.:My New Template 2007(Gumbiranya =)::.


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku menulis lagi di dalam blog kesayangan aku ini.Mana taknya dalam 2 minggu ini aku sibuk dengan kerja-kerja aku sebagai Pengarah Publisiti Dan Pendaftaran, nasib baiklah ada Timbalan aku yang cool lagi boleh buat kerja Najib Omar hehehehe...Thankz Najib Omar.

Kenapa aku nak add entry baru kali ini ek...hehehe sebenarnya sesaja jek nak bebual kosong di dalam entry kali ini.Korang tak tengok ke apa-apa perubahan yang telah berlaku di dalam Blog aku.. Ahakz!! barukan.Inilah hasil kerja yang aku buat selama 2 jam 30 minit(alangkah bagusnya aku buat kerja yang berfaedah seperti baca kitab ke apa kekan!!!) tapi ini juga jalan dakwah aku so aku kena perbetulkan juga mana yang patut.

Di dalam Template baru ini aku selitkan beberapa topik baru seperti ayat-ayat suci Al-Quran dan insyaAllah aku akan masukkan lagi beberapa links beberapa webblog ulama mutaakirin.Banyak sebenarnya aku nak masukkan tapi aku limitkan beberapa saja untuk kali ini.Ini pun dah naik semput aku buat ini.Nasib baik jugaklah ada Najib Omar yang tolong aku sikit-sikit..aku bukan pandai sangat pun.Rasanya ini sahaja buat entry kali ini inysyaAllah kita akan berjumpa lagi di lain masa

*Iklan Hari Ini*

"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." Al-Ghazali.

DARIPADA Usamah bin Zaid bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Pada Hari Kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya: “Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab: “Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu: · Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; · Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; · Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; · Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

Diharap kamu semua dapat mengambl iktibar dari hadith-hadith Rasulullah S.A.W dan kata-kata hukama dan ulama ini.

ilalliqa maa salamah

farizalshah
thaniah street,seberbay,tanta

Comments

Popular Posts