Barang Jenama Anda

Saturday, June 21, 2008

persiapan demi persiapan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Wah!!! makin dekat pulak tarikh aku nak balik ini.Alhamdulillah tiket dah comferm dah 25hb Jun..Baha bagitahu sebelum kitorang gerak balik ke Kaherah dekat Mau'af Ghumlah. Ingatkan tak payah nak gerak Kaherah, tapi kena pergi juga sebabnya dekat Tanta bukannya complete pun.

Alhamdulillah kitorang sampai Kaherah sebelum asar dan sempatlah untuk berjalan-jalan cari barang-barang yang baik punya untuk dibawa pulang ke Malaysia. Aku sebenarnya tak tahu nak beli apa, asalkan hati aku gerak nak terbeli...aku belikan ajalah untuk diorang kat Malaysia.

Pasal persiapan inikan, sebenarnya diri aku ini takderlah nak menyiapkan diri dengan sepenuhnya seperti kebiasan abang-abang lama cakap."Kalau balik bercuti kalau kena turun jadi imam ke bilal ke bagi tazkirah ke doa tahlil ke selamat ke jangan ditolak pergi jek...malu kalau tak diterima". Itulah antara fokus yang aku nak ceritakan sebenarnya.Apa-apapun moga diru\iku ini diberi kekuatan untukmenghadapinya.

Panas Oh Panas!

Ya Allah...aku bersyukur pada Mu Ya Allah.Ampuni dosa-dosaku ya Allah.Bukan main panas lagi keadaan kat Kaherah ini.Mahu melepek aku dibuatnya kecairan.Masa berjalan-jalan cari barang dekat Medan Hussein lepas asar masih lagi terasanya panas dan bahang.Ini belum bulan Julai lagi ini, belum lagi masuk Ogos.Mau meniarap dibuatnya badan ini nak melekat dekat ais.Allah sahajalah yang tahu.Mahu letih juga aku dibuatnya dengan rakan-rakan aku lain Baha, Mep, Abu dan mushrif Haris.

Sian Haris jadi mangsa hahaha dah lah baru balik dari ziarah Tanta.Balik Kaherah kena jadi mushrif kitorang.Bukan tak reti jalan cumanya tak tahu tempat-tempat yang top jual-jual barang yang biasa dibeli oleh bebudak Malaysia bila nak balik.Kalau dah tahu tak yah mushrif tak per.Tapi apa-apa pun thankz lah Haris.Jasamu dikenang.

Al Fatehah buat Nek Anjang.

Masa aku tolong masak dekat Bait Izzah dengan Yie untuk persiapan ke Matroh Siwa.Ayah aku call out dari Malaysia.Tanya pasal tiket dan juga bank in. Sambil tue juga ayah khabarkan yang Nek Anjang sudah kembali ke rahmantullah petang Malaysia (Masa ayah aku call dlam 5 petang Egypt so kat Malaysia dah kul 10 malam).

Ku doakan moga ruh Allahyarhamah Nek Anjang ditempatkan dikalangan Mukmin yang Solehah.Aku dapat tahu kematiannya disebabkan kanser yang dialaminya sejak dulu lagi.Tapi kira alhamdulillah dapat bertahan hingga la ni.Tapi Allah lagi maha Penyayang.



Type rest of the post here

Sunday, June 15, 2008

Perihal Seorang Ayah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Hari ini 11 Jamadil Akhir 1429 hijrah bersamaan 15 Jun 2008 merupakan satu hari yang mungkin kebanyakan dari kalangan manusia meraikan bersama. Satu hari untuk memperingati jasa baik dan kerah keringat seorang insan yang telah mencipta kita dari hasilnya yang darinya datang asbab untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT.

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan kegiatan kekeluargaan.

Terpulang kepada individu untuk meraikannya ataupun tidak. Lagi ahsan kita sebagai mukmin tidaklah meraikannya. Tepuk dada tanya diri. Muhasabah pada diri sendiri. Adakah kita perlu nak ikut ataupun tidak? Tiada salah kita mengikut benda yang baik. Asalkan tidak lari dari akidah dan syariah itu sendiri. Nanti kita di katanya "Bid'ah" dah susah. Sebenarnya tidaklah perlu untuk menentukan hari sekian-sekian untuk mengingati bapa kita. Yang penting niat untuk menghargai dan menyayangi bapa kita.

Perihal Seorang Ayah

Ayah, Abah, Abi, Baba, Papa ataupun sebagainya merupakan antara panggilan yang di panggil untuk menghormati insan ini.Insan yang memang kelihatan cool sejak kita mengenal dunia ini bukan. Adakah anda yang bergelar lelaki terpanggil untuk menerima gelaran ini? Sudah tentu bagi orang yang bujang semestinya ingin merasakannya. Bagi yang baru menglangsungkan pernikahan lebih-lebih lagilah exited untuk menerima gelaran ini.

Seringkali kita lihat perwatakan yang di bawa oleh seorang pemimpin keluarga ini selalunya bersifat tegas dan berdisiplin. Bagi aku yang telah berusia suku abad inipun masih lagi rasa gerun bila hendak bercakap dan berbual dengan ayah. Mana tidaknya semenjak kecil lagi aku dan adik-adik diasuh ala-ala tentera oleh ayah kerana ayah merupakan bekas pelatih Tentera Laut Diraja Malaysia. Sudah semestinya satu teriakan darinya sudah boleh meluluhkan isi badan ini. Ketegasan dan disiplin ini yang menjadikan kami adik beradik rasa bersyukur kerana di berikan ayah yang pandai memimpin.Perihal agama lebih-lebih lagilah diutamakan. Sebab itu adik beradik aku semua berkelulusan sekolah beraliran agama.

Teringat aku sebuah cerita dari Korean ( cerita yang boleh di ambil sempadan ) tentang seorang bapa tunggal yang menjaga anaknya semenjak dia lahir sampailah dia berumur dalam lingkungan 8 atau 10 tahun. Boleh dilihat cara ayah dia menjaganya dan mendidiknya walaupun tiada bantuan dari isterinya. Di sini kita boleh dilihat seorang "Appa" boleh mengasuh. Apa kurangnya jika nak dibandingkan dengan seorang ibu. Cumanya cara pengasuhan itu mungkin berbeza.

Kebiasaannya si ayah susah untuk menunjukkan rasa kasih sayang pada anak-anaknya secara zahiri tetapi si ayah lebih suka dengan cara tanpa pengetahuan sesiapa untuk ditunjukkan kasih sayangnya.Sebagai contoh: Seorang ayah akan memukul anaknya dengan menggunakan rotan dan dibedil sepuasnya di pinggul jika kita anak-anak yang nakal melakukan kesalahan. Tapi di malam hari semasa kita tidur dan tanpa sesiapa perasan. Ayah datang kepada anak dan menyapukan ubat atau minyak di tempat yang dirotan. Ayah juga akan mengalir air mata kerana perbuatannya.

Teringat masa kecil-kecil dulu rotan yang pelbagai saiz pernah sampai di pingul dan juga di tangan. Melihat muka ayah yang berkumis tebal itu sahaja sudah menggerunkan. Teriakan ayah seringkali membuatkan kerja-kerja kenakalan aku tergendala sebentar. Aku jenis anak kecil yang tidaklah nakal sangat tapi ayah aku jenis suka mengongkong segala aktiviti bersama rakan-rakan lain. Hari cuti kelas tambahan dan tolong dan ikut ayah berniaga. Sebab apa yer .. mungkin aku adalah anak tunggal lelaki di dalam keluarga. Sebab itu ayah aku menjaga aku. "Farid!!! ko tak bangun lagi...nak kena jirus ngan air ke!" itulah antara teriakan ayah di pagi cuti. Itu belum lagi rotan tidak solat dan ponteng mengaji al quran...hehehe rasa macam nak kembali ke zaman kecil-kecil dulu.

Itulah antara karekter "Cool Of The Man" yang semestinya aku dan rakan-rakan yang belum berkahwin akan merasainya. Entah bagaimana agaknya bila aku bergelar ayah. Seronok agaknya ye? Rasanya belum masanya lagi aku berkahwin. Moga aku akan menerima zaujah yang memahami diri ini dan dapat bersama di dalam perjuangan. InsyaAllah...amin.

p/s : x sabar nak peluk ayah dan berbual dengan ayah balik ini ... Malaysia tunggu daku!!



Sanah Helwa Ya Akhi Hakimi

Tanggal 12 Jun 2008 bersamaan 8 Jamadil Akhir merupakan hari kelahiran ahli bait aku yang bernama Muhammad Hakimi Bin Mustapai merupakan abang lama dan ketua bagi bait mithaliku. Bakal Graduan dari Kuliah Quran Wal Qiraat - Jabatan Ulum Quran wa Ulumuhu. Hari ini gena[p umurnya 27 tahun.

Ucapan Khas buat diriku buatmu ialah " Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki hendaknya. Semoga najah di dalam pelajaran dan dapat meneruskan perjuangan di Malaysia kelak. Moga menjadi Qura di Malaysia dan sebagai tempat rujukan masyarakat di Malaysia."

Tahun ini merupakan tahun terakhir baginya. Mungkin aku akan menunggu beliau di KLIA airport kerana aku sudah pulang ke tanah air pada akhir bulan 6 ini. Aku doakan semoga najah insyaAllah.

Kami ahli bait dan imarah buat ala kadar sahaja. X jemput sapa-sapa. Ustaz Kimi belanja Pizza dan juga kuih cara, tidak ketinggalan juga bubur jagung dan kek hehehe mana leh lepas.Setahun sekali je.

Monday, June 09, 2008

Kisah Antara Black Dhabi & EURO 2008



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



Antara EURO dan Minyak ( Black Dhabi) mana yang famous agaknya sekarang di negara aku ye? Aku rasa sekarang ini lebih kepada minyak daripada EURO ini.Tapi kalau muda-mudi macam aku yang kemungkinan kebahangan EURO 2008 tetap terasa.Aku yang duduk dekat dengan negara eropah ini semestinya terasa dengan kedatangan EURO. Siaran langsung di Al Jazeera +1 @ Al Jazeera +2 membuatkan kitorang duduk setia dengan televisyen. Walau bagaimanapun tidaklah bermaksud meninggalkan semua suruhan yang Allah wajibkan bagi kita.Mana tidaknya Siaran Langsung yang bermula pada pukul 7.00 ptg sehingga 9.00 bagi perlawanan pertama dah masuk waktu maghrib dalam pukul 8.15 malam.Antara gagah ataupun tidaklah untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.Manakala perlawanan kedua pula bermula pukul 10.00 sampai 11.00, alhamdulillah masa ini solat isyak dah selesai.Maka takdelah nak terkejar-kejar.





Bahang kepanasan di musim Saifi ini membuatkan kami kepanasan di dalam rumah.Semua econ semulajadi dimuka.Jendela, pintu, kipas syiling, kipas duduk semua di keluarkan.Suhu di negara Mesir ini sekarang mencecah 41 darjah celcius, satu darjah kepanasan yang boleh dikira panaskan.Nasib baiklah keadaan di Mesir ini tak macam Malaysia.Jikalah suasana di sini seperti di Malaysia.Ada yang terbakar agaknya.Mana tidaknya kepanasan dan kebahangan dengan kenaikan harga minyak yang mendadak membuatkan semuanya rasa macam nak terbakar diri ini.



Melayu mudah lupa? kiasan yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir Muhammad.Mengapa aku mengatakan begitu.Aku terfikir ... sampai bila kemarahan orang-orang melayu dengan keadaan yang mereka alami sekarang, adakah mereka akan berterusan ataupun akan redha dalam 2 atau 3 bulan lagi, ataupun dalam setahun lagi, ataupun beberapa tahun lagi.Itu hanya Allah sahaja yang mampu.



Selama aku hidup baik di bumi Malaysia sendiri mahupun aku berhijrah di Mesir ini, aku dapati keadaan ekonomi Malaysia lebih baik semasa di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang Ke empat iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad.Sebab apa aku berkata begitu, sebabnya kadar kenaikan harga barang baik barang mentah ataupun sebagainya tidaklah terlalu melampau kenaikan harga barangnya.Tetapi yang aku lihat sekarang pemerintahan Perdana Menteri ke lima ini.Sejak pemerintahannya dari 2004 sehinggalah sekarang sudah berapa kali kenaikan harga barang baik minyak ataupun barang keperluan lain.Ada kemungkinan sistem penyelengaraan ekonomi negara sekarang ini tidak di urus dengan bijak oleh ahlinya.





Jika dulu menteri ekonomi sendiri di pegang oleh Tun Dr Mahathir Muhammad yang sememangnya ahlinya.Walaupun terdapat banyak korupsi dan perkara yang salah di sisi undang-undang seperti rasuah dan sebagainya.Tetapi alhamdulillah keadaan negara Malaysia tidak seperti sekarang ini.Walaupun terdapat krisis ekonomi yang melanda pada tahun 1991 hingan 1992 ( aku lupa fakta ini nanti aku cek balik). Tapi Tun masih boleh mengurus ekonomi dengan baik.



Jika kita lihat perancangan ekonomi Tun kita dapat lihat hasilnya walaupun entah berapa bilion kita rugi seperti Menara KLCC, Menara Berkembar Petronas, Litar Sepang, Lapangan Terbang KLIA dan juga Putrajaya.Itu antara yang terhasil daripadanya.Tapi apa yang dihasilkan oleh PM sekarang Abdullah Badawi.Projek-projek mega baik di utara, selatan ataupun timur belum lagi kelihatan.Adakah kerana projek-projek mega ini yang membuatkan negara Malaysia sekarang dihujani dengan hutang-hutang yang mencecah berbilion-bilion.Wallhua'lam hanya Allah sahaja yang tahu.Lihat sahaja perancangan yang terbegkalai seperti projek Jambatan Gerbang Selatan yang terbengkalai begitu sahaja.



Rasa-rasa kamu semualah berapakah kerugian yang dialami oleh kerajaan Malaysia kerana pembatalan projek mega yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir Muhammad itu?. Jawapannya lebih 1.212 bilion kerajaan Malaysia menangung dengan pembatalan projek mega tersebut.



Sekarang ini Pulau Batu Putih pula menjadi hak Kerajaan Singapura, apa nak jadi dengan kerajaan Malaysia sekarang ini yang mudah tunduk dengan kerajaan Singapura.Pengecut sangat ke pemimpin sekarang ini.Banyak benda yang sekarang ini tergadai.Sekarang ini tak tahu lagi dengan Wilayah Iskandar yang terletak di negeri aku sendiri iaitu Johor.Jangan sampai negeri Johor ini tergadai kepada Singapura sudahlah.Oiiii pemimpin sedar-sedarlah...harta itu bukan bawa mati pun. Akhirat ko kena tanya karang baru tahu. Tukang Kayu yang mempunyai sebatang kapak pun ditanya oleh Allah SWT. Lagilah korang yang entah berapa bilion mengkorupsikan duit rakyat.



Aku tidak tahu bila lagi dan lagi Malaysia yang di tadbir oleh orang-orang yang korup ini akan menaikkan lagi harga barang.Tahniah aku ucapkan kepada mereka yang mahu kepada pentadbiran kerajaan sekarang? Terimalah hadiah yang mereka beri dengan senang hati. Jangan mudah marah kerana inilah pentadbiran kerajaan yang entum semua pilih.Bagi yang membangkang adalah tanggungjawab kita untuk membetulkan keadaan secara demokratik dan efektif.Buktikan yang antum tidak mudah lupa dan tegurlah pemimpin antum yang menang di parlimen ataupun adun dengan cara yang mereka fahami.



-PEMIMPIN LEMAH NEGARA PARAH-


Thursday, June 05, 2008

Gempak SEH - MINYAK NAIK LAGI!!!! RM2.70 seliter

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alamak aii..apa ni naik lagi ke minyak..giler la...camni aku nak balik puin aku rasa aku macam malas jek.Baru nak jenjalan bila balik nie..Tapi nak wat macam mana dah macam gitu caranya.Apalagi mesti kebabomlah Malaysia lepas nie...Mampuslah bergaduh sakan antara Pakatan Kerajaan VS Pakatan Rakyat.Adakah makin derita rakyat dekat tanah airku ataupun makin ada datangnya kesenangan.Ya Allah bantulah negaraku dan Islam itu sendiri ya Allah.

Alhamdulillah aku dah habis exam...sekarang ini kena banyakkan doa dan tawakal pada Allah.Minta sahabat-sahabat yang lain mendoakan kejayaan kita bersama.Aku tak der benda yang nak di isi dalam post aku boleh bagi post berita jeklah dari Malaysiakini.



Petrol naik 78 sen, diesel RM1
Muda Mohd Noor Jun 4, 08 5:04pm


Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.


Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.


Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus [lihat carta].


Penstrukturan baru itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut dihadir di sidang akhbar tersebut berkata, kerajaan dijangka membelanjakan kira-kira RM18 bilion subsidi setahun.


Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang.


Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.
Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.


Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2.


Perdana menteri juga mengumumkan struktur subsidi bagi minyak diesel dan tarif elektrik.
Menurutnya, melalui penstrukturan semula subsidi bagi semua bahan tersebut, kerajaan dijangka menjimatkan RM13.7 bilion.


Perdana menteri berharap orang ramai tidak akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut. Katanya, kos petrol dan barangan telah meningkat secara drastik, maka subsidi terpaksa distruktur semula."Insyaallah, saya harap rakyat tidak akan mengadakan demonstrasi," katanya merujuk kepada bantahan terhadap kenaikan harga bahan bakar sebelum ini.



Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang