Barang Jenama Anda

Thursday, February 14, 2008

Parlimen Dibubar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12
Hari mengundi 8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon 24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen 13 hari
Jumlah pemilih berdaftar 10,922,139
Pemilih awam 10,701,054
Pemilih pos 221,085
Jumlah parti politik berdaftar 30
Jumlah kerusi Parlimen 222
Jumlah kerusi DUN 505

Parlimen Bubar

PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

"Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

"Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

"Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

"Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

"Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”


SPR tetapkan tarikh pencalonan, pengundian pilihan raya umum esok

PUTRAJAYA 13 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat esok untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-12, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini.

Beliau berkata, SPR akan membincangkan pelbagai perkara dalam menentukan kedua-dua tarikh itu, termasuk keadaan negara dan keselamatan masyarakat.

“SPR akan memberikan ruang yang sesuai untuk tempoh pencalonan dan seterusnya tempoh berkempen sebelum pengundian diadakan,” katanya dalam wawancara secara langsung dengan RTM di sini.

Wawancara itu disiarkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen, berkuatkuasa hari ini bagi mengadakan pilihan raya umum.

*malas nak edit main copy past jeklah hehehehe . Jangan marah

Jejak Selatan Sinai 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah bertemu lagi kita di dalam ruangan celoteh, hehehe macam host pulak aku buat ayat begini. Aduh rasa letih tak hilang lagi sebenarnya masa ni tapi nak buat macam mana time ni jeklah aku rasa masa yang sesuai untuk aku menulis sesuatu buat blog aku yang tersayang ini. Sayang kalau tak tulis benda yang dah ada di dalam minda nie cuma perlu dicurahkan sahaj ke tempat yang lebih selamat agar tidak hilang di kemudian hari.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana selesai sudah tugasan aku di dalam Program Kembara Jejak Rasul aku buat bersama team Tanta ke Selatan Sinai. Ini merupakan pengalaman aku yang kedua selepas aku mengikutinya masa aku di tahun pertama aku menjejaki kaki di bumi anbiya' ini. Terasa lagi kesengalan di badan-badan terutamanya pingang-pingang belakang aku ni bukan apa dah lama dah tak buat kerja berat (masak-memasak kawah ini - 'tapi bukan aku masak pun, aku punya taklifan lain, sorry boss masak'). Kali ini tugasan aku hanyalah mengumpul duit dan mengeluarkan duit, kerja yang boleh dianggap mudah dan resikonya juga tinggi iaitu treasurer (bendahari) ~ betul ke aku eja~", hehehe.

Nak dikatakan gerak kerja aku ini bermula sebelum imtihan fasa pertama lagi dan diteruskan selepas tamatnya peperiksaan fasa satu. Bukan apa jika tidak di buat awal naya dibuatnya nanti, inipun penyertaan alhamdulillah dapat juga dipenuhkan walaupun kengerian dan peluh dingin terungkai juga di kalangan kami ADHOCK. Mana tidaknya 2 bas seramai 92 orang bukan sikit nak nak mencari peserta untuk mengikutinya. Tapi berkat kesungguhan dan tawakkal kepada Allah SWT yang membuahkan hasil yang tidak di duga. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah kami bertolak di dalam jangka masa yang ditentetifkan dan kami selamat sampai juga ke Tanta sedikit lewat dari yang di tentetifkan. Biasalah jangkaan masa dan pengurusan masa itu kita telah jadualkan dan ditentukan serta di rancang tapi rancangan dan ketentuan Allah itu lebih lagi.


Hari Kedua - 9 Februari 2008

Pertama sekali tempat yang kami lalui ialah melalui terowong yang menghubungkan daratan Mesir dengan daratan Selatan Sinai. Nama yang diberi ialah terowong As Syahid Abd Hamid

Sunday, February 03, 2008

Cuaca Ohhh Cuaca

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Dalam suasana yang serba serbi nyaman dan selesa di tambah dengan alunan angin bayu yang sangat mengetarkan jiwa seseorang membuatkan aku persis untuk menitip sesuat buat kalian di dalam jurnal aku kali ini. Memandangkan aku sudah lama tidak menitipkan sesuatu buat kalian, maybe ada yang terasa sunyi tanpa apa-apa input dari jurnal aku inikan.

Sedikit kesibukan yang yang melanda diri ini menyebabkan diri ini ada rasa kemalasan di dalam benak kehidpan ini untuk merungkaikan sesuatu di dalam medan penulisan yang sudah sebati dengan diri aku ini. Walaupun aku bukannya penyair dan suka berkarya tapi di dalam penulisanlah aku boleh memanipulasikan sesuatu yang ada di dalam minda aku ini.

Dalam kehidupan setiap orang akan akan mengalami tempoh kemurungan yang akan tidak boleh tidak akan dialami juga oleh kita semu sebagai insan yang dhaif lagi lema di dalam kehidupan kita ini.Allah SWT menjadikan kita sebagai khalifah di dunia ini menyuruh melakukan amal makrif dan nahi mungkar tetapi iman tetap beroleh perubahan sama ada ia menurun ataupun menaik. Begitu juga dengan keadaan manusia yang merupakan makhluk yang Allah SWT ciptakan amat sempurna dari makhluk yang lain disebabkan kita mempunyai akal fikiran dan juga nafsu yang meraja.

Kekadang aku terfikir adakah cuaca juga begitu. Sejuk dan panas juga merupakan makhluk yang Allah ciptakan di dunia ini, tidak boleh tidak kita tidak boleh menyankal akan benda ini. Allah SWT menciptakan sejuk dan panas untuk memberitahu akan manusia untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan pada kita. Adakah terciptanya sejuk dan panas itu disyukuri oleh umat seperti kita ini. Kita boleh terdengar kata-kata dari sahabat-sahabat kita dan tidak kurangnya diri aku ini. Bila cuaca sejuk hendak cuaca panas dan sebaliknya. Ada-ada sahaja rungutan dan rengekan yang kita berikan pada Allah SWT. Oleh itu kita perlulah bertaubat dan meminta ampun akan keterlanjuran kata-kata kita kepada SANG PENCIPTA kita iaitu Allah SWT.

Pengertian Cuaca

Cuaca adalah istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang banyak dan pelbagai yang boleh berlaku dalam atmosfera planet. Istilah ini biasanya digunakan untuk memaksudkan aktiviti fenomena ini selama tempoh masa yang pendek, biasanya tidak lebih dari beberapa hari panjangnya. Purata keadaan atmosfera untuk tempoh yang lebih panjang dikenali sebagai iklim. Penggunaan dua istilah ini selalu bertindih dan konsep ini jelas berhubungkait rapat.

Mekanisma Asas

Fenomena cuaca terhasil akibat dari perbezaan suhu seluruh dunia, yang timbul sebahagian besarnya kerana kawasan yang lebih dekat kepada tropika, di sekitar khatulistiwa, menerima lebih tenaga dari Matahari berbanding bahagian utara dan selatan, lebih dekat kepada kutub Bumi.

Sebab kedua perbezaan suhu pada Bumi adalah kelainan permukaan tempat (seperti air lautan, tanah berhutan, dan kepingan ais) mempunyai kebolehpantulan berbeza (albedo), dan dengan itu menyerap dan menyinarkan kadar berbeza tenaga suria yang diterima.

Perbezaan suhu permukaan mengakibatkan arus angin menegak. Permukaan panas akan memanaskan udara di atasnya, menyebabkan ia mengembang dan naik ke atas, menurunkan tekanan udara dan menarik udara yang lebih sejuk ke tempat tersebut. Udara panas yang mengembang dan naik itu akan kehilangan haba dan menyejuk, yang menyebabkannya mengecut dan turun ke bawah, meningkatkan tekanan udara dan menggantikan udara yang berada di bawahnya.

Arus angin melintang terbentuk di sempadan kawasan yang berbeza kepanasan dan boleh menjadi-jadi jika terdapat permukaan cerun. Sistem ringkas ini boleh menimbulkan tingkah laku yang menghasilkan sistem yang lebih rumit dan demikian semua fenomena cuaca. Contoh skala besar proses ini boleh dilihat di sel Hadley dan bentuk lain peredaran atmosfera. Contoh kecilan pula dalah seperti bayu laut.

Kesan Coriolis penting dalam menjadi punca putaran besar asing yang dikenali sebagai siklon.
Jadi punca asas cuaca adalah suhu permukaan, dan boleh juga ketinggian.
Oleh kerana paksi Bumi miring sedikit (tidak berserenjang dengan satah orbitnya), cahaya matahari sampai pada sudut yang berbeza pada waktu yang berbeza dalam setahun. Semasa Jun, Hemisfera Utara condong ke arah matahari, jadi pada mana-mana latitud cahaya matahari akan jatuh lebih menegak berbanding pada Disember (lihat kesan sudut matahari pada iklim). Ini menghasilkan musim. Sebarang liukan dalam orbit planet akan mengubah jumlah tenaga yang diterima di suatu tempat sepanjang tahun dam mungkin mempengaruhi pola cuaca jangka panjang. Lihat kitaran Milankovitch.

Cuaca Di Bumi

Di Bumi, fenomena cuaca yang sering berlaku termasuklah angin, awan, hujan, salji, kabus dan ribut pasir. Perkara lain yang lebih jarang termasuklah bencana alam seperti puting beliung, ribut taufan dan ribut ais. Hampir semua fenomena cuaca di Bumi terjadi di troposfera (bahagian bawah atmosfera). Ada juga yang berlaku di stratosfera dan empengaruhi cuaca di troposfera, namun mekanismanya masih belum difahami.

Atmosfera Bumi adalah satu sistem The Earth's atmosphere is one large chaotic system yang pertukaran kecil pada satu bahagian mampu memberi kesan besar dikawasan yang lain. Ini menjadikan ianya sukar bagi mejangka dengan tepat pertukaran cuaca jangka pendek lebih dari beberapa hari awal, sungguhpun kajian cuaca terus meningkatkan had ini melalui sains kajian cuaca, Meteorologi.

Teori Chaos menjelaskan bahawa terdapat pemboleh ubah infiniti yang mampu memberi pengaruh kepada cuaca. Perbezaan kecil pada pergerakan sebarang molekul di udara memberi kesan kepada keadaan atmospherik. Perbezaan kecil mampu memberi kesan kepada troposphere cukup untuk mendorong kepada keadaan berbeza sepenuhnya. Dengan itu ia tidak mungkin untuk menjangka dengan tepat.

Meterologi

Meteorologi atau kajicuaca merupakan pengajian saintifik tentang keadaan atmosfera terutamanya berkenaan cuaca dan ramalannya. Cuaca memainkan peranan penting dalam mencorakkan cara hidup kita. Ia digolongkan dengan klimatologi, fizik atmosfera dan kimia atmosfera sebagai sains atmosfera.

Ahli meteorologi mengkaji arah dan halaju angin, suhu, tekanan, wap air dan interaksi pemboleh ubah ini, dan bagaimana mereka berubah dengan masa. Meteorologi juga mengaji interaksi atmosfera Bumi dengan Lautan. Kajian meteorologi membolehkan ahli sains meramal cuaca dan membekalkan maklumat penting untuk bidang-bidang ketenteraan, penjanaan tenaga, pertanian, perkapalan dan pembinaan.

Iklim Sedunia

Iklim (Bahasa Inggeris: climate) pada umumnya dikira sebagai keadaan cuaca yang diperolehi dalam sesuatu jangkamasa yang panjang, biasanya 30 tahun. Pada tanggapan moden, konsep iklim juga merangkumi statistik mengenai cuaca - umpamanya perbezaan suhu setiap hari ataupun perbezaan suhu tahun demi tahun.

Takrif iklim mengikut Panel Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim (The Intergovernmental Panel on Climate Change) (IPCC) adalah:

"Iklim boleh ditakrifkan sebagai "cuaca secara purata", atau lebih tepat lagi, iklim boleh diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangkamasa beberapa bulan hinggalah ke ribuan ataupun jutaan tahun. Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization). Kuantiti-kuantiti ini terdiri dari suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah keterangan statistik mengenai sesuatu sistem cuaca."

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang