Imtihan Be Coming...are you ready?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Are you ready to sit for the exam..?




Assalamualaikum buat teman seperjuangan yang masih lagi thabit di dalam menyuarakan pendapat dan mengutarakan perdebatan yang mampu mengekploitasikan pemikiran pembaca yang membaca tulisan-tulisan maya kita.Mungkn di kala ini kita masih lagi tergapai-gapai akan hadaf yang perlu kita nilaikan di dalam setiap penulisan maya yang kita titipkan di dalam setiap pengeluaran idea yang pro dan kontranya kita tolak ketepi dahulu untuk mendapat konkulasi yang baik dari setiap pembaca pada hakikatnya.Walau bagaimanapun kita sebagai penulis maya ini perlulah tahu akan fikrah dan hadaf utama kita menulis ini adalah untuk mengembalikan sinar penulisan fikri Islamiah yang pada masa dulu kian pupus dan sekarang ini di datangkan kembali bak kata pepatah "patah tumbuh hilang berganti".



Rasanya diri ini sudah lama juga tidak mengutarakan sesuatu untuk tatapan sahabat-sahabat yang sealiran dan sefikrah ataupun sehobi dengan aku ini.Apa-apapun aku ucapkan tahniah kepada sesiapa yang mampu lagi thabit di dalam penulisan dan entrynya di dalam blog mereka.Syabas aku ucapkan.

Bulan Mei dan bulan Jun ini merupakan tarikh keramat bagi mereka yang menuntut di permukaan bumi Mesri yang barakah ini.Bumi Anbiya' dan Auliya' yang sekian dulunya melahirkan peristiwa-peristiwa penting yang tertulis di dalam Al-Quran sendiri dan juga di dalam Al-Hadith.Para ulama'- ulama' dunia yang terulung kebanyakannya menuntut dan memperolehi ilmunya dari madrasah Pengajian Islam yang tertua di dunia dan University pertama dan tertua di dunia.

Fatrah imtihan semakin hampir sangat dengan kami di sini.Mahasiswa dan mahasiswi semuanya berkabung di dalam kehidupan mereka, apa tidaknya suasana yang dulunya penuh dengan kegembiraan dan keenakan sekarang ini semakin nyata akan perubahannya.Dari malas menjadi rajin, dari banyak lepak menjadi anak-anak dara di dalam bilik, kurang tidur, kurang makan dan minum, kurang bermain-main, kurang berbual-bual kosong atau chating dan lain-lain.

Seringkali kita lihat keadaan sedemikian akan terlihat oleh kita bila mana munculnya fatrah imtihan di seluruh institusi pendidikan dunia.Tidak ketinggalan juga bagi kami pelajar al-Azhar.Terasa cemas dan takut sentiasa di selubungi di dalam diri setiap pelajar.Kenapa agaknya kita terlalu takut dengan perkataan 'EXAMINTAION - IMTIHAN - PERIKSA' padahal kita sudah hadapinya sejak kita kenal akan huruf ABC di tadika ketika berumur 5 atau 6 tahun.Sehinggalah kita masuk ke sekolah rendah kemudian menengah kemudian kita hadapi benda yang sama di Universiti.Kalau difikirkan secara lojik akal kita sepatutnya tidak akan berasa cemas dan takut akan kemunculannya.Tapi itulah kita MANUSIA yang mempunyai naluri dan perasaan yang tersemat di dalam Ruh dan Nafsu.

Kita kekadang tidak sedar dan tidak perasan yang hidup ini merupakan tempat ujian yang penuh dengan onak duri dan cabaran yang selalu mendatang? Ujian tidak mengenal erti masa, tempat dan keadaan seseorang.Allah SWT sendiri yang menjadikan makhluknya itu baik manusia, malaikat, jin, haiwan, tumbuhan dan makhluk lain yang kita tidak ketahui kewujudan mereka untuk mendiami alam yang fana ini adalah semata-mata untuk menguji sejauh manakah kesetiaan mereka kepada SANG PENCIPTA mereka.




Allah SWT berfirman yang maksudnya:

"Dialah Allah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalannya."


Dalam ayat lain juga Allah SWT berfirman yang
bermaksud:


"Dan kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburkan
sebagai ujian yang hebat.Dan kepada kamilah kamu akan di kembalikan." (Al Anbiya:35)


Oleh yang demikian kita sebagai makhluknya perlu tahu bahawa, keseluruhan kehidupan kita sebenarnya merupakan ujian yang mahu akan natijah itu akan di nilai disisi Allah SWT.Bermula dari perih-jerih ibu yang melahirkan kita sehinggalah diri kita meninggalkan dunia ini selama-lamanya.Setiap detik dan waktu kita di uji oleh Allah SWT.Pertembungan di antara kehendak nafsu dan tuntutan dari Ilahi, di antara dosa dan juga pahala, di antara haram dan halal.Pertembungan ini berlaku setiap waktu dan ketika di dalam diari kehidupan ketika bermula sebelum terbitnya fajar sodik yang merupakan tanda berjemaahkah kita di masjid untuk menunaikan solat fardu subuh?, yang senantiasa di uji dengan keenakan ulitan mimpi, kelembutan selimut lihaf dan semestinya keheningan dan kedinginan embunan pagi teruja di situ.


Bukan di situ sahaja kita di uji, di uji lagi dengan solat dhuhanya yang semestinya diri kita disibukkan dengan urusan duniawi kita, tugasan harian kita sebagai pelajar khususnya dan pelbagai macam bentuk aktiviti lagi.Tidak terlepas juga kehidupan ini dengan kenikmatan dan bala yang di turunkan kepada kita.Kenikmatan dan bala itu juga merupakan ujian yang Allah timpakan kepada kita.Adakah diri kita ini bersyukur atas apa yang Allah berikan kepada kita baik dari segi bentuk kenikmatan dan juga bala?Adakah kita bersabar dan menerimanya dengan hati yang ikhlas?Adakah kita menerimanya sebagai qada' dan qadar dari Allah SWT.


Tidak lupa juga dengan ujian dari musuh utama kita umat islam iaitu bisikan dan godaan jahat syaitan.Di mana diri kita seringkali dipermainkan dengan dugaan dan ilusi keseronokan ciptaan jin dan iblis serta syaitan yang sudah bersumpah di depan Allah SWT untuk menyesatkan umat manusia dari keturunan datuk nenek moyang kita NABI ADAM dan SITI HAWA.Adakah kita dapat menghadapi ujian-ujian tersebut dengan keteguhan hati dan mempertahankan tuntutan syariat yang Allah berikan pada kita?Ataupun kita kalah,tergelincir,jatuh,tenggelam dan hanyut di dalam tuntutan hawa nafsu ciptaan kita sendiri dengan bantuan dari makhluk laknatullah.Fikirkanlah?


Seringkali jika kita lihat akan kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.Umat manusia lebih cenderung untuk melihatkan kejayaan diri itu untuk dunia itu sendiri.Garapan dan capaian yang terhasil dari titik peluh dengan takdir atau natijah yang pelbagai seperti MUMTAZ, JAYYID JIDDAN ataupun JAYYID lebih di senangi dari kejayaan di akhirat.Adakah kita pernah terfikir akan kejayaan yang kita kecapi di dunia ini boleh menyamai nilaiannya di sisi Allah sama dengan akhirat?Betapa ramai orang yang memperolehi kejayaan di dunia tetapi kecundang di akhirat, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.Bukanlah aku mengatakan aku menolak kejayaan di dunia malahan kejayaan di dunia juga penting untuk meneruskan kehidupan kita di dunia ini.Islam mengesa kita menempah kejayaan di dunia adalah untuk menjadi sumber loncatan kita untuk berjaya di akhirat kelak.



Imam Ghazali pernah menyatakan dalam kitab MINHAJ AL-'Abidin:




"Sesiapa yang mengutamakan dunianya pasti pasti akan
berkurangannya penumpuan kepada akhirat dan sesiapa yang mengutamakan akhiratnya
pasti akan berkurang penumpuannya kepada dunianya."


Maka utamakanlah sesuatu yang kekal daripada sesuatu yang fana.Nabi juga bersabda yang bermaksud:


"Hampir-hampir kefakiran dan kegagalan itu membawa kepada kekufuran".





Maka oleh yang demikian, kita sebagai tolib ilim ini yang rata-rata masih lagi menuntut di setiap pelusuk institusi pendidikan di seluruh dunia perlulah menyusun pelbagai strategi dan percaturan agar tidak kecundang di kedua-dua persimpangan ini.Antara yang terpenting perluanya ada di dalam diri kita ialah:


Pertama-Memperbaharui niat yang ikhlas agar setiap pekerjaan yang kita lakukan hanyalah semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana makhluk.Ingat hafalan,kefahaman dan ingatan(makhluk) tidak boleh mendatangkan kejayaan pada manusia.Allah SWT sahaja yang boleh menentukannya.Tapi makhlk juga perlu kerana ia merupakan usaha dan ikhtiar kita.


Kedua-Memperbanyakan taqarrub dan 'ubudiah kita kepada Allah SWT.Bukan masa kita berimtihan sahaja kita ingat dan rajin untuk bertemu dan berbual-bual serta dekat pada Allah.Sewajibnya senantiasa diri kita dekat dengannya sehingga ajal kita.


Ketiga-Menambahkan usaha dan ketekunan kita tanpa mengenal erti jemu, penat, dan lelah.Sebagaimana kata ulama: Kejayaan tidak akan dicapai dengan kerehatan.




اذا عرفت ما هان عليك ما تبذل


Ertinya:Apabila engkau mengetahui apa yang engkau kehendaki akan
terasa mudah apa yang terpaksa engkau korbankan.

Secara konklusinya marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menghisab kembali kedudukan dan tempat kita di sisi Allah.Moga-moga kita sentiasa berada di sisi-NYA dan berada di dalam keberkatan dan rahmatnya InsyaAllah.Tidak lupa juga moga dikecapkan rasa rendah diri dan diredhai oleh Allah SWT dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.



Post Lebihan(huhuhuhu) =)


"Assalamualaikum ya akhi wa ukhti...sempena exam yang akan menjelang ini aku nak mohon maaf dekat antum jika selama aku berkawan dengan antum,semua ada yang terkecik hati dan terasa hati harap dimaafkan...doakan kejayaan bersama =) amin"


20 Mei 2007 - Al Quran Tahriri 22 Mei 2007 - Tafsir24 Mei 2007 - Qasasul Quran3 Jun 2007 - Tauhid5 Jun 2007 - Ulum Hadith10 Jun 2007 - Milal Wa Nihal

Comments

Popular Posts