Antara Angan-angan Dan Cita-cita

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Di dalam perjuangan yang banyak mehnah dan tribulasi yang mungkin melanda di setiap pelusuk diri muslimin di seluruh dunia yang mahu mengagungkan daulah islamiah pasti akan terkesan dengan apa yang ada di dalam pancawarna di kala ini.Kita lihat sekarang setiap dari perjuangan yang tidak mengenal erti faham dalam ilmunya maka akan timbul pelbagai cabang kesalahan yang tidak pasti betul atau tidak sepatutnya ia berada di situ.Seringkali kita lihat pelbagai kesalahan dilontarkan kepada golongan yang betul-betul memperjuangkan agama mereka yang suci iaitu islam tetapi seringkali ia di salah tafsirkan oleh golongan yang seagama dengannya sendiri.Alangkah sedihnya jika saudara seislam sendiri bermusuhan dengan kita yang sama agamanya yang datang dari Allah SWT dengan perantaraan Nabi Muhammad SAW hanya kerana berlainan fikrah dan aliran.

Jika beginilah sikapnya umat islam ketika ini mana mungkin kita umat islam akan mencapai kemenangan untuk menciptakan daulah islamiah seperti tertegaknya daulah islamiah di kota madinah yang di terajui oleh Nabi Muhammad SAW, adakah kita dapat melahirkan Khalifah Umar Abdul Aziz yang di masa pemerintahannya masyarakat terlalu kaya dan jarang maksiat dan jenayah yang berlaku semasa beliau menerajui Kota Madinah selepas 100 tahun selepas wafatnya baginda. Dapatkah kita sekarang melahirkan pemuda seperti Sultan Muhammad Al-Fatih yang menerajui dan menawan Kota Constantinopel pada usia 21 tahun. Cuba kita fikirkan adakah kita sekarang dapat menyamai mereka di dalam mengagungkan dan menciptakan daulah islamiah pada zaman sekarang ini.Adakah antara angan-angan dan cita-cita itu tersemat di dalam setiap pundak umat islam di seluruh dunia ini?

Angan-angan dan cita-cita mempuyai jurang perbezaan yang ketara.Antara ia terdapat kesimpulan yang boleh dibuat selepas kita sama-sama rasainya.Keazaman amat perlu kita tanam sejak kita tahu akan kewajipan kita sebagai umat islam pada masa sekarang.Kesedaran perlu kita berikan kepada pemikiran-pemikiran anak-anak kecil yang baru hendak mengenal dunia ini.Jangan sampai mereka tidak tahu asal usul mereka dari mana.Pentingnya iman dan pengamalannya di dalam setiap hari kehidupan kita.Akhlak islamiah perlu diterapkan di dalam nilaian peribadi anak-anak kecil kita.Al quran dan As Sunnah perlu di ajari kepada mereka agar mereka kenal akan pegangan umat islam ini. Jaga tepi kain mereka apabila mereka remaja agar terjaga mereka dari fitnah dunia. Jangan jadikan angan-angan dan cita-cita menjadi kosong lantaran terlalu mengagungkan angan-angan dan cita-cita. Curahkan kepada mereka apa yang kita perlu berikan pada mereka. Barulah angan-angan dan cita-cita akan dapat direalisasikan dengan jayanya.

Angan-angan dan cita-cita memang senantiasa berada di dalam diri setiap makhluk yang bernama manusia.Ada sahaja angan-angan dan cita-cita yang ingin mereka impikan. Berjuta-juta cetusan angan-angan dan cita-cita berlegar-legar di kawasan pemikiran iaitu otak. Terkadang angan-angan dan cita-cita yang diimpikan menjadi kenyataan dan kebanyakan angan-angan dan cita-cita juga tidak dapat di realisasikan oleh mereka.Banyak faktor dan penyebab yang boleh kita dpaat ataupun tidak natijah angan-angan dan cita-cita ini.Bukan mudah untuk merealisasikan angan-angan dan cita-cita.Hanya orang yang thabat dan sahaja yang boleh merealisasikannya.Tetapi kita perlu ingat keputusan angan-angan dan cita-cita kita yang diusahakan itu hanya datangnya dari Allah SWT.Tidak sama sekali muncul tanpa adanya keredhaan Allah SWT. Melainkan kaum kafir yang Allah berikan Ar Rahman iaitu kepada semua makhluknya dan Allah SWT hanya memberikan nikmat Ar Rahim kepada umat islam sahaja.

Bersyukur kepada Allah SWT atau tidak kita terpulang pada nilaian diri kita. Jika kita merasa diri ini adalah hamba Allah yang banyak dosa dan salah kepada Allah SWT.Ucapan terima ksih kita perlu sampaikannya dengan cara melakukan Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar. Jika tidak pandai-pandailah menjawabnya di akhirat kelak.Kita perlu ingat bahawa 'Kesombongan' hanya Allah SWT sahaja yang berhak berada di sisinya.Jika 'Kesombongan' itu berada di sisi makhluknya maka terimalah siksaan yang tidak terhingga akan Allah berikan kepadanya.Angan-angan dan cita-cita...fikirkanlah ia dengan nilaian pemikiran yang bernas dan boleh disimpulkan tanpa ada ragu-ragu dan syak wasangka.

Maka dengan ini renungilah nulilan sahabat aku yang aku tidak sangka dia pun menukilkan sesuatu di dalam blog ini.Moga tuan-tuan dan puan-puan dapat menilai dan memikir apa yang sahabat aku ini utarakan.Biarkan bingkisan yang tercerna di pemikiran beliau dapat di impilikasikan tuan-tuan dan puan-puan di dalam kehidupan sehingga akhir hayat insyaAllah. Moga angan-angan dan cita-cita dapat di rasa dengan kenikmatan yang amat.


Makna Kalimah: Iblis Fun Club

PROGRAM MENG"KRISTIAN"KAN SEMUA FAHAMAN TERMASUK AGAMA ISLAM DI MALAYSIA.

Buktinya, semua peraturan IFC di bawah undang-undang satu fahaman sahaja iaitu KRISTIAN.

TINDAKAN PALING BERKESAN KEMBALI KEPADA ALLAH 1000%!!!
KALAU TAK DE, JANGAN MIMPI LA KEGAGALANN IFC!!

1) SIBUK DEMONTRASI SAMPAI LEWATKAN WAKTU SOLAT, ADA PULAK YG TAK SOLAT LANGSUNG.

( KEKUATAN KITA PADA SOLAT SECARA BERJAMAAH AWAAL WAKTU)

2) MULUT SIBUK MENGGUTUK DIORANG DENGAN BAHASA KOTOR SAMPAI LUPE NAK ZIKIR KEPADA ALLAH.

(KEKUATAN UMAT ISLAM PADA ZIKIR 300 PADA WAKTU PAGI DAN 300 PADA WAKTU PETANG SETIAP HARI)

3) MASIH NAK NGADAP DRAMA JEPUN BERSIRI SAMPAI LUPE NAK BACA QURAN??

(KEKUATAN KITA PADA BACAAN QURAN SEHARI SATU JUZUK)

4) TENGAH KALUT CAM NI PUN BOLEH SEMPAT MAIN GAME SAMPAI TENGAH MALAM SAMPAI TAK MAMPU NAK QIAMULLAIL??

(KEKUATAAN KITA TERLETAK PADA KESUNGGUHAN KITA BERHAJAT KEPADA ALLAH DGN SOLAT DAN MENANGIS DI MALAM HARI)

5) NI LAGI TERUK, AGAMA TENGAH TERANCAM MASIH KEMARUK CINTA NAK DATING, TENGOK WAYANG, SMS, CHATING DAN SEZINA DENGAN NYA??

(KEKUATAN KITA UTK MAKBUL DOA DENGAN MENJAUHKAN DIRI DARI MENDEKATI ZINA DAN MAKSIAT)
...............................................................................
KALAU BELUM NAK BERUBAH, SEKADAR POYO JE... JANGAN MIMPI LA KEGAGALAN IFC!!

KO KENA INGAT!! DIORANG MERANCANG, ALLAH JUGAK MERANCANG, SEGALA PERANCANGAN ALLAH PASTI BERJAYA... TAPI KALAU MASIH TAK NAK SUJUD PADA ALLAH.... TAK KEMBALI PADA ALLAH... TUNGGULAH!!!

BAGI MEREKA YANG ISTIQOMAH DALAM MENTA'ATI PERINTAH ALLAH DENGAN MENGIKUT CARA HIDUP BAGINDA SAW , JANGAN TAKUT DAN JANGAN BERSEDIH !! KORANG TETAP DALAM PELIHARAAN ALLAH SWT SAMAADA IFC GAGAL ATAU TIDAK. MACAM DAJJAL LA... DIA TETAP KELUAR, YG BERIMAN TETAP SELAMAT DALAM PELIHARAAN ALLAH!!


ARTIKEL DI ATAS ADALAH IMPAK DARIPADA IKTIBAR KISAH SEJARAH PERANG MONGGOL!! KAJI LAH SEJARAHNYA NYA...

Comments

Popular Posts