Maulidiur Rasul 1428 HIjrah - Petarbiyahan Membentuk Kesatuan -

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


"Marilah Bersama-sama Meraikannya Dengan Berselawat Ke Atas Baginda"


Assalamualaikum buat semua rakan-rakan yang masih lagi Allah berikan nikmat kesihatan tubuh badan juga nikmat udara yang Allah berikan dengan percuma ini.Diri ini yang banyak dosa kepadanya berhak mendapat penyakit sebagai kifarah dosa diri ini.Banyak perihal yang kita tidak ketahui di luar dan di dalam diri seseorang, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui akan diri makhluknya itu.

Rasanya diri ini dah lama tak menulis agaknya ye.Aku bukan apa sebab seminggu lebih yang lepas aku banyak perkara yang perlu aku selesaikan, jika tak buat boleh maut diri ini.Perihal minggu lepas ialah kena siapkan BAHAS QISASUL AL QURAN.Alhamdulillah dapat siap dalam tempoh 3 hari.Mahunya tak buat boleh nayakan diri ini tau tak!!! hihihihihi.Selama 2 minggu ini aku tak berapa sedap badan...batuk-batuk dan juga selsema.Nasib baik selsema dah baik alhamdulillah.Selalu amalkan ayat-ayat syifa di dalam MANZIL karangan Syeikhul Hadith Maulana Zakaria.Allah boleh memberikan kita kesihatan tanpa asbab...tapi sebagai makhluknya kita perlu rasa malu bukan.So caranya kita perlulah berusaha untuk dapatkan kesihatan dari Allah S.W.T walaupun Allah dapat memberinya tanpa apa-apa halangan.Moga Allah berikan aku nikmat kesihatan untuk siapkan 2 bahas yang tengah dalam pembikinan, BAHAS ULUM HADITH dan juga BAHAS TAUHID.

Rasanya diri ini macam ketinggalan nak tulis satu artikel tentang satu majlis yang diangap besar bagi umat islam juga iaitu sambutan Maulidur Rasul.Rasanya dah seminggu juga Maulidur Rasul meninggalkan kita bagi tahun 1428 Hijrah ini.Kedatangan bulan RabiulAwal merupakan bulan yang dinanti-nantikan kebiasaannya oleh seluruh umat islam yang sentiasa merindui junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Tanggal 12 RabiulAwal tahun Gajah lahirlah seorang putera agung yang telah menyinari seluruh alam ini dengan pancaran keimanan.Ia merupakan tarikh agung bagi seluruh umat islam.Pada hari Isnin inilah terpadamnya api penyembahan Majusi.

Pada tahun inilah juga Allah telah turunkan bala kepada tentera bergajah Abrahah dari Habshah yang ingin menghancurkan Ka'abah.Tapi kita perlu ingat bahawa Allah itu Maha Berkuasa...Allah mengutuskan bala tentera Ababil untuk mengalahkan bala tentera Abrahah.Kelahiran baginda Muhammad S.A.W disambut dengan penuh gilang gemilang oleh kaum kerabat dan seluruh bangsa Quraiys.Kegembiraan datuknya Abd Mutholib yang tidak terhingga dengan kelahiran cucunya yang amat dinantikan dari zuriat Abdullah anaknya yang tercinta.Selepas 7 hari selepas kelahiran baginda maka nama MUHAMMAD yang disebut oleh seluruh umat langit dikalungkan kepada baginda.Nama agung inilah yang telah menyinari seluruh kegelapan masyrakat jahiliyah dan mengeplai perjuangan untuk membawa panji perjuangan penyatuan untuk umat manusia kepada berpegang dengan akidah fitrah manusia yang mengesakan Allah sebagai tuhan pencipta dan pentadbir alam.



Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Azhab ayat 21 yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah teladan yang baik bagi mu, bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan hari akhirat dia banyak mengingati Allah."
Keperibadian baginda Muhammad SAW adalah sangat hebat dan cukup mempesonakan sehinggkan baginda cukup dikenali dengan Al-Amin disebabkan akhlak baginda yang cukup tingi dan mulia.Dalam menerjah arus dunia tiada sempadan dan dasar langit terbuka ini pejuang-pejuang yang mendokong agama Allah ini berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang cukup mencabar dalam mempertahankan kedaulatan dan kebenaran islam.Bagaikan mengengam bara api biar panas sesekali tidak dilepaskan. Arus yang deras ini bukan sebagai alasan untuk menyendiri darpada terus berjuang.Sebagai mahasiswa islam kita tidak akan membiarkan arus ini menghanyutkan seluruh umat islam tanpa ada pergantungan yang kukuh.

Kita perlu tahu bahawa kekentalan mahasiswa yang merupakan benteng untuk memperjuangkan islam akan terus dirobek dengan peluru-peluru musuh dari dalam dan juga luar. Namun kita dapat melihat sedikit demi sedikit kekentalan iini semakin hari semakin lemah dengan habuan manis yang dipapar indah bagaikan bidadari yag dihiasi dengan permata berlian. Mahasiswa islam hendaklah menjadikan dirinya sebagai Qudwah kepada masyarakat samada dalam aspek proses pembelajaran, pentarbiahan, kemasyarakatan dan pembentukan persekitaran. Antara senjata yang berkesan dalam uslub dakwah yang digunakan oleh baginda Muhammad SAW adalah dakwah bil hal, keperibadian yang tinggi yang ditunjukkan oleh baginda mampu menarik minat masyarakat untuk mengenali agama islam.

Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini yang kita sambut biarlah kita sambut dengan kesedaran betapa pentingnya kita perlu menghidupkan Sunnah Baginda Muhammad SAW.Bukan hanya mementingkan pada pakaian dan tutur bicara sahaja, bahkan sebagai bakal ulama' yang berada distatus mahasiswa islam.Kita perlu menyedari bahawa islam yang dibawa oleh baginda adalah SYUMUL tidak hanya menekan dalam aspek inadat semata-mata. Dalam hal pentadbiran politik, kehakiman dan perundagan. Pertahanan dan hubungan dengan negara-negara luar. Kesemuanya telah diajar oleh baginda dengan tertegaknya Negara Islam Madinah sebagai negara negara contoh yang di teladani. Golongan Ulama' yang memimpin amat dinanti-nantikan oleh seeluruh umat islam.Mengembalikan kegemilngan umat islam adalah tanggungjawab kita bersama selaku pemegang status Mahasiswa islam.

Maka dengan peluang yang Allah berikan kepada kita untuk berada di muka bumi Mesir ini, janganlah sesekali kita melepaskan peluang untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu daripada guru-guru agar dada kita sentiasa dipenuhi dengan ilmu yang mampu enjadi penyuluh liku-liku perjalanan nanti.Sifat malas yang melekat pada tubuh badan mahasiswa islammerupakan virus yang mapu membunuh daya usaha kita.Virus ini hanya dapat dibunuh dengan vaksin rajin.Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT menerima wahyu daripada Allah dan tiada lagi selepas Baginda.Risalah Anbiya' yang terpunggak di atas bahu baginda Muhammad SAW merupakan amanah yang telah diberikan oleh Allah bagi menyempurnakan risalah-risalah Anbiya' sebelumnya.Pegukuhan akidah yang merupakan item terpenting dalam usaha dakwah Nabi MuhammadSAW membawa umat kembali ke fitrah manusia yang menyembah hanya kepada AllahSWT.Tugas berat ini tidak terhenti dengan kewafatan baginda Muhammad SAW.Ulama'lah yang akan meneruskan rantaian perjuangan ini.


"Kemegahan Makhluk Hanya Dilihat Di Satu Sudut"

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda mafhumnya:

"Para Ulama' adalah pewaris Nabi"

Nabi Muhammad SAW meninggalkan kepada pewarisnya Quran dan Sunnah sebagai panduan untuk membawa seluruh umat kejalan yang benar.Sebagai mahaiswa islam kita bertanggungjawab penuh dengan amanah ini.Jalan yang kita lalui ini adlaah jalan yang dilalui oleh pejuang yang telah banyak berbakti untuk islam sehinggakan Syahid yang bertemu mereka.Generasi mahasiswa islam yang berada di era kebangkitan islam.Kemahiran untuk memimpin perlu diterapkan dan dilatih dari sekarang.Kerana kita yakin tibanya satu masa umat islam akan kembalu dengan penuh kesedaran terhadap kepimpinan ulama'.Jika kita tidak memulakan dari sekarang,selagi itulah umat islam tidak menaruh harapan dan kepercayaan kepada kepimpinan ulama'.Mencari ulama' yang tidak sukakan habuan keduniaan amat sukar sekali.Ldahnya mengajar dimajlis ilmu, mengumpa mengata tidak segan silu, kakinya melangkah ke rumah guru, dalam masa yang sama di atidak pernah melangkah kakinya kehadapan untuk meninggalkan kepentingan nafsu.Belajarlah dari sekarang untuk menyatakan kebenaran,berkorbanlah dari sekarang jika mahu kemenangan.

Seterusnya, bertepatan dengan bulan kelahiran baginda Muhammad SAW marilah kita memperbanyakkan bacaan Quran dengan penuh penghayatan dan mengamali apa yang terkandung di dalamnya.Jauhkan dirimu daripada ingin terlepas dari segala pentaklifan yang ada di dalamnya.Basahilah lidahmu dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW .Tanamkanlah dan suburkanlah dalam diri seluruh mahasiswa islam dengan tanggunjwab sebagai ULAMA" YANG MEMIMPIN dan jangan sesekali menjadi ulama' yang berselindung dek sebalik tabir kotor yang mengintai habuan duna.

Tanggunjawab pemimpin adalah untuk menyatukan umat bukan untuk mencari titik permisahan dikalangan umat.Selain daripada itu tugasan ulama' juga adalah untuk memberi kesedaran kepada umat daripada lena dek buaian mimpi yang dicanang oleh kumpulan sekularisme yang menjadi jarum di dalam lipatan umat islam.Selagi mana kita tidak ada usaha untuk mengembalikan kesedaran berkaitan dengan keutuhan akidah,hukum-hakam, dosa pahala, syurga neraka, hudu, qisas dan takzir, maka kita seolah bersedia menanti pengistiharan sejuta umat islam Malaysia murtad.Bertanggungjawab kita dihadapan Allah SWT diakhirat kelak.


"Seindah Tempat Seindah Nama Janganlah Lupa Pada Yang esa"

Ayuh! kita bersatu dengan menumpukan untuk menyelesaikan masalah ini bersama.Mudah-mudahan junjungan besar Nabi Muhammad SAW disambut riang ketika kelahirannya namun apabila kalimah LAILAHA ILA ALLAH dilaungkan makas disitulah bermulana segala ujian dan tohmahan terhadap perjuangan baginda.Jika kalian masih dalam keadaan senang dengan kehidupan tidak letih dengan perjuangan, tidak ditomah dengan apa yang diperjuangkan.Maka mulalah kita berkata benar sekalipun pahit rasanya namun manis hasilnya.

Ya ALLAH! Jadikanlah kami sebagai bakal ulama' yang bekerja untuk islam.Jauhilah kami daripada hasutan keduniaan, berkatilah kami, tanamkanlah cinta dan rindu kami kepada penghulu sekelian Nabi.Jauhkanlah kami daripada berpecah, satukanlah kami agar kami dapat rasakan kemanisan idup bersama di dalam suasana ISLAM.Dengan keberkatan dan keabian Nabi Muhammad SAW maka penuhilah dada kami dengan ilmu yang berguna untuk diri,agama,bangsa dan negara.Selawat dan salam keatas junjungan besar NAbi Muhammad SAW agar kami dapat bersama baginda untuk mendapat syafaat...amin..yarabbala'lamin.


ilalliqa maa salamah.
farizalshah
thaniah street,seberbay,tanta

Comments

Popular Posts