Penangan SANG UJIAN

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah sekarang ini dah masuk bulan Mei, bulan di mana pelajar di seluruh negara baik di Mesir ke UK ke ataupun Malaysia sendiri sekarang sibuk di dalam mengemaskini input-input yang diajar oleh doktor-doktor dan juga pensyarah untuk di takhrijkan di masa imithan yang akan ditempuhi.Di masa itulah output dari otak-otak akan menerjah keluar di kertas jawapan masing-masing.

Sememangnya semua manusia ini tidak dapat lari dari berjumpa dengan SANG UJIAN, baik kita masih kecil lagi ataupun sehiggalah kita mati kelak.Allah sememangnya meletakkan imtihan ataupun ujian itu sinonim di sepanjang kehidupan kita insyaAllah.Maka kita janganlah rasa mual ataupun bosan dengan imtihan ataupun ujian yang diberikan kepada kita.Sesungguhnya kita perlu bersyukur atas apa yang Allah berikan kepada kita ini.Mudah-mudahan Allah akan lebih menyayangi kita insyaAllah.

Aku juga tidak terlepas dari imtihan, mana taknya sekarang ini STUDY WEEK bagi student Al Azhar untuk berjumpa dengan SANG UJIAN di Universiti ini.Rasa cuak mesti ada di dalam diri seluruh azhari dan azhariah serta doktor dan dokturah.Merupakan Final Semester untuk naik ke tahun seterusnya.Bagi aku yang duduk kat sini hampir 3 tahun, rasa cuak itu masih lagi menyelubungi diri ini.Bukan kerana apa tapi disebabkan tiada persediaan yang mantap.InsyaAllah untuk tempoh 2 minggu lagi dari sekarang ini dapatlah aku tumpukan pada subject-subject killer yang aku tak lepas-lepas dari dulu.Moga-moga sahabat-sahabat dapat mendoakan kejayaan kita bersama... insyaAllah.

Syafawi dan juga Tahriri merupakan benda yang lain dari segi lughahnya tapi sebenarnya sama sahaja bukan.IMTIHAN juga. Syafawi boleh dikatakan 'Oral' ataupun 'Presentation' lah.Pening juga memikirkan bendalah ini. Manakala 'Tahriri' pulak boleh diertikan sebagai 'Penulisan'. Itulah antara skop peperiksaan di Al Azhar ini.

Sebelum kita menjelajah jauh untuk bertemu dengan SANG UJIAN itu maka kita sebagai umat islam tidak akan lari dengan MAHA PENCIPTA.Kita seringkali akan dekat dan selalu bersama dengan Allah SWT ketika kita mengalami kesusahankan!!! Kenapa ye aku bercakap demikian? Boleh dikatakan rata-rata pelajar-pelajar baik di sekolah rendah ke sekolah menengah ke sehinggalah masuk ke universiti sekalipun jika masa waktu peperiksaan berlangsung maka diri ini akan bertaqarrub dengan ILAHI.Masa inilah yang dulunya tak pernah berjumpa di masjid-masjid bersolat jemaah bersama. Dulunya tak pernahpun teringat untuk berpuasa sunat isnin dan khamis bersama-sama berpuasa. Dulunya tidak pernah bangun malam serta merta bertahajud di sepertiga malam. Bukannya hendak menghalang segala kebaikan yang dibuat. Tafadhal ya akhi wa ukhti. Teruskanlah amal ibadah yang sememangnya di tuntut oleh Allah SWT.

Tapi ya akhi wa ukhti ... aku ingin bertanya. Di manakah hilangnya segala amalan yang dilaksanakan sebelum dan ketika musim peperiksaan itu berlangsung selepas selesainya musim peperiksaan? Adakah kita ini meminta jika diperlukan sahaja? Fikir-fikirkanlah sahabat.Aku cakap inipun aku muhasabah pada diri aku sendiri. Moga setiap amalan yang kita lakukan sebelum, sedang ataupun selepas buatlah secara istimrar iaitu berterusan.Walaupun tidak sepenuhnya janganlah tinggal terus seperti puasa sunat isnin dan khamis serta solat tahajud.

Abang-abang lama pernah menyoal aku berkaitan perkara ini. Kenapa kita dah berusaha bersunguh-sunguh, beramal bukan main rak tapi natijah tak kemana? Jawapan mereka ialah " Amalan kita yang kita buat sebelum dan semasa kita exam tidak diteruskan selepas exam". Sebenarnya amalan yang selepas itulah merupakan perkara yang penting bagi kita.Buatlah secara berterusan dan ingatlah bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa untuk menentukan sesuatu.Teringat aku akan kata-kata semangat dan taujihat dari ayahandaku yang berbunyi

"Pastikan dan fokus apa yang dihajati, ALLAH akan bersama-sama
dengan orang yang sabar di dalam mencari ilmu. Manfaatkan masa jagamu, waktu
tidur kamu dan juga masa rehat kamu. Sesungguhnya tiada henti REZEKI yang ALLAH janjikan".

Sempena IMTIHAN ini aku ingin memohon ampun atas salah dan silap baik terlanjur kata baik bahasa aku di dalam setiap entry aku. Bagi sahabat-sahabat seperjuangan yang mengenali aku ini khususnya di Bumi Mesir ini, aku mohon sangat-sangat akan doa dari antum semua moga kejayaan kita milik bersama.Halalkan makan dan minum aku baik ketika aku berziarah ke rumah kamu ataupun sebaliknya.Gurau senda yang melampau batas atas diri kalian juga ku mohon kemaafan.Sekian sahaja untuk kali ini.InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di lain masa.

Time Table Examination Second Fasa

18 Mei 2008 - Ahad - Al Quran

20 Mei 2008 - Selasa - Milal Wa Nihal ( Comperative Religion)

27 Mei 2008 - Selasa - Tauhid

3 Jun 2008 - Selasa - Ulum Hadith

"Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan
yang harus kita jalani, sebesar mana pun kegagalan yang kita rasai, sejenuh mana
pun -hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Ilahi, jangan
pernah berhenti berdoa kepada Rabbi kerana harapan adalah masa depan, kerana
harapan adalah sumber kekuatan, kerana DOA adalah pintu kebaikan dan kerana DOA adalah senjata bagi seorang pejuang yang beriman.."

"Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa
yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita
inginkan,akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat
membuat hidup kita menjadi lebih bahagia."

Tanda-Tanda Diterima Taubat

  • Hamba yang telah bertaubat itu melihat bahawa dirinya masih belum suci dari dosa
  • Ia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu datang perasaan sedih
  • Ia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi dari orang-orang yang jahat
  • Walaupun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, tetapi ia tetap melihatnya banyak.
  • Walaupun banyak amal akhiratnya, tetapi ia tetap melihatnya masih sedikit
  • Ia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakan kewajipannya terhadap Allah swt dan tidak sedikit pun dia sibuk menguruskan rezekinya yang telah di jamin oleh Allah swt.
  • Ia sentiasa menjaga lidah, selalu tafakkur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal

(Good Luck sumer!!! aja aja fighting!! Gambatee!!)

Comments

Popular Posts