Selamat Hari Bapa 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



My Lovely Parents ... I Love U so Much



Tanggal 17 Jun merupakan sambutan kita kepada seorang yang tidak pernah lari dari kehidupan kita dan tanpa asbabnya kita tidak mungkin akan berada di dalam dunia ini. Hari ini merupakan hari bapa bagi semua lapisan masyarakat dekat dunia ini.Kita seringkali lupa akan peranan bapa kita selain ibu kita rasanya.Jika kita lihat secara umumlah kebanyakan manusia di muka bumi ini lebih lagi mesra dengan ibu dari ayah atau abah, betul tak?.Kalau persoalan akau ini tidak betul dan tidak logik maafkan diriku ini ya.


Bagi diri aku juga tidak ketinggalan akan kemesraan diri ini bila bersama dengan ibu aku.Lain pula dengan ayah aku, kalau berdepan dengannya pasti aku akan berasa kaget dan terdiam.Ini di sebabkan aura yang terkeluar dari tubuh badan ayah aku..huhuhu bukannya aura hikmah macam cerita-cerita cina yang ada keluar kuasa-kuasa tu(teringat komik-komik aku-Pendekar Laut & Alam Perwira). Ayah aku adalah seorang yang garang dan tegas di dalam mendidik anak-anaknya.Siapa yang silap dan buat salah.. siap! rotan sentiasa menantimu di penghujung rancangan kenakalan dan kejahatan kamu(adik beradik akulah).Ayah aku merupakan bekas Tentera Laut Di Raja Malaysia maka tidak hairanlah ayah aku mahukan anak-anaknya berdisiplin di dalam kehidupan mereka. Kami 6 adik-beradik tidak pernah di manjakan. Semuanya sama sahaja.


Bila aku sudah melanjutkan pelajaran di sini barulah aku terasa sunyi dengan jeritan dan ketegasan ayah aku.Rindu pada suara menyuruh aku bangun subuh untuk ke masjid.Rindu suaranya yang tegas mengarahkan aku menjaga restoran.Kenangan itu masih lagi tersimpan di dalam memori aku sehingga akhir hayat aku insyaAllah.Ayah aku merupakan ayah yang paling terbaik dalam hayat aku.Walaupun melihat dia seorang yang garang dan tegas tetapi kasih dan sayang yang dicurahkan kepada kami sekeluarga tidak boleh dipertikaikan.Susah ayah aku nak nampakkan kelembutan diri.Nama pun dah ayahkan.


Bapa sebagai pemimpin keluarga


Hidup ini ada pasang surutnya dan kehidupan ini akan berterusan tanpa melihat ke belakang. Tanpa kita sedar ataupun kita sedar diri seseorang yang bergelar lelaki akan merasai juga status ayah, abah, abie, bapa, baba, dady dan sebagai. Hendak ataupun tidak kita yang lelaki tetap akan mendapat status itu. Allah sudah mentakdirkan diri seorang lelaki itu akan menjadi seorang pemimpin di mana ia akan menjaga keluarga, masyarakat, negara dan juga daulah insyaAllah.Sebagai seorang pemimpin perlulah mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang punya kriadibiliti yang di acukan oleh islam itu sendiri.Ilmu agama dan juga akhlak merupakan aset yang penting dalam diri seseorang pemimpin.Tidak ketinggalan juga ilmu dunia untuk kita menangung keluarga nanti.


Sebagai bakal pemimpin keluarga seharusnya kaum lelaki bersedia akan kedatangan fitrah kehidupan itu.Langkah itu perlu dilakukan oleh seorang bapa kerana ia merupakan pemimpin dan ketua keluarga yang merupakan unit asas kepada masyarakat, negara dan umat manusia.Dalam pada itu sebagai bakal bapa bukan hanya bertanggungjawab memberi perlindungan fizikal semata-mata kepada ahli keluarga, tetapi juga berusaha melindungi dan memelihara keimanan ahli keluarga agar tidak hanyut di dalam arus kehidupan yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Kesemua elemen yang perlu ada itu hendaklah dicurahkan ke atas keluarga agar keluarga akan menjadi sebuah keluarga yang mithali 'Rumahku Syurgaku' insyaAllah.


Sehubungan itu, bapa dan bakal-bakal bapa perlu menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh terbaik untuk diikuti dalam memimpin dan mengukuhkan institusi keluarga, selain menjadi contoh terbaik di dalam keluarga yang disegani, dihormati dan disayangi ahli keluarga insyaAllah.


(*) Selamat Hari Bapa buat ayahandaku yang tercinta Mohd Shah Bin Diran. Semoga Allah memanjangkan umurmu dan mencurahkan rezeki kepadamu.I Love You So Much.

Comments

Popular Posts