Ceritera Seminggu Dariku

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat semua rerakan yang aku sayangi lagi ku rindui, semoga masing-masing masih lagi thabat di dalam kerja-kerja pemangkin penjanaan sebaran ilmuan islam di site masing-masing. Moga Allah permudahkan antum dalam gerak kerja islam InsyaAllah. Aku rasanya dah lama juga tak menyentuh keybord untuk menulis sesuatu buat tatapan antum semua yang masih lagi ada masa di dalam mencernakan sesuatu di dalam site masing-masing. Aku sememangnya macam tiada masa hendak melakukan sedemikian dalam seminggu dua ini. Banyak alasan pulak aku bagi dekat antum semua yer tak?



Aku bukannya tak nak menulis tapi memang aku tak der masa nak menulis start 8hb sampailah esok sebenarnya aku sibuk tapi aku curi tulang hari ini...wakakaka. Mesti geramkan bebudak ini kau curi tulang. Ala tak kemananya aku kalau aku tak join korang mengemas hari ini. Takperlah nanti aku datang juga untuk hari esok (malam penutup - MALAM MANIS ). Sebabnya aku kena handle juga bahagian penyiaran nanti dengan fotographi. Sabar yer sahabat-sahabat, insyaAllah aku akan turun juga esok. Rasa-rasa aku nak tolong chef masaklah esok hihihi. Ish tak baik plak aku nak tukar-tukar kerja nie.



Huish start dari 8hb sampailh sekarang aku tak main tenet rasa macam otak ni jumud sangat tak tahu citer dunia dan juga dari negaraku Malaysia. Bukannyer apa aku nak tahu jugaklah keadaan yang berlaku di Malaysia dan juga dunia sekarang ni. Yerlah rumah aku yang dulunya ada line tenet sekarang ini dah takder internet dah. Tak tahu kenapa tak der line internet, katanya sebab line telefon yang masih lagi tak syaghal (baik). Pergi TE data dekat Said Nawi dengan Ustaz Kimi 2 minggu lepas kata bukrah (akan datang) mana satu aku nak percaya pun aku tak tahu. Terpulang pada engkaulah arab, kerja kekadang cepat kekadang lambat biasalah orang melayu pun macam tue jugak.



Ceritera Pilihan Raya Kali ke - 12



Seminggu sudah Pilihanraya di negaraku Malaysia menutup tirainya. Aku yang berada di luar negarapun tetap merasa bahang pilihanraya di negara kecil seperti Malaysia hehehe. Mana tidaknya negara aku masuk dalam TV di rancangan Al Jazeera TV huhuhu, femous jugak negara aku ini. Hehehe masa tue nampaklah PM aku Datuk Abdullah Badawi yang mewakili Barisan Nasional(BN) serta Dr Lolo yang mewakili Parti Se-Islam Malaysia (PAS) di temuramah oleh wakil Al Jazeera.



Alhamdulillah Barisan Alternatif (BA) berjaya menawan 4 lg buah negeri selain mengekalkan pemerintahan di Kelantan. Nampaknya rakyat semakin sedar dengan kebobrokan pimpinan negara. Kini rakyat juga bukan mudah untuk "dibeli" hanya dengan kain pelekat,gula mahupun bentuk rasuah lainnya bagi meraih undi. Rakyat kian sedar andainya mereka memberi mandat kepada orang yang salah menjadi pemimpin, mereka terpaksa menanggung sepenggal lagi pelbagai masalah yang mungkin tiba.BA telah menawan pulau pinang,kedah (yang menjadi target thn 2004),perak dan juga selangor, manakala di Kelantan rakyat terus memberi mandat kepada Pas untuk memerintah. Kemenangan besar pada kali ini merupakan hadiah yang manis buat para pejuang yang bekerja keras sejak 4 tahun yang lalu dengan menempuhi pelbagai rintangan dan dugaan serta memerlukan pengorbanan yang amat besar baik dari segi material mahupun masa. Aku mendoakan dan berharap agar kepimpinan yang dilantik dan dipilih oleh rakyat kali ini dapat menjalankan amanah mereka dengan sebaiknya.



Ceritera EMINENT 08

Gembira ataupun bersedih pihak pembangkang ataupun kerajaan, gerak kerja islam perlulah diteruskan semoga kesinambungan akan terus berkekalan dan di anugerahkan oleh Allah. Bagi pihak yang rasa diri itu telah di iqab oleh Allah insaflah agar diri itu tidak akan di cerca oleh Allah SWT.

Bagi aku di sini tetap berada di dalam keadaan yang sibuk jugak dengan Eminent. Aku ditaklifkan sebagai AJK penyiaran dan fotografi. Dan aku juga ada buka bazar untuk EMINENT ini, suka-suka jek just nak tolong DPM aku yang tersayang... DPM Tanta... siapa lagi yang nak tolong DPM Tanta kaalu bukan kita ahlinya yer tak?

Alhamdulillah EMINENT kali ini berjalan lancar walaupun ada juga serba kekurangan, itu biasalah bagi sesuatu kerja dan program kalau nak perfect payah nak dibuatnya tapi kita perlu usahalah untuk memantapkan program itu. Bagi aku EMINENT kali ini bolehlah diberi 80% kejayaan walaupun malam penutup esok iaiatu " Malam Kesenian Dan Kebudayaan Islam" ( MANIS) belum lagi berlangsung semasa aku menitipkan sesuatu di dalam blog aku ini. Tapi aku harapkan moga malam penutup esok akan berjaya dengan jayanya.

Uish korang aku lupa pulak nak bagi tahu apa yang tersembunyi di dalam EMINENT itu sendiri. EMINENT itu sebenarnya adalah shorform dari The Symposiom Of Malaysian Student In Tanta ataupun bahasa melayunya "Himpunan Mahasiswa Malaysia Di Tanta". Program ini merupakan program Mega bagi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta tidak ketinggalan juga kebersamaan dari pihak PCT "Perubatan Capter Tanta". Meriah tak meriah kena pergilah tahun akan datang kalau nak tahu. Jangan lupa hari penutup esok yer... pergi jangan tak pergi.

Apa yang menarik dalam Program ini bukan sahaja menjurus terhadap bazar semata-mata tapi ada juga slot thaqafah pada waktu petang dan malam. Antara yang menarik ialah Bicara Mahasiswa, Ceramah Untukmu Palestin, Forum Bait Muslim, Comunication Skill, dan Diskusi kitab terbaru daripada Dr Yusof Al-Qardawi yang bertajuk "Addin wa siasah" (Agama dan Politik). Selain itu terdapat juga pertandingan mini seperti catur, teka silangkata, gusti lengan, menaip sapa pantas, dan sebagainya.

Tapi yang paling menarik ialah pameran UNTUKMU PALESTIN yang diusahakan oleh mini-pavilion PMRAM.Selain itu terdapat juga jualan-jualan barangan terpakai untuk Dana Palestin. Moga setiap kerja yang kita lakukann ini ikhlas kerana Allah SWT. MOga Allah akan membayarnya di akhirat kelak insyaAllah.

Muktamar PMRAM 2008

PMRAM akan mengadakan Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke 75 dan Muktamar HEWI PMRAM Kali Ke 21 tidak lama lagi. Perubahan kepimpinan Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM untuk sesi 2008 akan menjanjikan pemerkasaan peranan PMRAM untuk terus menyumbang bakti kepada warga Melayu di Mesir.

Muktamar HEWI PMRAM akan diadakan pada 18 Mac 2008 bertempat di Dewan Solah Kamil Universiti Al-Azhar manakala Muktamar Sanawi PMRAM pula akan diadakan pada 19 Mac 2008 bertempat di Nadi Madinat Nasr al-Riadhi, Hayyu Sadis Kaherah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Setiausaha BKAN dan DPM masing-masing atau terus menghubungi saudara Shahrizan di talian 0105365967 atau saudari Siti Fathiyah di talian 0113229863.

Comments

Popular Posts