Kisah Antara Black Dhabi & EURO 2008



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



Antara EURO dan Minyak ( Black Dhabi) mana yang famous agaknya sekarang di negara aku ye? Aku rasa sekarang ini lebih kepada minyak daripada EURO ini.Tapi kalau muda-mudi macam aku yang kemungkinan kebahangan EURO 2008 tetap terasa.Aku yang duduk dekat dengan negara eropah ini semestinya terasa dengan kedatangan EURO. Siaran langsung di Al Jazeera +1 @ Al Jazeera +2 membuatkan kitorang duduk setia dengan televisyen. Walau bagaimanapun tidaklah bermaksud meninggalkan semua suruhan yang Allah wajibkan bagi kita.Mana tidaknya Siaran Langsung yang bermula pada pukul 7.00 ptg sehingga 9.00 bagi perlawanan pertama dah masuk waktu maghrib dalam pukul 8.15 malam.Antara gagah ataupun tidaklah untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.Manakala perlawanan kedua pula bermula pukul 10.00 sampai 11.00, alhamdulillah masa ini solat isyak dah selesai.Maka takdelah nak terkejar-kejar.





Bahang kepanasan di musim Saifi ini membuatkan kami kepanasan di dalam rumah.Semua econ semulajadi dimuka.Jendela, pintu, kipas syiling, kipas duduk semua di keluarkan.Suhu di negara Mesir ini sekarang mencecah 41 darjah celcius, satu darjah kepanasan yang boleh dikira panaskan.Nasib baiklah keadaan di Mesir ini tak macam Malaysia.Jikalah suasana di sini seperti di Malaysia.Ada yang terbakar agaknya.Mana tidaknya kepanasan dan kebahangan dengan kenaikan harga minyak yang mendadak membuatkan semuanya rasa macam nak terbakar diri ini.



Melayu mudah lupa? kiasan yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir Muhammad.Mengapa aku mengatakan begitu.Aku terfikir ... sampai bila kemarahan orang-orang melayu dengan keadaan yang mereka alami sekarang, adakah mereka akan berterusan ataupun akan redha dalam 2 atau 3 bulan lagi, ataupun dalam setahun lagi, ataupun beberapa tahun lagi.Itu hanya Allah sahaja yang mampu.



Selama aku hidup baik di bumi Malaysia sendiri mahupun aku berhijrah di Mesir ini, aku dapati keadaan ekonomi Malaysia lebih baik semasa di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang Ke empat iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad.Sebab apa aku berkata begitu, sebabnya kadar kenaikan harga barang baik barang mentah ataupun sebagainya tidaklah terlalu melampau kenaikan harga barangnya.Tetapi yang aku lihat sekarang pemerintahan Perdana Menteri ke lima ini.Sejak pemerintahannya dari 2004 sehinggalah sekarang sudah berapa kali kenaikan harga barang baik minyak ataupun barang keperluan lain.Ada kemungkinan sistem penyelengaraan ekonomi negara sekarang ini tidak di urus dengan bijak oleh ahlinya.





Jika dulu menteri ekonomi sendiri di pegang oleh Tun Dr Mahathir Muhammad yang sememangnya ahlinya.Walaupun terdapat banyak korupsi dan perkara yang salah di sisi undang-undang seperti rasuah dan sebagainya.Tetapi alhamdulillah keadaan negara Malaysia tidak seperti sekarang ini.Walaupun terdapat krisis ekonomi yang melanda pada tahun 1991 hingan 1992 ( aku lupa fakta ini nanti aku cek balik). Tapi Tun masih boleh mengurus ekonomi dengan baik.



Jika kita lihat perancangan ekonomi Tun kita dapat lihat hasilnya walaupun entah berapa bilion kita rugi seperti Menara KLCC, Menara Berkembar Petronas, Litar Sepang, Lapangan Terbang KLIA dan juga Putrajaya.Itu antara yang terhasil daripadanya.Tapi apa yang dihasilkan oleh PM sekarang Abdullah Badawi.Projek-projek mega baik di utara, selatan ataupun timur belum lagi kelihatan.Adakah kerana projek-projek mega ini yang membuatkan negara Malaysia sekarang dihujani dengan hutang-hutang yang mencecah berbilion-bilion.Wallhua'lam hanya Allah sahaja yang tahu.Lihat sahaja perancangan yang terbegkalai seperti projek Jambatan Gerbang Selatan yang terbengkalai begitu sahaja.



Rasa-rasa kamu semualah berapakah kerugian yang dialami oleh kerajaan Malaysia kerana pembatalan projek mega yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir Muhammad itu?. Jawapannya lebih 1.212 bilion kerajaan Malaysia menangung dengan pembatalan projek mega tersebut.



Sekarang ini Pulau Batu Putih pula menjadi hak Kerajaan Singapura, apa nak jadi dengan kerajaan Malaysia sekarang ini yang mudah tunduk dengan kerajaan Singapura.Pengecut sangat ke pemimpin sekarang ini.Banyak benda yang sekarang ini tergadai.Sekarang ini tak tahu lagi dengan Wilayah Iskandar yang terletak di negeri aku sendiri iaitu Johor.Jangan sampai negeri Johor ini tergadai kepada Singapura sudahlah.Oiiii pemimpin sedar-sedarlah...harta itu bukan bawa mati pun. Akhirat ko kena tanya karang baru tahu. Tukang Kayu yang mempunyai sebatang kapak pun ditanya oleh Allah SWT. Lagilah korang yang entah berapa bilion mengkorupsikan duit rakyat.



Aku tidak tahu bila lagi dan lagi Malaysia yang di tadbir oleh orang-orang yang korup ini akan menaikkan lagi harga barang.Tahniah aku ucapkan kepada mereka yang mahu kepada pentadbiran kerajaan sekarang? Terimalah hadiah yang mereka beri dengan senang hati. Jangan mudah marah kerana inilah pentadbiran kerajaan yang entum semua pilih.Bagi yang membangkang adalah tanggungjawab kita untuk membetulkan keadaan secara demokratik dan efektif.Buktikan yang antum tidak mudah lupa dan tegurlah pemimpin antum yang menang di parlimen ataupun adun dengan cara yang mereka fahami.



-PEMIMPIN LEMAH NEGARA PARAH-


Comments

Popular Posts