Barang Jenama Anda

Friday, March 06, 2009

Kajian Sains Dalam Membuktikan Ketidakstabilan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


SAINS DALAM MEMBUKTIKAN KETIDAKSTABILAN

Menelusuri perkembangan peradaban pada abad ini sesuatu penemuan sains yang bervariasi telah membuatkan manusia meletakkan setiap kebenaran sesuatu itu harus melalui kalkulatif yang logika dan penjelasan dan penerangan perlu dibuat dengan cara spesifik. Maka sebarang kebenaran ataupun hakikat harus disampaikan menerusi penjelasan dan penerangan yang mapan, sehingga kini seruan bermetode konvesional sukar diterima oleh golongan intelektual. Ini adalah kerana manusia sudah melalui banyak evolusi pemikiran, tuntas sebarang dakwaan dan kenyataan yang tidak disokong oleh fakta zahir atau nyata akan mudah dikotak-katikan seterusnya akan tertolak sama sekali.

Spekulasi pada ayat di atas menunjukkan sebagai misal atau contoh dakwah konvensional oleh rasul terdahulu yang bersesuaian dengan situasi pada ketika itu. Namun pada era kini seruan dakwah dan penyampaiannya perlu bervariasi melalui hikmah dan pendekatan yang kreatif bagi memastikan penerimaan sebara total. Dalil saintifik antara hujah penting yang membantu respond an reseptor khalayak ramai.

ISLAM ADALAH AGAMA SPIRITUAL, FIZIKAL DAN MENTAL

Evolusi pemikiran telah mencetuskan ideologi pemikiran yang bervariasi. Pemikir-pemikir seperti Darwanisme, Komunisme , Pragmatisme, Liberalisme, Globalisme telah diterima dalam tempoh-tempoh tertentu bagi sesetengah masyarakat dunia. Melalui ruang lingkaran waktu dan masa, teori-teori tersebut dibuktikan oleh epistemologi yang saintifik bahawa keseluruhannya melahirkan dan mewujudkan ketidakstabilan (inbalance) dalam merencana kehidupan manusia.
Sesungguhnya agama Islam itu adalah kebenaran bagi semua kategori baik dari segi spiritual, fizikal dan mental. Banyak penemuan yang telah diperolehi oleh para cendekiawan barat sendiri tentang kelebihan yang ada pada Islam itu, ia didapati dengan mengunakan kaedah kajian sains dan hari demi sehari menjelaskan islam adalah pelengkap kestabilan hidup manusia.seorang doktor pakar bedah jantung di Amerika menulis di dalam sebuah buku, degupan jantung seorang Muslim adalah lebih tenang berbanding degupan jantung seorang kafir. Ini membuktikan melalui pengalaman setiap kali dia melakukan pembedahan. Dengan melafazkan syahadah, aliran darah berubah menjadi alur yang damai. Ini adalah bukti islam sebuah agama yang menjamin kestabilan spiritual.

Banyak lagi kajian-kajian yang telah dibuat oleh para cendekiawan, antara kajian kedoktoran menyatakan otot di tubuh manusia akan menghasilkan stamina di luar batasan normal sekiranya dikembang kuncupkan secara serentak. Terbukti ibadat dan amalan yang disyariatkan oleh Islam adalah proses peningkatan stamina otot beransur-beransur. Ia melatih penggembangan dan penguncupan otot di bawah sedar. Oleh itu tidak hairanlah apabila tentera yang melazimkan Qiamullail adalah satu binaan yang gagah fizikalnya. Ini bukti kedua bahawa islam agama yang menjamin kestabilan fizikal.




SAINS SUATU RENTANGAN?

Pada awal kedatangan ilmu sains ini dikatakan adalah untuk menjadi bahan dan alat untuk merentangi dan memesongkan dalil kewujudan Allah. Terdapat pelbagai teori-teori sesat dan negatif tercetus dari pemikir Barat, baik melalui teori eksistensi alam, kewujudan zahrah, asal-usul manusia dan sebagainya. Akan tetapi akhirnya ilmu itu sendiri yang menzahirkan dan menjelaskan sebaliknya. Alam menerusi sains telah membuktikan eksistensi sebenar pencipta.Sebagaimana yang tertulis di dalam kajian Harun Yahya iaitu pemikir dan perintis kepada pengupasan bukti kewujudan Allah lewat sains cukup membuktikan dan memberi kesedaran bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Beliau banyak membuat perbandingan antara teori-teori lama dan baru untuk menyimpulkan kebenaran Islam. Sebagaimana teori ‘big bang’ membuktikan ala mini bermula dari satu titik. Big bang (letupan besar) terjadi daripada ledakan titik yang mengandungi semua zat dan tersebar ke segenap ruang angkasa. Letupan yang seimbang ini telah mewujudkan sistem galaksi dan kosmik yang merangkumi semua yang berada di langit. Kenyataan ini menyanggah teori ‘Steady state’ Fred Hoyle yang menganggap ala mini tiada permulaan.

Itulah buktinya bila sains ditaksir menerusi kewarasan akal, terbukti kebenaran adalah suatu yang tidak lari daripada nas al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri. Teori dan falsafah yang terhasil dari kajian yang tidak mendasar, akan menatijahkan kekeliruan. Hakikatnya , apabila kajian itu mengikut mencecah ke dasar epistemology sebenar ia akan menafikan semua teori yang tidak stabil, sekaligus membuktikan bahawa Islam itu adalah sesuatu kestabilan dan jaminan kehidupan.


“ Sesungguhnya agama yang berada di sisi Allah ialah Islam”Jadikan diri pemangkin penjanaan pemikiran Islamie.

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang