Barang Jenama Anda

Sunday, March 30, 2008

Hari mendatang yang kian sibuk...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat rerakan aku yang makin tinggi iman dan amalnya semoga tetap thabat di dalam perjuangan yang semakin mencabar buat kita para duat baik yang mengaji agama ataupun tidak mengaji agama.Bukan kita nak pilih bulu di dalam menyampaikan dakwah tetapi kita perlu menghormati resam dunia bahawa biarlah ahli yang mendalaminya mengupas sepenuhnya dan menyampaikannya, tapi ahlan bagi yang bukan ahli mendalaminya untuk menyampaikan dakwah agar semua umat manusia di dunia ini akan memandang ISLAM itu lebih baik dari apa yang digembar-gemburkan.

Bagi aku yang ahli mendalami bidang AGAMA ISLAM itu sendiri masih rasa kurang dan tidak mampu untuk menyampaikan sesuatu perkara itu dengan baik dan memanipulasikan sesuatu yang kita dapat itu dan menghuraikannya kepada orang lain.Moga diri ini dikuatkan dan dithabatkan diri ini untuk menambahkan lagi thaqafah dan ilmu yang ada banyak di bumi anbiya' ini.Moga diri ini kekal di dalam nikmat iman dan islam itu sendiri.

Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa dalam artikel kali ini, tapi kena juga tulislah sebab dah lama sangat aku tak menulis. Bukan aku tak nak tulis ada je kerja yang kena buat untuk setiap bulan. Biasalah kita sebagai mahasiswa perlu dan semestinya ada sesuatu untuk disertai. Aku sebagai ahli PMRAM dan juga anak kepada DPM Tanta perlulah mengikuti segala apa yang ada di dalam persatuan. Di sinilah kita hendak membina jati diri untuk di sesuaikan di medan masyarakat di tanah air nanti. Jika tidak belajar di sini di Malaysia orang suruh jadi Imam ke jadi pengerusi ke ... jika di sini kita tak praktis balik karang termanggu, buat malu je!! baik dekat sini malu tak per yer tak... yerlah sini kawan-kawan setara dengan kita yer tak. Nak letak muka kat manalah kalau kita cakap tak tahu.Moga diri ini dapat belajar lagi dan lagi, insyaAllah.

Sekarang ini aku sibuk jugak dengan program yang maybe habis dalam pertengahan bulan April ini insyaAllah.Untuk yang akan datang ini ada program anjuran Unit Kebudayaan dan Sukan so bro terlibat untuk Persatuan Silat Gayong ada kelas 'Safty and Defense' untuk diorang.Lepas itu dalam minggu depan ada program 'Jaulah Makam Auliya' bro terlibat sebab bro S/U Unit Sambutan dan Rehlah.Pastu bro ada kursus 'ISLAMIC ECONOMI' di Universiti of Cairo selama 2 minggu.Lepas habis kursus bro ada exam SYAFAWI@ oral untuk hafazan Al Quran dan juga subjek Tauhid.Itulah serba ringkas aktiviti yang akan aku buat untuk bulan 4 ini.Doakan aku kuat dan tabah di dalam semua gerak kerja ini.

Oklah aku pun ada kelas thafaqquh selepas ini, kelas Hadis dari Kitab Al Azkar karangan Imam Nawawi ini akan disampaikan oleh Ustaz Husni Ginting mahasiswa dari Indonesia yang sekarang ini sedang menyambung Master dekat Zakazig.Beliau banyak mengambil sanad hadis dari para syeikh-syeikh di seluruh dunia ini baik di Mesir sendiri di Makkah, Madinah, Yaman, Syria dan sebagainya.Moga kita mendapat petunjuk dan rahmat dari Allah SWT insyaAllah.

Sebelum mengakhiri artikel kali ini aku akan beri Offline dari sahabat-sahabatku yang moga kita dapat manfaat darinya insyaAllah.

.::Offline Manfaat::.

Assalamu'alaikum. .. mohon umat muslim brdoa untuk sdr2 qt di Jayapura,dalam upaya penolakan terahadap PEMUDA Manokwari yg menetapkan Manokwari sebagai kota "INJIL" yang akan Melarang: 1.prempuan berjilbab 2.Adzan 3.Pembangunan masjid dll.

Mohon sebarkan ke seluruh umat Islam. SMS dr akhwat qt di Jaypura TLG MASSAGE INI DISEBARKAN TEMAN2 MUSLIM...!! Doakan Mereka > > > (Amanah dr Akhi Al Farisi) > > > > > > Mohon bantuannya untuk memforward ke teman-teman antum,dan mndo'akan mrk semoga Alloh membalas > > > amal baik sahabat-sahabat semua, Jazakumulloh Khoiron Katsiiroon

"kegelapan tidak boleh dihalau melalui kata-kata. Kegelapan hanya boleh diusir melalui usaha membawa api yang dengan sendirinya nanti akan menerangi sekali gus mengusir kegelapan itu."

"Ya Allah, aku juga ingin tunduk sujud memohon kepadaMu, semoga sahabatku ini sentiasa redha dijalanMu,Andai Kau ujinya dgn kesusahan, berilah sebahagiaan kesusahan itu kepadaku, andai Kau ujinya dgn kesakitan,berilah sakit itu kepadaku. Andai Kau berikannya nikmatMu, jgnlah Kau bahagi2kan nikmat itu kepadaku, sesungguhnya melihatkan sahabatku gembira keranaMu, adalah nikmat terbaik untukku."..ameen ya robbal 'alamin

ilalliqa maa salamah.syukria..


Friday, March 21, 2008

Salam Maulidur Rasul SAW 1429 Hijrah <> Selawat & Salam Buat Kekasih Allah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat para sahabat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga kita akan mendapat rahmat dari Allah SWT. Tiada apa yang ingin aku tuliskan di dalam entry aku kali ini just ingin mengucapkan - Selamat menyambut maulidul rasul pada tahun 1429 hijrah ini...sempena kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW, marilah kita memperbanyakkan lagi berselawat keatas baginda..disamping itu, perbanyakkan juga membaca tentang sirah-sirah kehidupan baginda agar kita dapat menerapkan didalam kehidupan kita sehari-harian.

Di sini aku ingin memberi sedikit ilmu dari cabang ilmuan islam itu sendiri iaitu As Sunnah tentang kelebihan berselawat ke atas diri Baginda SAW. Telah diriwayatkan daripada Aisyah bahawa dia telah berkata :

" Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur ( sebelum subuh ) maka jatuhlah jarum daripada taganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah S.A.W. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah, alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya : "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari qiamat?" Jawab Rasulullah : " Org yang bakhil." Aku bertanya lagi : " Siapakah orang yang bakhil?" Jawab baginda : " Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

Maka sahabat-sahabat semua bykkan selawat ke atas Rasulullah.. bersempena dengan ketibaan hari kelahiran baginda marilah kita sama2 memperbanyakan berselawat...semoga memperoleh SYAFAAT

.::Kata-Kata Hikmah::.

Jikalau hari ini anda Muslim, jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi Mukmin. Jikalau hari ini anda Mukmin, jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi Muttaqin. Jikalau hari ini anda Muttaqin, jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi Mukhlisin. Jikalau hari ini anda Mukhlisiin, jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi Syahidin!

Powerful Dua'a Allahumma inni ala Zikrika wa Shukrika wa husni ibadatika" A very powerful Dua'a has been sent to you. What do you think you should do with it - imagine if 1000 people read it just because of you. Jazakallah ALLAHU AKBAR, stop whatever you are doing, and take this In a while, more people will have prayed for you . Allah said, "If you are ashamed of me, I will be ashamed of you." If you are not ashamed, send this message...only if you believe. "Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life and My Savior. Allah keeps me going day and night. Without Allah, I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength

Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah meninggal dunia

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


PASIR MAS, 19 Mac (Hrkh) � Ulama tersohor di Kelantan dan nusantara, Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman meninggal dunia di rumahnya di Pondok Lubuk Tapah, kira-kira jam 7.20 pagi tadi.

Beliau merupakan antara dua ulama terkenal di negara ini yang mempertahankan institusi pondok tradisional. Seorang lagi Tuan Guru Hashim Abu Bakar, 88 mudir Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu. Beliau juga kini sedang keuzuran.

Tuan Guru Abdullah terkenal dengan panggilan Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah berusia awal 80-an mewarisi Pondok Lubuk Tapah daripada ayahnya Tuan Guru Abdul Rahman.

Pondok tersebut merupakan yang ketiga terbesar di Kelantan selepas Pondok Sungai Durian dan Pondok Pasir Tumbuh.

Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran pondok tersebut di tepi pusara ayahnya selepas solat Asar petang ini.

Allahyarham sebelum ini dirawat di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu kerana menghidapi mini strok, jantung dan konflikasi buah pinggang.



�Tok Guru dirawat selama sebulan di hospital tersebut,� kata Adun Pengkalan Pasir, Haji Hanifa Ahmad ketika ditemui di sini.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sempat menziarahinya ketika sakit tenat malam tadi. Bacaan Yassin juga diadakan malam tadi.

Sementara itu orang ramai berduyung-duyung menziarahi jenazahnya pagi ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Dato� Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Anggota Exco kerajaan negeri, Haji Abdul Fattah Mahmoood menyifatkan kematian Tuan Guru Abdullah merupakan satu kehilangan besar bagi umat Islam di Kelantan.

Katanya, ketokohan beliau dalam bidang agama sukar dicari ganti.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah pula berkata, pemergian buat selama-lamanya Tuan Guru Abdullah seumpama kehilangan obor Islam di negara ini. - mj


Sunday, March 16, 2008

Ceritera Seminggu Dariku

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat semua rerakan yang aku sayangi lagi ku rindui, semoga masing-masing masih lagi thabat di dalam kerja-kerja pemangkin penjanaan sebaran ilmuan islam di site masing-masing. Moga Allah permudahkan antum dalam gerak kerja islam InsyaAllah. Aku rasanya dah lama juga tak menyentuh keybord untuk menulis sesuatu buat tatapan antum semua yang masih lagi ada masa di dalam mencernakan sesuatu di dalam site masing-masing. Aku sememangnya macam tiada masa hendak melakukan sedemikian dalam seminggu dua ini. Banyak alasan pulak aku bagi dekat antum semua yer tak?



Aku bukannya tak nak menulis tapi memang aku tak der masa nak menulis start 8hb sampailah esok sebenarnya aku sibuk tapi aku curi tulang hari ini...wakakaka. Mesti geramkan bebudak ini kau curi tulang. Ala tak kemananya aku kalau aku tak join korang mengemas hari ini. Takperlah nanti aku datang juga untuk hari esok (malam penutup - MALAM MANIS ). Sebabnya aku kena handle juga bahagian penyiaran nanti dengan fotographi. Sabar yer sahabat-sahabat, insyaAllah aku akan turun juga esok. Rasa-rasa aku nak tolong chef masaklah esok hihihi. Ish tak baik plak aku nak tukar-tukar kerja nie.



Huish start dari 8hb sampailh sekarang aku tak main tenet rasa macam otak ni jumud sangat tak tahu citer dunia dan juga dari negaraku Malaysia. Bukannyer apa aku nak tahu jugaklah keadaan yang berlaku di Malaysia dan juga dunia sekarang ni. Yerlah rumah aku yang dulunya ada line tenet sekarang ini dah takder internet dah. Tak tahu kenapa tak der line internet, katanya sebab line telefon yang masih lagi tak syaghal (baik). Pergi TE data dekat Said Nawi dengan Ustaz Kimi 2 minggu lepas kata bukrah (akan datang) mana satu aku nak percaya pun aku tak tahu. Terpulang pada engkaulah arab, kerja kekadang cepat kekadang lambat biasalah orang melayu pun macam tue jugak.



Ceritera Pilihan Raya Kali ke - 12



Seminggu sudah Pilihanraya di negaraku Malaysia menutup tirainya. Aku yang berada di luar negarapun tetap merasa bahang pilihanraya di negara kecil seperti Malaysia hehehe. Mana tidaknya negara aku masuk dalam TV di rancangan Al Jazeera TV huhuhu, femous jugak negara aku ini. Hehehe masa tue nampaklah PM aku Datuk Abdullah Badawi yang mewakili Barisan Nasional(BN) serta Dr Lolo yang mewakili Parti Se-Islam Malaysia (PAS) di temuramah oleh wakil Al Jazeera.



Alhamdulillah Barisan Alternatif (BA) berjaya menawan 4 lg buah negeri selain mengekalkan pemerintahan di Kelantan. Nampaknya rakyat semakin sedar dengan kebobrokan pimpinan negara. Kini rakyat juga bukan mudah untuk "dibeli" hanya dengan kain pelekat,gula mahupun bentuk rasuah lainnya bagi meraih undi. Rakyat kian sedar andainya mereka memberi mandat kepada orang yang salah menjadi pemimpin, mereka terpaksa menanggung sepenggal lagi pelbagai masalah yang mungkin tiba.BA telah menawan pulau pinang,kedah (yang menjadi target thn 2004),perak dan juga selangor, manakala di Kelantan rakyat terus memberi mandat kepada Pas untuk memerintah. Kemenangan besar pada kali ini merupakan hadiah yang manis buat para pejuang yang bekerja keras sejak 4 tahun yang lalu dengan menempuhi pelbagai rintangan dan dugaan serta memerlukan pengorbanan yang amat besar baik dari segi material mahupun masa. Aku mendoakan dan berharap agar kepimpinan yang dilantik dan dipilih oleh rakyat kali ini dapat menjalankan amanah mereka dengan sebaiknya.



Ceritera EMINENT 08

Gembira ataupun bersedih pihak pembangkang ataupun kerajaan, gerak kerja islam perlulah diteruskan semoga kesinambungan akan terus berkekalan dan di anugerahkan oleh Allah. Bagi pihak yang rasa diri itu telah di iqab oleh Allah insaflah agar diri itu tidak akan di cerca oleh Allah SWT.

Bagi aku di sini tetap berada di dalam keadaan yang sibuk jugak dengan Eminent. Aku ditaklifkan sebagai AJK penyiaran dan fotografi. Dan aku juga ada buka bazar untuk EMINENT ini, suka-suka jek just nak tolong DPM aku yang tersayang... DPM Tanta... siapa lagi yang nak tolong DPM Tanta kaalu bukan kita ahlinya yer tak?

Alhamdulillah EMINENT kali ini berjalan lancar walaupun ada juga serba kekurangan, itu biasalah bagi sesuatu kerja dan program kalau nak perfect payah nak dibuatnya tapi kita perlu usahalah untuk memantapkan program itu. Bagi aku EMINENT kali ini bolehlah diberi 80% kejayaan walaupun malam penutup esok iaiatu " Malam Kesenian Dan Kebudayaan Islam" ( MANIS) belum lagi berlangsung semasa aku menitipkan sesuatu di dalam blog aku ini. Tapi aku harapkan moga malam penutup esok akan berjaya dengan jayanya.

Uish korang aku lupa pulak nak bagi tahu apa yang tersembunyi di dalam EMINENT itu sendiri. EMINENT itu sebenarnya adalah shorform dari The Symposiom Of Malaysian Student In Tanta ataupun bahasa melayunya "Himpunan Mahasiswa Malaysia Di Tanta". Program ini merupakan program Mega bagi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta tidak ketinggalan juga kebersamaan dari pihak PCT "Perubatan Capter Tanta". Meriah tak meriah kena pergilah tahun akan datang kalau nak tahu. Jangan lupa hari penutup esok yer... pergi jangan tak pergi.

Apa yang menarik dalam Program ini bukan sahaja menjurus terhadap bazar semata-mata tapi ada juga slot thaqafah pada waktu petang dan malam. Antara yang menarik ialah Bicara Mahasiswa, Ceramah Untukmu Palestin, Forum Bait Muslim, Comunication Skill, dan Diskusi kitab terbaru daripada Dr Yusof Al-Qardawi yang bertajuk "Addin wa siasah" (Agama dan Politik). Selain itu terdapat juga pertandingan mini seperti catur, teka silangkata, gusti lengan, menaip sapa pantas, dan sebagainya.

Tapi yang paling menarik ialah pameran UNTUKMU PALESTIN yang diusahakan oleh mini-pavilion PMRAM.Selain itu terdapat juga jualan-jualan barangan terpakai untuk Dana Palestin. Moga setiap kerja yang kita lakukann ini ikhlas kerana Allah SWT. MOga Allah akan membayarnya di akhirat kelak insyaAllah.

Muktamar PMRAM 2008

PMRAM akan mengadakan Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke 75 dan Muktamar HEWI PMRAM Kali Ke 21 tidak lama lagi. Perubahan kepimpinan Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM untuk sesi 2008 akan menjanjikan pemerkasaan peranan PMRAM untuk terus menyumbang bakti kepada warga Melayu di Mesir.

Muktamar HEWI PMRAM akan diadakan pada 18 Mac 2008 bertempat di Dewan Solah Kamil Universiti Al-Azhar manakala Muktamar Sanawi PMRAM pula akan diadakan pada 19 Mac 2008 bertempat di Nadi Madinat Nasr al-Riadhi, Hayyu Sadis Kaherah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Setiausaha BKAN dan DPM masing-masing atau terus menghubungi saudara Shahrizan di talian 0105365967 atau saudari Siti Fathiyah di talian 0113229863.

Thursday, March 06, 2008

Bersama Dr Haron Din: Pilihlah parti untuk kebahagiaan dunia, akhirat

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Soalan " Saya seorang pensyarah di sebuah IPT. Saya tidak berminat soal politik kerana bagi saya, permasalahan politik adalah masalah duniawi dan tidak ada kena mengena dengan ukhrawi (agama). Bagaimanapun saya ingin bertanya, apakah tingkah laku ahli-ahli politik atau pengikut mereka akan dipersoalkan di akhirat tentang sikap politik mereka. Mengapa perlu pilih PAS, tidak BN?"
Pensyarah Muda, Kuala Lumpur

Jawapan "Saudara telah membuat andaian berdasarkan kepada pemikiran sendiri. Pemikiran sedemikian mungkin dipengaruhi oleh keadaan politik semasa yang senantiasa bergolak.

Saya memahami orang pemahaman seperti saudara memang wujud dalam masyarakat kita.

Pemahaman ini wujud kerana teori politik secara umumnya adalah bersifat kebendaan. Ia bersifat sekular.

Sekular adalah suatu sistem yang difahami memisahkan agama daripada kehidupan.

Keseluruhan pemikiran politik yang diteraskan kepada materialisme yang melahirkan fahaman sekular adalah diasaskan ahli-ahli politik Barat, diasaskan kepada akal dan menolak wahyu sebagai alat berpolitik.

Oleh kerana itu, agama kepada sesetengah ahli politik Barat, tidak boleh dicampurkan dengan politik.

Wahyu sebenarnya di luar jangkaan akal manusia. Akal tidak mampu memahami kehendak wahyu. Manusia yang beriman perlu mengambil wahyu sebagai jambatan pengabdian terhadap Allah SWT.

Kefahaman yang diterapkan golongan orientalis menerima wahyu hanya untuk digunakan menyembah Allah, manakala mentadbir negara digunakan akal yang kononnya rasional.

Sekular adalah hasil ciptaan pemikir Barat yang berasaskan realiti dalam masyarakat Barat, khususnya di abad pertengahan sebelum zaman Kebangkitan Eropah (European Renaissance).

Pada zaman itu, masyarakat Eropah dikongkong oleh kuasa gereja. Gereja yang menentukan segala-galanya.

Orang-orang gereja (para Pope) yang paling berkuasa. Kata-kata dan tindakan mereka betul semuanya, tidak boleh disanggah walaupun ia tidak rasional.

Pemikir-pemikir politik Barat, sedar akan kemunduran kerana dijajah oleh keagamaan Kristian yang banyak tidak rasional terhadap mereka, menyebabkan negara mundur.

Dari sinilah lahirnya fahaman sekular yang memisahkan penghidupan dengan agama, sekali gus memisahkan agama daripada politik (daripada kalangan Kristian).

Meskipun itu boleh berlaku dalam masyarakat Barat yang berpegang dengan fahaman Kristianiti, ia berbeza dengan agama Islam.

Islam adalah agama yang secara tabi'enya sesuai dengan tabiat di dunia dan penghidupan manusia bagi menjamin kebahagiaan di akhirat.

Firman Allah (mafhumnya): "Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan (mengikut agama Allah), iaitu agama yang Allah ciptakan manusia (dalam keadaan semula jadinya) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan kepada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah ar-Rum, ayat 30)

Ini memberi isyarat bahawa agama Islam amat sesuai dengan fitrah manusia. Hukum-hukumnya rasional, mudah diterima akal dan rasional.

Tercatat dalam sejarah Islam dilaksanakan dengan masyarakat manusia, sejarah sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. berpindah ke Madinah pada Tahun 1 Hijrah (622 M), terus menerus dilaksanakan dengan jayanya dan tersebar hingga ke seluruh dunia.

Islam berkembang dari Asia ke Afrika, ke Eropah ke Timur.

Sehingga Kerajaan Uthmaniyah di Turki, di bawah pemerintah sultan terakhir digantikan pemerintahan i'lmaniyyah (sekular) Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1924.

Ketika itu lenyaplah negara Islam yang sebenar, melainkan tinggal beberapa buat negara sahaja.

Pemikiran politik Islam bertitik tolak daripada kefahaman Islam yang tidak memisahkan Islam daripada pemerintahan. Image

Ia bersatu dalam satu perkataan di istilahkan sebagai Ad-Din, cara hidup yang lengkap, terungkap seperti firman Allah (mafhumnya): "...Pada hari ini, Aku (Allah) telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku terhadap kamu, dan aku reda Islam menjadi ad-Din kamu (cara hidup yang sempurna)..." (Surah al-Maaidah, ayat 3)

Oleh kerana itu, kita umat Islam perlu terima hakikat, Islam adalah agama yang sempurna, termasuk cara berpolitik, memerintah cara Islam.

Jika kita menolak pegangan ini dan memilih yang lain, ia bermakna menolak ketetapan Allah dan merendah-rendahkan agama, seolah-olahnya cara hidup ciptaan manusia, lebih sempurna dari ciptaan Allah.

Merendah-rendahkan agama Allah boleh menyebabkan kerosakan akidah.

Oleh itu maka pemilihan untuk menyokong sesebuah parti politik dan berjuang untuknya mesti dibuat berasaskan keputusan yang betul, bukan semata-mata terpengaruh dengan arus masyarakat."

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang