Salam Safar dan Februari

yer
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Sehari mungkin datang dalam masa berhari-hari, semalam pula sudah berlalu dengan sepenuhnya.Apa aku merepek ni yer...saja jek nak buat intro tapi tak jadi.

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat sekalian..dah lama aku tak update blog kesayangan aku sekarang ini. Bukan tak nak update tapi sekarang ini ada sibuk sikit dengan pengajian dan pekerjaan hehehe so harap fahamlah yer semuanya. Tapi aku tabik kalau ada pejuang-pejuang blog ni yang still menulis.. Alhamdulillah.

Sekarang ini banyak perubahan yang boleh dilihat baik di depan mata aku ataupun di belakang mata aku..memanglah tutup sebab belakang mata mana ada mata! hahahaha. Mesti sekarang ini dah banyak berubah. Kenapa aku cakap macam tue ek? sebabnya dah ramai dah kawan aku yang berumahtangga. Tahniah buat sahabat seperjuangan dan baik aku Amiruddin Zaki Bin Sahdon dan pasangannya Masnita Binti Bunari yang melangsungkan pernikahan mereka pada 31 Januari lepas di Parit Raja, Batu Pahat. InsyaAllah akan aku muatkan gambar-gambar pernikahan mereka di site ibnufarigallery ok!! http://musafirseni.blogspot.com/

Pentingnya Daulah Islamiah

Apa citerlah dengan negeri Perak ini. Aku sebenarnya tak faham apa strategi yang ingin di buat oleh mereka ke atas negeri yang termutlak berada di dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Kita tunggu dan lihatlah. InsyaAllah Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Kuliah Bermula

La ni...aku dah start pengajian untuk sem 6 .. dah last year dah aku kat sini.Alhamdulillah moga aku tetap dan kuat untuk menhabiskan perjuangan aku untuk menuntut ilmu walaupun hatiku dan ragaku masih lagi berada di Bumi Anbiya'. Moga diriku berpeluang untuk meniup udara di bumi yang penuh barakah itu.

Meybe aku sibuk ngan Family Day di MANHAL ini..pepun doakan aku dapat tulis apa2 yang patut yer di blog aku ini.

Akhir kalam...semoga kita dapat merenung kembali apa yang berlaku di dalam diri kita, sekeliling kita juga perlu dilihat. Allah berfirman di dalam Al Quran:

Katakanlah (wahai Muhammad: Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Dia menghendaki tentulah Dia akan memberi hidayat petunjuk kepada kamu semuanya. (149) Katakanlah: Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan bahawa Allah mengharamkan (benda-benda yang kamu haramkan) ini. Kemudian jika mereka (tergamak) menjadi saksi (secara dusta), maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka; dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka. (150)-Surah AL-An'am

Comments

Popular Posts