Perihal Seorang Ayah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Hari ini 11 Jamadil Akhir 1429 hijrah bersamaan 15 Jun 2008 merupakan satu hari yang mungkin kebanyakan dari kalangan manusia meraikan bersama. Satu hari untuk memperingati jasa baik dan kerah keringat seorang insan yang telah mencipta kita dari hasilnya yang darinya datang asbab untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT.

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan kegiatan kekeluargaan.

Terpulang kepada individu untuk meraikannya ataupun tidak. Lagi ahsan kita sebagai mukmin tidaklah meraikannya. Tepuk dada tanya diri. Muhasabah pada diri sendiri. Adakah kita perlu nak ikut ataupun tidak? Tiada salah kita mengikut benda yang baik. Asalkan tidak lari dari akidah dan syariah itu sendiri. Nanti kita di katanya "Bid'ah" dah susah. Sebenarnya tidaklah perlu untuk menentukan hari sekian-sekian untuk mengingati bapa kita. Yang penting niat untuk menghargai dan menyayangi bapa kita.

Perihal Seorang Ayah

Ayah, Abah, Abi, Baba, Papa ataupun sebagainya merupakan antara panggilan yang di panggil untuk menghormati insan ini.Insan yang memang kelihatan cool sejak kita mengenal dunia ini bukan. Adakah anda yang bergelar lelaki terpanggil untuk menerima gelaran ini? Sudah tentu bagi orang yang bujang semestinya ingin merasakannya. Bagi yang baru menglangsungkan pernikahan lebih-lebih lagilah exited untuk menerima gelaran ini.

Seringkali kita lihat perwatakan yang di bawa oleh seorang pemimpin keluarga ini selalunya bersifat tegas dan berdisiplin. Bagi aku yang telah berusia suku abad inipun masih lagi rasa gerun bila hendak bercakap dan berbual dengan ayah. Mana tidaknya semenjak kecil lagi aku dan adik-adik diasuh ala-ala tentera oleh ayah kerana ayah merupakan bekas pelatih Tentera Laut Diraja Malaysia. Sudah semestinya satu teriakan darinya sudah boleh meluluhkan isi badan ini. Ketegasan dan disiplin ini yang menjadikan kami adik beradik rasa bersyukur kerana di berikan ayah yang pandai memimpin.Perihal agama lebih-lebih lagilah diutamakan. Sebab itu adik beradik aku semua berkelulusan sekolah beraliran agama.

Teringat aku sebuah cerita dari Korean ( cerita yang boleh di ambil sempadan ) tentang seorang bapa tunggal yang menjaga anaknya semenjak dia lahir sampailah dia berumur dalam lingkungan 8 atau 10 tahun. Boleh dilihat cara ayah dia menjaganya dan mendidiknya walaupun tiada bantuan dari isterinya. Di sini kita boleh dilihat seorang "Appa" boleh mengasuh. Apa kurangnya jika nak dibandingkan dengan seorang ibu. Cumanya cara pengasuhan itu mungkin berbeza.

Kebiasaannya si ayah susah untuk menunjukkan rasa kasih sayang pada anak-anaknya secara zahiri tetapi si ayah lebih suka dengan cara tanpa pengetahuan sesiapa untuk ditunjukkan kasih sayangnya.Sebagai contoh: Seorang ayah akan memukul anaknya dengan menggunakan rotan dan dibedil sepuasnya di pinggul jika kita anak-anak yang nakal melakukan kesalahan. Tapi di malam hari semasa kita tidur dan tanpa sesiapa perasan. Ayah datang kepada anak dan menyapukan ubat atau minyak di tempat yang dirotan. Ayah juga akan mengalir air mata kerana perbuatannya.

Teringat masa kecil-kecil dulu rotan yang pelbagai saiz pernah sampai di pingul dan juga di tangan. Melihat muka ayah yang berkumis tebal itu sahaja sudah menggerunkan. Teriakan ayah seringkali membuatkan kerja-kerja kenakalan aku tergendala sebentar. Aku jenis anak kecil yang tidaklah nakal sangat tapi ayah aku jenis suka mengongkong segala aktiviti bersama rakan-rakan lain. Hari cuti kelas tambahan dan tolong dan ikut ayah berniaga. Sebab apa yer .. mungkin aku adalah anak tunggal lelaki di dalam keluarga. Sebab itu ayah aku menjaga aku. "Farid!!! ko tak bangun lagi...nak kena jirus ngan air ke!" itulah antara teriakan ayah di pagi cuti. Itu belum lagi rotan tidak solat dan ponteng mengaji al quran...hehehe rasa macam nak kembali ke zaman kecil-kecil dulu.

Itulah antara karekter "Cool Of The Man" yang semestinya aku dan rakan-rakan yang belum berkahwin akan merasainya. Entah bagaimana agaknya bila aku bergelar ayah. Seronok agaknya ye? Rasanya belum masanya lagi aku berkahwin. Moga aku akan menerima zaujah yang memahami diri ini dan dapat bersama di dalam perjuangan. InsyaAllah...amin.

p/s : x sabar nak peluk ayah dan berbual dengan ayah balik ini ... Malaysia tunggu daku!!



Sanah Helwa Ya Akhi Hakimi

Tanggal 12 Jun 2008 bersamaan 8 Jamadil Akhir merupakan hari kelahiran ahli bait aku yang bernama Muhammad Hakimi Bin Mustapai merupakan abang lama dan ketua bagi bait mithaliku. Bakal Graduan dari Kuliah Quran Wal Qiraat - Jabatan Ulum Quran wa Ulumuhu. Hari ini gena[p umurnya 27 tahun.

Ucapan Khas buat diriku buatmu ialah " Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki hendaknya. Semoga najah di dalam pelajaran dan dapat meneruskan perjuangan di Malaysia kelak. Moga menjadi Qura di Malaysia dan sebagai tempat rujukan masyarakat di Malaysia."

Tahun ini merupakan tahun terakhir baginya. Mungkin aku akan menunggu beliau di KLIA airport kerana aku sudah pulang ke tanah air pada akhir bulan 6 ini. Aku doakan semoga najah insyaAllah.

Kami ahli bait dan imarah buat ala kadar sahaja. X jemput sapa-sapa. Ustaz Kimi belanja Pizza dan juga kuih cara, tidak ketinggalan juga bubur jagung dan kek hehehe mana leh lepas.Setahun sekali je.

Comments

Popular Posts