Barang Jenama Anda

Saturday, January 19, 2008

Ahlan Wasahlan AsSyura

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum bbuat sahabat yang berada di dalam alam yang sama dengan diri ini berjuang di dalam situasi alam penulisan moga thabat di dalam perjuangan antum semua.Dikala diri ini keseorangan di dalam mehnah dan tribulasi yang berada di dalam diri ini, seringkali alam penulisan menjadi tempat untuk aku mengadu, bukan tiada sahabat yang mampu aku salurkan cerita bagi aku mengukir cebisan cerita tapi apakan daya sahabat semua sedang bertungkus-lumus untuk menghadapi peperiksaan yang mereka hadapi.Bukan pada alam maya sahaja yang aku boleh titipkan tetapi ada lagi yang mampu memahami isi ini sejak azali lagi, hanya pada Mu ya Kholik tempat aku mengadu.

Alhamdulillah sudah sampai masanya kita semua mendakap nikmat 10 Muharram yang Allah berikan kepada kita yang juga Allah berikan kepada umat yang terdahulu dari kita pada zaman ini. Sudah 1429 hijrah Nabi Muhammad meninggalkan kita dan ia tinggalkan wasiatnya yang terulung iaitu Al Quran dan As Sunnah. Namun masih lagi terdapat umatnya yang melanggar ajaran yang berada di dalam warisan yang mulia itu. Sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW, sudah terjadi segala peristiwa di dalam 10 Muharram ini. Antara contoh yang boleh diambil seperti

Di sana terdapat banyak hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W yang menyebut tentang kelebihan-kelebihan hari 'Asyura'.

Di antaranya;Daripada Hafsah R.A berkata: "Empat jenis ibadat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W: Puasa Hari 'Asyura', sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah, tiga hari pada setiap bulan dan sembahyang dua rakaat sebelum fajar." (Hadith Riwayat an-Nasai.)

Daripada Ibn 'Abbas R.A. berkata: "Aku tidak pernah melihat Nabi Muhammad S.A.W mengutamakan puasa pada satu hari melebihi hari-hari lain melainkan hari ini iaitu Hari 'Asyura', dan bulan ini yakni bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Moga kita semua mendapat keberkatan dari Allah SWT..ilalliqa maa salamah


Monday, January 14, 2008

Tahun Hijrah: Sejarah dan hubungannya dengan hijrah Rasulullah s.a.w.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam.Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.

Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar'ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.
Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.

Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sebab-sebab berlaku Hijrah

Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.
Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali."

Hijrah adalah sunnah para anbiya

Hijrah bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja, malah telah terdahulu daripadanya para Anbiya seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa, Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan yang amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.
Maka berlakulah penentangan antara hak dan batil yang memang menjadi lumrah dan semulajadi hingga hari Kiamat.

Justeru, para Anbiya semuanya telah dijemput oleh Allah di sisinya, agama-Nya yang benar itu diwarisi oleh mereka yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, maka golongan pewaris Islam sampai bila-bila berdepan dengan tribulasi ciptaan manusia yang tidak senang Islam mendapat sambutan menggalakkan.

Allah tidak akan membiarkan agama Islam terkulai layu tanpa yang menyambutnya, maka dia memilih di kalangan hamba-hambaNya individu-individu yang sanggup berkorban untuk agama-Nya, namun mereka terpaksa berdepan dengan ujian, cubaan, tribulasi yang direka oleh manusia-manusia yang tidak berapa senang Islam mendapat tempat di hati manusia, walaupun yang membencinya bernama Islam, tetapi pada masa yang sama menganut fahaman Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, dan lain-lain.

Mereka berusaha untuk menangkap, memenjara, membunuh golongan yang mendaulatkan Islam tanpa bicara dan bukti yang sah lagi kukuh untuk menuduh mereka, ia sedang berlaku di negara-negara yang diperintah umat Islam sampai hari ini, khususnya mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai agama perlembagaan negara.

Maka berlakulah penghijrahan golongan ulama' yang terpaksa meninggalkan negara masing-masing bukan atas alasan takut, tetapi kejahatan golongan pemerintah memuncak yang memaksa mereka keluar untuk mencari lokasi yang difikirkan munasabah untu meneruskan aktiviti dakwah di situ.

Rasulullah sendiri pernah menjadi sasaran musuh

Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal:

"Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala daya upaya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh serta mengusirmu keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan)."

Jelas ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang yang jahat terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada melalui penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau membunuh mereka tanpa kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan sampai hari kiamat, tetapi yang lebih menduka-citakan ialah apabila ia dirancang sendiri orang yang bernama Islam.

Sesungguhnya hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke satu tempat tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut : "Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Pengajaran daripada peristiwa Hijrah

Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:

  1. Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina Abu Bakr).
    Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang seronok tidur.
  2. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.
  3. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.
  4. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.
  5. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.
  6. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.
  7. Sesungguhnya setiap daripada individu muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar yang termampu.

Perkara sunat yang dilakukan di bulan Muharam

1. Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharram.
2. Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram. -->

Hasil penulisan: Ustaz Zainuddin Hashim

Wednesday, January 09, 2008

Salam Maal Hijrah 1429 Hijrah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat rerakan yang sekarang ini tak tahu tengah buat apa, maybe tengah study bersunguh-sungguh sebab sekarang ini adalah bulan peperiksaan bagi student Al Azhar.Moga kita semua najah dengan cemerlang insyaAllah..Amin...

Tidak ketinggalan juga aku mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram buat semua umat islam yang berada di seluruh dunia.Moga kita semua di rahmati oleh Allah SWT sebelum akhir tahun 1428 hijrah dan bermulanya kehidupan kita di tahun baru hijrah 1429 ini. Kita seringkali akan berkata "Aku perlu adanya muhasabah untuk perihal daku di kala lalu dan aku perlu tanamkan azam yang baru untuk tahun yang baru ini".Tapi adakah kita tahu bahawa sejauh mana pencapaian kita pada tahun yang lepas.Adakah baik natijahnya ataupun buruk natijahnya. Oleh yang demikian kita perlu merungkaikan segala apa yang terdetik di hati dan terniat di hati itu dengan bersungguh-sungguh bukannya "Hangat-hangat tahi ayam".

Kebiasaannya kita seringkali menyalahkan dan selalu memberi perkataan sedemikian contohnya "Aku tahun ini nak berubah, nak score dalam exam nak dapat Dean List", "Tahun ini aku nak jadi orang yang baik-baik tak moh lagi jadi orang-orang jahat". Kebiasaannya berunsur positif dan jarang adanya yang berunsur negatif. Akan tetapi hakikat yang dapat kita perolehi daripadanya banyak yang tidak ditepati. Sepatutnya perlu ada kata-kata semangat seperti ini "The obstacles in the middle of your path today are not nearly as big as you think." ( Halangan yang ada di tengah laluan anda tidaklah sebesar yang anda fikirkan).Moga motivasi yang telah kita buat dan muhasabah yang telah kita capai dapat diambil imput darinya untuk kita menatijahkannya di dalam kehidupan kita.

Semoga dengan tahun hijrah 1429 ini dapat kita semarakkan lagi kisah cinta kita pada islam yang semakin tertindas dengan kekejaman sang penguasa yang beranggapan merekalah penguasa hakiki di dunia yang fana ini. Walaupun sememangnya hakikat sebegini sudah tertulis di Luh Mahfuz semenjak azali tetapi ingatlah kaum muslimin dan muslimat sesungguhnya islam itu akan bangkit semula dan kemudiannya barulah dunia ini akan datangnya musibah bencana dari Sang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT.

Jadikan diri kita bersemangat dengan penuh kekuatan dan tunjangkan ia pada kekuatan untuk perjuangan islam. Bersemangat dengan kefahaman dan ilmu yang cukup di dada serta pengamalan yang bersumberkan Al Quran As Sunnah mampu mengubah kedudukan Islam itu sendiri.Tanpa diri kita yang mengubah tiada siapa yang mampu mengubahnya. Bertitik tolak dari itu tanamlah azam yang betul-betul berlandaskan Al Quran dan As Sunnah serta natijahnya itu beroleh ganjaran dari Allah SWT..InsyaAllah.

Selamat Menyambut Maal Hijrah ke 1429 .

Jaga iman - jaga akhlak - jaga adab - jaga amal - jaga kesihatan

Doakan kami student Al Azhar University mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta dapat membimbing umat yang semakin lama semakin hanyut di telan arus keduniaan. Aminn

Sunday, January 06, 2008

Offline YM yang bagus-bagus

Syeikh ibnu athaillah as-sakandari pernah b'kata:"bukanlah sahabatmu kecuali org yg rela b'shbt dgnmu sedangkn dia telah mengetahui kecelaanmu. Dan tidaklah yg demikian itu (engkau dapatiti dikalangan manusia) kecuali tuhanmu yg Maha Pemurah. Sebaik-baik teman engkau b'gaul adalah org yg memerhatikan kepentinganmu, bukan kerana sesuatu kepentingan yg diharapkannya daripadamu untuk dirinya."

“Kalau kita orang yang mewah, janganlah kita berbangga Allah boleh mengambil sekelip mata. Kalau kita orang susah janganlah bersedih Allah hendak meringankan beban kita dan Allah boleh memberinya bila-bila masa .”

Aisyah ra. Menuturkan, Rasulullah saw bersabda, “Beramallah kamu sesuai dengan kemampuan mu. Sesungguhnya Allah tidak pernah bosan (memberi pahala) sehingga kamu sendiri yang bosan beramal. Sedangkan amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara tetap walaupun sedikit.” (HR. Muslim)

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang