Salam Tahun Baru 1430 / 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat para sahabat yang terlalu ku rindui serta para pejuang serta mujahid yang seringkali tiada henti merungkai segala isian di alam maya. Aku terlebih dahulu memohon ampun dan maaf sekiranya aku dah lama tak update blog aku.Sememangnya kau mengakui diir aku sekarang ini ada sifat yang sepatutnya tiada di dalam kamus hidup aku tapi semestinya ada turun naiknya kehidupan dan gaya hidup seseorang. Aku terus terang yang aku sekarang ini terlebih masa dengan pengajian aku dan juga kerja. Tidak cukup tangan aku untuk merungkai sesuatu di dalam blog aku ini.maafkan aku.

Alhamdulillah sekarang ini kita dah berada di tahun baru baik tahun Hijrah ataupun Masehi.Apa-apa pun aku tau yang kamu semua mesti sudah menanam azam yang baru ataupun hendak mengecapi dahulu azam yang tidak kesampaian.Tahun 1430 hijrah sudah lebih 3 minggu berlalu dan tahun 2009 masehi juga sudah hampir 2 minggu juga berlalu.Bagi aku tahun ini merupakan tahun aku bagi turutan kalendar cina tahun lembu..hehehe.Moga ada kebaikan yang Allah tetapkan pada diri aku pada tahun ini...InsyaAllah.

Apa yang aku dapat lihat pada awal tahun baru ini ialah satu kecaman yag buruk yang telah berlaku di bumi suci orang islam sendiri iaitu di bumi Palestin. Betapa kejamnya manusia yang menganut agama Yahudi membedil sewenang-wenangnya anak-anak kecil, orang-orang tua, kaum wanita dan juga meruntuhkan rumah-rumah Allah. Apakah hikmah dan alamat yang Allah hendak berikan pada kita umat islam di seluruh dunia.Hanya Allah yang tahu hikmah dan alamat kejadian yang penduduk islam Palestin alami sekarang.

Aku sampai sekarang menitiskan air mata tanda kasih dan sayangku sesama saudara islam di sini.Doaku dan solat hajat tidak lekang di rantaian kehidupanku. Ya Allah berikanlah kekuatan pada mujadin islam yang bertarung di medan perang.Andai kata ada seruan jihad sampai di bumi Malaysia ini insyaAllah aku akan korbankan diri aku untuk jihad fisabilillah.Mengapalah di bumi arab sendiri tidak mahu menolong jiran mereka.Aku terlalu geram dan sakit hati bila aku membaca berita yang mengatakan Hosin Mubarak, Presiden Mesir tidak membuka laluan banytuan di sempadan Mesir-Palestin di Rafa'.Betapa dia tidak dapat melihat keganasan musyrikin membatai bumi Gaza.Bagaimana askar-askar yahuni meratah dan memamah tubuh kecil dan lemah yang belum mengerti kehidupan dunia ini.Betapa berdosanya aku melihat tanpa memikirkan apa yang harus ku lakukan.

Semuanya bermula dengan kelemahan umat islam itu sendiri sejak jatuhnya Kerajaan Islam di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki.Sejak itulah bumi Palestin dijual beli oleh sebahagian rakyatnya sendiri yang menjadi pengkhianat.Itu belum lagi yang menjadi dalang segala-galanya iaitu Kemal Attartuk itu sendiri.Pada mulanya pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.

Tetapi bila kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oeh Kemal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.

Pilihan Raya Kecil Di Malaysia

Sekarang ini sibuk di Kuala Terengganu pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu .Pertembungan antara PAS dan juga BN, mana yang menang aku pun tak tau, tapi moga-moga diorang ini pandai pikir yang patut dipilih, kalau aku korang mesti dah tahu wadah perjuangan aku. Apa-apapun chiyayok pejuang-pejuang islam.Aku tetap akan berdoa akan kejayaan kamu semua mujahid islam.

Cuti SEM dah nak habis

Aku sekarang ini tengah cuti sebenarnya alhamdulillah ada kesempatan nak tulis sesuatu buat blog peribadi kesayanfgan aku ini.yerlah dekat berapa bulan tak update ye sedih orang masuk tak update-update. InsyaAllah dalam 1 minggu sekali lah aku update blog aku.Doakan kejayaan mujahid kita di bumi Palestin dan jangan lupa solat hajat untuk mereka.Inilah saja yang dapat membantu mereka..tidak lupa juga berilah sumbangan kepada mereka.

Assalamualaikum...ilalliqa maa salamah

Type rest of the post here

Comments

Popular Posts