.::Lima Perkara Dari Amirul Mukminin Ali b.Abi Talib::.


"Indahnya Ciptaan Yang Allah SWT Jadikan Dipandangan Mata Kita"

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum semua semoga kamu semua berada di dalam keadaan sihat walafiat insyaAllah...alhamdulillah dengan limpah kurnianya dapatlah aku menulis sesuatu di dalam BLOG aku ini.Entahlah aku pun tidak tahu kenapa sekarang ini mood aku untuk menulis tidak seperti dahulu mungkin faktor kesibukan yang aku hadapi rasanya.Tapi jika hendak kata aku ini sibukpun, sahabat aku yang lain pun sibuk juga dengan urusan kuliah dan juga kelas talaqi mereka.Semoga Allah memberikan aku kelapangan masa dan juga keberkatan di dalam kehidupan aku.

Kata Amirul Mukminin Ali b. Abi Talib:

Ambillah daripadaku lima perkara:
•Pertama: Jangan engkau mengharapkan seseorang selain dari Tuhan engkau sendiri.
•Kedua: Jangan engkau takuti sesuatu pun, selain dari kemurkaan Ilahi.
•Ketiga: Jangan engkau segan mempelajari yang belum diketahui, walaupun dari sesiapa sahaja.
•Keempat: Hendaklah engkau berani mengatakan; belum mengetahui apa yang sebenarnya engkau belum mengetahuinya.
•Kelima: Hendaklah engkau sentiasa berlaku sabar, kerana sabar itu kepala iman.




Mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa aku mengeluarkan kata-kata dari Saidina Ali bin Abi Talib ini.Sebabnya banyak yang kita boleh ambil istifadah dari kata-kata tersebut dan aku rasa aku terpanggil untuk merungkaikan kata-kata Saidina Ali R.A.Perkara pertama yang kita boleh ambil, Beliau mengatakan bahawa kita sebagai manusia perlu mengharap pada Allah S.W.T semata-semata ketika kita memerlukan seseorang di dalam kehidupan kita.Cinta itu perlu kita datangkan kepada Allah S.W.T sebelum datangnya seseorang yang kita harapkan contohnya Kekasih Hati kita umpamanya bakal zaujah antum semua... hehehe.Oleh itu kita perlu datangkan ia dengan penuh Taqarrub dan Keikhlasan di dalam hati dan wujudkan ia di dalam diri kita ini.Agar Allah S.W.T akan meredhai setiap dan sepanjang kehidupan kita.

Perkara yang kedua pula kita diingatkan bahawa diri kita ini perlu takut untuk melakukan perkara-perkara yang Allah S.W.T larang, ianya seperti mengingati dan menjaga diri kita dari segala kemurkaan Allah S.W.T, iaitu janganlah diri kita ini mendekati segala perkara maksiat dan juga perkara-perkara yang Allah benci iaitu perkara-perkara yang mendatangkan dosa baik kecil mahupun besar.Janganlah takut akan perkara-perkara di dunia ini contohnya kita sebagai umat islam berjuang di jalan Allah S.W.T.Allah tetap akan menolong kekasih-kekasihnya di dalam perjuangan islam.Kita lihat sekarang ini semua umat islam tidak takut dengan kemurkaan Allah S.W.T..diri aku ini juga sering kali membuatkan Allah murka padaku...tetapi kita perlu ambil jalan yang Allah berikan pada kita iaitu pintu taubah yang Allah berikan hanya pada umat islam dan juga seseorang yang telah menerima hidayah dari Allah S.W.T

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).
"Jangan engkau segan mempelajari yang belum diketahui, walaupun dari sesiapa sahaja".
Perkara yang ketiga ini mengatakan kepada kita bahawa kita sebagai umat islam yang ingin menuntut ilmu itu perlulah mendatangkan diri kita ini dekat dengan ilmu pengetahuan walaupun kita tidak tahu ilmu itu walaupun kita sudah mempunyai pangkat ilmuan yang tinggi seperti Bachelor, Master ataupun phD.Kita tidak perlu segan untuk menuntut ilmu walaupun ilmu itu kita pelajari dari orang yang usianya lebih muda dari kita ataupun alim dari kita bahkan kita jika mempunyai anak di kemudian hari nanti, janganlah segan untuk bertanya kepada anak akan permasalahan yang kita tidak ketahui akan sesuatu perkara ahsannya perkara-perkara permasalahan agama jika anaknya mengaji bidang agama.Orang-orang yang berpangkat tinggi seperti menteri-menteri janganlah dok 'BODOH SOMBONG' pula jika tidak tahu perkara-perkara yang dimusykilkan.Taraf orang yang berilmu itu lebih tinggi dari orang-orang yang berpangkat yang aku sebutkan tadi.

Aku suka melihat profile Dr Umar Abdullah Kamil yang merupakan Graduan Universiti yang tidak endah akan siapa yang hendak ia pelajari.Kita Lihat dengan kesungguhan dia menuntut ilmu dengan memperolehi Sarjana Muda pertama di dalam bidang ekonomi dan sains politik di Universiti Malik Sau'd di Riyadh. Kemudian menyambung Masternya di dalam Ekonomi Islam di Universiti Karachi,Pakistan dan juga mempunyai Master dari Universiti Wales, United Kingdom(UK). Kemudian memperolehi ijazah PhD di dalam bidang Pengajian Islam di Karachi dan beliau juga merupakan pemegang Ijazah PhD di dalam bidang Usul Feqh di Universiti al-Azhar. Kita lihat bagaimana separuh usianya di habiskan untuk menuntut ilmu tanpa mengenal umur dan pangkat yang telah diterima oleh beliau.Oleh itu kita perlu mencontohi dan mengambil role model untuk kita mengarap kejayaan kita bersama.




Perkara yang keempat pula Saidina Ali R.A mengatakan
"Hendaklah engkau berani mengatakan; belum mengetahui apa yang sebenarnya engkau belum mengetahuinya".
Di sini kita disuruh supaya berkata benar di dalam semua perkara dan jangan sesekali diri kita ini berbohong kerana jika kita berbohong diri kita ini sudah termasuk di dalam sifat-sifat orang yang munafik. Oleh itu kita sebagai umat islam perlulah benar di dalam menyampaikan segala apa perkara baik ilmu, berita@perkhabaran, cerita dan sebagainya. Janganlah jika kita tidak tahu akan sesuatau yang kita sendiri musykil kita tetap memberitahu mereka sedangkan diri kita sebenarnya berada di dalam keadaan yang tidak tahu betul ataupun tidak perkara itu. Itulah pentingnya bercakap benar dan amanah di dalam menyampaikan sesuatu khususnya dalam penyampaian perkara-perkara berkaitan ilmu-ilmu agama islam. Jika kita tidak menyatakan perkara yang sebenar kepada mereka bahawa diri kita tidak mengetahu perkara itu kita perlu menyatakan perkara yang sebenar agar mereka kemudian hari tidak akan sesat dan bingung dengan pernyataan kita.Ini bahaya kerana ia boleh merosakkan akidah dan juga nilai ilmu islam itu sendiri.

Perkara yang terakhir yang disebut oleh beliau ialah
"Hendaklah engkau sentiasa berlaku sabar, kerana sabar itu kepala iman".
Hadith Nabi S.A.W yang masyur di sabdakan ialah "Bersabar Itu Separuh daripada Iman".
Maka jika kita lihat dari segi apa yang hendak di utarakan oleh Saidina Ali ialah...kita sebagai umat islam perlu bersabar di dalam menangani segala permasalahan yang telah melanda dalam diri kita.Baik puak-puak yang tidak suka akan Islam maka kita haruslah bersabar dengan seadanya.Tetapi kita jangan menampakkan diri kita ini lemah.Kesabaran itu tetap dan perlu ada tetapi dalam masa itu juga kita perlulah menanganinya dengan usaha kita juga. Tanpa kesabaran yang merupakan tunjang dan kepala iman itu sendiri ia mampu dan boleh membinasakan diri kita ini. Misalan diri kita yang tidak sabar ini meluru untuk mengatasi permasalahan tanpa caturan dan strategi akan membolehkan musuh mengetahui kelemahan dan rahsia kita dengan mudah mematahkan segala yang ada di dalam diri kita.



Musuh-musuh RUHIAH WA BATINIAH sangat-sangat merisaukan kita bukan? Siapakah musush kita itu? siapa lagi jika tidak lain tidak bukan IBLIS@SYAITAN@JIN & HAWA NAFSU. Musuh paling utama di dalam setiap siri manusia di dalam dunia ini. Jika kita tidak dapat menahan dan menangani mereka dengan kesabaran maka susahlah kita untuk menangani mereka semula. Jika kekuatan dalaman ini tidak kuat maka diri kita ini jangan haraplah untuk menangani permasalahan dari musuh-musuh Zahiriyah iaitu musuh-musuh yang membenci Islam itu sendiri seperti ISRAEL wa ikhwatuha. Oleh itu kita perlulah pandai mengaturkan kesabaran kita di tempat yang patut kita bersabar.

Sekian sahaja buat kali ini insyaAllah jika kita ada masa yang terluang dan lapang aku akan menulis lagi cerita-cerita yang berkaitan dengan perihal pentarbiyahan diri. Akhir kalam mohon maaf atas segala kesilapan. Aku hamba yang lemah..di harap dapat memperbetulkan fakta-fakta dan juga berilah penambahan yang sepatutnya di beri.

ilalliqa maa salamah
farizalshah
thaniah street,seberbay,tanta


Comments

Popular Posts