Barang Jenama Anda

Monday, April 23, 2007

.::Sanah Helwa Ya Nafsi Fi 22 Sanah::.

بسم الله الرحمن الرحيم

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat semua rakan-rakan seperjuangan.Semoga kamu semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya di dalam kehidupan kamu semua.Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan ntamu semua insyaAllah.Aku hamba yang kerdil ini hanya mampu mendoakan kesejahteraan kamu semua insyaAllah.

Rasanya aku ingin mengucapkan sesuatu buat diri ini...Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat kehidupan kepada diriku selama 22 tahun aku dilahirkan di dunia ini.Aku bersyukur kerana masih lagi dapat menghirup udara yang Allah kurniakan padaku dan yang penting sekali Allah telah menganugerahkan diriku nikmat iman dan islam di dalam diriku ini.Tanpa nikmat ini tidak bererti aku hidup di muka bumi Allah ini.Tanggal 22 April 1985 aku selamat dilahirkan oleh ibuku Aminah Bte Kayat di atas katil di Hospital Sultanah Aminah.Aku telah diberi nama yang aku sendiri tidak tahu akan maksudnya dan Allah SWT sahaja yang tahu akan maksudnya MOHD FARIZAL yang telah diberikan oleh ayahku Mohd Shah.Sempena kehidupan yang aku kecapi selama 22 tahun aku di dunia ini banyak perkara yang aku lalui dan sekarang ini adalah kali ke dua aku menyambutnya di bumi barakah dan bumi auliya' iaitu Mesir.

Kali ini aku tidak buat haflah besar2 macam tahun lepas, sekadar kecil-kecilan bersama ahli imarah dan sahabat yang aku rapat.Bermula dengan tahlil dan kemudiannya bersama menjamu kek dan kemudian makan NASI AYAM HAILAM yang firstly aku buat.Rasanya tidak sesedap ibunda dan ayahanda aku masak.Tapi alhamdulillah selama aku hidup di bumi mesir ini banyak perkara yang aku cuba dan belajar, lebih-lebih lagi memasak.Thankz to Bro Nuh hihihihi banyak tolong aku kat dapur.

Terlebih dahulu aku hendak mengucapkan terima kasih kepada Familyku, ibu, ayah, izah, erin, anis, zunah and adik hajar.Tidak lupa juga insan yang ku sayangi hehehe(biarlah rahsia).Terutama selepas itu ahlil baitku, Ustaz Hakimi,Ustaz Raeis dan Ustaz Muhammad Nuh yang banyak membantu aku baik apa jua keadaan.Tidak lupa juga sahabatmu Adnan Yusuf yang tidak pernah lupa akan hari lahirku..thankz hagah yang kamu berikan(banyak sangat kek yang ko belikan) =) tidak lupa juga kepada Taakhi aku. Mohd Naim Ku yang beri hagah yang memeranjatkan aku ..tapi oklah Thankz bebanyak.

Kepada ahli imarah aku Exco DPMT Ustaz Hafiz Md Zuki,Ustaz Sahibul Hidayat dan Ustaz Nasamie(Thailand-Pattani),Ustaz Nazri dan Ustaz Ibrahim.Tidak lupa juga jemputan khas hehehe Ustaz Kamil,Ustaz Baharuddin dan Ustaz Mohd Najib Osman.Thankz datang ke majlis aku yang tak seberapa.

Semoga kamu semua Allah berikan kemudahan di dalam imtihan yang tidak lama lagi.Maa Taufiq Wan Najah Fil Imtihan.

ilalliqa maa salamah
farizalshah
thaniah street,seberbay,tanta





Monday, April 16, 2007

Bingkisan Selama Seminggu

بسم الله الرحمن الحيم

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Jaulah Exco BKPJM sesi 06/07 Ke Tanta

Ahad, 19 Rabi`ul Awwal 1428 bersamaan 8 April 2007,

Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) hari ini telah mengadakan Jaulah ke tempat aku muhafazah El-Gharbiah di bandar Tanta.Aku serta sahabatku yang lain mendapat berita ini 2 hari sebelum kedatangan mereka.Kunjungan mereka disambut baik dengan kehadiran ahli Johor seramai separuh daripada 50 orang yang menuntut di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta ini.Aku serta sahabat yang lain menyediakan makanan yang ala kadar je iaitu Mee Kari Hailam.Bolehlah cincai² saja.Program bermula agak lewat kerana ada masalah teknikal yang berlaku.Tapi yang penting jaulah yang dirancang sejak sebelum fasa kedua ini bermula, alhamdulillah telahpun terlaksana dengan jayanya walaupun ada sedikit kelemahan yang dilihat.Mandub Johor yang baru telah dipilih iaitu saudara Mohd Huefiros Efizi b Hussin.

Malam - Kelas Syeikh Husni Ginting yang last bagi kitaorang student Tanta coz dah masuk fatrah imtihan. So segala yang berkaitan dengan pengajian luar kena tawakuf dahulu.Lepas ni sambung lagi.Malam ni bab adab berpakaian semasa berzikir.Aku tak berapa nak tumpu sangat kerana keletihan coz memasak untuk Program Jaulah BKPJM petang tadi.Penat..sehhh...=(


"Yaumu Nasim - Santapan Terakhir"


Isnin, 20 Rabi`ul Awwal 1428 bersamaan 9 April 2007,

Hari ini merupakan hari cuti bagi penduduk di Perlembahan Nil ini.Hari cuti ini di namakan 'Yaumu Nasim'.Hari ini kata abang² lama adalah untuk meraikan perayaan bagi orang² kristian kat sini..Alah macam dekat Malaysia kita raikan Gong Xi Fat Cai dan Deepavali sama je. Ia Di raikan oleh penganut Kristian Ortodoks yang kebanyakan mereka anuti di Perlembahan Nil ini. Patutlah aku tengok lengang je jalan hari ini.Pasar² semua tutup, kedai² semua tutup.Nak wat macam mana dah nak tutup.Aku punya kertas assinngmnt sampai tak leh nak beli di sebabkan kedai tutup...tension!!!! nasib baik ada spare part kalau tak naya jek 'BAHAS TAUHID' aku.


Perayaan yang berkisarkan tentang perihal hari kematian Tuhan Jesus mereka.Tarikh tepat kematian Jesus juga tidak jelas. Banyak cendekiawan menganggap bahawa Gospel John menggambarkan waktu penyaliban sebagai baru sahaja sebelum perayaan Passover (juga dipanggil Kuartodesimanisme) pada hari Jumaat, 14 Nisan, manakala gospel-gospel sinoptik (kecuali Mark 14:2) memerihalkan waktu Santapan Terakhir yang merupakan makan Passover pada hari Jumaat, 15 Nisan, sebagai baru sahaja sebelum penangkapan Jesus; bagaimanapun, sebilangan cendekiawan menganggap bahawa pemerian sinoptik adalah secucuk dengan pemerian dalam Gospel John. [8] Selain itu, orang-orang Yahudi mengikut kalendar qamari-suria dengan fasa-fasa bulan sebagai tarikh dan dengan itu, merumitkan penghitungan sebarang tarikh yang tepat dalam kalendar suria. Menurut karya John P. Meier, "Seorang Yahudi Pinggir" ("A Marginal Jew"), memberikan pertimbangan kepada tempoh jawatan peguam cara Pontius Pilate dan tarikh-tarikh Passover pada tahun-tahun dalam tempoh itu, kematian Jesus kemungkinan besar boleh ditetapkan sebagai 7 April 30 Masihi atau 3 April 33 Masihi. [9]




Perginya Seorang Tokoh Agamawan Nusantara

Khamis, 23 Rabi`ul Awwal 1428 bersamaan 12 April 2007,

Pada hari ini kita kehilangan satu lagi tokoh ilmuwan lagi ahli tarikh ulama Nusantara dan karya-karya mereka. Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir bin Wan Abdullah rahimahUllah cukup besar jasanya dalam memperkenalkan para ulama kita di Nusantara dan karya-karya mereka. Boleh dikatakan umur beliau telah dihabiskannya untuk tujuan tersebut kerana kesedarannya terhadap khazanah yang terkandung dalam kitab-kitab karya ulama silam kita dan jasa-jasa mereka. Semua ini dibuatnya tanpa memikir ganjaran duniawi buat dirinya, semuanya dilakukan dengan ikhlas dan kerana cintanya kepada para ulama tersebut. Beliau mahu agar khazanah peninggalan ulama tersebut terus dihayati oleh generasi kini dan yang akan datang. Agar masyarakat mengenali kehebatan ulama terdahulu dan sumbangan mereka terhadap umat Nusantara dalam menyebar dan memartabatkan Islam di rantau ini.

Beliau telah mengembara ke berbagai tempat untuk mengkaji, mengumpul maklumat dan bahan. Usaha beliau dalam menggali dan mengumpul khazanah itu bukan mudah. Pada usia 12 tahun lagi, beliau sudah mengembara ke seluruh Asia Tenggara bagi menghimpun khazanah itu. Empat dekad mengembara, pelbagai ranjau dihadapi, kini penat jerih dan kesabarannya boleh dibanggakan. Beliau kini memiliki beratus-ratus manuskrip asli sama ada dalam tulisan Jawi atau Arab. Ada antaranya berusia lebih 500 tahun dan tidak boleh didapati di mana-mana perpustakaan, muzium atau arkib di rantau ini.

Dalam usahanya itu, beliau berjaya menghasilkan lebih kurang 100 judul karya asli yang memaparkan biografi ulama, karya, pemikiran, sejarah perjuangan mereka termasuk membuat analisis terhadap mereka. Selain menulis buku, beliau juga aktif mengadakan seminar, membuat kertaskerja-kertaskerja dan menulis berbagai rencana dan artikel. Tulisan-tulisannya pernah mengisi majalah-majalah seperti Dewan Budaya, Majalah Dakwah, Al-Islam dan Jurnal Dewan Bahasa. Dan sejak beberapa waktu dahulu, Utusan Malaysia setiap Isnin memuatkan tulisan beliau memperkenalkan para ulama kita terdahulu. Dengan ilmu dan bahan yang diperolehnya, Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir boleh dianggap sebagai pakar rujuk manuskrip klasik Melayu dan ulama Nusantara. Apa tidaknya, beliau menjadi tumpuan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai alam Melayu. Bahkan, tidak kurang 500 pelajar dan pensyarah dari seluruh dunia yang mendapat khidmatnya untuk membuat thesis dan bahan pengajaran mereka.

Maka sewajarnya, jasa dan pengorbanan yang telah dilakukannya kita kenangkan dalam benak sanubari kita. Pemergiannya kembali ke hadrat Allah s.w.t. merupakan satu kehilangan kepada dunia Islam amnya dan dunia Melayu khasnya. Mudah-mudahan Allah membalasi beliau dengan sebaik-baik balasan dan menempatkan beliau bersama dengan para ulama yang beliau kasihi dan para sholihin. Juga semoga sepeninggalan beliau, tempatnya dijadikan ada penggantinya. Allahumma ....aamiin ...... al-Fatihah.

Majlis Kesyukuran Besday Boyz - Bro Kamil, Bro Pechol, Bro Pacak and Bro Nabil

Sabtu, 25 Rabi`ul Awwal 1428 bersamaan 14 April 2007,

Hari ini adalah hari sambutan besday² 4 brother student Johor kat Tanta nie.Memang meriah macam raya plak aku tengok ahakz..bukan apa dengan kecahnya dengan lagaknya diorang masa Majlis Kesyukuran tersebut.Sambil mengadakan majlis kesyukuran ini, tuan² empunya badan juga membuat majlis ini adalah bersempena dengan Maulidur Rasul SAW.Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin kemudian tahlil ringkas, marhaban dan juga bacaan Burdah.Boleh dikatakan ramai sahabat-sahabat yang turun ke Tanta hari ini.Bebudak Kaherah, Zaghzik, Shibin el-kom, Damanhur semua turun sini.Memang meriah dah macam raya kata bro Usop!! .Kitorang dijamukan dengan nasi empit , kuah lodeh, kuah kacang, and paling mahal rendang tok-tok hehehe.Alhamdulillah kenyang..best tue!!!.Tahun depan boleh buat lagi.

Last Training Silat Musim Shita


Persatuan Silat Gayung Pusaka Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta

Ahad, 26 Rabi`ul Awwal 1428 bersamaan 15 April 2007,

Hari ini hari last training aku serta member yang lain akan latihan silat yang kami buat setiap minggu sebanyak 2 kali iaitu sabtu dan ahad.Budak-budak putih sudah habis pengajian mereka sampai elak pukul.Bagi kami ahli senior - hijau - sudah menghabiskan '21 jurus pukulan' dan '45 Jurus Anak Harimau'.Acara bergambar disibukkan dengan bebudak arab yang suka tengok kamera.Thankz for Bro Ehsan, Bro Fitri and Bri Ejad.Naim, Hilman, ustz Jai, Yuzek, ustz Halim, Anan and Baha jumpa lagi di musim Saifi.Bebudak putih..tolong peringat bebaik buah asas dan buah elak pukul.


Akhir kalam salam imtihan buat kengkwan semua.Semoga imtihan yang akan datang ini akan Allah SWT berikan kepada kita nikmat kelapangan dada dan dipermudahkan segala penghafalan dan pemahaman kita di dalam madah-madah yang kita bawa.

Bittaufiq Maa Najah InsyaAllah

ilalliqa maa salamah.
farizalshah
thaniah street,seberbay,tanta


Friday, April 06, 2007

Maulidiur Rasul 1428 HIjrah - Petarbiyahan Membentuk Kesatuan -

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


"Marilah Bersama-sama Meraikannya Dengan Berselawat Ke Atas Baginda"


Assalamualaikum buat semua rakan-rakan yang masih lagi Allah berikan nikmat kesihatan tubuh badan juga nikmat udara yang Allah berikan dengan percuma ini.Diri ini yang banyak dosa kepadanya berhak mendapat penyakit sebagai kifarah dosa diri ini.Banyak perihal yang kita tidak ketahui di luar dan di dalam diri seseorang, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui akan diri makhluknya itu.

Rasanya diri ini dah lama tak menulis agaknya ye.Aku bukan apa sebab seminggu lebih yang lepas aku banyak perkara yang perlu aku selesaikan, jika tak buat boleh maut diri ini.Perihal minggu lepas ialah kena siapkan BAHAS QISASUL AL QURAN.Alhamdulillah dapat siap dalam tempoh 3 hari.Mahunya tak buat boleh nayakan diri ini tau tak!!! hihihihihi.Selama 2 minggu ini aku tak berapa sedap badan...batuk-batuk dan juga selsema.Nasib baik selsema dah baik alhamdulillah.Selalu amalkan ayat-ayat syifa di dalam MANZIL karangan Syeikhul Hadith Maulana Zakaria.Allah boleh memberikan kita kesihatan tanpa asbab...tapi sebagai makhluknya kita perlu rasa malu bukan.So caranya kita perlulah berusaha untuk dapatkan kesihatan dari Allah S.W.T walaupun Allah dapat memberinya tanpa apa-apa halangan.Moga Allah berikan aku nikmat kesihatan untuk siapkan 2 bahas yang tengah dalam pembikinan, BAHAS ULUM HADITH dan juga BAHAS TAUHID.

Rasanya diri ini macam ketinggalan nak tulis satu artikel tentang satu majlis yang diangap besar bagi umat islam juga iaitu sambutan Maulidur Rasul.Rasanya dah seminggu juga Maulidur Rasul meninggalkan kita bagi tahun 1428 Hijrah ini.Kedatangan bulan RabiulAwal merupakan bulan yang dinanti-nantikan kebiasaannya oleh seluruh umat islam yang sentiasa merindui junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Tanggal 12 RabiulAwal tahun Gajah lahirlah seorang putera agung yang telah menyinari seluruh alam ini dengan pancaran keimanan.Ia merupakan tarikh agung bagi seluruh umat islam.Pada hari Isnin inilah terpadamnya api penyembahan Majusi.

Pada tahun inilah juga Allah telah turunkan bala kepada tentera bergajah Abrahah dari Habshah yang ingin menghancurkan Ka'abah.Tapi kita perlu ingat bahawa Allah itu Maha Berkuasa...Allah mengutuskan bala tentera Ababil untuk mengalahkan bala tentera Abrahah.Kelahiran baginda Muhammad S.A.W disambut dengan penuh gilang gemilang oleh kaum kerabat dan seluruh bangsa Quraiys.Kegembiraan datuknya Abd Mutholib yang tidak terhingga dengan kelahiran cucunya yang amat dinantikan dari zuriat Abdullah anaknya yang tercinta.Selepas 7 hari selepas kelahiran baginda maka nama MUHAMMAD yang disebut oleh seluruh umat langit dikalungkan kepada baginda.Nama agung inilah yang telah menyinari seluruh kegelapan masyrakat jahiliyah dan mengeplai perjuangan untuk membawa panji perjuangan penyatuan untuk umat manusia kepada berpegang dengan akidah fitrah manusia yang mengesakan Allah sebagai tuhan pencipta dan pentadbir alam.



Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Azhab ayat 21 yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah teladan yang baik bagi mu, bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan hari akhirat dia banyak mengingati Allah."
Keperibadian baginda Muhammad SAW adalah sangat hebat dan cukup mempesonakan sehinggkan baginda cukup dikenali dengan Al-Amin disebabkan akhlak baginda yang cukup tingi dan mulia.Dalam menerjah arus dunia tiada sempadan dan dasar langit terbuka ini pejuang-pejuang yang mendokong agama Allah ini berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang cukup mencabar dalam mempertahankan kedaulatan dan kebenaran islam.Bagaikan mengengam bara api biar panas sesekali tidak dilepaskan. Arus yang deras ini bukan sebagai alasan untuk menyendiri darpada terus berjuang.Sebagai mahasiswa islam kita tidak akan membiarkan arus ini menghanyutkan seluruh umat islam tanpa ada pergantungan yang kukuh.

Kita perlu tahu bahawa kekentalan mahasiswa yang merupakan benteng untuk memperjuangkan islam akan terus dirobek dengan peluru-peluru musuh dari dalam dan juga luar. Namun kita dapat melihat sedikit demi sedikit kekentalan iini semakin hari semakin lemah dengan habuan manis yang dipapar indah bagaikan bidadari yag dihiasi dengan permata berlian. Mahasiswa islam hendaklah menjadikan dirinya sebagai Qudwah kepada masyarakat samada dalam aspek proses pembelajaran, pentarbiahan, kemasyarakatan dan pembentukan persekitaran. Antara senjata yang berkesan dalam uslub dakwah yang digunakan oleh baginda Muhammad SAW adalah dakwah bil hal, keperibadian yang tinggi yang ditunjukkan oleh baginda mampu menarik minat masyarakat untuk mengenali agama islam.

Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini yang kita sambut biarlah kita sambut dengan kesedaran betapa pentingnya kita perlu menghidupkan Sunnah Baginda Muhammad SAW.Bukan hanya mementingkan pada pakaian dan tutur bicara sahaja, bahkan sebagai bakal ulama' yang berada distatus mahasiswa islam.Kita perlu menyedari bahawa islam yang dibawa oleh baginda adalah SYUMUL tidak hanya menekan dalam aspek inadat semata-mata. Dalam hal pentadbiran politik, kehakiman dan perundagan. Pertahanan dan hubungan dengan negara-negara luar. Kesemuanya telah diajar oleh baginda dengan tertegaknya Negara Islam Madinah sebagai negara negara contoh yang di teladani. Golongan Ulama' yang memimpin amat dinanti-nantikan oleh seeluruh umat islam.Mengembalikan kegemilngan umat islam adalah tanggungjawab kita bersama selaku pemegang status Mahasiswa islam.

Maka dengan peluang yang Allah berikan kepada kita untuk berada di muka bumi Mesir ini, janganlah sesekali kita melepaskan peluang untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu daripada guru-guru agar dada kita sentiasa dipenuhi dengan ilmu yang mampu enjadi penyuluh liku-liku perjalanan nanti.Sifat malas yang melekat pada tubuh badan mahasiswa islammerupakan virus yang mapu membunuh daya usaha kita.Virus ini hanya dapat dibunuh dengan vaksin rajin.Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT menerima wahyu daripada Allah dan tiada lagi selepas Baginda.Risalah Anbiya' yang terpunggak di atas bahu baginda Muhammad SAW merupakan amanah yang telah diberikan oleh Allah bagi menyempurnakan risalah-risalah Anbiya' sebelumnya.Pegukuhan akidah yang merupakan item terpenting dalam usaha dakwah Nabi MuhammadSAW membawa umat kembali ke fitrah manusia yang menyembah hanya kepada AllahSWT.Tugas berat ini tidak terhenti dengan kewafatan baginda Muhammad SAW.Ulama'lah yang akan meneruskan rantaian perjuangan ini.


"Kemegahan Makhluk Hanya Dilihat Di Satu Sudut"

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda mafhumnya:

"Para Ulama' adalah pewaris Nabi"

Nabi Muhammad SAW meninggalkan kepada pewarisnya Quran dan Sunnah sebagai panduan untuk membawa seluruh umat kejalan yang benar.Sebagai mahaiswa islam kita bertanggungjawab penuh dengan amanah ini.Jalan yang kita lalui ini adlaah jalan yang dilalui oleh pejuang yang telah banyak berbakti untuk islam sehinggakan Syahid yang bertemu mereka.Generasi mahasiswa islam yang berada di era kebangkitan islam.Kemahiran untuk memimpin perlu diterapkan dan dilatih dari sekarang.Kerana kita yakin tibanya satu masa umat islam akan kembalu dengan penuh kesedaran terhadap kepimpinan ulama'.Jika kita tidak memulakan dari sekarang,selagi itulah umat islam tidak menaruh harapan dan kepercayaan kepada kepimpinan ulama'.Mencari ulama' yang tidak sukakan habuan keduniaan amat sukar sekali.Ldahnya mengajar dimajlis ilmu, mengumpa mengata tidak segan silu, kakinya melangkah ke rumah guru, dalam masa yang sama di atidak pernah melangkah kakinya kehadapan untuk meninggalkan kepentingan nafsu.Belajarlah dari sekarang untuk menyatakan kebenaran,berkorbanlah dari sekarang jika mahu kemenangan.

Seterusnya, bertepatan dengan bulan kelahiran baginda Muhammad SAW marilah kita memperbanyakkan bacaan Quran dengan penuh penghayatan dan mengamali apa yang terkandung di dalamnya.Jauhkan dirimu daripada ingin terlepas dari segala pentaklifan yang ada di dalamnya.Basahilah lidahmu dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW .Tanamkanlah dan suburkanlah dalam diri seluruh mahasiswa islam dengan tanggunjwab sebagai ULAMA" YANG MEMIMPIN dan jangan sesekali menjadi ulama' yang berselindung dek sebalik tabir kotor yang mengintai habuan duna.

Tanggunjawab pemimpin adalah untuk menyatukan umat bukan untuk mencari titik permisahan dikalangan umat.Selain daripada itu tugasan ulama' juga adalah untuk memberi kesedaran kepada umat daripada lena dek buaian mimpi yang dicanang oleh kumpulan sekularisme yang menjadi jarum di dalam lipatan umat islam.Selagi mana kita tidak ada usaha untuk mengembalikan kesedaran berkaitan dengan keutuhan akidah,hukum-hakam, dosa pahala, syurga neraka, hudu, qisas dan takzir, maka kita seolah bersedia menanti pengistiharan sejuta umat islam Malaysia murtad.Bertanggungjawab kita dihadapan Allah SWT diakhirat kelak.


"Seindah Tempat Seindah Nama Janganlah Lupa Pada Yang esa"

Ayuh! kita bersatu dengan menumpukan untuk menyelesaikan masalah ini bersama.Mudah-mudahan junjungan besar Nabi Muhammad SAW disambut riang ketika kelahirannya namun apabila kalimah LAILAHA ILA ALLAH dilaungkan makas disitulah bermulana segala ujian dan tohmahan terhadap perjuangan baginda.Jika kalian masih dalam keadaan senang dengan kehidupan tidak letih dengan perjuangan, tidak ditomah dengan apa yang diperjuangkan.Maka mulalah kita berkata benar sekalipun pahit rasanya namun manis hasilnya.

Ya ALLAH! Jadikanlah kami sebagai bakal ulama' yang bekerja untuk islam.Jauhilah kami daripada hasutan keduniaan, berkatilah kami, tanamkanlah cinta dan rindu kami kepada penghulu sekelian Nabi.Jauhkanlah kami daripada berpecah, satukanlah kami agar kami dapat rasakan kemanisan idup bersama di dalam suasana ISLAM.Dengan keberkatan dan keabian Nabi Muhammad SAW maka penuhilah dada kami dengan ilmu yang berguna untuk diri,agama,bangsa dan negara.Selawat dan salam keatas junjungan besar NAbi Muhammad SAW agar kami dapat bersama baginda untuk mendapat syafaat...amin..yarabbala'lamin.


ilalliqa maa salamah.
farizalshah
thaniah street,seberbay,tanta

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang