Barang Jenama Anda

Friday, March 30, 2007

Penyakit TB@batuk kering .. AWAS!!




"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum WBT buat rerakan semua rasanya aku terpanggil untuk menulis blog aku hari ini semenjak aku sibuk dnegan kerja2 aku.Tidak sibuk mana cuma aku ini jek yang suka sibukkan diri.Sebab aku ambil artikel ini untuk di muatkan di dalam blog aku ...Sebabnya salah seorang sahabat aku yang mengaji di sini iaitu Nur Iman terkena penyakit ini disini.Dari badan yang Turf and besar terus keding jek...memang macam anneroxia nervosa...kesian aku tgk dia..Aku doakan semoga dia cepat sembuh dan dapat kembali ke Mesir ini untuk menyambung kembali pengajian dia..insyaAllah...Selain itu juga kepada sahabatku yang lagi satu iaitu Firdaus Jamaluddin yang di target mendapat penyakit tu juga...dan Rabu lepas 28hb dia balik ke Malaysia untuk menjalani rawatan...amin.Semoga kalian berdua Allah berikan kesihatan tubuh badan yang baik untuk meneruskan kehidupan di dunia.

Meraikan Hari TB Sedunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan 24 Mac setiap tahun sebagai Hari TB Sedunia bagi mengingati penemuan kuman TB oleh Dr. Robert Koch di Berlin, pada tanggal yang sama tahun 1882 dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran tentang gejala, diagnosis dan rawatan TB serta kepentingan kawalan TB yang berkesan.

TB Di Mana-Mana diangkat sebagai tema bagi tahun 2007 dengan matlamat memperbetulkan salah tanggapan umum tentang TB. Ia bukan penyakit pada era lepas dan bukan juga masalah orang-orang miskin sahaja.

Keterangan TB dan pencegahannya.

Apa yang anda perlu tahu tentang TB

Saban tahun, TB menjangkiti jutaan manusia di dunia. Berikut adalah fakta-fakta asas yang penting diketahui oleh setiap orang mengenai penyakit yang boleh diubati ini.



Apa itu TB?

TB adalah sejenis penyakit sebaran udara yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis berbentuk rod bulat panjang. Penyakit ini boleh dicegah dan diubati.


Bagaimanakah ia merebak?

TB disebarkan melalui titisan udara setiap kali seseorang pesakit yang telah dijangkiti kuman ini bersin, batuk, bercakap, meludah dan sebagainya – pada dasarnya melalui sebarang cara di mana lembapan dilepaskan daripada seseorang, ke udara dan kemudiannya dihirup orang lain.

Titisan halus itu boleh terapung-apung dalam tempoh yang panjang, sehingga enam jam lamanya.



Bagaimana TB menjejaskan tubuh?

Lazimnya, kebanyakan TB menjangkiti paru-paru tetapi ia juga boleh menjangkiti bahagian-bahagian tubuh yang lain.
Apakah simptom-simptomnya?

Simptom yang perlu diberikan perhatian termasuklah batuk yang berlanjutan lebih dua hingga tiga minggu, menghasilkan kahak apabila batuk dan mengalami penurunan berat badan.

Lain-lain gejala adalah sakit dada, kahak berdarah, demam dan berpeluh pada waktu malam.

TB pada lain-lain anggota tubuh selain paru-paru boleh mencetuskan sensasi kesakitan mengikut di mana letaknya TB itu, bersama-sama berat badan yang menurun.

Jika anda mengesyaki mempunyai simptom-simptom yang telah disebutkan di atas, segeralah mendapatkan nasihat doktor.



Apakah yang akan berlaku sekiranya saya disahkan menghidap TB?

Sekira anda didiagnosis dengan TB, usah bimbang! TB boleh dirawat dan jutaan manusia di segenap dunia sudah berjaya pulih sepenuhnya daripada penyakit ini.

Tetapi, jika anda sakit, ingatlah untuk menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin bagi mengelakkan penularan jangkitan kepada orang lain.

Banyakkan berehat, makan makanan yang sihat dan maklumkan kepada kaum keluarga serta rakan-rakan tentang penyakit yang anda hidapi serta rawatan yang sedang di terima.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk sembuh?

Paling penting, patuh pada arahan ubat TB sebagaimana yang dipreskripsi oleh doktor anda. Setelah selesai mengambil semua ubat, periksa dengan doktor anda sama ada anda telah pulih sepenuhnya ataupun tidak.

Kenapakah penting bagi pesakit untuk menghabiskan ubat-ubatannya sebagaimana yang telah ditetapkan?

Sekalipun anda mungkin berasa semakin sihat, teruskan mengambil ubat sehingga penyakit anda benar-benar telah sembuh.

Sekiranya anda berhenti mengambil ubat sebelum masa yang ditetapkan, akibatnya bakteria TB boleh menjadi bertambah kuat, sekali gus menyebabkan pesakit mengalami rintangan ubat TB.

Rintangan ubat TB akan merebak secara berterusan dan bertambah sukar untuk dirawat, seterusnya menjadi lebih berbahaya dan cenderung menyebabkan kematian.

Bagaimana dengan HIV dan TB?

Jika gagal dikesan, TB yang menyerang penghidap HIV boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minggu sahaja. Sekiranya anda positif HIV atau anda fikir anda positif HIV, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan pemeriksaan TB. Ia boleh menyelamatkan nyawa!

Tuesday, March 27, 2007

.::Lima Perkara Dari Amirul Mukminin Ali b.Abi Talib::.


"Indahnya Ciptaan Yang Allah SWT Jadikan Dipandangan Mata Kita"

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum semua semoga kamu semua berada di dalam keadaan sihat walafiat insyaAllah...alhamdulillah dengan limpah kurnianya dapatlah aku menulis sesuatu di dalam BLOG aku ini.Entahlah aku pun tidak tahu kenapa sekarang ini mood aku untuk menulis tidak seperti dahulu mungkin faktor kesibukan yang aku hadapi rasanya.Tapi jika hendak kata aku ini sibukpun, sahabat aku yang lain pun sibuk juga dengan urusan kuliah dan juga kelas talaqi mereka.Semoga Allah memberikan aku kelapangan masa dan juga keberkatan di dalam kehidupan aku.

Kata Amirul Mukminin Ali b. Abi Talib:

Ambillah daripadaku lima perkara:
•Pertama: Jangan engkau mengharapkan seseorang selain dari Tuhan engkau sendiri.
•Kedua: Jangan engkau takuti sesuatu pun, selain dari kemurkaan Ilahi.
•Ketiga: Jangan engkau segan mempelajari yang belum diketahui, walaupun dari sesiapa sahaja.
•Keempat: Hendaklah engkau berani mengatakan; belum mengetahui apa yang sebenarnya engkau belum mengetahuinya.
•Kelima: Hendaklah engkau sentiasa berlaku sabar, kerana sabar itu kepala iman.




Mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa aku mengeluarkan kata-kata dari Saidina Ali bin Abi Talib ini.Sebabnya banyak yang kita boleh ambil istifadah dari kata-kata tersebut dan aku rasa aku terpanggil untuk merungkaikan kata-kata Saidina Ali R.A.Perkara pertama yang kita boleh ambil, Beliau mengatakan bahawa kita sebagai manusia perlu mengharap pada Allah S.W.T semata-semata ketika kita memerlukan seseorang di dalam kehidupan kita.Cinta itu perlu kita datangkan kepada Allah S.W.T sebelum datangnya seseorang yang kita harapkan contohnya Kekasih Hati kita umpamanya bakal zaujah antum semua... hehehe.Oleh itu kita perlu datangkan ia dengan penuh Taqarrub dan Keikhlasan di dalam hati dan wujudkan ia di dalam diri kita ini.Agar Allah S.W.T akan meredhai setiap dan sepanjang kehidupan kita.

Perkara yang kedua pula kita diingatkan bahawa diri kita ini perlu takut untuk melakukan perkara-perkara yang Allah S.W.T larang, ianya seperti mengingati dan menjaga diri kita dari segala kemurkaan Allah S.W.T, iaitu janganlah diri kita ini mendekati segala perkara maksiat dan juga perkara-perkara yang Allah benci iaitu perkara-perkara yang mendatangkan dosa baik kecil mahupun besar.Janganlah takut akan perkara-perkara di dunia ini contohnya kita sebagai umat islam berjuang di jalan Allah S.W.T.Allah tetap akan menolong kekasih-kekasihnya di dalam perjuangan islam.Kita lihat sekarang ini semua umat islam tidak takut dengan kemurkaan Allah S.W.T..diri aku ini juga sering kali membuatkan Allah murka padaku...tetapi kita perlu ambil jalan yang Allah berikan pada kita iaitu pintu taubah yang Allah berikan hanya pada umat islam dan juga seseorang yang telah menerima hidayah dari Allah S.W.T

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).
"Jangan engkau segan mempelajari yang belum diketahui, walaupun dari sesiapa sahaja".
Perkara yang ketiga ini mengatakan kepada kita bahawa kita sebagai umat islam yang ingin menuntut ilmu itu perlulah mendatangkan diri kita ini dekat dengan ilmu pengetahuan walaupun kita tidak tahu ilmu itu walaupun kita sudah mempunyai pangkat ilmuan yang tinggi seperti Bachelor, Master ataupun phD.Kita tidak perlu segan untuk menuntut ilmu walaupun ilmu itu kita pelajari dari orang yang usianya lebih muda dari kita ataupun alim dari kita bahkan kita jika mempunyai anak di kemudian hari nanti, janganlah segan untuk bertanya kepada anak akan permasalahan yang kita tidak ketahui akan sesuatu perkara ahsannya perkara-perkara permasalahan agama jika anaknya mengaji bidang agama.Orang-orang yang berpangkat tinggi seperti menteri-menteri janganlah dok 'BODOH SOMBONG' pula jika tidak tahu perkara-perkara yang dimusykilkan.Taraf orang yang berilmu itu lebih tinggi dari orang-orang yang berpangkat yang aku sebutkan tadi.

Aku suka melihat profile Dr Umar Abdullah Kamil yang merupakan Graduan Universiti yang tidak endah akan siapa yang hendak ia pelajari.Kita Lihat dengan kesungguhan dia menuntut ilmu dengan memperolehi Sarjana Muda pertama di dalam bidang ekonomi dan sains politik di Universiti Malik Sau'd di Riyadh. Kemudian menyambung Masternya di dalam Ekonomi Islam di Universiti Karachi,Pakistan dan juga mempunyai Master dari Universiti Wales, United Kingdom(UK). Kemudian memperolehi ijazah PhD di dalam bidang Pengajian Islam di Karachi dan beliau juga merupakan pemegang Ijazah PhD di dalam bidang Usul Feqh di Universiti al-Azhar. Kita lihat bagaimana separuh usianya di habiskan untuk menuntut ilmu tanpa mengenal umur dan pangkat yang telah diterima oleh beliau.Oleh itu kita perlu mencontohi dan mengambil role model untuk kita mengarap kejayaan kita bersama.




Perkara yang keempat pula Saidina Ali R.A mengatakan
"Hendaklah engkau berani mengatakan; belum mengetahui apa yang sebenarnya engkau belum mengetahuinya".
Di sini kita disuruh supaya berkata benar di dalam semua perkara dan jangan sesekali diri kita ini berbohong kerana jika kita berbohong diri kita ini sudah termasuk di dalam sifat-sifat orang yang munafik. Oleh itu kita sebagai umat islam perlulah benar di dalam menyampaikan segala apa perkara baik ilmu, berita@perkhabaran, cerita dan sebagainya. Janganlah jika kita tidak tahu akan sesuatau yang kita sendiri musykil kita tetap memberitahu mereka sedangkan diri kita sebenarnya berada di dalam keadaan yang tidak tahu betul ataupun tidak perkara itu. Itulah pentingnya bercakap benar dan amanah di dalam menyampaikan sesuatu khususnya dalam penyampaian perkara-perkara berkaitan ilmu-ilmu agama islam. Jika kita tidak menyatakan perkara yang sebenar kepada mereka bahawa diri kita tidak mengetahu perkara itu kita perlu menyatakan perkara yang sebenar agar mereka kemudian hari tidak akan sesat dan bingung dengan pernyataan kita.Ini bahaya kerana ia boleh merosakkan akidah dan juga nilai ilmu islam itu sendiri.

Perkara yang terakhir yang disebut oleh beliau ialah
"Hendaklah engkau sentiasa berlaku sabar, kerana sabar itu kepala iman".
Hadith Nabi S.A.W yang masyur di sabdakan ialah "Bersabar Itu Separuh daripada Iman".
Maka jika kita lihat dari segi apa yang hendak di utarakan oleh Saidina Ali ialah...kita sebagai umat islam perlu bersabar di dalam menangani segala permasalahan yang telah melanda dalam diri kita.Baik puak-puak yang tidak suka akan Islam maka kita haruslah bersabar dengan seadanya.Tetapi kita jangan menampakkan diri kita ini lemah.Kesabaran itu tetap dan perlu ada tetapi dalam masa itu juga kita perlulah menanganinya dengan usaha kita juga. Tanpa kesabaran yang merupakan tunjang dan kepala iman itu sendiri ia mampu dan boleh membinasakan diri kita ini. Misalan diri kita yang tidak sabar ini meluru untuk mengatasi permasalahan tanpa caturan dan strategi akan membolehkan musuh mengetahui kelemahan dan rahsia kita dengan mudah mematahkan segala yang ada di dalam diri kita.



Musuh-musuh RUHIAH WA BATINIAH sangat-sangat merisaukan kita bukan? Siapakah musush kita itu? siapa lagi jika tidak lain tidak bukan IBLIS@SYAITAN@JIN & HAWA NAFSU. Musuh paling utama di dalam setiap siri manusia di dalam dunia ini. Jika kita tidak dapat menahan dan menangani mereka dengan kesabaran maka susahlah kita untuk menangani mereka semula. Jika kekuatan dalaman ini tidak kuat maka diri kita ini jangan haraplah untuk menangani permasalahan dari musuh-musuh Zahiriyah iaitu musuh-musuh yang membenci Islam itu sendiri seperti ISRAEL wa ikhwatuha. Oleh itu kita perlulah pandai mengaturkan kesabaran kita di tempat yang patut kita bersabar.

Sekian sahaja buat kali ini insyaAllah jika kita ada masa yang terluang dan lapang aku akan menulis lagi cerita-cerita yang berkaitan dengan perihal pentarbiyahan diri. Akhir kalam mohon maaf atas segala kesilapan. Aku hamba yang lemah..di harap dapat memperbetulkan fakta-fakta dan juga berilah penambahan yang sepatutnya di beri.

ilalliqa maa salamah
farizalshah
thaniah street,seberbay,tanta


Wednesday, March 21, 2007

.::Seminggu Berakhirnya EMINENT '07:.


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum kepada semua sahabatku yang sentiasa istiqamah dengan pengisian blog
kamu semua, aku capkan tahniah dan syabas.Teruskan usaha anda untuk terus menulis dan
memberi input-input yang boleh mencernakan pemikiran manusia dan pembaca yang membaca
pengisian kita di dalam pengisian bloh=g kita.Aku yang jenis ttak istiqamah dan jarang
menulis ini kekadang rasa nilaian penulisan aku tidak seberapa molek jika nak
diandingkan dengan kamu semua.

Alhamdulillah hari ini aku ada sedikit masa untuk diluangkan di dalam mengisikan beberapa cerita di dalam blog aku yang kira lama juga tak bernyawa hehehehe baru je seminggu dah jecoh ye tak? Tapi aku ni memang macam nilah kalau aku tak menulis rasa gatal je tangan ni nak menaip sesuatu pada askara laptop aku nie hehehehe laptop aku ke? bila masa plak aku beli laptop setahu aku yang ada laptop kat umah aku nie hanya ahli bait aku Abdul Raies yang ada.Pinjam sat no!

Syukur kepada Allah SWT, Alhmadulillah program mega "The Symposium Of Malaysian Students In Tanta"(EMINENT '07) di bumi Tanta yang kitorang-Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT)-buat selesai sudah.Terasa kepenatan menyelinap di dalam semua rongga badan ini.Tapi untuk mendapat natijah yang baik kita perlulah niatkan segala kerja dan kepenatan kita ini akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT insyaAllah.Ada sahabat aku yang mengatakan bahawa kepenatan ini kita jadikan ia sebagai kekuatan untuk mendapatkan kejayaan di dalam Imtihan yag akan datang.Aku yang terdengar kata-kata itu sampai sekarang tidak faham maksud yang tersirat dan tersurat yang sebenarnya dia hendak utarakan kepada aku sebenarnya.

Tentatif Di EMINENT'07 9 Hingga 14 Mac 2007/19 hingga 24 Safar 1428 Hijrah

Antara pengisian yang menarik sepanjang program EMINENT'07 ini ialah dengan dimulai dengan 'Inter Family'(Liqa' Gabungan) - Kemudian Malamnya Slot bersama Syeikh Abu Hasan Muhammad Sayed Muhammad Ibrahim Abu Zaid dan Juga Syeikh Mohd Husni Ginting.Antara pengisiannya - Bacaan ayat-ayat suci al-Quran - Bacaan Burdah Beramai-ramai - Berzanji - Tazkirah Oleh Syeikh Muhammad Abu Zaid - Riwayat beberapa Hadith.

Hari Kedua - 10 Mac 2007/20 Safar 1428H(Sabtu)
Pembentangan Kertas Kerja I
Tajuk :Uslub-Uslub Albayan di dalam Al-Quran
Oleh :Wan Zamri Wan Abdullah

Pembukaan Grand Bazar,Tayangan Perdana & TV Live - Pertandingan Mini & Demontrasi dan juga Majlis Perasmian EMINENT ‘07

Hari Ketiga - 11 Mac 2007/21 Safar 1428H(Ahad)
Pembentangan Kertas Kerja II
Tajuk :Perlembagaan Malaysia
Oleh :Ustaz Rosdi Johari

Interaksi Asia
Tajuk :Cabaran Massa Lenyap Dakwah?
Oleh :Wakil Mahasiswa Singapura,Thailand dan Indonesia

Hari Keempat - 12 Mac 2007/22 Safar 1428H(Isnin)
Forum Bait Muslim
Tajuk :Cinta Selepas Berkahwin Kenapa Tidak
Sebelum Berkahwin

Fokus
Tajuk :Usahawan Islam Berjaya
Panel :Pengarah Urusan PETRONAS

Hari Kelima - 13 Mac 2007/23 Safar 1428H(Selasa)
Debat Mahasiwa
Tajuk : Protaz Lebih Kehadapan Daripada Uspro
Panel : 1) Dr. Ahmad Muhaimin Mustapha
2) Ustaz Mohd Zuhdi Mat Piah
3) Ustaz Azhar Margilan
4) Ustaz Wan Hadiyuddin Wan Mahmood

Diskusi Kitab
Tajuk :Fitnatul Tafkir Baina Wahabiyyah wa Syi’ah wa Suffiyyah
Panel :Ustaz Aidil Azwal

Hari Keenam - 14 Mac 2007/24 Safar 1428H(Rabu)
Malam Kesenian Islam
Makan Malam (Dinner)
Majlis Perasmian Penutup
Konsert Perdana dan Penyampaian Hadiah


Sepanjang aku ditaklifkan sebagai Pengarah Eksekutif Publisiti dan Pendaftaran banyak suka duka yang aku rasai di dalam menjalankan kerja di dalam persatuan ini.Tidak lupa juga assistant aku Najib Omar yang banyak menolong aku ketika aku sibuk dengan perkara lain.Pandai 'Take Over' jika aku tidak ada..Thankz Bro.Ustz Zahran sebagai Pengarah Penyelaras Program juga banyak membantuku berdua.Tidak lupa juga kepada Ahlil Baitku Ustz Kimi dan juga Abg Nuh yang menjadi AJK unit kecil aku. Ustz Kamal Jamadi - Pengarahku yang selalu call bila iklan tak siap lagi hehehehe =) Ustz Man & Ustz Fairuz - Unit Teknikal yang selalu pasang speaker kat bawah..thankz Bro.Ustz Husni -Pengarah Bazar yang selalu sindir bila nak buka 'Gerai Roti Canai'.Bro Raeis Ahli Bait - Pengarah Persiapan yang selalu kecah bila nak buat Banner dengan bro abul and Paan - Pengarah Perhubungan! Ustz Ajai - Pengarah Catering yang selalu aku kacau kat dapur...maalish ye!! Amin dan Anan - Unit Disiplin dan Protokol yang sentiasa segak dengan kotnyer sepanjang program berlangsung.Taakhiku Naim Ku - Pengarah Penerbitan sorry bebanyak suka nyibuk dalam bilik penerbitan and All crue EMINENT '07 expecially Ustaz Nahi - SU, Ustaz Amir - Timb Pengarah, Ustz Izhar - Pengarah Konsert, Munir - Pengarah Cenderahati, Helmi Che Fauzi - Pengarah Penyiaran dan Fotografi, Ustz Wahidi - Pengarah Pameran & Pertandingan... pertolongan yang kamu berikan hanya Allah sahaja membalasnya.

Hehehe lupa plak Team Bazar aku - Bro Kabad ...tahun depan kita Tebar lagi k!! Bebudak Nasi HadralMaut mantap seh!! Nizam,apiz,emi and yang lain.Ustz Wei and Ustz Mazwan - Kawarek mu tetap diingati. Uztz Syukri - agar2 mantap,Ustz Din and Ustz Anuar Kamal tahun depan Nasi Baryani Gam and Kuih Tiaw lagi k.Ustz Firdaus Ziyauddin- Pelaris Roti Canai aku untuk akhawat hehehe thankz BRO.Bro Kama and Skin - tahun depan nasi lemak and roti jala.Ustz Mad - Nasi Kerabu Team(Uztz Kimi and Abg Nuh) tetap diingati.Bro KUIS hehehe jangan Feedup!! and Bro Ganu kopok lekor tak rasa lagi waaaaaa...=(

Wa Akhiran buat Badan Pengurus PMRAM, Ahli Jawatankuasa Tadbir DPMT, Ahli Jawatankuasa Eksekutif EMINENT '07, Ahli Jawatankuasa Kecil EMINENT '07, seluruh ahli DPMT dan smeua pihak yang terlibat menjayakan program EMINENT '07 ini sama ada secara lansung atau pun tidak.Hanya Allah S.W.T yang layak menganugerahkan ganjaran buat keringat yang dicurahkan.Moga dinilai sebagai amalan yang soleh.

EMINENT '07 THE END.

ilalliqa maa salamah
Mohd Farizal Mohd Shah
Pengarah Eksekutif Publisiti & Pendaftaran
"The Symposium Of Malaysian Students In Tanta" (EMINENT '07)


Wednesday, March 07, 2007

.::Minggu Kelas Tafaqquh Fiddin & Entry Perpecahan Umat ::.

The full moon rises in between the two minarets of al-Nour mosque in Cairo late night .

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh

Alhamdulillah bersyukur aku kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku menambah entry untuk menambah koleksi tulisan aku di sini.Rasanya sekarang ini aku tiada idea sangat nak tulis sebab aku sekarang ni tengah sibuk dengan Program Mega yag di anjurkan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta di sini.Sebabnya aku merupakan Ahli Jawatankuasa Gerak Kerja senang kata Pengarah Eksekutiflah =) bagi Unit Publisiti dan Pendaftaran so kerja aku kebanyakannya sibuk sebelum program berlangsung.Buat promosi dan juga iklan serta megambil pendaftaran bagi ahli-ahli yag duduk di Tanta nie yang belajar di Universiti Al Azhar ataupun yang belajar di Universiti Tanta (bagi student medic khususnya).

Rasanya macam nak terumbag ambing rasanya.Nak pengsan pun ada terkejar sana terkejar sini.Aku yang tengah membuat entry tambahan ini pun sebenarya tengah menyiapkan beberapa iklan yang terbaru yang perlu di pinda untuk pegetahuan ahli.So terlalu feet untuk aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai penulis ...cewahhhh berangan.Kekadang kuliah pun ada yang terlewat pergi sebab terlalu letih ... kelas tafaqquh ada juga yang tertinggal kerana menyiapkan tugasan yag perlu dibuat.Tapi kuliah dan kelas tafaqquh tetap aku ikuti insyaAllah walaupun ada yang rongak.


Kelas Tafaqquh Fiddin
Sebelum berlangsungnya Program Mega iaitu 'The Symposium Of Malaysian Students In Tanta (EMINENT 07) ' ini DPMT sekarang ini menganjurkan beberapa Kelas Tafaqquh selama seminggu bermula minggu lepas iaitu Kiffayatul Awwam, Fathul Qarib, Fathul Muin dan tidak lupa juga kelas Syeikh Abu Hassan Muhammad Sayyed Muhammad Ibrahim Abu Zaid yang mengajar kami student di Tanta ini Kitab 'Jauharah Tauhid' karangan Imam Al-Baijuri dan juga 'Ihya Ulumuddin' karangan Imam Al-Ghazali yang diajar pada setiap malam Selasa dan Rabu.Tidak ketinggalan juga kelas Syeikh Mohd Husni Ginting yang mengajar Kitab Al-Azkar karangan Imam al-Nawawi pada Khamis malam Jumaat.


Perpecahan Umat
Alhamdulillah banyak pengajaran dan ilmu yang aku dapat di dalam sesi Pengajian Tafaqquh Fiddin kerana ilmu merupakan perkara yang penting bagi kita sebagai Tolibul Ilmi ini dan kita sebagai Pedaie' perlu peka terhadap perkara ilmu kerana kita yang memegang Title Pendaie dan Pendakwah perlu ilmu yag mantap untuk memberi ilmu kepada orang yang kurang pendedahannya di dalam mengetahui apa itu agama islam yang sebenar.Sekarang ini perpecahan di antara umat islam sedag berlaku di Malaysia.Kita lihat golongan Wahhabi sekarang ini...MasyaAllah Tabarakallah...Asyik-asyik membid'ahkan orang dan dalil yag sama juga di sebut tiada dalil yang lain di hafalnya.
(barangsiapa yang bida'ah = kena humban ke neraka).

Nak tak nak, kita kena akui bahawa golongan Wahhabi hari ini suka sangat bawa isu bida'ah. Itu bida'ah. Ini tidak ikut sunnah, masuk neraka. Bida'ah memang ada dalam syariat. Tak siapa yang mahu menafikan. Dan bukanlah pula setiap orang yang membawa isu bida'ah itu Wahhabi. Yang Wahhabi ni adalah dari jenis golongan yang menakrifkan isu bida'ah pada tahap yang sangat ekstrem dan membimbangkan.Islam tidak ajar kita terlalu sangat ekstrem di dalam satu keadaan walaupun ada ia tetap di dalam perhatian dan padangan para Ulama'.

Jadi masalah besar apabila kamu kata doa qunut Subuh itu bida'ah. Jadi masalah besar apabila kamu kata berzikir beramai-ramai itu bida'ah. Jadi masalah besar apabila kamu kata talqin untuk si mayat itu bida'ah. Jadi masalah besar apabila kamu kata berzikir guna biji sibhah itu bida'ah. Jadi masalah besar apabila kamu kata talaffuz niyyat ketika permulaan solat sebagai bida'ah.

#sibhah=tasbihlah sebab orang-orang nusantara sudah mengunakan istilah ini sejak turun-temurun ... tasbih mana boleh pegang (SUBHANALLAH) hehehe!

Saudaraku yang bermazhab Wahhabi, selagi mana yang buat ijtihad itu adalah dari ahlinya yang benar-benar layak maka antum semua ini fikirlah dengan teliti akan keberadaan diri antum ini, maka ketahuilah bahawa sesuatu ijtihad tidak membatalkan ijtihad yang lain.Antum semua ni aku rasa memang ada banyak masa terluang untuk bincang isu-isu yang sudah selesaikah ataupun antum semua ini nak dapat perhatian sahaja senang kata "Publisiti Murahan".Dalam pembacaan aku Fahaman Wahhabi sebenarnya adalah satu ideologi yang mendakwa mereka mengiktiraf 4 mazhab fiqh muktabar, dan mahu berlapang dada pada perkara-perkara khilaf, tetapi pada akhirnya mereka hanya mahu pandangan dari mereka sahaja yang betul dan diterima oleh umat Islam. Apa kes sekarang nie! cuba jawab pertanyaan aku ini?

So sebagai umat Islam yang bermazhab Syafi'eyah Berhati-hatilah dengan mereka yang berfahaman Wahhabi ni, lagi-lagi yang baru sahaja terkena penangannya. Yang baru kena ni aku rasa segeralah kembali ke pangkal jalan, ahli-ahli Wahabbiyah ini biasanya mereka akan bawa isu-isu berkaitan qunut, talqin, tahlil, kenduri arwah, dan sebagainya. Biasalah..enjin masih panas so rajinlah nak beri pandangan yang apa-apa entah.Dan macam-macam lagi le diorang punya perangai, lagi-lagi yang baru berjinak-jinak dalam manhaj yang kononnya mengikut Al-Quran dan Sunnah yang tulen lagi asli lagi ori lagi tiada cetak rompak.

Tapi bagi yang dah lama, mereka sure tidak akan berani sangat untuk membawa isu-isu itu sebab mereka(otai-otai lama) tahu hujah mereka akan dipatahkan dengan mudah apabila buku bertemu ruas.Akhir sekali bertaubatlah segera ya.Aku yang bermazhab Syafie inipun bab feqh tak habis ngaji lagi inikan lagi Antum golongan Wahhabi nak destroy ulama'- ulama' Muktabar 4 Mazhab.Ngaji sampai dapat darjat Imam Syafie dulu baru leh bertaklid ini faham....ingat pesanan aku ni.Ngaji sampai habis dulu ye mazhab dirimu yang asal.Jangan jadi Jumud ye walaupun suka berTajdid!

ilalliqa maa salamah
farizalshah
thaniah street,seberbay,tanta

=) Thankz for Bro Tawel (rujukan dari blog dia sikit)



Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang