Sanah Helwa Ya Akhi wa Ukhwati

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Salam buat rerakan yang seperjuangan dengan aku sekarang ini aku ada bz sikit nanti aku dah banyak masa aku bolehlah tulis macam dalam nie yer...

Sanah Helwa Ya Akhi Wa Ukhti

Cumanya hari ini aku nak ucapkan something untuk dua member aku yang lahir pada bulan 2 ni iaitu Khairunnisa Ul Balqis pada 17 Februari lepas yang sekarang ini berada di UPSI. Seterusnya untuk sahabat sekampung aku yang sekarang ini berada di UKM iaitu Azrul Aminurrashid yang lahir pada hari ini 21 Februari.

Semoga rakan-rakan seperjuangan aku ini mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat insyaAllah...ermmm apa lagi ek aku nak pesan kat korang nie...ha semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki insyaAllah...tak lupa juga...moga di permudahkan jodoh kamu. Ada masa yang sesuai aku akan telefon korang yer...hehehe

Balik Kampung Lagi

Rasanya aku baru jek kat Peneng dalam 2 minggu lebih tapi aku hari ini dah belik kampung aku kat Ayer Hitam ini coz aku ada urusan dengan pihak bank..bukan apa masalahnya aku yang kena handle dengan pihak bank tue sendiri...nak tahu kenapa? hehehehe mana boleh cerita.

Perihal Kesihatan

Mengapa agaknya aku mengungkapkan sesuatu perihal yang berkaitan dengan kesihatan bila aku nak update blog aku yang dah nak tumbuh cendawan ini.Tapi aku akan bagi pertumbuhan cendawan ini satu kebaikan untuk korang semua bukan semata-mata kulat atau pemusnah.

Sebenarnya dah lama aku nak bicarakan akan perihal kesihatan ini tapi hari ini aku nak bagi sikit jek dulu tak leh nak bagi banyak-banyak nanti otak korang pening. Dahla otak tue pening dengan pelbagai kerja yang semestinya berlambak. Kalau bebudak U dekat Malaysia ni sekarang sibuk dah nak exam ataupun sekarang ini tengah test. Kalau dekat luar negara tue tengah cuti sem kot.

Di dalam kajian sains sekarang ini kehidupan manusia ini dipengaruhi oleh 6 faktor yang membuatkan kehidupan manusia ini boleh di kategorikan baik ataupun tidak. Antaranya udara, air, makanan dan minuman, keseimbangan dan emosi, olahraga yang teratur dan istirehat yang cukup.

Inilah antara komponen yang boleh mendatangkan sesuatu keadaan manusia itu dalam keadaan baik ataupun tidak. Sebenarnya banyak lagi permasalah yang mendatangkan sesuatu keadaan metabolisme tidak teratur. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...berjumpa lagi di masa akan datang. Salam

p/s=Jangan lupa pesanan ayahanda dan bonda...salam rindu buat sahabat-sahabat di TANTA, MESIR buat yang terbaik untuk EMINENT 2009..Adnan buat sehabis baik dan crew yang lain...GAMBATEE

Comments

Popular Posts