Penyakit TB@batuk kering .. AWAS!!




"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum WBT buat rerakan semua rasanya aku terpanggil untuk menulis blog aku hari ini semenjak aku sibuk dnegan kerja2 aku.Tidak sibuk mana cuma aku ini jek yang suka sibukkan diri.Sebab aku ambil artikel ini untuk di muatkan di dalam blog aku ...Sebabnya salah seorang sahabat aku yang mengaji di sini iaitu Nur Iman terkena penyakit ini disini.Dari badan yang Turf and besar terus keding jek...memang macam anneroxia nervosa...kesian aku tgk dia..Aku doakan semoga dia cepat sembuh dan dapat kembali ke Mesir ini untuk menyambung kembali pengajian dia..insyaAllah...Selain itu juga kepada sahabatku yang lagi satu iaitu Firdaus Jamaluddin yang di target mendapat penyakit tu juga...dan Rabu lepas 28hb dia balik ke Malaysia untuk menjalani rawatan...amin.Semoga kalian berdua Allah berikan kesihatan tubuh badan yang baik untuk meneruskan kehidupan di dunia.

Meraikan Hari TB Sedunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan 24 Mac setiap tahun sebagai Hari TB Sedunia bagi mengingati penemuan kuman TB oleh Dr. Robert Koch di Berlin, pada tanggal yang sama tahun 1882 dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran tentang gejala, diagnosis dan rawatan TB serta kepentingan kawalan TB yang berkesan.

TB Di Mana-Mana diangkat sebagai tema bagi tahun 2007 dengan matlamat memperbetulkan salah tanggapan umum tentang TB. Ia bukan penyakit pada era lepas dan bukan juga masalah orang-orang miskin sahaja.

Keterangan TB dan pencegahannya.

Apa yang anda perlu tahu tentang TB

Saban tahun, TB menjangkiti jutaan manusia di dunia. Berikut adalah fakta-fakta asas yang penting diketahui oleh setiap orang mengenai penyakit yang boleh diubati ini.



Apa itu TB?

TB adalah sejenis penyakit sebaran udara yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis berbentuk rod bulat panjang. Penyakit ini boleh dicegah dan diubati.


Bagaimanakah ia merebak?

TB disebarkan melalui titisan udara setiap kali seseorang pesakit yang telah dijangkiti kuman ini bersin, batuk, bercakap, meludah dan sebagainya – pada dasarnya melalui sebarang cara di mana lembapan dilepaskan daripada seseorang, ke udara dan kemudiannya dihirup orang lain.

Titisan halus itu boleh terapung-apung dalam tempoh yang panjang, sehingga enam jam lamanya.



Bagaimana TB menjejaskan tubuh?

Lazimnya, kebanyakan TB menjangkiti paru-paru tetapi ia juga boleh menjangkiti bahagian-bahagian tubuh yang lain.
Apakah simptom-simptomnya?

Simptom yang perlu diberikan perhatian termasuklah batuk yang berlanjutan lebih dua hingga tiga minggu, menghasilkan kahak apabila batuk dan mengalami penurunan berat badan.

Lain-lain gejala adalah sakit dada, kahak berdarah, demam dan berpeluh pada waktu malam.

TB pada lain-lain anggota tubuh selain paru-paru boleh mencetuskan sensasi kesakitan mengikut di mana letaknya TB itu, bersama-sama berat badan yang menurun.

Jika anda mengesyaki mempunyai simptom-simptom yang telah disebutkan di atas, segeralah mendapatkan nasihat doktor.



Apakah yang akan berlaku sekiranya saya disahkan menghidap TB?

Sekira anda didiagnosis dengan TB, usah bimbang! TB boleh dirawat dan jutaan manusia di segenap dunia sudah berjaya pulih sepenuhnya daripada penyakit ini.

Tetapi, jika anda sakit, ingatlah untuk menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin bagi mengelakkan penularan jangkitan kepada orang lain.

Banyakkan berehat, makan makanan yang sihat dan maklumkan kepada kaum keluarga serta rakan-rakan tentang penyakit yang anda hidapi serta rawatan yang sedang di terima.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk sembuh?

Paling penting, patuh pada arahan ubat TB sebagaimana yang dipreskripsi oleh doktor anda. Setelah selesai mengambil semua ubat, periksa dengan doktor anda sama ada anda telah pulih sepenuhnya ataupun tidak.

Kenapakah penting bagi pesakit untuk menghabiskan ubat-ubatannya sebagaimana yang telah ditetapkan?

Sekalipun anda mungkin berasa semakin sihat, teruskan mengambil ubat sehingga penyakit anda benar-benar telah sembuh.

Sekiranya anda berhenti mengambil ubat sebelum masa yang ditetapkan, akibatnya bakteria TB boleh menjadi bertambah kuat, sekali gus menyebabkan pesakit mengalami rintangan ubat TB.

Rintangan ubat TB akan merebak secara berterusan dan bertambah sukar untuk dirawat, seterusnya menjadi lebih berbahaya dan cenderung menyebabkan kematian.

Bagaimana dengan HIV dan TB?

Jika gagal dikesan, TB yang menyerang penghidap HIV boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minggu sahaja. Sekiranya anda positif HIV atau anda fikir anda positif HIV, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan pemeriksaan TB. Ia boleh menyelamatkan nyawa!

Comments

Popular Posts