Minggu Mahabbah Keluarga Tanta (MMKT 2007)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi aku mencoretkan sesuatu untuk tatapan yang berminat melayari blog aku yang tidak seberapa ini. Aku bukan apa tidak banyak aku rasa di dalam pengisian blog aku ini bahan-bahan ilmiah yang boleh di kongsi bersama yang ada hanyalah keadaan aku selama aku menuntut di bumi barakah ini.InsyaAllah dengan apa yang aku ceritakan ini dapatlah saudara dan saudari melihat apa yang berlaku dan apa yang terjadi selama aku bermusafir di Lembahan Nil ini.

Hari ini merupakan hari perasmian bagi Minggu Mahabbah Keluarga Tanta (MMKT) bagi tahun 2007. Ia merupakan program mega bagi kami Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT) yang menjaga kami pelajar-pelajar di Kampus Tanta ini baik Kuliah Dirasah Islamiah ataupun Kuliah Perubatan.MMKT merupakan hari keluarga untuk kami pelajar-pelajar di sini menghilangkan sedikit tekanan selama mana kami menduduki peperiksaan sebelum ini. Di sinilah kami semua menghakis tekanan-tekanan tersebut dan ia merupakan antara aktiviti yang kebanyakan pelajar-pelajar turun sama di padang. Acara padang dan dewan adalah dua pecahan dari MMKT ini.

Pada pagi tadi perasmian MMKT telah dibuat oleh Naib Presiden PMRAM iaitu Ustaz Nazim sebelum itu ucapan dari Pengarah MMKT iaitu Ustaz Mahyuddin dan Pengerusi DPMT Ustaz Husyaimi. Setelah perasmian dibuat Ustaz Nazim membuat satu tendangan bola ke arah padang bagi menandakan bermulanya MMKT 2007.

Pada hari ini perlawanan bola sepak di antara kamsis-kamsis iaitu Kamsis Qalyubi, Kamsis Syarbini, Kamsis Baidhawi, Kamsis Nawawi dan Kamsis Asnawi. Manakala dua lagi tambahan kumpulan iaitu pasukan EXCO dan juga MEDIC.Perlawanan berlangsung sehingga pukul 11 pagi.Selain itu juga perlawanan 'Tarik Tali' juga telah berlangsung pada hari ini dengan kejuaraan sekali lagi masih berpihak pada Kamsis Qalyubi juara bertahan bagi acara 'Tarik Tali'.

Semalam Jumaat 22 Jun 2007 berlangsungnya acara pembukaan bagi acara dewan dengan iaitu Tilawah Al Quran, Kuiz 'Who Whants To Be A Dai'e', Ping-pong, pertandingan khat dan juga pertandingan catur.Dalam acara dewan ini juara bagi acara kuiz dimenangi oleh Kamsis Qalyubi.

Esok: Ahad 24 Jun 2007

-Sambungan perlawanan Bola Sepak - Perlawanan Bola Tampar dan Sepak Taqraw - Sukaneka

InsyaAllah laporan dan liputan MMKT akan dibuat selama tiga hari sepanjang program ini berlangsung berlangsung. Sekian Wassalam

Comments

Popular Posts