Antara Balasan Allah SWT @ Bencana Alam


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Assalamualaikum buat semua teman yang lama aku tinggalkan.Semoga kamu semua aku harap berada di dalam keadaan sihat walafiat di samping semua insan-insan yang hamper dengan kamu semua.Aku sebenarnya sudah lama tak meng-UPDATE blog aku ini bukan apa fatrah exam yang sekarang ini yang membuatkan aku tidak berkesempatan untuk membuat sesuatu di dalam pengisian blog aku ini tapi insyaAllah ada yang akan aku isikan di dalam blog aku ini.

Buat teman ku sekalian adakah kamu sekalian terfikir apa yang telah menimpa tanahair kita sekarang ini.Apa yang aku terfkikir sekarang adalah tentang bencana alam yang telah menimpa bumi Malaysia bumi tercinta yang sudah lama aku tinggalkan sejak aku bermusafir mencari ilmu di bumi Anbiya ini.Ada 2 kombinasi yang menarik untuk aku tanyakan pada saudara dan saudari sekalian adakah yang menimpa Malaysia sekarang ini 'Musibah dari Allah SWT ' ataupun 'Bencana Alam' ?



Arus deras merobohkan jambatan Sungai Semberong yang terletak berhampiran Kampung Sri Cahaya mengakibatkan hubungan jalan raya di antara Kluang dan Mersing terputus akibat banjir yang melanda daerah Kluang, Johor,

Dalam soal musibah ini, bagi mereka yang beriman bukan semata-mata musibah atau azab seksa Allah malah ianya adalah untuk menguji kesabaran dan pasrah menghadapinya. Justeru Allah berfirman bermaksud: Adakah kamu boleh bersabar (surah al-furqan ayat 20).

Adakah ia sama dengan Tsunami yang Allah berikan di Acheh 2 tahun yang lepas?Aku rasa kamu sebagai umat islam mesti pernah terfikir yang perkara yang melanda Malaysia adalah musibah yang Allah turunkan bagi menjawab dan memberi kita inzar (peringatan) kepada kita umat islam Malaysia betapa sudah jauhnya ISLAM itu di dalam diri masyarakat Malaysia. Betapa maksiat yang perlu kita tangani dengan 'amal ma'aruf' dan jangan kita lupa juga dengan 'nahi mungkar' sebab tiadanya mencegah kemungkaran itulah antara sebabnya tidak terlaksana dengan jayanya untuk membanteras maksiat di Malaysia itu.


Ombak Tsunami Di Sri Langka Yang Membentuk Kalimah Allah SWT
Tetapi bagi mereka yang tidak melakukan arahannya atau mengingkari perintahnya perlu beringat dan berjaga-jaga supaya mereka tidak ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya (maksud surah an-nur ayat 64).

Ada persoalan yang telah ditanyakan oleh seorang saudara kita.Antara pertanyaannya
SOALAN: Saya keliru apabila ada kawan-kawan mengatakan bahawa sesuatu musibah itu adalah balasan Allah kepada mereka yang banyak melakukan dosa. Jadi ramai yang mengatakan banjir besar di selatan tanah air baru-baru ini adalah balasan Allah atas perbuatan mereka yang banyak melakukan perkara maksiat?


Keliru? Aku tak faham mengapa dia mengatakan keliru.Bagi kita umat islam perlu mempercayai bahawa Allah SWT akan murka dengan umatnya dan makhluknya yang melakuan kerosakan.Apa itu kerosakan? Kerosakan itu bermaksud berlakunya perkara maksiat yang terlampau, pembunuhan, syirik kepada Allah SWT dan sebagainya yang dilarang oleh Allah SWT..Sebab itulah kita jangan menyangka bahawa perkara-perkara 'inzar' yang Allah SWT berikan kepada kita itu adalah bencana alam.


Kita juga tidak boleh menafikan bahawa sesuatu fenomena alam seperti gerhana, banjir, gempa bumi dan lain-lain boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah pada hari kematian anak bongsunya Saidina Ibrahim kerana pada hari itu kebetulan berlaku gerhana matahari. Maka ada sahabat yang mempercayai gerhana itu kerana kematian anak baginda.


Perkara ini dinafikan oleh baginda melalui sabdanya bermaksud: matahari dan bulan itu adalah sebahagian dari kejadian Allah dan tanda-tanda kebesaran dan kehebatan-Nya ianya tidak ada kaitan langsung dengan kelahiran atau kematian sesiapa (HR Bukhari).


Memang kita tidak boleh menafikan kajian-kajian dibuat untuk mencari punca yang menyebabkan berlakunya banjir yang melanda negara kita.Antara kajian yang telah dibuat oleh para penkaji.Antaranya:

Pengarah Pusat Kajian Hal Ehwal Iklim Universiti Malaya, Profesor Dr. Khairulmaini Osman Salleh berkata, musim tiupan angina Monsun Timur Laut yang biasanya berlaku bermula dari awal November sehingga Februari tetapi kali ini melebihi sebulan iaitu berlarutan ke bulan Mac.Selain itu juga penerokaan hutan yang berlaku di hulu sungai-sungai juga penyebab berlakunya banjir tersebut kerana memandangkan tiada pokok untuk menyerap air hujan
Dr. Khairulmaini juga percaya pemanasan global menjadi punca utama banjir teruk yang berlaku di Johor dan beberapa negeri lain di Malaysia. Katanya, pemanasan global telah menyebabkan musim monsun tahun ini menjadi lebih buruk dan membawa hujan ke negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Suhu dunia yang semakin meningkat telah menyebabkan angin monsun kali ini bertiup lebih kuat daripada biasa, membawa bersamanya hujan yang lebih banyak dan lebih lama. Jika pemanasan global berterusan, cuaca dunia akan lebih buruk dengan fenomena angin monsun yang lebih kuat dan juga risiko berulangnya keadaan El Nino.

Itulah antara kajian yang di buat oleh para pengkaji.Jika kita lihat kajian yang dibuat kita lihat ada yang berkaitan dengan kerosakan yang semestinya dibuat oleh manusia sendiri bukan.Kajian itu kita perlu ingat ia adalah 'asbab' (penyebab) yang Allah berikan kepada kita .Allah SWT boleh menjadikan sesuatu dengan 'asbab', berlawanan asbab dan juga tanpa asbab.Allah SWT itu Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.



Oleh itu aku berharap agar semua bloggerz dapat menilai banjir yang menimpa Johor yang jarang-jarang sekali di timpa hujan itu bencana alam ataupun musibah Allah, Allah berikan musibah dengan turunnya banjir yang melumpuhkan Johor itu sebagai peringatan kepada hambanya.Ya Allah berikan peringatan kepada saudara-saudaraku yang berada di Malaysia dan seluruh umat islam di dunia yang leka dengan duniawi ini agar mereka mengikuti perintahmu dan RasulMu Ya Allah.


farizal shah
Thaniah Street,Seberbay,Tanta

Comments

Popular Posts