Keistimewaan Bulan Ramadhan (siri pertama)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Firman Allah SWT di dalam Surah Al Baqarah - ayat 183 yang
bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh ketaqwaan".

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dan inayahnya dapatlah kita bersama-sama berjumpa kembali di arena penulisan ini. Rasanya dah lama juga aku aku tak update blog ini dengan citarasa tulisan aku sendiri. Sempena kedatangan bulan ramadhan yang tingal satu hari sahaja lagi akan menjelma. Aku rasa nak bagi sesuatu dekat rakan-rakan yang lain. Hendak kata tazkirah tak der lah sepandai mana, aku hanya pandai menulis saja tidak bijak berbicara dan berkata-kata. Mengulas kembali karangan ulama'-ulama' terdahulu mengenai bulan ramadhan. Aku bukanah reti mana hendak menterjemah buku-buku arab cuma sekodar jeklah.

Ramadhan sejak dari dulu sampai sekarang senantiasa dengan putaran paksinya. Ia tetap akan muncul bila tibanya Bulan Islam - Ramadhan. Tiada bulan yang boleh mengantikan Ramadhan. Ini kerana di dalam bulan inilah umat islam di wajibkan untuk menunaikan rukun islam yang ke tiga ataupun yang ke empat iaitu 'Berpuasa'. Allah SWT telah menurunkan ayat mewajibkan puasa ke atas semua lapisan umat muhammad seperti yang telah aku letakkan mafhum ayatnya seperti di atas.

Di dalam bulan Ramadhan ini juga telah di turunkan Al Quran, untuk menjadi petunjuk bagi manusia bagi menerangkan dan menjelaskan kedudukan sesuatu perkara.

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al Baqarah - ayat
185:

Mafhumnya: "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al
Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salah".



Selain daripada itu bulan Ramadhan tidak boleh dibandingkan dengan bulan-bulan islam yang lain kerana di dalam bulan ramadhan ini terdapatnya pelbagai kelebihan dan keistimewaan serta limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Rasulullah SAW telah bersabda di dalam hadithnya:

Maksudnya: "Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan
pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai
syaitan-syaitan".
(Muttafaqun 'Alaihi)*1

Rasulullah SAW bersabda lagi di dalam hadithnya tentang kelebihan bulan Ramadhan:

Maksudnya: " Sesungguhnya di dalam syurga ada satu
pintu yang dinamakan Ar Rayyan, orang -orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan masuk".
(Muttafaqun 'Alaihi)

Sabda Rasulullah SAW lagi di dalam hadithnya ialah:

Maksudnya: "Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua
kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.

(Muttafaqun 'Alaihi)

Wahai sahabtku sekalian kita perlu sedar bahawa di dalam bulan Ramadhan inilah Allah SWT akan memuliakan orang-orang yang berpuasa di sisi-NYA sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Demi Allah Muhammad berada di dalam
gengganmannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauankasturi".
( Muttafaqun 'Alaihi)

Di dalam bulan Ramadhan ini juga keistimewaannya adalah dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Allah SWT telah berfirman: "Setiap amalan anak adam adalah untuknya melainkan puasa.Ia adalah untukKU dan AKulah yang akan membalasnya." (Muttafaqun 'Alaiahi)

Seterusnya keistimewaan yang tiada dan tidak terdapat di mana-mana bulan islam yang lain ialah datangnya 'Malam Lailatul Qadar' yang dinantikan kehadirannya oleh seluruh umat manusia yang beragama islam yang inginkan ganjaran pahala dari Allah SWT. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya telah kami turunkan Al Quran
pada malam Lailatul Qadar. tahukah engkau apa itu malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun Malaikat dan ruh( JIBRIL) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar".
(Surah Al Qadr)

InsyaAllah dengan kedatangan ramadhan pada 1428 hijrah ini akan memantapkan lagi kehidupan kita kepada Allah SWT insyaAllah.

#bersambung di lain edisi. InsyaAllah di sepanjang musim Ramadhan..ilalliqa maa salamah

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

1428H / 2007M



Comments

Popular Posts