT..Sebab itulah kita jangan menyangka bahawa perkara-perkara 'inzar' yang Allah SWT berikan kepada kita itu adalah bencana alam.


Kita juga tidak boleh menafikan bahawa sesuatu fenomena alam seperti gerhana, banjir, gempa bumi dan lain-lain boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah pada hari kematian anak bongsunya Saidina Ibrahim kerana pada hari itu kebetulan berlaku gerhana matahari. Maka ada sahabat yang mempercayai gerhana itu kerana kematian anak baginda.


Perkara ini dinafikan oleh baginda melalui sabdanya bermaksud: matahari dan bulan itu adalah sebahagian dari kejadian Allah dan tanda-tanda kebesaran dan kehebatan-Nya ianya tidak ada kaitan langsung dengan kelahiran atau kematian sesiapa (HR Bukhari).


Memang kita tidak boleh menafikan kajian-kajian dibuat untuk mencari punca yang menyebabkan berlakunya banjir yang melanda negara kita.Antara kajian yang telah dibuat oleh para penkaji.Antaranya:

Pengarah Pusat Kajian Hal Ehwal Iklim Universiti Malaya, Profesor Dr. Khairulmaini Osman Salleh berkata, musim tiupan angina Monsun Timur Laut yang biasanya berlaku bermula dari awal November sehingga Februari tetapi kali ini melebihi sebulan iaitu berlarutan ke bulan Mac.Selain itu juga penerokaan hutan yang berlaku di hulu sungai-sungai juga penyebab berlakunya banjir tersebut kerana memandangkan tiada pokok untuk menyerap air hujan
Dr. Khairulmaini juga percaya pemanasan global menjadi punca utama banjir teruk yang berlaku di Johor dan beberapa negeri lain di Malaysia. Katanya, pemanasan global telah menyebabkan musim monsun tahun ini menjadi lebih buruk dan membawa hujan ke negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Suhu dunia yang semakin meningkat telah menyebabkan angin monsun kali ini bertiup lebih kuat daripada biasa, membawa bersamanya hujan yang lebih banyak dan lebih lama. Jika pemanasan global berterusan, cuaca dunia akan lebih buruk dengan fenomena angin monsun yang lebih kuat dan juga risiko berulangnya keadaan El Nino.

Itulah antara kajian yang di buat oleh para pengkaji.Jika kita lihat kajian yang dibuat kita lihat ada yang berkaitan dengan kerosakan yang semestinya dibuat oleh manusia sendiri bukan.Kajian itu kita perlu ingat ia adalah 'asbab' (penyebab) yang Allah berikan kepada kita .Allah SWT boleh menjadikan sesuatu dengan 'asbab', berlawanan asbab dan juga tanpa asbab.Allah SWT itu Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.



Oleh itu aku berharap agar semua bloggerz dapat menilai banjir yang menimpa Johor yang jarang-jarang sekali di timpa hujan itu bencana alam ataupun musibah Allah, Allah berikan musibah dengan turunnya banjir yang melumpuhkan Johor itu sebagai peringatan kepada hambanya.Ya Allah berikan peringatan kepada saudara-saudaraku yang berada di Malaysia dan seluruh umat islam di dunia yang leka dengan duniawi ini agar mereka mengikuti perintahmu dan RasulMu Ya Allah.


farizal shah
Thaniah Street,Seberbay,Tanta

Wednesday, January 24, 2007

.::Selamat Datang Masehi 2007::.

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Firman Allah di dalam surah Al 'Ashr(Masa) mafhumnya:

"Demi masa (1) Sesunguhya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, (2) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal Soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. (3)"

Assalamualaikum buat semua teman-teman bloggerz yang still masih lagi mencurahkan segala apa yang ada di dalam benak pemikiran kamu semua.Aku merasakan diri kita ini adalah salah satu musuh yang digeruni oleh para pendakyah agama-agama samawi yang ingin merampas kebahagian yang islam kecapi selama ini.Aku tidak mengatakan bahawa diri kita adalah yang terbaik di dalam memanipulasikan kelebihan diri kita untuk menerangkan apa itu yang sebenarnya ada di dalam islam itu tetapi diri kita yang kerdil ini jika bercambah dengan banyaknya akan medatangkan kemanisan dan boleh juga mendatangkan hempedu kepada masyarakat terutamanya masyarakat dunia yang inginkan nikmat petunjuk hidayah dari Allah SWT.Mengapa aku mengatakan begitu, kerana penulisan maya ini kadang kala boleh mendatangkan kemusykilan yang boleh meragukan tanpa merujuk asas utama iaitu Al Quran dan As Sunnah.Banyak yang sudah kita lihatsekarang ini, penulisan maya berunsurkan pelbagai cara dan kehendak hati yang kita tidak tahu kebenarannya.

Ahlan Wasahlan 2007.Sempena tahun baru yang sudah 3 minggu memulakan rencananya, cuba kita renung kembali kisah-kisah yang kita tidak boleh lupa di dalam mengejar tahun 2007.Kita tidak akan lupa penindasan demi penindasanyang telah dilakukan oleh musuh Allah SWT ini.Selagi mereka tidak memusnahkan dan melenyapkan agama Islam yang suci ini selagi itulah mereka tidak akan senang duduk melihat kejayaan ataupun keamanan yang di wujudkan oleh Islam itu sendiri.Semoga Allah akan mendatangkan kejayaan di dalam diri umah Islam insyaAllah dan jangan kita lupa bahawa sesudah kebangkitan islam itu nanti maka hari Kiamat semakin hampir dengan kita.

Kita lihat ragam 2006 banyak yang menyedihkan diri kita dan semua umat islam.Peperangan yang berlaku di Lubnan semestinya menyedarkan diri kita bahawa betapa lemahnya umat Islam sekarang ini. Tidak lupa juga tarikh terlaksananya hukuman gantung sampai mati Pemimpin Islam yang tegas iaitu Saddam Hussein yang tarikh hukumannya merupakan tarikh umat islam sedunia merayakan Hari Raya Eidul Adha pada 10 Zulhijjah 1427 Hijrah.

Tidak lupa juga penguasaan ISRAEL laknatullah yang semakin meningkat penguasaannya di bumi SUCI ketiga bagi umat islam iaitu PALESTIN.Tidak tahu aku hendak mengambarkan bagaimana umat islam yang begitu ramai di PALESTIN pada masa dulu sudah tinggal tidak sampai1/4 yang tinggal di bumi yang penuh dengan onak dan duri itu.Betapa kejamnya umat yang bernama ISRAEL itu.



Bumi Suci Ke-Tiga Islam Yang Dijajah Oleh Kaum Laknatullah Yahudi Israel




"Ya Allah! peliharalah umatmu di Bumi Palestin dengan memberi kekuatan dan kesabaran.Air mata dan aliran darah tidak mengenal siapa di bumi PALESTIN bayi, anak-anak kecil, ibu bapa, orang-orang tua, lelaki mahupun perempuan sudah lali dengan perkara-perkara itu ya Allah!.Mereka tidak takut untuk mendapat syahid dari-Mu ya Allah SWT.Hanya Kau ya Allah yang tahu akan keadaan makhluknya yang mengagungkan Islam itu."

Firman Allah SWT di dalam surah Az Zalzalah(Kegoncangan) ayat ke-7 dan 8 mafhumnya:

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan mendapat balasannya.(7)"
"Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan mendapat balasannya.(8)"

Pernah aku terfikir apakah yang akan terjadi di Malaysia sekiranya semua yang berlaku di bumi PALESTIN, IRAQ, AFGHANISTAN, LUBNAN, SOMALIA, CHEZH, SELATAN THAI berlaku di bumi tercintaku MALAYSIA.Adakah ada orang yang akanmembantu kita di Malaysia.Jika contoh yang aku berikan ini betul-betul terjadi di Malaysia.Aku tidak mendoakan danmengharap sesuatu perkara yang buruk berlaku di bumi Malaysia tetapi aku ingin kamu semua renungkan bersama petikan yang aku ingin letakkan buat renungan kita bersama.


Maal Hijrah berapa hari lagi akan menerbitkan dirinya memberitahu kita bahawa masa itu betul-betul memintaskan diri kita tanpa kita sedar dan sangka sama seperti tibanya tahun 2007.Aku ingin melihat apa lagi yang akan tercipta di tahun 2007 ini sesudah 2006 melabuhkan tirainya.Adakah akan ada lagi cerita-cerita yang akan menyayat hati?Semestinya di Bumi Palestin akan tercipta lagi tangisan dan percikkan darah selagi tiada kerjasam yang di lakukanoleh pemimpin-pemimpin umat islam.Aku tidak pernah lupa mendoakan kejayaan Mujahidin Islam.Allah Akbar!Allah Akbar!
Allah Akbar!.

Firman Allah SWT dari Surah An Nashr mafhumnya:

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan (1) dan kamu lihat manusia masuk agama Allah denganberbondong-bondong (2) maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. (3)"


farizalshah
Thaniah Street,Seberbay,Tanta

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang