Barang Jenama Anda

Monday, November 10, 2008

Panggilan Ilahi Ke Makkatul Mukarramah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat rakan seperjuangan yang jauh di mata tetapi dekat di hati insyaAllah. Rasannya dah lama aku tak update blog aku...last aku update masa dah start puasa, la ni dah habis dah raya dah masuk bulan zulkaedah dah nie.Bulan yang dimana manusia seluruh dunia ini yang diberi kemurahan rezeki untuk menunaikan fardhu haji ke Makkah.Rukun Islam yang kelima yang wajib kita lakukan sebagai umat islam.

Lambaian Kaabah tersemai di pandangan semua umat islam di dunia ini.Bohong jika tiada sedetik perasaan untuk sampai di Tanah Suci umat islam itu.Meskipun untuk sampai ke sana bukan senang dan ia perlu menempuh pelbagai dugaan.Aku seringkali terbaca di surat-surat khabar yang mengatakan ada segelintir jemaah haji pada tahun ini ada yang menunggu sampai 3 hingga 5 tahun dan sudah berulang kali mengikuti kursus haji tapi alhamdulillah dengan berkat kesabaran yang tinggi dapat juga jemaah haji pergi ke sana.

Apa rasanya ye bila sudah sampai dan menjejaki kaki di bumi suci Allah itu.Mesti rasa kagum serta terpegun dengan keadaan di sana. Walaupun diri ini pernah menjejaki bumi anbiya tetapi keadaan di bumi Allah Mekah semestinya ada perbezaan.

Sekarang ini musim sejuk dekat negara-negara yang mempunyai 4 musim.Semestinya di bumi Allah yang suci itu tidak terkecuali.InsyaAllah kita semua akan sampai juga.

oklah sampai di sini saja buat kali ini...salam perjuangan untuk semua

Type rest of the post here

Thursday, September 04, 2008

Sekembali dari Ujian

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Terlalai rasanya diri ini untuk mempersembahkan sesuatu buat kalian yang mungkin berada dekat di hati tapi jauh dari pandangan. Maafkan diriku kerana selama aku beristerehat di muka bumi Allah yang bernama Malaysia ini aku tidak berkesempatan untuk menitipkan sesuatu buat rerakan yang seiring dan sejalan dengan diriku iaitu berpuitis dan menitip di kantung maya ini.

Ilham banyak dan sering mencurah-curah tetapi isi dan pengolahannya tidak dapat aku adaptasikan dengan ketukan jari jemariku di kamar blog ini.Alhamdulillah berkesempatan juga aku untuk menitipkan sesuatu.

Alhamdulillah bulan Ramadhan sudah 4 hari berlalu, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapakan ahlan wasahlan wa marhaban bikum ya RAMADHAN AL MUBARAK...Selamat menyambut bulan ibadah yang terdapat dalamnya pelbagai dan beribu kunjugan pahala dan sejuta serta berbilion rahmat dari Allah SWT.

Sekarang ini aku masih lagi di dalam cuti , moga aku diberi kekuatan untuk meraih dan memberi apa yang perlu dalam cuti aku ini. Alhamdulillah sekarang ini aku berkesempatan untuk memberi khidmat pada anak-anak kecil.Aku diberi tanggunjawab untuk menjadi guru sementara di sebuah sekolah rendah di Pekan Yong Peng. Aku mengajar pendidikan islam. Dapt juga aku menimba pengalamn berguna sepanjang aku bercuti di tanah air ini.

Alamak rasanya aku akan sambung di lembaran yang akan datang.InsyaAllah.

ilalliqa maa salamah

Type rest of the post here

Saturday, June 21, 2008

persiapan demi persiapan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Wah!!! makin dekat pulak tarikh aku nak balik ini.Alhamdulillah tiket dah comferm dah 25hb Jun..Baha bagitahu sebelum kitorang gerak balik ke Kaherah dekat Mau'af Ghumlah. Ingatkan tak payah nak gerak Kaherah, tapi kena pergi juga sebabnya dekat Tanta bukannya complete pun.

Alhamdulillah kitorang sampai Kaherah sebelum asar dan sempatlah untuk berjalan-jalan cari barang-barang yang baik punya untuk dibawa pulang ke Malaysia. Aku sebenarnya tak tahu nak beli apa, asalkan hati aku gerak nak terbeli...aku belikan ajalah untuk diorang kat Malaysia.

Pasal persiapan inikan, sebenarnya diri aku ini takderlah nak menyiapkan diri dengan sepenuhnya seperti kebiasan abang-abang lama cakap."Kalau balik bercuti kalau kena turun jadi imam ke bilal ke bagi tazkirah ke doa tahlil ke selamat ke jangan ditolak pergi jek...malu kalau tak diterima". Itulah antara fokus yang aku nak ceritakan sebenarnya.Apa-apapun moga diru\iku ini diberi kekuatan untukmenghadapinya.

Panas Oh Panas!

Ya Allah...aku bersyukur pada Mu Ya Allah.Ampuni dosa-dosaku ya Allah.Bukan main panas lagi keadaan kat Kaherah ini.Mahu melepek aku dibuatnya kecairan.Masa berjalan-jalan cari barang dekat Medan Hussein lepas asar masih lagi terasanya panas dan bahang.Ini belum bulan Julai lagi ini, belum lagi masuk Ogos.Mau meniarap dibuatnya badan ini nak melekat dekat ais.Allah sahajalah yang tahu.Mahu letih juga aku dibuatnya dengan rakan-rakan aku lain Baha, Mep, Abu dan mushrif Haris.

Sian Haris jadi mangsa hahaha dah lah baru balik dari ziarah Tanta.Balik Kaherah kena jadi mushrif kitorang.Bukan tak reti jalan cumanya tak tahu tempat-tempat yang top jual-jual barang yang biasa dibeli oleh bebudak Malaysia bila nak balik.Kalau dah tahu tak yah mushrif tak per.Tapi apa-apa pun thankz lah Haris.Jasamu dikenang.

Al Fatehah buat Nek Anjang.

Masa aku tolong masak dekat Bait Izzah dengan Yie untuk persiapan ke Matroh Siwa.Ayah aku call out dari Malaysia.Tanya pasal tiket dan juga bank in. Sambil tue juga ayah khabarkan yang Nek Anjang sudah kembali ke rahmantullah petang Malaysia (Masa ayah aku call dlam 5 petang Egypt so kat Malaysia dah kul 10 malam).

Ku doakan moga ruh Allahyarhamah Nek Anjang ditempatkan dikalangan Mukmin yang Solehah.Aku dapat tahu kematiannya disebabkan kanser yang dialaminya sejak dulu lagi.Tapi kira alhamdulillah dapat bertahan hingga la ni.Tapi Allah lagi maha Penyayang.



Type rest of the post here

Sunday, June 15, 2008

Perihal Seorang Ayah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Hari ini 11 Jamadil Akhir 1429 hijrah bersamaan 15 Jun 2008 merupakan satu hari yang mungkin kebanyakan dari kalangan manusia meraikan bersama. Satu hari untuk memperingati jasa baik dan kerah keringat seorang insan yang telah mencipta kita dari hasilnya yang darinya datang asbab untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT.

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan kegiatan kekeluargaan.

Terpulang kepada individu untuk meraikannya ataupun tidak. Lagi ahsan kita sebagai mukmin tidaklah meraikannya. Tepuk dada tanya diri. Muhasabah pada diri sendiri. Adakah kita perlu nak ikut ataupun tidak? Tiada salah kita mengikut benda yang baik. Asalkan tidak lari dari akidah dan syariah itu sendiri. Nanti kita di katanya "Bid'ah" dah susah. Sebenarnya tidaklah perlu untuk menentukan hari sekian-sekian untuk mengingati bapa kita. Yang penting niat untuk menghargai dan menyayangi bapa kita.

Perihal Seorang Ayah

Ayah, Abah, Abi, Baba, Papa ataupun sebagainya merupakan antara panggilan yang di panggil untuk menghormati insan ini.Insan yang memang kelihatan cool sejak kita mengenal dunia ini bukan. Adakah anda yang bergelar lelaki terpanggil untuk menerima gelaran ini? Sudah tentu bagi orang yang bujang semestinya ingin merasakannya. Bagi yang baru menglangsungkan pernikahan lebih-lebih lagilah exited untuk menerima gelaran ini.

Seringkali kita lihat perwatakan yang di bawa oleh seorang pemimpin keluarga ini selalunya bersifat tegas dan berdisiplin. Bagi aku yang telah berusia suku abad inipun masih lagi rasa gerun bila hendak bercakap dan berbual dengan ayah. Mana tidaknya semenjak kecil lagi aku dan adik-adik diasuh ala-ala tentera oleh ayah kerana ayah merupakan bekas pelatih Tentera Laut Diraja Malaysia. Sudah semestinya satu teriakan darinya sudah boleh meluluhkan isi badan ini. Ketegasan dan disiplin ini yang menjadikan kami adik beradik rasa bersyukur kerana di berikan ayah yang pandai memimpin.Perihal agama lebih-lebih lagilah diutamakan. Sebab itu adik beradik aku semua berkelulusan sekolah beraliran agama.

Teringat aku sebuah cerita dari Korean ( cerita yang boleh di ambil sempadan ) tentang seorang bapa tunggal yang menjaga anaknya semenjak dia lahir sampailah dia berumur dalam lingkungan 8 atau 10 tahun. Boleh dilihat cara ayah dia menjaganya dan mendidiknya walaupun tiada bantuan dari isterinya. Di sini kita boleh dilihat seorang "Appa" boleh mengasuh. Apa kurangnya jika nak dibandingkan dengan seorang ibu. Cumanya cara pengasuhan itu mungkin berbeza.

Kebiasaannya si ayah susah untuk menunjukkan rasa kasih sayang pada anak-anaknya secara zahiri tetapi si ayah lebih suka dengan cara tanpa pengetahuan sesiapa untuk ditunjukkan kasih sayangnya.Sebagai contoh: Seorang ayah akan memukul anaknya dengan menggunakan rotan dan dibedil sepuasnya di pinggul jika kita anak-anak yang nakal melakukan kesalahan. Tapi di malam hari semasa kita tidur dan tanpa sesiapa perasan. Ayah datang kepada anak dan menyapukan ubat atau minyak di tempat yang dirotan. Ayah juga akan mengalir air mata kerana perbuatannya.

Teringat masa kecil-kecil dulu rotan yang pelbagai saiz pernah sampai di pingul dan juga di tangan. Melihat muka ayah yang berkumis tebal itu sahaja sudah menggerunkan. Teriakan ayah seringkali membuatkan kerja-kerja kenakalan aku tergendala sebentar. Aku jenis anak kecil yang tidaklah nakal sangat tapi ayah aku jenis suka mengongkong segala aktiviti bersama rakan-rakan lain. Hari cuti kelas tambahan dan tolong dan ikut ayah berniaga. Sebab apa yer .. mungkin aku adalah anak tunggal lelaki di dalam keluarga. Sebab itu ayah aku menjaga aku. "Farid!!! ko tak bangun lagi...nak kena jirus ngan air ke!" itulah antara teriakan ayah di pagi cuti. Itu belum lagi rotan tidak solat dan ponteng mengaji al quran...hehehe rasa macam nak kembali ke zaman kecil-kecil dulu.

Itulah antara karekter "Cool Of The Man" yang semestinya aku dan rakan-rakan yang belum berkahwin akan merasainya. Entah bagaimana agaknya bila aku bergelar ayah. Seronok agaknya ye? Rasanya belum masanya lagi aku berkahwin. Moga aku akan menerima zaujah yang memahami diri ini dan dapat bersama di dalam perjuangan. InsyaAllah...amin.

p/s : x sabar nak peluk ayah dan berbual dengan ayah balik ini ... Malaysia tunggu daku!!



Sanah Helwa Ya Akhi Hakimi

Tanggal 12 Jun 2008 bersamaan 8 Jamadil Akhir merupakan hari kelahiran ahli bait aku yang bernama Muhammad Hakimi Bin Mustapai merupakan abang lama dan ketua bagi bait mithaliku. Bakal Graduan dari Kuliah Quran Wal Qiraat - Jabatan Ulum Quran wa Ulumuhu. Hari ini gena[p umurnya 27 tahun.

Ucapan Khas buat diriku buatmu ialah " Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki hendaknya. Semoga najah di dalam pelajaran dan dapat meneruskan perjuangan di Malaysia kelak. Moga menjadi Qura di Malaysia dan sebagai tempat rujukan masyarakat di Malaysia."

Tahun ini merupakan tahun terakhir baginya. Mungkin aku akan menunggu beliau di KLIA airport kerana aku sudah pulang ke tanah air pada akhir bulan 6 ini. Aku doakan semoga najah insyaAllah.

Kami ahli bait dan imarah buat ala kadar sahaja. X jemput sapa-sapa. Ustaz Kimi belanja Pizza dan juga kuih cara, tidak ketinggalan juga bubur jagung dan kek hehehe mana leh lepas.Setahun sekali je.

Monday, June 09, 2008

Kisah Antara Black Dhabi & EURO 2008



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



Antara EURO dan Minyak ( Black Dhabi) mana yang famous agaknya sekarang di negara aku ye? Aku rasa sekarang ini lebih kepada minyak daripada EURO ini.Tapi kalau muda-mudi macam aku yang kemungkinan kebahangan EURO 2008 tetap terasa.Aku yang duduk dekat dengan negara eropah ini semestinya terasa dengan kedatangan EURO. Siaran langsung di Al Jazeera +1 @ Al Jazeera +2 membuatkan kitorang duduk setia dengan televisyen. Walau bagaimanapun tidaklah bermaksud meninggalkan semua suruhan yang Allah wajibkan bagi kita.Mana tidaknya Siaran Langsung yang bermula pada pukul 7.00 ptg sehingga 9.00 bagi perlawanan pertama dah masuk waktu maghrib dalam pukul 8.15 malam.Antara gagah ataupun tidaklah untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.Manakala perlawanan kedua pula bermula pukul 10.00 sampai 11.00, alhamdulillah masa ini solat isyak dah selesai.Maka takdelah nak terkejar-kejar.





Bahang kepanasan di musim Saifi ini membuatkan kami kepanasan di dalam rumah.Semua econ semulajadi dimuka.Jendela, pintu, kipas syiling, kipas duduk semua di keluarkan.Suhu di negara Mesir ini sekarang mencecah 41 darjah celcius, satu darjah kepanasan yang boleh dikira panaskan.Nasib baiklah keadaan di Mesir ini tak macam Malaysia.Jikalah suasana di sini seperti di Malaysia.Ada yang terbakar agaknya.Mana tidaknya kepanasan dan kebahangan dengan kenaikan harga minyak yang mendadak membuatkan semuanya rasa macam nak terbakar diri ini.



Melayu mudah lupa? kiasan yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir Muhammad.Mengapa aku mengatakan begitu.Aku terfikir ... sampai bila kemarahan orang-orang melayu dengan keadaan yang mereka alami sekarang, adakah mereka akan berterusan ataupun akan redha dalam 2 atau 3 bulan lagi, ataupun dalam setahun lagi, ataupun beberapa tahun lagi.Itu hanya Allah sahaja yang mampu.



Selama aku hidup baik di bumi Malaysia sendiri mahupun aku berhijrah di Mesir ini, aku dapati keadaan ekonomi Malaysia lebih baik semasa di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang Ke empat iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad.Sebab apa aku berkata begitu, sebabnya kadar kenaikan harga barang baik barang mentah ataupun sebagainya tidaklah terlalu melampau kenaikan harga barangnya.Tetapi yang aku lihat sekarang pemerintahan Perdana Menteri ke lima ini.Sejak pemerintahannya dari 2004 sehinggalah sekarang sudah berapa kali kenaikan harga barang baik minyak ataupun barang keperluan lain.Ada kemungkinan sistem penyelengaraan ekonomi negara sekarang ini tidak di urus dengan bijak oleh ahlinya.





Jika dulu menteri ekonomi sendiri di pegang oleh Tun Dr Mahathir Muhammad yang sememangnya ahlinya.Walaupun terdapat banyak korupsi dan perkara yang salah di sisi undang-undang seperti rasuah dan sebagainya.Tetapi alhamdulillah keadaan negara Malaysia tidak seperti sekarang ini.Walaupun terdapat krisis ekonomi yang melanda pada tahun 1991 hingan 1992 ( aku lupa fakta ini nanti aku cek balik). Tapi Tun masih boleh mengurus ekonomi dengan baik.



Jika kita lihat perancangan ekonomi Tun kita dapat lihat hasilnya walaupun entah berapa bilion kita rugi seperti Menara KLCC, Menara Berkembar Petronas, Litar Sepang, Lapangan Terbang KLIA dan juga Putrajaya.Itu antara yang terhasil daripadanya.Tapi apa yang dihasilkan oleh PM sekarang Abdullah Badawi.Projek-projek mega baik di utara, selatan ataupun timur belum lagi kelihatan.Adakah kerana projek-projek mega ini yang membuatkan negara Malaysia sekarang dihujani dengan hutang-hutang yang mencecah berbilion-bilion.Wallhua'lam hanya Allah sahaja yang tahu.Lihat sahaja perancangan yang terbegkalai seperti projek Jambatan Gerbang Selatan yang terbengkalai begitu sahaja.



Rasa-rasa kamu semualah berapakah kerugian yang dialami oleh kerajaan Malaysia kerana pembatalan projek mega yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir Muhammad itu?. Jawapannya lebih 1.212 bilion kerajaan Malaysia menangung dengan pembatalan projek mega tersebut.



Sekarang ini Pulau Batu Putih pula menjadi hak Kerajaan Singapura, apa nak jadi dengan kerajaan Malaysia sekarang ini yang mudah tunduk dengan kerajaan Singapura.Pengecut sangat ke pemimpin sekarang ini.Banyak benda yang sekarang ini tergadai.Sekarang ini tak tahu lagi dengan Wilayah Iskandar yang terletak di negeri aku sendiri iaitu Johor.Jangan sampai negeri Johor ini tergadai kepada Singapura sudahlah.Oiiii pemimpin sedar-sedarlah...harta itu bukan bawa mati pun. Akhirat ko kena tanya karang baru tahu. Tukang Kayu yang mempunyai sebatang kapak pun ditanya oleh Allah SWT. Lagilah korang yang entah berapa bilion mengkorupsikan duit rakyat.



Aku tidak tahu bila lagi dan lagi Malaysia yang di tadbir oleh orang-orang yang korup ini akan menaikkan lagi harga barang.Tahniah aku ucapkan kepada mereka yang mahu kepada pentadbiran kerajaan sekarang? Terimalah hadiah yang mereka beri dengan senang hati. Jangan mudah marah kerana inilah pentadbiran kerajaan yang entum semua pilih.Bagi yang membangkang adalah tanggungjawab kita untuk membetulkan keadaan secara demokratik dan efektif.Buktikan yang antum tidak mudah lupa dan tegurlah pemimpin antum yang menang di parlimen ataupun adun dengan cara yang mereka fahami.



-PEMIMPIN LEMAH NEGARA PARAH-


Thursday, June 05, 2008

Gempak SEH - MINYAK NAIK LAGI!!!! RM2.70 seliter

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alamak aii..apa ni naik lagi ke minyak..giler la...camni aku nak balik puin aku rasa aku macam malas jek.Baru nak jenjalan bila balik nie..Tapi nak wat macam mana dah macam gitu caranya.Apalagi mesti kebabomlah Malaysia lepas nie...Mampuslah bergaduh sakan antara Pakatan Kerajaan VS Pakatan Rakyat.Adakah makin derita rakyat dekat tanah airku ataupun makin ada datangnya kesenangan.Ya Allah bantulah negaraku dan Islam itu sendiri ya Allah.

Alhamdulillah aku dah habis exam...sekarang ini kena banyakkan doa dan tawakal pada Allah.Minta sahabat-sahabat yang lain mendoakan kejayaan kita bersama.Aku tak der benda yang nak di isi dalam post aku boleh bagi post berita jeklah dari Malaysiakini.



Petrol naik 78 sen, diesel RM1
Muda Mohd Noor Jun 4, 08 5:04pm


Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.


Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.


Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus [lihat carta].


Penstrukturan baru itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut dihadir di sidang akhbar tersebut berkata, kerajaan dijangka membelanjakan kira-kira RM18 bilion subsidi setahun.


Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang.


Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.
Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.


Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2.


Perdana menteri juga mengumumkan struktur subsidi bagi minyak diesel dan tarif elektrik.
Menurutnya, melalui penstrukturan semula subsidi bagi semua bahan tersebut, kerajaan dijangka menjimatkan RM13.7 bilion.


Perdana menteri berharap orang ramai tidak akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut. Katanya, kos petrol dan barangan telah meningkat secara drastik, maka subsidi terpaksa distruktur semula."Insyaallah, saya harap rakyat tidak akan mengadakan demonstrasi," katanya merujuk kepada bantahan terhadap kenaikan harga bahan bakar sebelum ini.



Thursday, May 29, 2008

MeNghitUnG HaRi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah dengan berkat inayahnya dapatlah aku mencangker secebis kisah di dalam kehidupan aku di pautan maya aku ni.Sekarang ini merupakan minggu peperiksaan di universiti aku, Universiti Al Azhar cawangan Tanta dan juga seluruh cawangan yang lain.Alhamdulillah aku dah lepas 3 paper dari 4 paper.Sekarang ini berbaki lagi 1 paper.Moga aku diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan aku ini.Walaupun aku hanya menduduki 4 paper jek subjek tapi aku rasa macam tak perfect aku jawab.Aku bertawakal kepada Allah moga diberi kejayaan insyaAllah.

Rasa macam sekejap jek aku duduk dekat bumi Mesir ni, kejam celik- kejam celik dah masuk 3 tahun aku duduk merantau di Bumi Anbiya' ini.Banyak kenangan dan mehnah yang aku selami bersama rakan-rakan seperjuangan ini.Tahun ini ramailah abang-abang lama yang akan pulang ke Malaysia kerana sudah habis mengaji di Bui Anbiya ini.Aku doakan semua mereka najah di dalam imtihan kali ini.Tak ketinggalan ahli baitku yang tersayang...cewah! ustaz Hakimi tahun akhir Kuliah Al Quran Qiraat Wa Ulumuhu.Moga najah dan balik Malaysia.Dah tak sabar nak kahwin dah tue...hahaha.

Rasa macam sekejap pulak dah nak habis musim peperiksaan ini.Rasanya baru semalam jek aku syafawi masa 8 Mei lepas tapi sekarang dah 30 Mei dah.Maka tinggal lagi beberapa hari lagi nak masuk bulan Jun dan masa yang paling mendebarkan untuk aku.Lepas habis exam Ulum Hadith...aku dah boleh menghitung hari dah ini...hehehe.Ermmm rasa-rasa ada dekat 3 minggu.Waaaaaaa x sabar rasanya..tapi sebelum tu banyak kerja kena siapkan.Moga Allah tenangkan jiwaku ini.

Ujian Air

Dalam seminggu ini di kawasan rumah aku telah dilanda masalah bekalan air di mana sistem air sedang di islah di seluruh kawasan Siberbay, kawasan di mana ramai penduduknya di kalangan penuntut-penuntut Al Azhar sendiri.Lebih-lebih lagi masa musim peperiksaan ini, pelajar-pelajar arab yang duduk di luar Tanta akan bermukim di Siberbay untuk menjalani peperiksaan.Moga ujian yang Allah berikan ini ada keberkatannya insyaAllah.

Lebih kurang 2 minggu juga masalah air ini melanda di Siberbay ini.Tak tahulah bila nak siap.Hendak masak, nak basuh bukan main susah lagi.Nasib baik ada tadahan air di bilik air.So kena preparelah kalau air keluar masa waktunya.Nasib baik kawasan rumah aku ini terputus-putus, kalau terus tak ada macam umah pak syeikh aku tak tahulah.Moga sistem penyambungan paip air ini akan cepat siap.Arab ini dahlah jenis kerja tanguh-tangguh sama jek dengan orang Malaysia hehehe - "Bukrah" ayat yang selalu arab bagi dekat wafiidin.

Internet Oh Internet!!!

Lagi satu masalah yang melanda di Siberbay yang dulunya top dengan internetnya sekarang ini sedang mandum dek pengislahan sistem tekomunikasi di siberbay ini."Semua nak islah nak jadi bandar siber ke?" kata ahli bait aku ustaz kimi.

Aku rasa memang nak iktiraf jadi bandak siber agaknya.Semua nak islah tak tahulah lepas ini apa lagi yang nak di silah.Aku rasa kerajaan Mesir ini saja jek islah sebab nak menangkan hati rakyat untuk undi depa.Sebabnya kawasan Tanta ini lagi-lagi kawasan Siberbay ini Ikwan Muslimin kuat.Jangan jadi macam Malaysia dahlah.Jika terjadi yer Alhamdulillah..Islam itu segalanya indah.

Tentang tenet .. sebenarnya kitorang dah berhenti dah tapi Baba Hisyam selak sangat dengan internet sebabnya Syarikat TE Data tue call umah baba tanya nak sambung bali ke tidak tenet.Sebab tulah Baba Hisyam tanya kami nak sambung ke tidak.Wahhhh...dulu bukan main sombong lagi, tak nak bagi sambung dia punya line telefon untuk sambung sekarang ini bagi pulak.Mesti ada "Udang di Sebalik Makarona" ini.Hahaha dekat sini tak der mee hanya ada makarona jek hahaha.

Moga-moga lepas imtihan ini adalah internet dekat kawasan Siberbay ini.Takderlah Ustaz Kimi rasa bosan dekat umah.Nabhan dan juga Raeis.Aku...rasa-rasa aku di mana yer masa musim cuti Saifi ini...????Cuba teka...hahaha.

Usrah dan Progam

Selama bulan peperiksaan ini banyak program yang di tawaqufkan, tetiba hati ini rasa rindu dekat USRAH.Rasa-rasa aku sempat 2 kali Usrah jek lepas exam ini.Sebabnya aku ada urusan yang penting yang perlu aku selesaikan.Hehehe.

"Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam kehidupan khususnya mereka yang berada di dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk peribadi. Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi WAJIB mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya".Merupakan kata-kata sahabat aku.

Apa khabar ahli usrahku yer...Naqib aku Ustaz Fairuz comferm sibuk lepas exam ini untuk mengatur program-program ilmiah.Naim, Fadzli, Baharom, Nizam dan Ustaz Fadlulrahman mesti ada kerja masing-masing. Sebelum apa-apa aku mesti jumpa diorang. Rasa rindu nak terima tarbiah dari Naqib aku.Moga hajat ini dapat di realisasikan.

Musim cuti ini comferm banyak program akan ada.Yang paling latest Kembara Matruh Siwa yang akan berlangsung betul-betul lepas exam iaitu 15 hingga 18 Jun ini. Memang mantap DPMT. Anjur awal tue dari orang lain.Sebabnya tahun ini banyak program yang akan di jalankan oleh PMRAM sendiri seperti PROFIT. Rasa-rasa aku sempat tak ikut Minggu Mahabah Keluarga Tanta (MMKT08). Jika sempat aku nak longar-longarkan badan ini juga...dah lama tak main bola ni, bolat sepak ke bola tampar ke asalkan bola..hahaha.

Rasanya sampai di sini sahaja buat kali ini. InsyaAllah jika ada kelapangan aku akan tulislah apa-apa yang perlu di blog aku ini.Ok see u..ilalliqa maa salamah.

Cetusan Hati

"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

Type rest of the post here

Sunday, May 04, 2008

Penangan SANG UJIAN

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah sekarang ini dah masuk bulan Mei, bulan di mana pelajar di seluruh negara baik di Mesir ke UK ke ataupun Malaysia sendiri sekarang sibuk di dalam mengemaskini input-input yang diajar oleh doktor-doktor dan juga pensyarah untuk di takhrijkan di masa imithan yang akan ditempuhi.Di masa itulah output dari otak-otak akan menerjah keluar di kertas jawapan masing-masing.

Sememangnya semua manusia ini tidak dapat lari dari berjumpa dengan SANG UJIAN, baik kita masih kecil lagi ataupun sehiggalah kita mati kelak.Allah sememangnya meletakkan imtihan ataupun ujian itu sinonim di sepanjang kehidupan kita insyaAllah.Maka kita janganlah rasa mual ataupun bosan dengan imtihan ataupun ujian yang diberikan kepada kita.Sesungguhnya kita perlu bersyukur atas apa yang Allah berikan kepada kita ini.Mudah-mudahan Allah akan lebih menyayangi kita insyaAllah.

Aku juga tidak terlepas dari imtihan, mana taknya sekarang ini STUDY WEEK bagi student Al Azhar untuk berjumpa dengan SANG UJIAN di Universiti ini.Rasa cuak mesti ada di dalam diri seluruh azhari dan azhariah serta doktor dan dokturah.Merupakan Final Semester untuk naik ke tahun seterusnya.Bagi aku yang duduk kat sini hampir 3 tahun, rasa cuak itu masih lagi menyelubungi diri ini.Bukan kerana apa tapi disebabkan tiada persediaan yang mantap.InsyaAllah untuk tempoh 2 minggu lagi dari sekarang ini dapatlah aku tumpukan pada subject-subject killer yang aku tak lepas-lepas dari dulu.Moga-moga sahabat-sahabat dapat mendoakan kejayaan kita bersama... insyaAllah.

Syafawi dan juga Tahriri merupakan benda yang lain dari segi lughahnya tapi sebenarnya sama sahaja bukan.IMTIHAN juga. Syafawi boleh dikatakan 'Oral' ataupun 'Presentation' lah.Pening juga memikirkan bendalah ini. Manakala 'Tahriri' pulak boleh diertikan sebagai 'Penulisan'. Itulah antara skop peperiksaan di Al Azhar ini.

Sebelum kita menjelajah jauh untuk bertemu dengan SANG UJIAN itu maka kita sebagai umat islam tidak akan lari dengan MAHA PENCIPTA.Kita seringkali akan dekat dan selalu bersama dengan Allah SWT ketika kita mengalami kesusahankan!!! Kenapa ye aku bercakap demikian? Boleh dikatakan rata-rata pelajar-pelajar baik di sekolah rendah ke sekolah menengah ke sehinggalah masuk ke universiti sekalipun jika masa waktu peperiksaan berlangsung maka diri ini akan bertaqarrub dengan ILAHI.Masa inilah yang dulunya tak pernah berjumpa di masjid-masjid bersolat jemaah bersama. Dulunya tak pernahpun teringat untuk berpuasa sunat isnin dan khamis bersama-sama berpuasa. Dulunya tidak pernah bangun malam serta merta bertahajud di sepertiga malam. Bukannya hendak menghalang segala kebaikan yang dibuat. Tafadhal ya akhi wa ukhti. Teruskanlah amal ibadah yang sememangnya di tuntut oleh Allah SWT.

Tapi ya akhi wa ukhti ... aku ingin bertanya. Di manakah hilangnya segala amalan yang dilaksanakan sebelum dan ketika musim peperiksaan itu berlangsung selepas selesainya musim peperiksaan? Adakah kita ini meminta jika diperlukan sahaja? Fikir-fikirkanlah sahabat.Aku cakap inipun aku muhasabah pada diri aku sendiri. Moga setiap amalan yang kita lakukan sebelum, sedang ataupun selepas buatlah secara istimrar iaitu berterusan.Walaupun tidak sepenuhnya janganlah tinggal terus seperti puasa sunat isnin dan khamis serta solat tahajud.

Abang-abang lama pernah menyoal aku berkaitan perkara ini. Kenapa kita dah berusaha bersunguh-sunguh, beramal bukan main rak tapi natijah tak kemana? Jawapan mereka ialah " Amalan kita yang kita buat sebelum dan semasa kita exam tidak diteruskan selepas exam". Sebenarnya amalan yang selepas itulah merupakan perkara yang penting bagi kita.Buatlah secara berterusan dan ingatlah bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa untuk menentukan sesuatu.Teringat aku akan kata-kata semangat dan taujihat dari ayahandaku yang berbunyi

"Pastikan dan fokus apa yang dihajati, ALLAH akan bersama-sama
dengan orang yang sabar di dalam mencari ilmu. Manfaatkan masa jagamu, waktu
tidur kamu dan juga masa rehat kamu. Sesungguhnya tiada henti REZEKI yang ALLAH janjikan".

Sempena IMTIHAN ini aku ingin memohon ampun atas salah dan silap baik terlanjur kata baik bahasa aku di dalam setiap entry aku. Bagi sahabat-sahabat seperjuangan yang mengenali aku ini khususnya di Bumi Mesir ini, aku mohon sangat-sangat akan doa dari antum semua moga kejayaan kita milik bersama.Halalkan makan dan minum aku baik ketika aku berziarah ke rumah kamu ataupun sebaliknya.Gurau senda yang melampau batas atas diri kalian juga ku mohon kemaafan.Sekian sahaja untuk kali ini.InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di lain masa.

Time Table Examination Second Fasa

18 Mei 2008 - Ahad - Al Quran

20 Mei 2008 - Selasa - Milal Wa Nihal ( Comperative Religion)

27 Mei 2008 - Selasa - Tauhid

3 Jun 2008 - Selasa - Ulum Hadith

"Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan
yang harus kita jalani, sebesar mana pun kegagalan yang kita rasai, sejenuh mana
pun -hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Ilahi, jangan
pernah berhenti berdoa kepada Rabbi kerana harapan adalah masa depan, kerana
harapan adalah sumber kekuatan, kerana DOA adalah pintu kebaikan dan kerana DOA adalah senjata bagi seorang pejuang yang beriman.."

"Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa
yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita
inginkan,akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat
membuat hidup kita menjadi lebih bahagia."

Tanda-Tanda Diterima Taubat

  • Hamba yang telah bertaubat itu melihat bahawa dirinya masih belum suci dari dosa
  • Ia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu datang perasaan sedih
  • Ia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi dari orang-orang yang jahat
  • Walaupun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, tetapi ia tetap melihatnya banyak.
  • Walaupun banyak amal akhiratnya, tetapi ia tetap melihatnya masih sedikit
  • Ia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakan kewajipannya terhadap Allah swt dan tidak sedikit pun dia sibuk menguruskan rezekinya yang telah di jamin oleh Allah swt.
  • Ia sentiasa menjaga lidah, selalu tafakkur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal

(Good Luck sumer!!! aja aja fighting!! Gambatee!!)

Thursday, April 24, 2008

Penulisan Maya - Garapan Untuk Selamanya

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Assalamualaikum buat sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa thabat di dalam gerak kerja penulisan yang semakin hari semakin popular di kalangan pelajar dan penuntut di universiti-universiti baik di dalam ataupun luar negara.Gelombang penulisan maya ini yang semakin mendapat liputan hangat di kalangan mahasiswa mahasiswi membuktikan halangan dan desakan yang diberi kepada para mahasiswa dan mahasiswi bukan sekadar omongan kosong tapi idea-idea yang bernas dan mantap.Bukan untuk menunding seseorang ataupun sebilangan kumpulan tetapi jika terasa atau tidak itu bukanlah hal yang punyai kaitan.

Kita masuk pasa subtopik yag ingin aku bicarakan pada kali ini. Bukan aku nak buat pandai dalam penulisan maya ini tetapi entah aku sejak sekian lama merasakan diri ini tidaklah berapa baik di dalam penulisan tetapi masih lagi dalam cubaan untuk memperbaiki penulisan aku yang mungkin boleh ditegur oleh orangorang yang berpengalaman seperti akhi dan ukhti yang memperjuangkan penulisan baik secara zahiriah seperti pengeluaran novel ataupun sahabat-sahabat yang memperjuangkan penulisan di dalam alam maya ini.

Sebenarnya tidak susah untuk menulis cuma kehendak diri sendiri yang dapat memanipulasikan diri itu menjadi rajin ataupun tidak.Jika hendak dilihat bukan lama sangat hendak menguraikan sesuatu topik untuk dibincangkan tetapi dalam satu hal yang lain masih lagi banyak benda yang hendak di tulis masih lagi ragu-ragu untuk diutarakan.Kebanyakan idea itu dapat ditakrifkan antara kreatif ataupun non-kreatif.Kebanyakan kita banyak yang menulis serba serbi "CINCAI" sebab apa au menyatakan sedemikian sebab kebanyakan mereka yang menulis di dalam blog ini untuk tangkap muat jek.Jangan terasa aku mengatakan semua ini pada diri aku sendiri kalau ada yang terasa itu aku minta maaf banyak-banyaklah ye.Asiff Jiddan!!!

Apa yang sebenarnya yang terkandung di dalam penulisan itu sebenarnya?
Persoalan yang aku berikan pada antum yang membaca entri aku pada kali ini?

Bagi aku penulisan itu merupakan satu bahagian dalam kehidupan kita.Tidak dapat lari kehidupan kita ini daripada bidang penulisan.Contohnya seseorang yang suka membuat dairi harian mereka tidak dapat tidak akan menghasilkan penulisan yang serbi serbi menerangkan hal peribadinya.Begitu juga dengan kita blogerz tidak dapat lari menghasilkan sesuatu penulisan ataupun peneransagan sesuatu topik yang kita ingin uraikan dan rungkaikan.

Aku nak cerita satu pengalaman semasa aku masih lagi di pengajian sekolah rendah.Macam mana aku berminat dengan penulisan ini.Aku ingat lagi masa aku di darjah enam guru kelas aku bernama Cikgu Asiah guru Bahasa Melayu aku sering kali mengadakan pertandingan siapa yang dapat markah tinggi di dalam kertas Bahasa Melayu kertas 2 iaitu 'Penulisan'.Nak kata kami satu kelas itu menghasilkan penulisan yang entah apa-apa agaknya tetapi guru itu tetapi Cikgu Asiah tetap memberi sokongan dan dorongan kepada kami untuk menghasilkan penulisan yang baik dan mutu yang boleh menjadikan kami SKOR di dalam UPSR pada masa itu dan alhamdulillah peratus keputusan Bahasa Melayu keseluruhan sekolah kami ialah 100%.

Itu cerita aku masa aku sekolah rendah.Aku dan sahabat aku seramai 3 orang merupakan anak murid kesayangan dia sebab kami berempat tak pernah dapat markah bawah 90.Hehehe riaknya...cerita zaman kanak-kanak biasalah.Tapi sekarang aku berterima kasih kepada semua guru-guru aku baik dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.Cikgu Suryani, Cikgu Md Sabtu antara yang melopor penulisan aku di sekolah menengah.Di sekolah menengah tinggi di Maahad Johor, Cikgu Rohani tidak dapat dilupakan kerana membuatkan Pengajian Am kami semua dapat SKOR dengan baik.Pendedahan yang begitu serius kepada kami pelajar STPM. Usaha Mu tetap aku kenangi.

Rasanya sampai di sini sahaja aku ingin menulis nanti ada masa aku menulis lagilah.Tidak lupa doakan aku di dalam imtihan yang akan muncul tidak lama lagi ini.Bukan apa dah nak dekat ini rasa macam cuak plak.Walaupun bukan sekali dua aku menghadapi peperiksaan, sejak aku di tadika sampailah sekarang tak pernah lekang dengan exam.Oklah ilalliqa maa salamah.Jumpa lagi

Tuesday, April 22, 2008

TeriMa kasiH bUat IBU Yang Disayangi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Assalamualaikum buat kekasih hati, pengubat rindu.Aku tujukan khas cerpen ini buat sahabat-sahabat yang masih lagi mempunyai mak, ibu, ummi, mama, atau sebagainya agar dapat menghayati dan mengambil manfaat akan keWUJUDAN orang yang kita kasihi dan kita sayangi.Perit jerih mereka tidak dapat kita balasi dengan wang ataupun sebagainya.Sempena Hari Kelahiran Aku yang ke 23 ini aku ingin sampaikan secoret cerpen yang sahabatku berikan khas buatku di Hari Lahirku ini.Agar kita mengingat kembali pengorbanan seseorang yang paling kita patut sanjungi dan hormati, sejahat manapun insan yang bergelar IBU , Syurga dan keberkatan tetap berada di sisinya.Moga diri ini menjadi insan yang soleh ... AMIN.

Ibu Terima Kasih Ibu berkorban untuk melahirkan anak ibu yang bernama Mohd Farizal Mohd Shah ini.Menyusukan sehingga cukup 2 tahun dan menyayangi diriku sehingga umurku 23 tahun. Salam Sayang Buat Ibu dari Anakandamu...

EPISOD CEREKA KEHIDUPAN

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....

Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....

dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...
rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak-anak mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....mak macam dah sedia.....

Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
kak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....

kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....api mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......kengkadang siaran indonesia ....Mak terus tekun menganyam....Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet...
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesanan lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....mak tetap takmau pi hospital....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..

Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..

Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital....

Mak......amponkan kami semua...kami nak mak sehat...kami sayang mak...kami tak mau mak sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....ampon kan kami yer mak....

Mak.....Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta....Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....mak buat kenduri kesyukuran.. ....Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....

Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...?Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...mak, kiter menipu mak kan .....ampon kan kiter....

Mak.....Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...

Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan separuh sedar..
Adik kat sebelah diam melayan perasaan...Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...jalan di depan terasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan....

Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini.....

Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.......terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ......
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....

Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan......

Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buatgitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....Mak.....Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....kiter nangis ni.....Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.....Takder orang yang bangun lagi.....kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..!Takpa la....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kiter baca yassin untuk mak...mak tunggu ya..!

Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya.....kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...Airmata kiter tak boleh tahan....

Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.....Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. ...
Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...Begitu terasa kehilangan mak....boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib....Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...kiter cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...Kiter rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak....anak mak yang ni dah tak betul kan ....?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter...Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat...menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....cukup la sampai sini dulu....kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....

Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje...Takper yer mak... kiter kasi orang lain baca...Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCHdan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk unibesiti..sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..Sekian terima kasih,

Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

P/S - surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. ...

Saturday, April 19, 2008

Pesanan Buat Diri Dan Masyarakat

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,"Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu".Sahabat-sahabat bertanya,"Apakah penyakit2 umat terdahulu itu?"Nabi s.a.w menjawab,"Penyakit2 itu ialah(1)terlalu banyak seronok,(2)terlalu mewah,(3)menghimpun harta sebanyak mungkin,(4)tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,(5)saling memarahi,(6)hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi"H.R Hakim
"Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia." -- Imam Al-Ghazali

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..." (Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)


Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan org tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu didadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkn kita belum tahu bagaimna akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.



Pesanan Buat Umat Islam
"Saya Hairul Nizam sangat BERBANGGA dengan filem COMOLOT yang berjaya dihasilkan bagi menanam rasa tidak bersalah masyarakat Melayu Islam terhadap GAY. Saya berharap usaha ASWARA dalam menerbitkan filem2 gay akan semakin meTIDAKMENGAPA kan tindakan gay dalam kaca mata masyarakat akan terus meningkat. TERUSKAN yer dan kalian yang menjayakan filem CUKUP BERMORAL ini akan dipersoalkan di hadapan mahkamah Allah di Mahsyar kelak..Sila bersedia dengan jawapan yang bernas untuk kalian kemukakan di hadapan ALLAH...teruskanlah ya kalau kalian mengangka murka ALLAH itu adalah umpama murka si nyamuk yang tiada ertinya... Yer,,,berahi memang tidak meiliki sempadan CUMA azab ALLAH juga tiada sempadan...Teruskan untuk mengGAYkan masyarakat Melayu...Anda hebat!!"


Pesanan Buat Wanita

Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat..."

Friday, April 11, 2008

InsyaAllah mendapat kebaikan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Sayidina Ali menuturkan, Rasulullah saw. Bersabda : ”Ilmu itu laksana lemari (yang tertutup rapat) dan kunci pembukanya adalah pertanyaan. Oleh sebab itu bertanyalah kalian karena sesungguhnya dalam tanya jawab diturunkan empat macam pahala, yakni untuk penanya, orang yang berilmu (yang sedang menjawab pertanyaan), parapendengar, dan orang yang mencintai mereka.” (HR. Abu Nu’aim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib) =)

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A

* Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut * Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

* Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

* Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

* Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

* Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya...

Abu Thalib Al-Makki berkata: "Perut itu adalah rebab. Iaitu kayu yang berlubang, mempunyai tali-tali. Sesungguhnya bagus bunyinya, kerana ringan dan tipisnya. Dan kerana ia berlubang, tiada berisi penuh. Begitu pula rongga perut! Apabila ia kosong, nescaya adalah lebih manis untuk membaca Al-Quran, lebih lama untuk berdiri solat dan lebih mengurangkan tidur." (Petikan dari kitab Ihya' Ulumiddin oleh Imam Ghazali).

selalu benar kau manjakan matamu...memandang keindahan,kelak kau mudah menjadi pelupa....selalukan lah pujuk matamumemandang kedhaifan,kelak kau akan jadi pengingat..."..(",)

Sunday, March 30, 2008

Hari mendatang yang kian sibuk...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat rerakan aku yang makin tinggi iman dan amalnya semoga tetap thabat di dalam perjuangan yang semakin mencabar buat kita para duat baik yang mengaji agama ataupun tidak mengaji agama.Bukan kita nak pilih bulu di dalam menyampaikan dakwah tetapi kita perlu menghormati resam dunia bahawa biarlah ahli yang mendalaminya mengupas sepenuhnya dan menyampaikannya, tapi ahlan bagi yang bukan ahli mendalaminya untuk menyampaikan dakwah agar semua umat manusia di dunia ini akan memandang ISLAM itu lebih baik dari apa yang digembar-gemburkan.

Bagi aku yang ahli mendalami bidang AGAMA ISLAM itu sendiri masih rasa kurang dan tidak mampu untuk menyampaikan sesuatu perkara itu dengan baik dan memanipulasikan sesuatu yang kita dapat itu dan menghuraikannya kepada orang lain.Moga diri ini dikuatkan dan dithabatkan diri ini untuk menambahkan lagi thaqafah dan ilmu yang ada banyak di bumi anbiya' ini.Moga diri ini kekal di dalam nikmat iman dan islam itu sendiri.

Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa dalam artikel kali ini, tapi kena juga tulislah sebab dah lama sangat aku tak menulis. Bukan aku tak nak tulis ada je kerja yang kena buat untuk setiap bulan. Biasalah kita sebagai mahasiswa perlu dan semestinya ada sesuatu untuk disertai. Aku sebagai ahli PMRAM dan juga anak kepada DPM Tanta perlulah mengikuti segala apa yang ada di dalam persatuan. Di sinilah kita hendak membina jati diri untuk di sesuaikan di medan masyarakat di tanah air nanti. Jika tidak belajar di sini di Malaysia orang suruh jadi Imam ke jadi pengerusi ke ... jika di sini kita tak praktis balik karang termanggu, buat malu je!! baik dekat sini malu tak per yer tak... yerlah sini kawan-kawan setara dengan kita yer tak. Nak letak muka kat manalah kalau kita cakap tak tahu.Moga diri ini dapat belajar lagi dan lagi, insyaAllah.

Sekarang ini aku sibuk jugak dengan program yang maybe habis dalam pertengahan bulan April ini insyaAllah.Untuk yang akan datang ini ada program anjuran Unit Kebudayaan dan Sukan so bro terlibat untuk Persatuan Silat Gayong ada kelas 'Safty and Defense' untuk diorang.Lepas itu dalam minggu depan ada program 'Jaulah Makam Auliya' bro terlibat sebab bro S/U Unit Sambutan dan Rehlah.Pastu bro ada kursus 'ISLAMIC ECONOMI' di Universiti of Cairo selama 2 minggu.Lepas habis kursus bro ada exam SYAFAWI@ oral untuk hafazan Al Quran dan juga subjek Tauhid.Itulah serba ringkas aktiviti yang akan aku buat untuk bulan 4 ini.Doakan aku kuat dan tabah di dalam semua gerak kerja ini.

Oklah aku pun ada kelas thafaqquh selepas ini, kelas Hadis dari Kitab Al Azkar karangan Imam Nawawi ini akan disampaikan oleh Ustaz Husni Ginting mahasiswa dari Indonesia yang sekarang ini sedang menyambung Master dekat Zakazig.Beliau banyak mengambil sanad hadis dari para syeikh-syeikh di seluruh dunia ini baik di Mesir sendiri di Makkah, Madinah, Yaman, Syria dan sebagainya.Moga kita mendapat petunjuk dan rahmat dari Allah SWT insyaAllah.

Sebelum mengakhiri artikel kali ini aku akan beri Offline dari sahabat-sahabatku yang moga kita dapat manfaat darinya insyaAllah.

.::Offline Manfaat::.

Assalamu'alaikum. .. mohon umat muslim brdoa untuk sdr2 qt di Jayapura,dalam upaya penolakan terahadap PEMUDA Manokwari yg menetapkan Manokwari sebagai kota "INJIL" yang akan Melarang: 1.prempuan berjilbab 2.Adzan 3.Pembangunan masjid dll.

Mohon sebarkan ke seluruh umat Islam. SMS dr akhwat qt di Jaypura TLG MASSAGE INI DISEBARKAN TEMAN2 MUSLIM...!! Doakan Mereka > > > (Amanah dr Akhi Al Farisi) > > > > > > Mohon bantuannya untuk memforward ke teman-teman antum,dan mndo'akan mrk semoga Alloh membalas > > > amal baik sahabat-sahabat semua, Jazakumulloh Khoiron Katsiiroon

"kegelapan tidak boleh dihalau melalui kata-kata. Kegelapan hanya boleh diusir melalui usaha membawa api yang dengan sendirinya nanti akan menerangi sekali gus mengusir kegelapan itu."

"Ya Allah, aku juga ingin tunduk sujud memohon kepadaMu, semoga sahabatku ini sentiasa redha dijalanMu,Andai Kau ujinya dgn kesusahan, berilah sebahagiaan kesusahan itu kepadaku, andai Kau ujinya dgn kesakitan,berilah sakit itu kepadaku. Andai Kau berikannya nikmatMu, jgnlah Kau bahagi2kan nikmat itu kepadaku, sesungguhnya melihatkan sahabatku gembira keranaMu, adalah nikmat terbaik untukku."..ameen ya robbal 'alamin

ilalliqa maa salamah.syukria..


Friday, March 21, 2008

Salam Maulidur Rasul SAW 1429 Hijrah <> Selawat & Salam Buat Kekasih Allah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat para sahabat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga kita akan mendapat rahmat dari Allah SWT. Tiada apa yang ingin aku tuliskan di dalam entry aku kali ini just ingin mengucapkan - Selamat menyambut maulidul rasul pada tahun 1429 hijrah ini...sempena kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW, marilah kita memperbanyakkan lagi berselawat keatas baginda..disamping itu, perbanyakkan juga membaca tentang sirah-sirah kehidupan baginda agar kita dapat menerapkan didalam kehidupan kita sehari-harian.

Di sini aku ingin memberi sedikit ilmu dari cabang ilmuan islam itu sendiri iaitu As Sunnah tentang kelebihan berselawat ke atas diri Baginda SAW. Telah diriwayatkan daripada Aisyah bahawa dia telah berkata :

" Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur ( sebelum subuh ) maka jatuhlah jarum daripada taganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah S.A.W. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah, alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya : "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari qiamat?" Jawab Rasulullah : " Org yang bakhil." Aku bertanya lagi : " Siapakah orang yang bakhil?" Jawab baginda : " Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

Maka sahabat-sahabat semua bykkan selawat ke atas Rasulullah.. bersempena dengan ketibaan hari kelahiran baginda marilah kita sama2 memperbanyakan berselawat...semoga memperoleh SYAFAAT

.::Kata-Kata Hikmah::.

Jikalau hari ini anda Muslim, jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi Mukmin. Jikalau hari ini anda Mukmin, jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi Muttaqin. Jikalau hari ini anda Muttaqin, jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi Mukhlisin. Jikalau hari ini anda Mukhlisiin, jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi Syahidin!

Powerful Dua'a Allahumma inni ala Zikrika wa Shukrika wa husni ibadatika" A very powerful Dua'a has been sent to you. What do you think you should do with it - imagine if 1000 people read it just because of you. Jazakallah ALLAHU AKBAR, stop whatever you are doing, and take this In a while, more people will have prayed for you . Allah said, "If you are ashamed of me, I will be ashamed of you." If you are not ashamed, send this message...only if you believe. "Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life and My Savior. Allah keeps me going day and night. Without Allah, I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength

Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah meninggal dunia

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


PASIR MAS, 19 Mac (Hrkh) � Ulama tersohor di Kelantan dan nusantara, Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman meninggal dunia di rumahnya di Pondok Lubuk Tapah, kira-kira jam 7.20 pagi tadi.

Beliau merupakan antara dua ulama terkenal di negara ini yang mempertahankan institusi pondok tradisional. Seorang lagi Tuan Guru Hashim Abu Bakar, 88 mudir Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu. Beliau juga kini sedang keuzuran.

Tuan Guru Abdullah terkenal dengan panggilan Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah berusia awal 80-an mewarisi Pondok Lubuk Tapah daripada ayahnya Tuan Guru Abdul Rahman.

Pondok tersebut merupakan yang ketiga terbesar di Kelantan selepas Pondok Sungai Durian dan Pondok Pasir Tumbuh.

Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran pondok tersebut di tepi pusara ayahnya selepas solat Asar petang ini.

Allahyarham sebelum ini dirawat di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu kerana menghidapi mini strok, jantung dan konflikasi buah pinggang.



�Tok Guru dirawat selama sebulan di hospital tersebut,� kata Adun Pengkalan Pasir, Haji Hanifa Ahmad ketika ditemui di sini.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sempat menziarahinya ketika sakit tenat malam tadi. Bacaan Yassin juga diadakan malam tadi.

Sementara itu orang ramai berduyung-duyung menziarahi jenazahnya pagi ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Dato� Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Anggota Exco kerajaan negeri, Haji Abdul Fattah Mahmoood menyifatkan kematian Tuan Guru Abdullah merupakan satu kehilangan besar bagi umat Islam di Kelantan.

Katanya, ketokohan beliau dalam bidang agama sukar dicari ganti.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah pula berkata, pemergian buat selama-lamanya Tuan Guru Abdullah seumpama kehilangan obor Islam di negara ini. - mj


Sunday, March 16, 2008

Ceritera Seminggu Dariku

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat semua rerakan yang aku sayangi lagi ku rindui, semoga masing-masing masih lagi thabat di dalam kerja-kerja pemangkin penjanaan sebaran ilmuan islam di site masing-masing. Moga Allah permudahkan antum dalam gerak kerja islam InsyaAllah. Aku rasanya dah lama juga tak menyentuh keybord untuk menulis sesuatu buat tatapan antum semua yang masih lagi ada masa di dalam mencernakan sesuatu di dalam site masing-masing. Aku sememangnya macam tiada masa hendak melakukan sedemikian dalam seminggu dua ini. Banyak alasan pulak aku bagi dekat antum semua yer tak?



Aku bukannya tak nak menulis tapi memang aku tak der masa nak menulis start 8hb sampailah esok sebenarnya aku sibuk tapi aku curi tulang hari ini...wakakaka. Mesti geramkan bebudak ini kau curi tulang. Ala tak kemananya aku kalau aku tak join korang mengemas hari ini. Takperlah nanti aku datang juga untuk hari esok (malam penutup - MALAM MANIS ). Sebabnya aku kena handle juga bahagian penyiaran nanti dengan fotographi. Sabar yer sahabat-sahabat, insyaAllah aku akan turun juga esok. Rasa-rasa aku nak tolong chef masaklah esok hihihi. Ish tak baik plak aku nak tukar-tukar kerja nie.



Huish start dari 8hb sampailh sekarang aku tak main tenet rasa macam otak ni jumud sangat tak tahu citer dunia dan juga dari negaraku Malaysia. Bukannyer apa aku nak tahu jugaklah keadaan yang berlaku di Malaysia dan juga dunia sekarang ni. Yerlah rumah aku yang dulunya ada line tenet sekarang ini dah takder internet dah. Tak tahu kenapa tak der line internet, katanya sebab line telefon yang masih lagi tak syaghal (baik). Pergi TE data dekat Said Nawi dengan Ustaz Kimi 2 minggu lepas kata bukrah (akan datang) mana satu aku nak percaya pun aku tak tahu. Terpulang pada engkaulah arab, kerja kekadang cepat kekadang lambat biasalah orang melayu pun macam tue jugak.



Ceritera Pilihan Raya Kali ke - 12



Seminggu sudah Pilihanraya di negaraku Malaysia menutup tirainya. Aku yang berada di luar negarapun tetap merasa bahang pilihanraya di negara kecil seperti Malaysia hehehe. Mana tidaknya negara aku masuk dalam TV di rancangan Al Jazeera TV huhuhu, femous jugak negara aku ini. Hehehe masa tue nampaklah PM aku Datuk Abdullah Badawi yang mewakili Barisan Nasional(BN) serta Dr Lolo yang mewakili Parti Se-Islam Malaysia (PAS) di temuramah oleh wakil Al Jazeera.



Alhamdulillah Barisan Alternatif (BA) berjaya menawan 4 lg buah negeri selain mengekalkan pemerintahan di Kelantan. Nampaknya rakyat semakin sedar dengan kebobrokan pimpinan negara. Kini rakyat juga bukan mudah untuk "dibeli" hanya dengan kain pelekat,gula mahupun bentuk rasuah lainnya bagi meraih undi. Rakyat kian sedar andainya mereka memberi mandat kepada orang yang salah menjadi pemimpin, mereka terpaksa menanggung sepenggal lagi pelbagai masalah yang mungkin tiba.BA telah menawan pulau pinang,kedah (yang menjadi target thn 2004),perak dan juga selangor, manakala di Kelantan rakyat terus memberi mandat kepada Pas untuk memerintah. Kemenangan besar pada kali ini merupakan hadiah yang manis buat para pejuang yang bekerja keras sejak 4 tahun yang lalu dengan menempuhi pelbagai rintangan dan dugaan serta memerlukan pengorbanan yang amat besar baik dari segi material mahupun masa. Aku mendoakan dan berharap agar kepimpinan yang dilantik dan dipilih oleh rakyat kali ini dapat menjalankan amanah mereka dengan sebaiknya.



Ceritera EMINENT 08

Gembira ataupun bersedih pihak pembangkang ataupun kerajaan, gerak kerja islam perlulah diteruskan semoga kesinambungan akan terus berkekalan dan di anugerahkan oleh Allah. Bagi pihak yang rasa diri itu telah di iqab oleh Allah insaflah agar diri itu tidak akan di cerca oleh Allah SWT.

Bagi aku di sini tetap berada di dalam keadaan yang sibuk jugak dengan Eminent. Aku ditaklifkan sebagai AJK penyiaran dan fotografi. Dan aku juga ada buka bazar untuk EMINENT ini, suka-suka jek just nak tolong DPM aku yang tersayang... DPM Tanta... siapa lagi yang nak tolong DPM Tanta kaalu bukan kita ahlinya yer tak?

Alhamdulillah EMINENT kali ini berjalan lancar walaupun ada juga serba kekurangan, itu biasalah bagi sesuatu kerja dan program kalau nak perfect payah nak dibuatnya tapi kita perlu usahalah untuk memantapkan program itu. Bagi aku EMINENT kali ini bolehlah diberi 80% kejayaan walaupun malam penutup esok iaiatu " Malam Kesenian Dan Kebudayaan Islam" ( MANIS) belum lagi berlangsung semasa aku menitipkan sesuatu di dalam blog aku ini. Tapi aku harapkan moga malam penutup esok akan berjaya dengan jayanya.

Uish korang aku lupa pulak nak bagi tahu apa yang tersembunyi di dalam EMINENT itu sendiri. EMINENT itu sebenarnya adalah shorform dari The Symposiom Of Malaysian Student In Tanta ataupun bahasa melayunya "Himpunan Mahasiswa Malaysia Di Tanta". Program ini merupakan program Mega bagi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta tidak ketinggalan juga kebersamaan dari pihak PCT "Perubatan Capter Tanta". Meriah tak meriah kena pergilah tahun akan datang kalau nak tahu. Jangan lupa hari penutup esok yer... pergi jangan tak pergi.

Apa yang menarik dalam Program ini bukan sahaja menjurus terhadap bazar semata-mata tapi ada juga slot thaqafah pada waktu petang dan malam. Antara yang menarik ialah Bicara Mahasiswa, Ceramah Untukmu Palestin, Forum Bait Muslim, Comunication Skill, dan Diskusi kitab terbaru daripada Dr Yusof Al-Qardawi yang bertajuk "Addin wa siasah" (Agama dan Politik). Selain itu terdapat juga pertandingan mini seperti catur, teka silangkata, gusti lengan, menaip sapa pantas, dan sebagainya.

Tapi yang paling menarik ialah pameran UNTUKMU PALESTIN yang diusahakan oleh mini-pavilion PMRAM.Selain itu terdapat juga jualan-jualan barangan terpakai untuk Dana Palestin. Moga setiap kerja yang kita lakukann ini ikhlas kerana Allah SWT. MOga Allah akan membayarnya di akhirat kelak insyaAllah.

Muktamar PMRAM 2008

PMRAM akan mengadakan Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke 75 dan Muktamar HEWI PMRAM Kali Ke 21 tidak lama lagi. Perubahan kepimpinan Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM untuk sesi 2008 akan menjanjikan pemerkasaan peranan PMRAM untuk terus menyumbang bakti kepada warga Melayu di Mesir.

Muktamar HEWI PMRAM akan diadakan pada 18 Mac 2008 bertempat di Dewan Solah Kamil Universiti Al-Azhar manakala Muktamar Sanawi PMRAM pula akan diadakan pada 19 Mac 2008 bertempat di Nadi Madinat Nasr al-Riadhi, Hayyu Sadis Kaherah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Setiausaha BKAN dan DPM masing-masing atau terus menghubungi saudara Shahrizan di talian 0105365967 atau saudari Siti Fathiyah di talian 0113229863.

Thursday, March 06, 2008

Bersama Dr Haron Din: Pilihlah parti untuk kebahagiaan dunia, akhirat

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Soalan " Saya seorang pensyarah di sebuah IPT. Saya tidak berminat soal politik kerana bagi saya, permasalahan politik adalah masalah duniawi dan tidak ada kena mengena dengan ukhrawi (agama). Bagaimanapun saya ingin bertanya, apakah tingkah laku ahli-ahli politik atau pengikut mereka akan dipersoalkan di akhirat tentang sikap politik mereka. Mengapa perlu pilih PAS, tidak BN?"
Pensyarah Muda, Kuala Lumpur

Jawapan "Saudara telah membuat andaian berdasarkan kepada pemikiran sendiri. Pemikiran sedemikian mungkin dipengaruhi oleh keadaan politik semasa yang senantiasa bergolak.

Saya memahami orang pemahaman seperti saudara memang wujud dalam masyarakat kita.

Pemahaman ini wujud kerana teori politik secara umumnya adalah bersifat kebendaan. Ia bersifat sekular.

Sekular adalah suatu sistem yang difahami memisahkan agama daripada kehidupan.

Keseluruhan pemikiran politik yang diteraskan kepada materialisme yang melahirkan fahaman sekular adalah diasaskan ahli-ahli politik Barat, diasaskan kepada akal dan menolak wahyu sebagai alat berpolitik.

Oleh kerana itu, agama kepada sesetengah ahli politik Barat, tidak boleh dicampurkan dengan politik.

Wahyu sebenarnya di luar jangkaan akal manusia. Akal tidak mampu memahami kehendak wahyu. Manusia yang beriman perlu mengambil wahyu sebagai jambatan pengabdian terhadap Allah SWT.

Kefahaman yang diterapkan golongan orientalis menerima wahyu hanya untuk digunakan menyembah Allah, manakala mentadbir negara digunakan akal yang kononnya rasional.

Sekular adalah hasil ciptaan pemikir Barat yang berasaskan realiti dalam masyarakat Barat, khususnya di abad pertengahan sebelum zaman Kebangkitan Eropah (European Renaissance).

Pada zaman itu, masyarakat Eropah dikongkong oleh kuasa gereja. Gereja yang menentukan segala-galanya.

Orang-orang gereja (para Pope) yang paling berkuasa. Kata-kata dan tindakan mereka betul semuanya, tidak boleh disanggah walaupun ia tidak rasional.

Pemikir-pemikir politik Barat, sedar akan kemunduran kerana dijajah oleh keagamaan Kristian yang banyak tidak rasional terhadap mereka, menyebabkan negara mundur.

Dari sinilah lahirnya fahaman sekular yang memisahkan penghidupan dengan agama, sekali gus memisahkan agama daripada politik (daripada kalangan Kristian).

Meskipun itu boleh berlaku dalam masyarakat Barat yang berpegang dengan fahaman Kristianiti, ia berbeza dengan agama Islam.

Islam adalah agama yang secara tabi'enya sesuai dengan tabiat di dunia dan penghidupan manusia bagi menjamin kebahagiaan di akhirat.

Firman Allah (mafhumnya): "Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan (mengikut agama Allah), iaitu agama yang Allah ciptakan manusia (dalam keadaan semula jadinya) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan kepada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah ar-Rum, ayat 30)

Ini memberi isyarat bahawa agama Islam amat sesuai dengan fitrah manusia. Hukum-hukumnya rasional, mudah diterima akal dan rasional.

Tercatat dalam sejarah Islam dilaksanakan dengan masyarakat manusia, sejarah sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. berpindah ke Madinah pada Tahun 1 Hijrah (622 M), terus menerus dilaksanakan dengan jayanya dan tersebar hingga ke seluruh dunia.

Islam berkembang dari Asia ke Afrika, ke Eropah ke Timur.

Sehingga Kerajaan Uthmaniyah di Turki, di bawah pemerintah sultan terakhir digantikan pemerintahan i'lmaniyyah (sekular) Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1924.

Ketika itu lenyaplah negara Islam yang sebenar, melainkan tinggal beberapa buat negara sahaja.

Pemikiran politik Islam bertitik tolak daripada kefahaman Islam yang tidak memisahkan Islam daripada pemerintahan. Image

Ia bersatu dalam satu perkataan di istilahkan sebagai Ad-Din, cara hidup yang lengkap, terungkap seperti firman Allah (mafhumnya): "...Pada hari ini, Aku (Allah) telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku terhadap kamu, dan aku reda Islam menjadi ad-Din kamu (cara hidup yang sempurna)..." (Surah al-Maaidah, ayat 3)

Oleh kerana itu, kita umat Islam perlu terima hakikat, Islam adalah agama yang sempurna, termasuk cara berpolitik, memerintah cara Islam.

Jika kita menolak pegangan ini dan memilih yang lain, ia bermakna menolak ketetapan Allah dan merendah-rendahkan agama, seolah-olahnya cara hidup ciptaan manusia, lebih sempurna dari ciptaan Allah.

Merendah-rendahkan agama Allah boleh menyebabkan kerosakan akidah.

Oleh itu maka pemilihan untuk menyokong sesebuah parti politik dan berjuang untuknya mesti dibuat berasaskan keputusan yang betul, bukan semata-mata terpengaruh dengan arus masyarakat."

Thursday, February 14, 2008

Parlimen Dibubar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12
Hari mengundi 8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon 24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen 13 hari
Jumlah pemilih berdaftar 10,922,139
Pemilih awam 10,701,054
Pemilih pos 221,085
Jumlah parti politik berdaftar 30
Jumlah kerusi Parlimen 222
Jumlah kerusi DUN 505

Parlimen Bubar

PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

"Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

"Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

"Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

"Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

"Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”


SPR tetapkan tarikh pencalonan, pengundian pilihan raya umum esok

PUTRAJAYA 13 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat esok untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-12, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini.

Beliau berkata, SPR akan membincangkan pelbagai perkara dalam menentukan kedua-dua tarikh itu, termasuk keadaan negara dan keselamatan masyarakat.

“SPR akan memberikan ruang yang sesuai untuk tempoh pencalonan dan seterusnya tempoh berkempen sebelum pengundian diadakan,” katanya dalam wawancara secara langsung dengan RTM di sini.

Wawancara itu disiarkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen, berkuatkuasa hari ini bagi mengadakan pilihan raya umum.

*malas nak edit main copy past jeklah hehehehe . Jangan marah

Jejak Selatan Sinai 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah bertemu lagi kita di dalam ruangan celoteh, hehehe macam host pulak aku buat ayat begini. Aduh rasa letih tak hilang lagi sebenarnya masa ni tapi nak buat macam mana time ni jeklah aku rasa masa yang sesuai untuk aku menulis sesuatu buat blog aku yang tersayang ini. Sayang kalau tak tulis benda yang dah ada di dalam minda nie cuma perlu dicurahkan sahaj ke tempat yang lebih selamat agar tidak hilang di kemudian hari.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana selesai sudah tugasan aku di dalam Program Kembara Jejak Rasul aku buat bersama team Tanta ke Selatan Sinai. Ini merupakan pengalaman aku yang kedua selepas aku mengikutinya masa aku di tahun pertama aku menjejaki kaki di bumi anbiya' ini. Terasa lagi kesengalan di badan-badan terutamanya pingang-pingang belakang aku ni bukan apa dah lama dah tak buat kerja berat (masak-memasak kawah ini - 'tapi bukan aku masak pun, aku punya taklifan lain, sorry boss masak'). Kali ini tugasan aku hanyalah mengumpul duit dan mengeluarkan duit, kerja yang boleh dianggap mudah dan resikonya juga tinggi iaitu treasurer (bendahari) ~ betul ke aku eja~", hehehe.

Nak dikatakan gerak kerja aku ini bermula sebelum imtihan fasa pertama lagi dan diteruskan selepas tamatnya peperiksaan fasa satu. Bukan apa jika tidak di buat awal naya dibuatnya nanti, inipun penyertaan alhamdulillah dapat juga dipenuhkan walaupun kengerian dan peluh dingin terungkai juga di kalangan kami ADHOCK. Mana tidaknya 2 bas seramai 92 orang bukan sikit nak nak mencari peserta untuk mengikutinya. Tapi berkat kesungguhan dan tawakkal kepada Allah SWT yang membuahkan hasil yang tidak di duga. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah kami bertolak di dalam jangka masa yang ditentetifkan dan kami selamat sampai juga ke Tanta sedikit lewat dari yang di tentetifkan. Biasalah jangkaan masa dan pengurusan masa itu kita telah jadualkan dan ditentukan serta di rancang tapi rancangan dan ketentuan Allah itu lebih lagi.


Hari Kedua - 9 Februari 2008

Pertama sekali tempat yang kami lalui ialah melalui terowong yang menghubungkan daratan Mesir dengan daratan Selatan Sinai. Nama yang diberi ialah terowong As Syahid Abd Hamid

Sunday, February 03, 2008

Cuaca Ohhh Cuaca

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Dalam suasana yang serba serbi nyaman dan selesa di tambah dengan alunan angin bayu yang sangat mengetarkan jiwa seseorang membuatkan aku persis untuk menitip sesuat buat kalian di dalam jurnal aku kali ini. Memandangkan aku sudah lama tidak menitipkan sesuatu buat kalian, maybe ada yang terasa sunyi tanpa apa-apa input dari jurnal aku inikan.

Sedikit kesibukan yang yang melanda diri ini menyebabkan diri ini ada rasa kemalasan di dalam benak kehidpan ini untuk merungkaikan sesuatu di dalam medan penulisan yang sudah sebati dengan diri aku ini. Walaupun aku bukannya penyair dan suka berkarya tapi di dalam penulisanlah aku boleh memanipulasikan sesuatu yang ada di dalam minda aku ini.

Dalam kehidupan setiap orang akan akan mengalami tempoh kemurungan yang akan tidak boleh tidak akan dialami juga oleh kita semu sebagai insan yang dhaif lagi lema di dalam kehidupan kita ini.Allah SWT menjadikan kita sebagai khalifah di dunia ini menyuruh melakukan amal makrif dan nahi mungkar tetapi iman tetap beroleh perubahan sama ada ia menurun ataupun menaik. Begitu juga dengan keadaan manusia yang merupakan makhluk yang Allah SWT ciptakan amat sempurna dari makhluk yang lain disebabkan kita mempunyai akal fikiran dan juga nafsu yang meraja.

Kekadang aku terfikir adakah cuaca juga begitu. Sejuk dan panas juga merupakan makhluk yang Allah ciptakan di dunia ini, tidak boleh tidak kita tidak boleh menyankal akan benda ini. Allah SWT menciptakan sejuk dan panas untuk memberitahu akan manusia untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan pada kita. Adakah terciptanya sejuk dan panas itu disyukuri oleh umat seperti kita ini. Kita boleh terdengar kata-kata dari sahabat-sahabat kita dan tidak kurangnya diri aku ini. Bila cuaca sejuk hendak cuaca panas dan sebaliknya. Ada-ada sahaja rungutan dan rengekan yang kita berikan pada Allah SWT. Oleh itu kita perlulah bertaubat dan meminta ampun akan keterlanjuran kata-kata kita kepada SANG PENCIPTA kita iaitu Allah SWT.

Pengertian Cuaca

Cuaca adalah istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang banyak dan pelbagai yang boleh berlaku dalam atmosfera planet. Istilah ini biasanya digunakan untuk memaksudkan aktiviti fenomena ini selama tempoh masa yang pendek, biasanya tidak lebih dari beberapa hari panjangnya. Purata keadaan atmosfera untuk tempoh yang lebih panjang dikenali sebagai iklim. Penggunaan dua istilah ini selalu bertindih dan konsep ini jelas berhubungkait rapat.

Mekanisma Asas

Fenomena cuaca terhasil akibat dari perbezaan suhu seluruh dunia, yang timbul sebahagian besarnya kerana kawasan yang lebih dekat kepada tropika, di sekitar khatulistiwa, menerima lebih tenaga dari Matahari berbanding bahagian utara dan selatan, lebih dekat kepada kutub Bumi.

Sebab kedua perbezaan suhu pada Bumi adalah kelainan permukaan tempat (seperti air lautan, tanah berhutan, dan kepingan ais) mempunyai kebolehpantulan berbeza (albedo), dan dengan itu menyerap dan menyinarkan kadar berbeza tenaga suria yang diterima.

Perbezaan suhu permukaan mengakibatkan arus angin menegak. Permukaan panas akan memanaskan udara di atasnya, menyebabkan ia mengembang dan naik ke atas, menurunkan tekanan udara dan menarik udara yang lebih sejuk ke tempat tersebut. Udara panas yang mengembang dan naik itu akan kehilangan haba dan menyejuk, yang menyebabkannya mengecut dan turun ke bawah, meningkatkan tekanan udara dan menggantikan udara yang berada di bawahnya.

Arus angin melintang terbentuk di sempadan kawasan yang berbeza kepanasan dan boleh menjadi-jadi jika terdapat permukaan cerun. Sistem ringkas ini boleh menimbulkan tingkah laku yang menghasilkan sistem yang lebih rumit dan demikian semua fenomena cuaca. Contoh skala besar proses ini boleh dilihat di sel Hadley dan bentuk lain peredaran atmosfera. Contoh kecilan pula dalah seperti bayu laut.

Kesan Coriolis penting dalam menjadi punca putaran besar asing yang dikenali sebagai siklon.
Jadi punca asas cuaca adalah suhu permukaan, dan boleh juga ketinggian.
Oleh kerana paksi Bumi miring sedikit (tidak berserenjang dengan satah orbitnya), cahaya matahari sampai pada sudut yang berbeza pada waktu yang berbeza dalam setahun. Semasa Jun, Hemisfera Utara condong ke arah matahari, jadi pada mana-mana latitud cahaya matahari akan jatuh lebih menegak berbanding pada Disember (lihat kesan sudut matahari pada iklim). Ini menghasilkan musim. Sebarang liukan dalam orbit planet akan mengubah jumlah tenaga yang diterima di suatu tempat sepanjang tahun dam mungkin mempengaruhi pola cuaca jangka panjang. Lihat kitaran Milankovitch.

Cuaca Di Bumi

Di Bumi, fenomena cuaca yang sering berlaku termasuklah angin, awan, hujan, salji, kabus dan ribut pasir. Perkara lain yang lebih jarang termasuklah bencana alam seperti puting beliung, ribut taufan dan ribut ais. Hampir semua fenomena cuaca di Bumi terjadi di troposfera (bahagian bawah atmosfera). Ada juga yang berlaku di stratosfera dan empengaruhi cuaca di troposfera, namun mekanismanya masih belum difahami.

Atmosfera Bumi adalah satu sistem The Earth's atmosphere is one large chaotic system yang pertukaran kecil pada satu bahagian mampu memberi kesan besar dikawasan yang lain. Ini menjadikan ianya sukar bagi mejangka dengan tepat pertukaran cuaca jangka pendek lebih dari beberapa hari awal, sungguhpun kajian cuaca terus meningkatkan had ini melalui sains kajian cuaca, Meteorologi.

Teori Chaos menjelaskan bahawa terdapat pemboleh ubah infiniti yang mampu memberi pengaruh kepada cuaca. Perbezaan kecil pada pergerakan sebarang molekul di udara memberi kesan kepada keadaan atmospherik. Perbezaan kecil mampu memberi kesan kepada troposphere cukup untuk mendorong kepada keadaan berbeza sepenuhnya. Dengan itu ia tidak mungkin untuk menjangka dengan tepat.

Meterologi

Meteorologi atau kajicuaca merupakan pengajian saintifik tentang keadaan atmosfera terutamanya berkenaan cuaca dan ramalannya. Cuaca memainkan peranan penting dalam mencorakkan cara hidup kita. Ia digolongkan dengan klimatologi, fizik atmosfera dan kimia atmosfera sebagai sains atmosfera.

Ahli meteorologi mengkaji arah dan halaju angin, suhu, tekanan, wap air dan interaksi pemboleh ubah ini, dan bagaimana mereka berubah dengan masa. Meteorologi juga mengaji interaksi atmosfera Bumi dengan Lautan. Kajian meteorologi membolehkan ahli sains meramal cuaca dan membekalkan maklumat penting untuk bidang-bidang ketenteraan, penjanaan tenaga, pertanian, perkapalan dan pembinaan.

Iklim Sedunia

Iklim (Bahasa Inggeris: climate) pada umumnya dikira sebagai keadaan cuaca yang diperolehi dalam sesuatu jangkamasa yang panjang, biasanya 30 tahun. Pada tanggapan moden, konsep iklim juga merangkumi statistik mengenai cuaca - umpamanya perbezaan suhu setiap hari ataupun perbezaan suhu tahun demi tahun.

Takrif iklim mengikut Panel Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim (The Intergovernmental Panel on Climate Change) (IPCC) adalah:

"Iklim boleh ditakrifkan sebagai "cuaca secara purata", atau lebih tepat lagi, iklim boleh diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangkamasa beberapa bulan hinggalah ke ribuan ataupun jutaan tahun. Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization). Kuantiti-kuantiti ini terdiri dari suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah keterangan statistik mengenai sesuatu sistem cuaca."

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang