Bertukar Kulit (Template) Baru

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Lipatan Ringkas Peperiksaan:



Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa dekat blog aku nie.Rasanya dah lama sangat aku tak menulis kat dalam blog aku nie.Tak der apa yang nak aku isikan di dalam blog aku dalam fatrah exam nie.Kepala otak aku ni masih lagi terbayang akan 3 paper examination yang akan aku tempuhi pada 3 JUN untuk madah TAUHID, 5 JUN untuk madah ULUM HADITH dan terakhir sekali madah MILAL WA NIHAL pada 10 JUN.

Aku telahpun selesai 3 paper yang lepas pada 20 MEI untuk madah AL QURAN 22 MEI untuk madah TAFSIR dan 24 MEI untuk madah QASASUL QURAN.Terasa lama pulak untuk menempuhi 9 hari ini untuk berjumpa madah TAUHID.Nak kata prepare belum sampai 70% huhuhuhu.Nanti tak dapat jawab jadi Ulama' Mutakallimin karang.

Explore Template Baru:

Sebab nak reles tension aku saja-saja je bukak blog aku nie.Aku tgk blog aku ni macam dah biol jek bagi template yang lama hahahahaha. Tak tahulah template yang baru aku dapat ni pun biol juga.Aku rasa dia biol dekat dalam Internet Explorer je rasanya.Kalau dekat Mozilla Firefox tak der masalah rasanya.Aku pun tengah pening nie ... apasal aku puya blog ni tak leh nak bukak dekat Explorer, padahal aku dah "mengerekkannya"(mencantikkan - bahasa apa entah aku guna =).



Aku dapat template blog ni masa aku ziarah-ziarah blog kenalan aku.Sekali tengok macam cantik so aku nak cubalah manalah tahu boleh perbetulkan blog aku yang lama tue.Sekali aku tengok sama je hasilannya bila aku tengok dekat dalam Exlorer.Hai memang tiada rezeki akulah dengan explorer ini.Aku rasa Explorer tak boleh supportlah blog yang 'gerek' seperti blog aku ni.hahahahahaha.

Pergh sekarang ini musim panas, rumah aku dah macam ketuhar dah.Mana tidaknya rumah aku ni second last 'SUTUH' hahahahaha. Memang kalau duduk dekat rumah aku ni tanpa kipas alamat boleh mengelupas kulit-kulit korang huhuhu.Apa yang aku merepek ini... :P Masa aku tengah menaip isian merepek ini suhu kat bilik aku mencecah 36 darjah celcius.Boleh magrain kepala otak aku ni kalau hendak menghafal time nie.Sebab itulah tangan aku ni nakal nak menaip hari ini.Hari ada mood rasanya.kalau tiada mood jangan harap aku hendak menaip untuk blog aku pada musim exam ini.



Buah-buahan Musim Saifi-Panas:



Musim 'SAIFI' ini teringat aku dekat buah-buahan yang akan muncul pada musim ini.Firstly yang akan aku rasa TEMBIKAI dan TEMBIKAI SUSU lepas itu MISH-MISH lepas itu BARQUQ lepas itu KHUH(Peach). Selepas 4 buah-buahan itu muncul dan aku telah memakan mereka semua akan muncullah Anggur huhuuhu aku tidak sabar hendak meratah ANGGUR BANATIY yang aku baru tahu namanya bagi anggur yang tiada biji masa aku ziarah blog kawan aku ANIS huhuhu.Kalau dekat MALAYSIA nak jumpa anggur boleh tapi kalau nak beli fikir dua tiga kali bukan.Sebabnya harganya yang mahal.Kalau dekat sini nak dapatkannya macam "Pisanag Goreng" kat gerai-gerai makcik-makcik tepi jalan itu.Samalah keadaannya kat sini.Anggur murah sangat.Kitorang siap boleh meratah anggur tanpa belas kasihan hahahahaha.


Kalau kamu nak tahulah tembikai susu dekat sini orang arab mesir dipanggil "ANANAS" atau yang fushah nyer "SHAMAM" kalau tembikai yang besar itu "BATTIKH" tak pasti plak nama itu betul ke tidak.Tentang "MISH-MISH" dan "KHUH" ada perbezaannya huhuhuhu yang 'mish-mish' itu buahnya kecik saja dan berwarna kuning.Jika 'khuf' itu besar sikit dari yang kecik itu warnanya merah-merah merun.

Oklah rasanya itu sahaja yang aku boleh tulis untuk bagi tahu dekat korang semua selama aku hidup masa aku duduk musim saifi ini dan masa imtihan ini.Semoga yang masih imtihan itu tetapkan diri dan kuatkan semangat untuk menghadapi ujian dunia nie..Gambatee!!...Aja! Aja! Fighting.

ilalliqa maa salamah




Comments

Popular Posts