Parlimen Dibubar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12
Hari mengundi 8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon 24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen 13 hari
Jumlah pemilih berdaftar 10,922,139
Pemilih awam 10,701,054
Pemilih pos 221,085
Jumlah parti politik berdaftar 30
Jumlah kerusi Parlimen 222
Jumlah kerusi DUN 505

Parlimen Bubar

PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

"Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

"Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

"Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

"Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

"Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”


SPR tetapkan tarikh pencalonan, pengundian pilihan raya umum esok

PUTRAJAYA 13 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat esok untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-12, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini.

Beliau berkata, SPR akan membincangkan pelbagai perkara dalam menentukan kedua-dua tarikh itu, termasuk keadaan negara dan keselamatan masyarakat.

“SPR akan memberikan ruang yang sesuai untuk tempoh pencalonan dan seterusnya tempoh berkempen sebelum pengundian diadakan,” katanya dalam wawancara secara langsung dengan RTM di sini.

Wawancara itu disiarkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen, berkuatkuasa hari ini bagi mengadakan pilihan raya umum.

*malas nak edit main copy past jeklah hehehehe . Jangan marah

Comments

Popular Posts