Barang Jenama Anda

Friday, February 23, 2007

.:My New Template 2007(Gumbiranya =)::.


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku menulis lagi di dalam blog kesayangan aku ini.Mana taknya dalam 2 minggu ini aku sibuk dengan kerja-kerja aku sebagai Pengarah Publisiti Dan Pendaftaran, nasib baiklah ada Timbalan aku yang cool lagi boleh buat kerja Najib Omar hehehehe...Thankz Najib Omar.

Kenapa aku nak add entry baru kali ini ek...hehehe sebenarnya sesaja jek nak bebual kosong di dalam entry kali ini.Korang tak tengok ke apa-apa perubahan yang telah berlaku di dalam Blog aku.. Ahakz!! barukan.Inilah hasil kerja yang aku buat selama 2 jam 30 minit(alangkah bagusnya aku buat kerja yang berfaedah seperti baca kitab ke apa kekan!!!) tapi ini juga jalan dakwah aku so aku kena perbetulkan juga mana yang patut.

Di dalam Template baru ini aku selitkan beberapa topik baru seperti ayat-ayat suci Al-Quran dan insyaAllah aku akan masukkan lagi beberapa links beberapa webblog ulama mutaakirin.Banyak sebenarnya aku nak masukkan tapi aku limitkan beberapa saja untuk kali ini.Ini pun dah naik semput aku buat ini.Nasib baik jugaklah ada Najib Omar yang tolong aku sikit-sikit..aku bukan pandai sangat pun.Rasanya ini sahaja buat entry kali ini inysyaAllah kita akan berjumpa lagi di lain masa

*Iklan Hari Ini*

"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." Al-Ghazali.

DARIPADA Usamah bin Zaid bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Pada Hari Kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya: “Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab: “Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu: · Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; · Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; · Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; · Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

Diharap kamu semua dapat mengambl iktibar dari hadith-hadith Rasulullah S.A.W dan kata-kata hukama dan ulama ini.

ilalliqa maa salamah

farizalshah
thaniah street,seberbay,tanta

Tuesday, February 20, 2007

Futsal Piala MB Johor 2007 ^&^ Bulan Safar

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku menatap lagi Blog aku yang semakin lama aku tinggalkan.Aku bukan apa terasa diri ini seakan-akan futur dengan kesukaan aku ini.Ya Allah cekalkanlah diriku di dalam berbuat amal kebajikan dan amanah untuk menyebarkan dakwahMu Ya Allah.

- Syahru Safar -

Kejam celik sekejap saja rasanya kita sudah selesai meniti tahun baru Islam.Sekarang ini alhamdulillah kita sudah berada di dalam Bulan Safar bulan kedua bagi tahun 1428 Hijrah, 30 hari bagi Bulan Muharram sudah berlalu dengan pantas tanpa kita sedari.Alangkah beruntungnya jika kita dapat memenuhi masa dengan capaian amalan yang tinggi buat Kekasih Yang Maha Agung Allah S.W.T agar diri ini sentiasa mendekatinya dan tidak melupainya.

Tibanya bulan Safar ini kita seringkali akan terdengar .. Benarkah bulan Safar bulan musibah? Masih wujud lagikah amalan, adab dan budaya khurafat yang menjurus pada kufur serta syirik di kalangan umat Islam pada setiap datangnya Safar?

Soalnya, mengapa bulan Safar terus dikaitkan dengan adat, budaya dan kepercayaan khurafat, tahyul serta bidaah dengan menyifatkannya sebagai bulan sial dan penuh malapetaka.

Allah s.w.t. menegaskan dalam firman-Nya:(Surah At-Taghaabun: 11).

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Mengenai bulan Safar

1. Bulan kedua dalam kalendar Islam berdasarkan tahun Qamariah.

2. Safar bererti kosong (safir), kerana kebiasaan orang-orang Arab (jahiliah) meninggalkan rumah dan kampong untuk berperang serta membalas dendam terhadap musuh.

3. Berlaku peperangan al-Abwa’ atau Wuddan (tahun kedua Hijrah).

4. Terjadinya peperangan Zi-Amin (tahun ketiga Hijrah).

5. Terjadi peperangan (intipan) Ar-Raji’ atau Bi’ru-Ma’unah (tahun keempat Hijrah).

6. Arab jahiliah menjadikan bulan Safar sebagai bulan haram dan bulan Muharam bulan halal berperang (Islam memuliakan Muharam dengan mengharamkan peperangan).

Ingatan dan nasihat mufti

- Budaya dan amalan khurafat (Safar khususnya) adalah tidak beradab dan bercanggah dengan Islam.

- Amalan khurafat merosakkan akidah.

- Amalan khurafat selama-lamanya tidak boleh seiring dengan syariat Islam yang bersumberkan dalil dan nas yang murni.

- Merupakan tinggalan adab dan budaya yang jadi amalan masyarakat Arab Jahiliah.

- Khurafat tidak ada kaitan dengan sunah atau kelebihan bulan Safar.

- Suatu kesalahan jika menyandarkan Allah s.w.t. dengan sesuatu keburukan dan kejahatan.

- Khurafat adalah kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan perbuatan dan kejadian alam sekeliling mengikut hawa nafsu dan pengaruh syaitan.

- Segala pantang larang dan adat bulan Safar menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w.

- Setiap Muslim mesti diberi dan mencari ilmu serta memahami tentang akidah Islam secara berterusan.

- Penguatkuasaan dan tindakan undang-undang syariah ke atas pengamal khurafat perlu terus dipertingkatkan.

- Hukuman maksimum dikenakan jika disabitkan dengan kesalahan.

- Media perlu mainkan peranan menjelaskan kepada masyarakat Islam.

- Pendidikan perlu ditingkatkan termasuk melalui khutbah-khutbah Jumaat dan kelas-kelas takmir di masjid serta penyebaran melalui risalah.

- Sesuatu perkara, bulan dan hari tidak boleh dijadikan ibadah (amalan) tertentu melainkan ada sumber dari al-Quran dan hadis sahih.

- Tiada sumber sahih bulan Safar boleh mendatangkan bencana dan mala petaka.

Perkara-perkara yang akan dilakukan pada bulan Safar;

1. Mandi safar;

- Berpesta mandi beramai-ramai sama ada di pantai atau sungai.

- Menolak bala dan buang sial.

- Menghapuskan dosa.

- Berarak diiringi alunan muzik.

- Tanda kesyukuran kerana Nabi Muhammad s.a.w. sembuh dari sakit berat.

- Minum air dalam mukun (pinggan tembikar) lama bertulis nama sahabat Nabi dan simbol Islam (bulan dan bintang) untuk membersihkan dalaman tubuh.

- Menulis ayat-ayat tertentu di kertas dan mandi bersamanya.

2. Melarang mengadakan majlis perkahwinan dan pertunangan;

- Pasangan dikhuatiri tidak kekal.

- Dibimbangi tidak mendapat zuriat.

3. Menghalang bermusafir atau berpergian jauh.

- Boleh mendatangkan bahaya atau musibah.

4. Rabu minggu terakhir bulan Safar puncak hari sial;

- Upacara ritual menolak bala dan buang sial sama ada di pantai, sungai atau rumah (Mandi Safar).

- Hadiahkan kepada diri dan keluarga dengan bacaan syahadah (3 kali), beristighfar (300 kali), ayat Kursi (7 kali), surah Al-Fil (7 kali),

- Jangan keluar rumah.

5. Membaca jampi serapah tertentu untuk menolak bala sepanjang Safar.

6. Menjamu makan makhluk halus yang dikatakan penyebab sesuatu musibah.

7. Menganggap bayi lahir bulan Safar bernasib malang;

- Perlu jalani upacara timbangan buang nasib buruk.

- Penumbuk padi, kain putih, sebekas air, seikat kayu, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda diguna semasa timbangan.

8. Mempercayai dalam perut manusia ada ‘hayyah’ (ular) yang boleh mendatangkan musibah ketika lapar.

9. Bulan Safar adalah bulan sunah. Nabi s.a.w menamakannya Safar al-Khair.

10. Safar bulan Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia.

11. Banyak kaum terdahulu yang tidak percaya kepada Allah dan Rasul telah lenyap pada bulan ini.

12. Mengamalkan membaca kalimah syahadah (3 kali) dan astaghfirullah (300 kali) sebagai pelindung bala.

13. Memberi sedekah setiap hari untuk Allah s.w.t. dengan niat menghindari musibah.

14. Membuat korban di hari ke-27 Safar untuk Allah s.w.t.

15. Baca surah Al-Fil (7 kali) dan Ayatul-Kursi (7 kali) setiap hari.

16. Ada 70,000 bala akan menimpa dunia dan hanya yang mengamalkan adab perlindungan akan diselamatkan Allah s.w.t.

- Futsal Piala MB Johor 2007 -

Saban tahun BKAN aku Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir akan mengadakan Piala MB buat ahli-ahlinya.Tahun ini merupakan tahun yang kedua aku bersama-sama di dalam memeriahkan lagi program seperti ini.Bukannya selalu dapat berkumpul bersama rakan-rakan seperjuangan yang duduk berjauhan dari aku yang bermukim di El-Gharbiah,Tanta.Pada masa inilah aku berjumpa rakan-rakanku dari Dumyat, Zaghazik, Damanhur, Shibin El-Kom, Mansuroh, Kaherah dll Muhafazah yang terdapatnya pelajar Johor.

Tahun ini alhamdulillah rezeki dari ber'Tasamuh' agaknya membuatkan Team Tanta mengunguli Piala MB tahun ini.Masakan tidak pada tahun inilah rasanya dalam sejarah Tanta memegang Juara Piala MB.Tanta menghantar 2 Team iaitu Tanta Senior(1) dan Tanta Junior(2).Team Junior merangkul Kejuaraan buat kali pertama bagi mereka yang baru tahun pertama melangkah kaki di Bumi Anbiya' ini.Bagi Team Tanta Senior alhamdulillah dapat melangkah ke Separuh Akhir dan mendapat ketiga hasil usaha sama kami.

Tidak lupa juga kepada pemain import kami dari Zaghazik(Hidayat - Striker) dan Dumyat(KamarulZaman) yang turut menyumbangkan tenaga untuk meraih kejayaan yang amat manis ini.Abang Kama selaku Pengurus kami amat berbesar hati dengan kejayaan kami Nizam&(Scorrer), Anan/Aku/Rahman/(bangku simpanan), Zulhilmi&Pecol(Defend).Hehehe kalau tengok macam tak caya je ngan 2 menang 1 seri 1 kalah alhamdulillah diberi kejayaan.22hb ini baru dapat hadiah so kami hantar utusan yang boleh dok tinggal lama kat Kaherah.Aku kena balik coz banyak lagi kerja yang kena buat kat Tanta.

Akhir kalam dari jiwa dan ragaku yang sudah lama menyepi di arena penulisan dan pengisian Blog diharap memaafkan diriku yang lemah ini.

Entry Awalan Safar;
farizalshah

ThaniahStreet,Seberbay,Tanta

p/s- entry Bulan Safar dipetik dari Utusan Malaysia jika ada kelemahan silalah diberi teguran membina.








Monday, February 12, 2007

Sensasi bersama Rosnah Mat Aris

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum buat sedara sedari yang tetap berkunjung ke blog2 yang ingin merungkai sesuatu fenomena dan juga isu-isu sensasi yang telah di wujudka di dunia mahupun di tanah air Malaysia.Hari ini aku nak bagi u all semua lihat satu kes yang u all boleh buat pertimbangan baik ataupun buruknya kelakuan seorang makhluk Allah ini.
Mungkin ada yang tak tengok gelagat orang yang tak sedar diri dan tak sedar di untung nyawa dia pun Allah beri pinjam sanggup menghina isteri rasulullah,
Layarilah siapa yang nak tengok-http://www.youtube.
siapakah dia nak samakan dengan isteri nabi?
sakitnya hati bila dia kata "dah tua nak mampos"apakah gerangan orang yang berkata begini, ini bukan nak mengadu domba, tapi nak bagi tahu yang mulut mau jaga..bukan cakap ikut sedap sedap mulut jek...
Semoga Allah bagi hidayahlah kepada orang yang bernama...Rosnah Mat Aris ini agar beringat akan diri yang Allah SWT pinjamkan kepadanya.Moga beringat sebelum tak sempat nak ingat!!!
insan yang sakit hati
farizalshah
Thaniah street,Seberbay,Tanta

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang