Bincang-bincang Ramadhan (Siri ke Dua)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang sekarang ini mesti sedang melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti bertadarrus dan juga mengaji di kelas-kelas tafaqquh insyaAllah akan mendapat keberkatan di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini.Oklah pada kali ini aku nak beri sikit lah untuk pengisian kita di dalam bulan puasa ni.

S1: Apakah pengertian puasa dari segi bahasa dan istilah syarak ?

Puasa dari segi bahasa adalah menahan diri dan menahan dari sesuatu

Puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan dengan niat bagi orang yang diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.



S2: Asal dinamakan Ramadhan

Asal dinamakan Ramadhan diambil daripada perkatan (الرمض) yang bermakna kesangatan panas. Masyarakat arab apabila mereka hendak menamakan nama sesuatu disesuaikan bulan tersebut dengan keadaan yang berlaku pada bulan tersebut. Oleh kerana ketika hendak menamakan bulan Ramadhan itu keadaannya sangat panas, maka dinamakan Ramadhan.

s3:ِApakah antara kelebihan atau kemuliaan Ramadhan?


Pertama Ramadhan merupakan penghulu segala bulan


سيد الشهور شهر رمضان وسيد اللأيام يوم الجمعة
روه الطبرني

" Penghulu segala bulan adalah Ramadhan dan penghulu segala hari ialah hari jumaat"


Kedua diampunkan dosa-dosa kecil di antara dua Ramadhan

الصلوات الخمس , والجمعة الى الجمعة , ورمضان الى رمضان ما بينهن اذا أجتنبت الكبائر
رواه مسلم

" Sembahyang lima waktu dan dari jumaat ke jumaat dan dari Ramadhan ke Ramadhan menghapuskan dosa-dosa di antarany selagi tidak melakukan dosa-dosa besar ".

Ketiga barangsiapa yang berpuasa penuh akan diampunkan dosa-dosa yang lalu

من قام رمضان ايمانا و احتسابا , غفر له ما تقدم من ذنبه
متفق عليه
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan Allah SWT diampunkan untuknya dosa-dosa yang lepas".

S4: Bilakah disyariatkan puasa kepada ummat Nabi Muhammad?

Ibadah puasa telah disyariatkan pada 10 Syaaban tahun 2 Hijrah

S5: Apakah peristiwa-peristiwa penting di Bulan Ramadhan?

  1. Peperangan Badar Kubro ( 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah)
  2. Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan tahun 8 Hijrah)
  3. Sebahagian daripada peritiswa peperangan Tabuk (tahun 9 Hijrah)
  4. Tersebar luas islam ke Yaman (tahun 10 Hijrah)
  5. Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-Uzza (tahun 8 Hijrah)
  6. Islamnya Bani Tsaqif dan mereka menghancurkan berhala al-Laata yang mereka sembah (tahun 9 Hijrah)
  7. Peristiwa Ain Jalut iaitu Tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Qhutuz (15 Ramadhan tahun 658 Hijrah)
  8. Pembukaan Andalus ke bawa pimpinan Thoriqa Bin Ziyad (28 Ramadhan tahun 92 Hijrah)
Ok nanti kita sambung lagi yer...insyaAllah Ilalliqa maa salamah


Comments

Popular Posts