Barang Jenama Anda

Wednesday, June 27, 2007

'MMKT' dan cuti-cuti Malaysia.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Berakhir Minggu Mahabah Keluarga Tanta 2007

Sudah dua hari MMKT melabuhkan tirainya. Juara keseluruhan sudah diketahui umum, Kamsis Qalyubi mempertahankan kejuaraan sejak MMKT di laksanakan di bumi Tanta ini. Juara keseluruhan di apit erat di dada Penghulu Kamsis Ustaz Azhan. Komitmen yang tinggi dan tolong-menolong di antara penduduk Qalyubi juga merupakan antara sebab MMKT memberikan kemenangan ke atas Kamsis Qalyubi. Antarnya acara yang dimenangi ialah membolot emas dalam Sepak Takraw dan juga Bola Tampar. Johan dalam acara balapan. Johan juga di dalam acara dewan.Kamsis Qalyubi meninggalkan lawan di tempat kedua dengan jarak mata amat jauh iaitu dalam 100 mata lebih. Kiraan mata Kamsis Qalyubi ialah dalam 2 ratus lebih dan tempat kedua Kamsis Syarbini dengan kiraan mara 1 ratus lebih. Tahniah di ucapkan kepada semua warga Tanta kerana memberi komitmen yang tinggi di dalam MMKT 2007 ini.Semoga kita akan bertemu lagi di MMKT pada tahun akan datang. Juara-juara di dalam MMKT akan di calonkan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK).

Pulang bercuti

Semalam merupakan hari kepulangan bagi sahabat-sahabat aku yang sekali datangnya ke bumi anbiya ini ke Malaysia untuk menghabiskan cuti musim panas yang mengambil masa selama tiga bulan lebih. Miftah, Syafiq, Zaini, Yazid dan Amini.Abang Kama, Muniq dan Bahrom dua hari lepas. Memang ramai pada tahun ini balik bercuti ke Malaysia. Aku pun tidak tahu apa sebab musabab mereka balik lebih-lebih lagi adik-adik baru yang belum sampai setahun tinggal di bumi Mesir ini. Boleh dikatakan lambakan pelajar Malaysia Mesir balik bercuti ke tanah air memang mengejutkan aku. Terasa bumi Mesir ini kosong terutamanya bumi Tanta ini. Masalan tidak sejak habisnya peperiksaan fasa kedua dua minggu yang lepas kedengaran sudah ada pelajar yang sudah sampai di Malaysia. Pening kepala aku memikirkannya, bukan kerana apa sepatutnya abang-abang lama yang sudah bertahun duduk belajar di sini sepatutnya balik ke Malaysia tetapi ini pelajar yang baru sahaja mengenali sedikit ilmu di bumi anbiya ini sudah mahu balik ke Malaysia

Bukan aku hendak cemburu dengan mereka, bohonglah kalau tiada perasaan mahu pulang ke tanah air berjumpa dengan ibu dan ayah. Tetapi aku fikir ilmu aku masih lagi cetek dan mentah untuk menjawab pelbagai persoalan yang bakal timbul di kalangan masyarakat kita khususnya Melayu Islam jika aku tergesa-gesa pulan ke tanah air.

Tapi bagi mereka yang sudah lebih dua tahun duduk di sini kemungkinan bolehlah balik ke Malaysia untuk melihat suasana masyarakat di tanah air.Bukan untuk suka-suka tetapi untuk mengambil serba sedikit analisis keadaan masyarakat untuk kita bawa pulang ke Mesir bagi membuat persedian yang rapi bagi diri sebelum pulang kembali ke pangkuan tanah air nanti.

Bagi para sahabat yang akan pulang ke Malaysia pada bulan-bulan yang akan daytang jangan lupa bawa 'hagah' balik ke sini. Jangan lupa juga jaga diri agar tidak terpedaya dengan arus keadaan di Malaysia yang semestinya menguji tahap keilmuan dan ketaqwaan kita sebagai pelajar Azhari.

/# sesapa yang balik jangan lupa bawa hagah untuk kita yang tak balik ini ye..Lempok ke Tempoyak ke Belacan ke apa jeklah ye =P

Sunday, June 24, 2007

Minggu Mahabbah Keluarga Tanta (MMKT 2007)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi aku mencoretkan sesuatu untuk tatapan yang berminat melayari blog aku yang tidak seberapa ini. Aku bukan apa tidak banyak aku rasa di dalam pengisian blog aku ini bahan-bahan ilmiah yang boleh di kongsi bersama yang ada hanyalah keadaan aku selama aku menuntut di bumi barakah ini.InsyaAllah dengan apa yang aku ceritakan ini dapatlah saudara dan saudari melihat apa yang berlaku dan apa yang terjadi selama aku bermusafir di Lembahan Nil ini.

Hari ini merupakan hari perasmian bagi Minggu Mahabbah Keluarga Tanta (MMKT) bagi tahun 2007. Ia merupakan program mega bagi kami Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT) yang menjaga kami pelajar-pelajar di Kampus Tanta ini baik Kuliah Dirasah Islamiah ataupun Kuliah Perubatan.MMKT merupakan hari keluarga untuk kami pelajar-pelajar di sini menghilangkan sedikit tekanan selama mana kami menduduki peperiksaan sebelum ini. Di sinilah kami semua menghakis tekanan-tekanan tersebut dan ia merupakan antara aktiviti yang kebanyakan pelajar-pelajar turun sama di padang. Acara padang dan dewan adalah dua pecahan dari MMKT ini.

Pada pagi tadi perasmian MMKT telah dibuat oleh Naib Presiden PMRAM iaitu Ustaz Nazim sebelum itu ucapan dari Pengarah MMKT iaitu Ustaz Mahyuddin dan Pengerusi DPMT Ustaz Husyaimi. Setelah perasmian dibuat Ustaz Nazim membuat satu tendangan bola ke arah padang bagi menandakan bermulanya MMKT 2007.

Pada hari ini perlawanan bola sepak di antara kamsis-kamsis iaitu Kamsis Qalyubi, Kamsis Syarbini, Kamsis Baidhawi, Kamsis Nawawi dan Kamsis Asnawi. Manakala dua lagi tambahan kumpulan iaitu pasukan EXCO dan juga MEDIC.Perlawanan berlangsung sehingga pukul 11 pagi.Selain itu juga perlawanan 'Tarik Tali' juga telah berlangsung pada hari ini dengan kejuaraan sekali lagi masih berpihak pada Kamsis Qalyubi juara bertahan bagi acara 'Tarik Tali'.

Semalam Jumaat 22 Jun 2007 berlangsungnya acara pembukaan bagi acara dewan dengan iaitu Tilawah Al Quran, Kuiz 'Who Whants To Be A Dai'e', Ping-pong, pertandingan khat dan juga pertandingan catur.Dalam acara dewan ini juara bagi acara kuiz dimenangi oleh Kamsis Qalyubi.

Esok: Ahad 24 Jun 2007

-Sambungan perlawanan Bola Sepak - Perlawanan Bola Tampar dan Sepak Taqraw - Sukaneka

InsyaAllah laporan dan liputan MMKT akan dibuat selama tiga hari sepanjang program ini berlangsung berlangsung. Sekian Wassalam

Thursday, June 21, 2007

Perajurit Darah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Tepat jam pukul 2.00 pagi
Belukar di sempadan Tanganuya

Kelihatan beberapa derapan kaki mula menyusur di dalam semak-samun daripada pengetahuan musuh.Langkah diatur dengan sungguh berhati-hati. Komander Sarun melihat anak-anak buah mula membuka langkah tanpa menghiraukan arahan darinya.Kelihatan mereka mula di kenal pasti musuh.Kesemua Batalion kedua mula menyembunyikan diri di antara semak samun yang tumbuh banyak di permukaan.Komander mula mengatur langkah mencari satu sudut untuk mengintai peluang untuk memasuki kawasan larangan musuh.Rupanya sangkaan Komander Sarun meleset, kelibatnya sudah dikesan musuh dengan tepat sekali.Komander Sarun dan anak buahnya tidak dapat berbuat apa-apa.Satu serangan hebat menerjah ke arah mereka.

"BOMMMMMMM!!! Arghhhhhhh...!!!!"
Tiba-tiba satu letupan dan pekikan berkumandang di udara menerjah ke dendang telinga komander menyebabkan beliau tergamam seketika.
"Prebet Ciko apa yang terjadi pada Blok 2?", komander bertanya sesuatu kepada salah seorang prebet di dalam kumpulannya.
"Tuan, Blok 2 sudah dikesan oleh musuh tuan! Pekikan yang kita dengari tadi datang dari arah mereka tuan!, sahut Prebet Ciko dengan nada tercungap-cungap mencari ruangan nafas.
"Sila hantarkan tele ke Blok 5 untuk berjaga-jaga agar lebih berhati-hati dengan musuh dan pasti keadaan berada di dalam keadaan selamat!," arahan tegas kedengaran dari keronkong Komander Tatun.
"Baik tuan, saya laksanakan tugasan yang diberikan tuan!"
"Laksanakan!", tegas Komander Tatun.
"Taro 1 dari Taro 3!!!...Taro 1 dari Taro 3!!! sila sambung over...."

Kedengaran satu suara dari pita tele menerjah ke pendengaran Prebet Kato, dengan bingkas dan tangkas dia menjawabnya dengan aturan yang baru sahaja sampai itu.Komander Titun yang berada di sebelah memasang derianya untuk mengawasi keadaan anak buahnya itu.Sambil dua lagi di depan dan di belakang Prebet Kato.

"Taro 1 dari Taro 5!!!...Taro 1 dari Taro 5 menyambung over....", kelihatan tercungap-cungap Prebet Kato menyambung talian tele yang tidak berapa jelas itu.
"Taro 1 dari Taro 3!!!...Taro 1 dari Taro 3 mendapat sambungan over..."
"Pesanan dari Ketua Komander 'Ops Curi Darah' Komander Tatun menyuruh agar Blok 5 dapat berjaga-jaga dan bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku!", terang Prebet Ciko.
"Baik! pesanan di terima dengan jelas!", jelas Prebet Kato.

Kedengaran akan nama Komander Tatun, Komander Titun merasakan satu aliran perasaan melanda di dalam benak hati dan perasaannya.Masakan tidak nama yang baru sahaja didengarnya tadi membuatkan hatinya tidak sedap hati.

"Abang merupakan ketua bagi 'Ops Curi Darah' ini? dan adakah dia tahu akan diriku juga berada di sini?", satu pertanyaan menerjah masuk ke benak fikiran Komander Titun.
"Adakah ini merupakan kali terakhir aku dan abang hidup dan adakah aku akan bertemunya lagi?", bertanya lagi di dalam diri Komander Titun akan saudara kembarnya itu.
"Arghhhhh....!!! bodoh sekarang bukan masanya memikirkan hal sedemikan rupa!, pantang keturunan aku menyerah kalah!", tegas Komander Titun
"Selagi darah keturunan pahlawan dan perajurit ini masih ada di dalam saluran badanku ini, tidak akan ku serah jiwaku dengan pemberian percuma!".
"Walaupun peluang ada di dalam kadar peratusan yang rendah aku tetap berserah kepada Allah SWT agar aku dapat bertemu dengan abangku nanti...insyaAllah", berkata Komander Titun di dalam hati yang penuh dengan pelbagai cabang arusan ini.
Koloni Blok 3 meneruskan perjalanan mereka di dalam semak-semak yang tumbuh penuh di arusan Lenganai.Mereka mengatur langkah mereka dengan penuh berhati-hati.Komander Tatun mengarahkan mereka berjalan mengikut arahannya.Kelihatan di depan mereka terdapat satu kawasan yang sangat-sangat mereka perlukan untuk menambah bekalan mereka.Terdapat markaz yang sudah di tinggalkan, tetapi Komander Tatun merasakan ini adalah satu perangkap yang sengaja pihak musuh aturkan unutk membedil anggota-anggota 'Ops Curi Darah' kali ini.Komander mengarahkan Sarjan Kiro menganalisis kedudukan markaz itu selamat ataupun tidak dengan menggunakan teknologi yang tinggi yang mereka semua ada.Selepas 30 minit analisis sudah siap di periksa.Tiada apa-apa yang boleh di risaukan markaz yang tidak sampai 500 meter dari kedudukan Koloni Blok 3.Komander Tatun mengarahkan mereka memasuki kawasan tersenut dengan penuh hati-hati.

"Komander!! tiada apa-apa yang bahaya di sini, keadaan selamat..Roger!", Prebet Ciko memberitahu akan kedudukan mereka di hadapan.

bersambung.........................

Sunday, June 17, 2007

Selamat Hari Bapa 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



My Lovely Parents ... I Love U so Much



Tanggal 17 Jun merupakan sambutan kita kepada seorang yang tidak pernah lari dari kehidupan kita dan tanpa asbabnya kita tidak mungkin akan berada di dalam dunia ini. Hari ini merupakan hari bapa bagi semua lapisan masyarakat dekat dunia ini.Kita seringkali lupa akan peranan bapa kita selain ibu kita rasanya.Jika kita lihat secara umumlah kebanyakan manusia di muka bumi ini lebih lagi mesra dengan ibu dari ayah atau abah, betul tak?.Kalau persoalan akau ini tidak betul dan tidak logik maafkan diriku ini ya.


Bagi diri aku juga tidak ketinggalan akan kemesraan diri ini bila bersama dengan ibu aku.Lain pula dengan ayah aku, kalau berdepan dengannya pasti aku akan berasa kaget dan terdiam.Ini di sebabkan aura yang terkeluar dari tubuh badan ayah aku..huhuhu bukannya aura hikmah macam cerita-cerita cina yang ada keluar kuasa-kuasa tu(teringat komik-komik aku-Pendekar Laut & Alam Perwira). Ayah aku adalah seorang yang garang dan tegas di dalam mendidik anak-anaknya.Siapa yang silap dan buat salah.. siap! rotan sentiasa menantimu di penghujung rancangan kenakalan dan kejahatan kamu(adik beradik akulah).Ayah aku merupakan bekas Tentera Laut Di Raja Malaysia maka tidak hairanlah ayah aku mahukan anak-anaknya berdisiplin di dalam kehidupan mereka. Kami 6 adik-beradik tidak pernah di manjakan. Semuanya sama sahaja.


Bila aku sudah melanjutkan pelajaran di sini barulah aku terasa sunyi dengan jeritan dan ketegasan ayah aku.Rindu pada suara menyuruh aku bangun subuh untuk ke masjid.Rindu suaranya yang tegas mengarahkan aku menjaga restoran.Kenangan itu masih lagi tersimpan di dalam memori aku sehingga akhir hayat aku insyaAllah.Ayah aku merupakan ayah yang paling terbaik dalam hayat aku.Walaupun melihat dia seorang yang garang dan tegas tetapi kasih dan sayang yang dicurahkan kepada kami sekeluarga tidak boleh dipertikaikan.Susah ayah aku nak nampakkan kelembutan diri.Nama pun dah ayahkan.


Bapa sebagai pemimpin keluarga


Hidup ini ada pasang surutnya dan kehidupan ini akan berterusan tanpa melihat ke belakang. Tanpa kita sedar ataupun kita sedar diri seseorang yang bergelar lelaki akan merasai juga status ayah, abah, abie, bapa, baba, dady dan sebagai. Hendak ataupun tidak kita yang lelaki tetap akan mendapat status itu. Allah sudah mentakdirkan diri seorang lelaki itu akan menjadi seorang pemimpin di mana ia akan menjaga keluarga, masyarakat, negara dan juga daulah insyaAllah.Sebagai seorang pemimpin perlulah mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang punya kriadibiliti yang di acukan oleh islam itu sendiri.Ilmu agama dan juga akhlak merupakan aset yang penting dalam diri seseorang pemimpin.Tidak ketinggalan juga ilmu dunia untuk kita menangung keluarga nanti.


Sebagai bakal pemimpin keluarga seharusnya kaum lelaki bersedia akan kedatangan fitrah kehidupan itu.Langkah itu perlu dilakukan oleh seorang bapa kerana ia merupakan pemimpin dan ketua keluarga yang merupakan unit asas kepada masyarakat, negara dan umat manusia.Dalam pada itu sebagai bakal bapa bukan hanya bertanggungjawab memberi perlindungan fizikal semata-mata kepada ahli keluarga, tetapi juga berusaha melindungi dan memelihara keimanan ahli keluarga agar tidak hanyut di dalam arus kehidupan yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Kesemua elemen yang perlu ada itu hendaklah dicurahkan ke atas keluarga agar keluarga akan menjadi sebuah keluarga yang mithali 'Rumahku Syurgaku' insyaAllah.


Sehubungan itu, bapa dan bakal-bakal bapa perlu menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh terbaik untuk diikuti dalam memimpin dan mengukuhkan institusi keluarga, selain menjadi contoh terbaik di dalam keluarga yang disegani, dihormati dan disayangi ahli keluarga insyaAllah.


(*) Selamat Hari Bapa buat ayahandaku yang tercinta Mohd Shah Bin Diran. Semoga Allah memanjangkan umurmu dan mencurahkan rezeki kepadamu.I Love You So Much.

Friday, June 15, 2007

Pelajar Malaysia dibunuh kejam di Mesir

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Pelajar Malaysia dibunuh kejam di MesirKUALA LUMPUR: Seorang penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar dari kampusMansurah, Mesir mati ditikam lebih 10 kali oleh rakan senegara yang turutbelajar di kampus berkenaan, di sebuah rumah di sana semalam. Dalam kejadian12.30 malam (waktu tempatan), mangsa, Mohammad Ishak, 22, yang berasal dariKampung Rajawali, Chendering, Kuala Terengganu, meninggal dunia selepasdimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Antarabangsa As-Salam akibatkecederaan parah di kepala dan lehernya.

Jurucakap Bahagian Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Kaherah,ketika dihubungi, mengesahkan kejadian pembunuhan itu dan memaklumkan suspeksudah ditahan polis Mesir dan siasatan sedang dijalankan."Laporan hospital mendapati Mohammad kehilangan banyak darah akibat dipukulteruk di kepala, selain ditikam bertubi-tubi di bahagian leher menyebabkannyagagal diselamatkan," katanya.Lelaki yang menyerang Mohammad, berasal dari Dengkil, Selangor, tidak sempatmelarikan diri dan ditahan di tempat kejadian oleh jiran mangsa sebelumdiserahkan kepada polis, katanya.

Lelaki itu, pelajar Tahun Dua Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar (KampusMansurah), ditahan bersama tiga pisau berlumuran darah, dipercayai senjata yangdigunakan dalam pembunuhan berkenaan, kata jurucakap itu."Ibu bapa mangsa dan suspek sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Kita jugasedang menunggu perkembangan siasatan kes bagi mengenalpasti motif kejadian,"katanya.

Di KUALA TERENGGANU, abang Mohammad, Hussein Ishak, 28, berkata beliau mendapatberita tentang kejadian yang menimpa adiknya itu kira-kira 9.15 pagi tadi daripada salah seorang abangnya yang berada di Kuala Lumpur."Saya terus menghubungi Kedutaan Malaysia di Mesir untuk bertanyakan kesahihancerita tersebut dan pegawai berkenaan memberitahu adik saya meninggal duniaakibat ditikam oleh seorang pelajar Malaysia yang berasal dari Selangor di rumahsewanya," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya.Hussein berkata beliau dimaklumkan bahawa ketika kejadian, adiknya bersendiriandi rumah sewanya itu apabila didatangi oleh pelajar terbabit yang datang mencarisalah seorang daripada temah serumah adiknya.

Bagaimanapun, katanya teman serumah adiknya itu telah keluar dari rumahmenyebabkan pelajar terbabit menjadi berang."Ketika itu adik saya keseorangan dan mungkin kerana ingin melepaskan geram, diapergi ke dapur dan mengambil pisau lalu menetak adik saya. Adik saya cubamelawan tetapi dia terus mengejar dan menetak adik saya sehingga mengalami lukaparah," katanya.Beliau berkata ketika adiknya melarikan diri ke bilik air dan cuba mendapatkan pertolongan, pelajar terbabit terus menetak adiknya sehingga pengsan.Beliau berkata adiknya akan dikebumikan di Mesir oleh pihak kedutaan Malaysia disana kerana keluarganya tidak mampu menyediakan kos sebanyak RM10,000 bagiurusan membawa pulang jenazah. Bernama

belasungkawa

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yg amat apabila seorang pelajar Muhammad bin Ishak (Terng) meninggal dunia pukul 1pg malam di hospital dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman diseluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk dikepalanya. kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam hari rabu 13jun di sebuah rumah pelajar Msia di pasar di dirasat, Mansurah, Egypt. Mangsa yg sedang bermain komputer di serang dr belakang dan bergelut sehinggala ditetak seluruh badan dgn 3 pisau. Antaranya pisau pemotong daging yg baru dibeli. Mangsa yg ditetak bertalu2 lari ke balakon dlm keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian arab di pasar.Maka arab tadi pun naik ke ats dan menjumpai mangsa terbaring berlumuran darah dan ada pelajar msia lain disisinya berlumuran darah.Mka arab menangkap suspek dan menghantar mangsa ke hospital dauli. Dia sedar dlm pukul 10 dan ditanya sebab ape suspek bertindak begitu; dia menjawab: "Dia tu gila" kemudian dia dibawa ke Icu. Pihak kedutaan tiba dlm pkl 2pagi dan diberitakan mangsa sudah menghembuskan nafas yg terakhirnya.Mangsa adalah pelajar tahun 3 kuliah usuluddin jurusan tafsir Azhar Mansurah. Suspek juga pelajar malaysia. suspek mengenali mangsa.Al-Fatihah.

-Semoga Allah mencurahkan rahmat di sisi beliau insyaAllah...al-Fatehah.

-Moga kita semua boleh mengambil iktibar dari kejadian ini.Ambil yang jernih dan buang yang keruh.

Wednesday, June 13, 2007

Muhasabah Ba'da Imtihan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



Ba'da Imtihan




Alhamdulillah akhirnya diri ini selesai sudah menghadapi ujian duniawi yang Allah takdirkan berada di dalam kehidupan aku.Suasana yang selesa sebegini membuatkan aku sudah boleh menitipkan sesuatu di dalam blog aku ini dengan kurnian jejari milik Allah SWT di pepunat laptop milik raeis ni huhuhuhu.Terasa diri ini dah lama jugaklah tak update blog ni kan.Alah korang semua aku rasa pun sama jugaklah kot.Kita selama 1 bulan berhempas pulas dan sepulun-pulunnya kitab-kitab bagi menjawab exam yang semestinya kita akan tempuhi di bumi Anbiya ini.



Terasa diri ini begitu penuh dengan idea selepas selama sebulan menempuh onak diri dengan menelaah kitab-kitab yang bermacam-macam ragam pengolahan cerita dan pengisiannya untuk kita Tolib Ilim mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di dalamnyadan yang perlu kita ketahui dan apa yang kita tidak patut 'Rad'.Tetapi aku takut diri ini akan menjadi kosong kembali selama tempoh 3 bulan percutian yang akan kita mahasiswa dan mahasiswi di bumi Anbiya ini.Takut dosa dan maksiat yang mengintai-intai dan akan mengunjung tiba di kemudian hari.



Selama 2 bulan aku bersama kitab-kitab terasa diri ini mesra dengan makhluk yang banyak jasanya pada setiap makhluk khususnya para cendikiawan dan pelajar seperti kita ini.Tanpa mereka masakan kita dapat menjawab dengan baik bersandarkan huraian dan juga dalil-dalil yang perlu kita tahu untuk huraikan di dalam kertas jawapan kita.Tanpa mereka siapalah kita.Tidak lupa yang palin utama ialah doktor-doktor dan syeikh-syeikh perguruan kita.Jika ada kitab sahaja tanpa ada guru yang mengajar bak kata pepatah



"Belajar tanpa guru bagaikan belajar bersama syaitan"


Natijah yang boleh kita dapat di sini ialah pentingnya diri kita ini berguru untuk mendapatkan ilmu.Tanpa mereka siapalah kita bukan.Mungkin kita tidak akan sampai ke peringkat yang tinggi ini.Fikirkanlah ya wahai sahabatku.



Muhasabah Blogie


Selama sebulan ini jugak aku jarang menjenguk blog aku ini. Adalah 2 atau 3 kali menjengahnya. Terasa rindu sebab itu jenguk.Masakan tidak rindu dengan kesunguhan yang ada penat lelahnya.Mana mungkin diri ini hendak menghilangkan diri dengan begitu sahaja blog yang aku curi-curi study dengan orang ini.Aku sudah jatuh 'CINTA' dengan blog ini.Tempat aku meluahkan perasaan di dalam diri dan tempat untuk aku bermuzakarah sesama kita umat islam yang mempunyai iman dan taqwa yang kita tidak ketahui akan tahapnya.Tempat untuk aku menyampaikan apa yang aku tahu. Menyampaikan amanat yang Allah berikan padaku.Walaupun banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk menyampaikan dakwah.Tapi bagi aku inilah antara cara yang aku rasa serasi denganku selain yang lain.







Wahai sahabatku sekalian.Sekian lama aku berada di dalam kehidupan berblog ini.Rasanya diri ini tidak layak hendak menitipkan sesuatu buat semua insan yang pernah menjenguk blog aku yang tidak berapa ada pengisiannya yang bernas dan terbaik. InsyaAllah aku akan bermuhasabah dengan kredibiliti yang aku pegang selama ini. Mampukah aku menjadi pro Tajdid, pendai'e yang menyampaikan risalah melalui jalan penulisan. Aku kekadang melihat rakan-rakan yang lain mempunyai blog sama seperti aku tetapi jalan pengutaraan dan pengisian di dalam blog mereka begitu mantap dan mendalam walaupun diorang tidak mengaji secara takhasus bab-bab agama tetapi diorang boleh menguraikan isian blog mereka dengan baik. Mungkin mereka rajin membaca dan mengambil 'Vocab' yang baru di dalam bahasa. Aku masih lagi di tahap ini.Moga muhasabah yang aku kecapi sekarang ini akan membantu aku untuk lebih kuat berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada.



Walaupun diri ini banyak kelemahan, aku mohon pada sesiapa yang pernah ziarah blog aku ini tegurlah apa yang salah.Kita bukan insan yang sempurna di duni ini.Bukan 'Maksum' seperti Nabi Muhammad SAW.Aku harap kamu semua dapat membantu diri ini untuk mengubah apa yang salah kepada yang lebih baik.



"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah sikap dan keadaan makhluk itu melainkan diri mereka yang berusaha untuk mengubahnya selain memohon dan bertawakal ke atas diri yang Maha Esa dan Maha Mengetahui" mafhum ayat Allah SWT



Happy Besday Brother Kimi





Semalam merupakan tarikh yang tidak akan ku lupakan di dalam diari kehidupan aku dekat bumi anbiya dan insyaAllah tidak akan lupa sampai bila-bila.Tangal 12 Jun aku dan ahli bait akan meraikan 'Hari Kelahiran' sahabat dan juga Rais bagi rumah aku, siapa lagi jika bukan Bro Hakimi.Selamat Hari Lahir yang ke 26 aku ucapkan.Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki insyaAllah. Ada lagi satu semoga dipercepatkan Jodoh huhuhu...(mampos aku jika dia chek blog aku ini..arhhhh lantaklah blog aku.hehehe=)



Sajian untuk aku ahli biat buat untuk dia adalah 'Nasi Baryani' dan 'Ayam Masak Merah' menus special tue huhuhuhu.Saja-saja aku buat ujikaji ini.Alhamdulillah jadi juga akhirnya.Thankz aku ucapkan dekat brother-brother aku yang lain Abang Nuh dan Raeis.Semoga ikatan ukhwah yang terbina ini akan sampai ke akhirat kelak.



Rasanya diri ini dah lama sangat menaip untuk kesekian puluh kalinya maka aku minta izin dulu untuk berundur.InsyaAllah jika Allah memberi masa dan memanjangkan usia aku ini akan adalah lagi entry untuk tatapan kamu semua.Aku mohon agar kita semua berjaya di dunia dan akhirat insyaAllah.Amin.


ilalliqa maa salamh


Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang