Barang Jenama Anda

Monday, December 24, 2007

Kembali ke pangkuan Ilahi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat rerakan semua. Ucapan Takziah daripada DPMT atas kepulangan Ust Redha ( Syuun Thullab wafidin usuluddin ) ke rahmatullah hari ini. Solat jenazah akan diadakan di Masjid 'iwarah, 'Agizi sebaik sahaja selepas menunaikan solat Zohor (hari ini). Al-Fatihah...........
Type rest of the post here

Zulhijjah Bulan Penyatuan, Pengorbanan Dan Lakaran Sejarah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Peristiwa yang telah berlaku selalunya kita akan menamakan ia sebagai sejarah. Sekalipun perkara yang berlaku sesaatyang lepas ia tetap akan dikenang sebagai sejarah. Hamka pernah ditanya leh anaknya mengenai sejarah kejatuhan empayar Melaka. "Apakah ayah percaya pada teori sejarah akan mengulangi dirinya". Hamka menjawab, " Tidak anakku, sejarah tidak akan mengulangi dirinya, tetapi perangai dan perilaku manusia di setiap zaman dan masa akan menentukannya".

Zulhijjah, Bulan Penyatuan Ummah Dan Pengorbanan
Bila sahaja kita menyebut bulan Zulhijjah, pasti akan tertangkap di minda kita akan suatu hari yang pasti menjadi idaman semua umat islam iaitu menunaikan badat haji. Disamping itu, Zulhijjah yag akan membawa erti penyatuan ummah tidak harus diabaikan. Kesinambungan "tadhiah" dan "ummatun wahidah" amat bererti dalam meninggikan kalimah Allah S.W.T ini. Kesatuan ummah tidak mengenal erti darjat, keterunan, kekayaan, warna kulit, dan sebagainya. Tiada perbezaan di antara pemimpin dan rakyat, orang kaya dan orang miskin, orang Arab dan orang 'Ajam. Perhimpunan besar ini telah menjadi saksi kemuliaan seseorang itu bergantung kepada tahap keimanan dan ketaqwaan.

Di dalam konsep penyatuan ummah ini, ibadah haji merupakan rukun islam yang kelima sebenarnya menghasilkan pelbagai faedah dan manfaat dalam pelbagai faedah dan manfaat dalam pelbagai sudut kehidupan samada dari aspek sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Manfaat yang besar ini bukan sekadar untuk para hujjaj sahaja bahkan untuk agama Allah S.W.T dan ummat Islam seluruh dunia. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Khabarkanlah kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datag kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan (10, 11, 12 Zulhijjah) di atas rezeki yang telah Allah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah sebahagian kepada orang-orang yang sengsara dan fakir". (Surah Al-Haj, ayat 27-28).

Dari Aspek pengorbanan pula bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita realisasikan dalam diri. Pastinya kita terharu apabila menoleh sejenak kepada agamawan pada suatu ketika dahulu yang bersungguh-sungguh menyatakan kesanggupan berkorban untuk agama Allah S.W.T. Tetapi umat islam kini hanya mendiamkan diri, membisu menutup mulut, apabila tenaga meraka diperlukan untuk perjuangan islam itu sendiri. Kita melihat betapa ramai dikalangan kita yang tidak sanggup berkorban melawan hawa nafsu semata-mata. Mereka meletakkan agama di tempat kedua selepas dunia beraja di hati mereka demi mempertahankan agama yang hak.

Oleh itu, sediakan diri kita untuk agama Allah S.W.T bukan sekadar mengagung-agungkan "tadhiah" ketika hadirnya Aidil Adha. Malah sama-sama mengenang pengorbanan para nabi, auliya' dan hujjaj yang berkorban meninggalkan ahli keluarga, harta bendaserta urusan dunia semata-mata menyahut seruan ilahi.

Bulan ini juga akan meningatkan kita dengan pesta keraian Hari Raya Korban. Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar"(menyembelih). Sesiapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu maka ia akan dibangkitkan oeh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah. Satu riwayat yang mafhumnya:

"Bahawa barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampun Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya".

Lakaran Sirah
Empat peristiwa penting ini sebenarnya sudah memadai untuk dicerap masuk ke dalam minda fikir kita, juga sebagai stimulasi jiwa dan semangat untuk menghadapi semua mehnah dan tribulasi yang mendatang.


Hajar, Srikandi, Isteri dan Ibu
Peristiwa pertama yang ingin dinukikan dalam risalah ini adalah kisah yang terjadi pada Nabi Ismail A.S dan ibunya Siti Hajar. Lakaran sirah ini jugalah yang pernah disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W apabila ditanya tentang "Sa'iy"( berlari-lari anak) dari Safa ke Marwah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas mafhumnya:

"Demikianlah( merujuk kepada kisah Hajar berlari sebanyak 7 kali antara safa dan marwah semata-mata mencari air untuk anaknya yang kehausan) berlari-lari anak (sa'iy) yang dilakukan oleh umat islam sebagai salah satu rukun haji antara antara Safa dan Marwah)".

Sejarah tidak mampu memadamkan bagaimana kentalnya hati, yakin dan iman yang tidak berbelah bagi seorang wanita, isteri juga ibu. Sejarah juga telah menyaksikan bagaimana percaturan yang telah ditetapkan oleh Allah terhadap Ibrahim, Ismail dan Hajar alaihimussalam. Sebagaimana yang dinyatakan dalam riwayat Al Bukhari daripada Ibnu Abbas maksud ( Sahih Al-Bukhari) dan mafhumnya ( penjelasan Ibnu Kathir dalam Fathul Bari), dipetik klausa yang menampakkan kehebatan wanita ini:

"...Maka hajar dan anakya Ismail mengikut Ibrahim A.S sambil bertanya secara berulang kali: "Wahai suamiku Ibrahim ke mana mahu kamu bawa kami? Apakah kamu mahu tinggalkan kami berdua di tempat yang tidak berpenghuni dan sahara kontang ini?", Hajar merayu kepada Ibrahim, namun langsung tidak dijawab oleh Ibrahim A.S. Tanpa putus asa Hajar bertanya lagi: "Apakah Allah yang memerintahkan kamu dengan hal sebegini? Ibrahim menjawab sepatah Ya(na'am). Setelah mendengar jawapan suaminya itu Hajar A.S dengan penuh keyakinan berkata: "Jika begitu nescaya Allah tidak akan mensia-siakan kita...".

Itu kisah wanita bernama Hajar. Allah S.W.T mengangkat ketokohan wanita yang patuh pada suami dan taatkan perintah Allah ini dengan memonumenkan perjalanan dan kesungguhan berlari-lari anak di antara Safa dan Marwah sebagai rukun haji. Hebat mana pun kita, gagah perkasa atau apa jua pangkat yang kita sandang, mahu tidak mahu dalam menyelesaikan ibadat haji kita pasti akan melakukan apa yang pernah dilakukan oleh serikandi, isteri dan ibu yang kental imannya dengan Allah bernama Hajar.

Justeru nilai tarbiah yang cukup besar sebenarnya terangkum dalam kisah ini. Jawapan mantap Hajar apabila diiyakan Ibrahim bahawa semuanya adalah perintah Allah dengan ucapan yakin dan redha dengan ketentuan Allah "jika ini perintah Allah nescaya Dia tidak akan mensia-siakan kita" sepatutnya disimpan kemas dalam jiwa kita hari ini. Inilah bukti keyakinan dan keimanan yang tidak berbelah bagi dalam apa jua keadaan selagi kita berada di landasan taatkan perintah Allah S.W.T dan takwa kepadaNya. Natijahnya Allah S.W.T muliakan mereka dengan menjadikan Mekah bumi perhimpunan umat islam sedunia. Hajar dan anaknya Ismail juga adalah pilihan Allah untuk dimuliakan aliran nasab bangsa Arab hingga sampai kepada Nabi kita Muhammad S.A.W.

Kita hari ini bagaimana? Tepuk dada, tafakur seketika, ingatkan kembali apa yang telah kita lakukan selama ini dan waspada untuk masa-masa alan datang.

Ibrahim, Ismail Alaihimassalam Dan Kisah Penyembelihan

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Maka setelah anak itu Ismail telah mampu berdikari (sa'ya), berkatalah Ibrahim A.S kepada anaknya Ismail: " Hai anakku,sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu maka apakah pandanganmu? Jawab Ismail A.S: " Wahai bapaku, lakukanlah apa yang diperintahkan itu, nescaya kamu akan mendapati aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar" ( Surah Al-Soffat: ayat 101).

Semua telah mengetahu apa kesudahan cerita ini sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah yang sama sambungan ayat 102 hingga 108. Begitu sekali kental iman dan padu yakin Ismail dan Ibrahim berdepan dengan ujian Allah. Kehebatan Ibrahim A.S mahu mengorbankan anak kesayangan yang baru sahaja ditemui setelah ditinggalkan bersama ibunya Hajar di Sahara kontang yang akhirnya diberkati Allah dengan Kaabah dan air Zam-Zam. Pengorbanan yang bukan sedikit tapi dengan tangannya sendiri mahu disembelih Ismail lantaran wahyu yang disampaikan Allah melalui mimpi.

Cuba kita bertanya pada diri, apakah sanggup kita lakukan semua itu terhadap anak darah daging kita sendiri? Tepuk dada tanya iman. Jika tidak kerana perintah dan teragak-agak melakukan penyembelihan tersebut. Namun segalanya adalah bukti keimanan dan keyakinan pada Allah yang tidak berbelah bahi. Ismail tetap mahu disembelih dengan tangan ayahnya sendiri yang kemudiannya Allah tebus Ismail dengan sembelihan besar berupa seekor kibasy. Yang pasti Ibrahin telah menunjukkan bukti dan teladan buat umat hingga akhir zaman bahawa segala yang ada di dunia ini sanggup dikorbankan semata-mata kerana perintah Allah, taakan perintah Allah. Dan yakin dengan janji Allah. Justeru kita hari ini pula bagaimana? Masih merasa kabur akan hakikat sebuah kehidupan dan kepastian sebuah kematian atau bagaimana?.

Fikir-fikirkanlah, aku juga sama tidak terlepas dan tidak terkecuali. Ismail A.S juga punya kekkentalan iman dan keutuhan keyakinan sama seperti ayahnya Ibrahim. Jawapan yang diberikan kepada ayahnya ketika diajukan perintah Allah untum menyembelhnya adalah jawapan yang mengandungi kafahaman matlamat hidup yang jelas, menifestasi ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada seorang ayah dan yang paling penting demi Allah, tuhan kepada seluruh umat manusia dan makhluk-makhluk yang lain.

Itu cerita anak muda belia yang bernama Ismail A.S. Barangkali ada yang tidak suka aku bandingkan kisah ini dengan realiti anak muda hari ini. Itu terpulang, tapi yang paling mustahak adalah menjadikan kisah tersebut sebagai teladan yang sepatutnya kita sematkan dalam sanubari dan oanduan dalam melayari hidup di dalam lautan fana ini. Namun apa sekalipun, perlu kita ingat bahawa Allah S.W.T mengkhabarkan kisah ini dalam kalam suci Al-Quran supaya menjadi panduan dan iktibar kita umat Muhammad SAW.

Hujjatul Wada'
Bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam taqwim Islam. Dalam bulan ini tercatat juga beberapa peristiwa-peristiwa penting. Antaranya peristiwa Hujjatul Wada'. Ia dilakukan oleh Rasulullah SAW pada 8 Zulhijjah tahun 10 Hijrah selepas termeterainya perjanjian Hudaibiyah. Walau bagaimanapun ada yang berpendapat bahawa Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada akhir bulan Zulqaedah tahun 10 Hijrah. Baginda SAW masuk ke Makkah dari sebelah atas iait mengikut jalan Kaddae' dan berhenti di perkampungan Bani Syaibah. Ada pendapat mengatakan bahawa seramai 114 000 orang yang datang dari segenap pelusuk ke kepulauan Arab menyertai Rasulullah SAW menunaikan haji ini.

Apabila baginda SAW melihat Baitullah, baginda bersabda: " Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, penghormatan, kegerunan, kebeesaran dan kebaikan yang mengerjakan umrah". Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya ( wasiat terakhir)) pada 10 Zulhijjah. Ada riwayat mengatakan bahawa ketika itu turunnya ayat yang terakhir.

Peristiwa Pembunuhan Saiyidina Umar Al-Khattab dan Sayyidina Uthman Al-Affan
Antara peristiwa lain yang berlaku dalam bulan ini ialah pembunuhan Sayyidina Umar al-Khattab yang berlau pada akhir bulan ini (malam Rabu tahun 23 Hijrah) setelah ditikam oleh Abu Lu'luk yang berbangsa Parsi dan beragama Majusi. Manakala Sayyidina Uthman bin Affan telah dibunuh di rumahnya sedangkan tangannya memegang erat al-Quran pada 18 Zulhijjah.
Semua peristiwa yang berlaku itu bukan hanya satu kenangan sejarah, malah kita sebagai umat islam akhir zaman sepatutnya mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya. Menjelajah ke setiap pelusuk hati, kita susuri konsep "tadhiah"' yang berlaku di dalam kehidupan kita. Sudahlah kita berkorban jiwa, harta dan masa demi menegakkan kalimah Allah SWT? hakikatnya, pengorbanan bukanlah suatu perkara yang mudah dipraktikkan. Ia memerlukan satu kekuatan dan keyakinan serta kesedaran yang seoptimum mungkin kita menyusurinya.

Credit kepada Risalah Duat Edisi Zulhijjah Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.


Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang