Barang Jenama Anda

Sunday, April 26, 2009

Sahabat-Sahabat Iblis

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum pembuka bicara, santapan rohani buat sekalian makhluknya. Tiada yang lengkap dengan kebaikan dan tiada yang terlepas daripada kemungkaran. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam penawar serta pelengkap penyampaian akidah untuk sekalian alam.

Rasanya diri ini banyak membuat kesilapan sejak dari aku dilahirkan sehinggalah aku berumur 24 tahun sekarang ini, rasa diri ini terlalu naïf untuk menyampaikan sesuatu yang baik serta bermanfaat. Semoga diri yang serba kekurangan ini dapat memberi sedikit santapan rohani dan juga berkongsi ilmu yang mana di dalam hadith Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam “ Sampaikan kamu ilmu walaupun sepotong ayat”
Persahabatan Bersama Syaitan dan Iblis
Seringkali kita mencemuh dan memaki akan Iblis laknatullah tetapi dengan cemuhan dan makian itulah yang membuatkan Syaitan dan Iblis suka mendengar dan menerimanya. Kerana semua itu sebahagian daripada mereka.

Di dalam Al Quran Al Karim ada menyebut tentang perihal Iblis yang tidak mematuhi suruhan Allah Subhanahu Wata’ala di mana seluruh Malaikat dan Jin disuruh tunduk sembah kejadian baru ciptaan Allah Subhanahu Wata’ala bukan kerana untuk menukar keimanan mereka tetapi untuk menghormati kejadian sebaik-baik kejadian iaitu atok moyang keturunan kita semua manusia di dunia ini iaitu Nabi Adam ‘alaihi Salam.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam Surah Al Baqarah: ayat 34 yang bermaksud
“ Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah[1] kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir”.

[1] Sujud di sini bererti menghormati dan memuliakan Adam, bukanlah bererti sujud memperhambakan diri, karena sujud memperhambakan diri itu hanyalah semata-mata kepada Allah.

Mengapa semua ini terjadi, sememangnya hasad dengki dan merasa dirinya lebih mulialah yang menjadikan Iblis enggan tunduk kepada Nabi Adam tetapi akhirnya terpaksa bertemu dengan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam atas perintah Allah Subhanahu Wata’ala untuk memberikan jawapan setiap persoalan yang dilontarkan junjungan mulia.

Antara jawapan yang diberikan Iblis dengan pengakuan bagaimana dia mengoda manusia:


Perihal Dusta

“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

“Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatiNya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah ( adu domba ) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.

“Orang yang bersumpah menceraikan isterinya maka ia berada di pinggir dosa walaupun hanya sekali dan walaupun ia benar.

“Sebabnya, barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu sehingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya satu kalimat, cerai.

Perihal Solat

“Wahai Muhammad umatmu ada yang suka melewatkan solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu. Maka solat itu dipukulkan ke mukanya.

“Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘Lihatlah kiri dan kananmu, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dab ku cium keningnya serta aku katakana ‘solatmu tidak sah’.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.
“Jika ia solat bersendirian , aku suruh dia bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali sehingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam.

“ Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi keldai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat. “ Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.

“Kebahagian apa untukmu sedang aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakana padanya, ‘Kamu tidak wajib solat , solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat’.

‘Orang sakit dan miskin tidak wajib dan jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat’. Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

“ Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka daripada Islam?” kata Iblis.

Itulah antara cara iblis untuk menggoda manusia manjadi kuda tunggangannya di akhirat kelak. Umat Islam digalakkan bermuhasabah diri dan memikirkan kembali apa yang perlu dilakukan supaya setiap ibadat dapat dijalankan dengan khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala bukannya sesame manusia.

Friday, April 10, 2009

Politik Di Tanah Air Ku

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat rerakan seperjuangan yang masih lagi meneruskan tatacara penulisan tanpa menilai situasi sekeliling dan juga keadaan kesempurnaan kendiri serta kudrat yang Allah berikan. Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya aku dapat juga menitipkan sesuatu buat paparan pembaca yang setia dan juga pengunjung yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk aku menulis apa sahaja yang rasa diperlukan. Rasanya sudah lama aku tidak mengupdate aku punya blog ini. Maybe persekitaran yang aku alami kini membatasi aku untuk menulis seperti dulu. Tapi apa jua keadaan dan cabaran aku mesti menongkah arus kehidupan untuk menulis sepertimana aku ‘ISTIQAMAH DI DALAM ISLAM’.

Ketika aku menitipkan pepunat aksara keybord di laptop aku ini, suasana pagi di tempat aku begitu hening dengan kedengaran kicauan burung dan juga pelbagai bunyian. Biasalah nama pun taman perumahan mana boleh hilang dengan bunyi selain kicauan burung yang sebegitu indah kedengaran menyusup hati dan sanubari kita bukan. Walaupun aku jauh dari bumi anbiya aku masih lagi ingin mendengar heningan di sana. Bunyi khimar seringkali kedengaran dan juga kokokan ayam jantan di atas sutuh masih lagi aku rindui. Kicauan burung di sini dan di sana tetap sama. Keheningan pagi di hari minggu sebegini mengingatkan aku akan suasana ini di sana.

Pada waktu sebegini aku seringkali masih dibuai mimpi selepas solat subuh dan membaca mathurat. Sudah lama aku tak nikmatinya sendiri. Alhamdulillah Allah menghidupkan aku di waktu heningan dan udara yang segar bugar masih berserakan untuk aku hirup sepuas-puasnya nikmat yang Allah berikan sesame makhluknya yang saling memerlukan. Terima kasih Ya Allah. Ku panjatkan ribuan kesyukuran buat diri-MU.


PENGUNDURAN PEMERINTAHAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

Alhamdulillah dengan limpah kurnianya sudah selesai perletakan jawatan dan pengunduran TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI dari tampok pemerintahan MALAYSIA pada 3 April 2009. Kita semestinya merindui akan pemerintahan yang boleh dikatakan pendek. Iaitu dalam tempoh 5 tahun. Tetapi apa yang diberikan dan dilaksanakan kita semestinya mensyukurinya walaupun banyak daripadanya kita tidak sukai dan membangkangnya. Bagi aku walaupun tampok pemerintahan beliau dilihat lemah tetapi di sebalik yang tersirat tidak dapat disurati dengan nilaian. Tanpa beliau manakan ada pemerintah iaitu perdana menteri yang latar belakangnya mempunyai pengajian agama dan nilaian agama yang jitu yang diwarisi dari keturunan dan generasinya. Walaupun dirinya terikut dengan trend pemerintahan sekularisme. Itu kesalahan beliau dengan Allah SWT. Biarlah dia yang menjawabnya. Moga Allah merahmati beliau.

Kebiasaan bagi kita bila orang yang dicaci dan tidak baik dipandangan kita akan terlihat akan kebaikan yang dibawanya dulu. Itu sememangnya sudah lahir di dalam urutan kisah penghidupan manusia. Baik dan buruk tetap akan ada. Itulah yang telah Allah ciptakan iaitu setiap pasangan yang Allah ciptakan ada pasangannya seperti Allah ciptakan Nabi Adan dan zaujahnya Siti Hawa.



PERTABALAN DATO’ SERI NAJIB BIN ABDUL RAZAK

Bermula sudah era pemerintahan Dato’ Seri Najib yang telah mengantikan tampok pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bermula 4hb April 2009 bermulalah gerak kerja Perdana Menteri ke 6 Malaysia ini. Bagaimanakah pembawakan yang akan di wujudkan di kaca mata kita sebagai rakyat Malaysia kelak? Aku seringkali terfikir apakah yang akan di bawa oleh pemimpin yang dikalangan orang-orang UMNO ini. Semestinya cara pembawakan mereka seakan-akan sama walaupun berbeza. Moga-moga Allah memberi hidayah ke atas mereka. Biarkan hilang pemikiran sekularisme yang sudah termapan di dalam benak kehidupan mereka. Aku ada cara sendiri menilai mereka di dalam aspek tatacara mereka. Aku bukan pro mana-mana tetapi aku yang mengaji di dalam bidang agama Islam dapat menilai semuanya itu. Terpulang pada antum untuk menilai bukan. Tiada paksaan di dalam memilih bukan. Tidak ada dalam Rukun Iman pun. Tapi ingat kita punya ikrar yang seringkali dilupai:

“ Aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku dan dengan Islam sebagai agamaku dan dengan Muhammad SAW sebagai nabi dan rasulku”.

Tiada yang lebih indah dan sebaik daripada nikmat kehidupan sebagai muslim dan jalanan berpandukan ajaran Islam. Aku bukanlah orang yang terbaik untuk menghuraikan dan menuturkan Ilmu Al Quran dan As Sunnah. Tapi aku perlu memberi walaupun sedikit. Kerna aku yang mengaji ini yang terlebih dahulu akan ditanya oleh Allah SWT. Ingatlah antum semua pemerintahan yang diredhai oleh Allah SWT hanya akan diberi kepada kerajaan yang berlandaskan gerak kerja Islam. Janganlah dicedok sebahagian daripada sebahagian yang lain untuk menitipkannya di dalam satu wacana dan diguna pakai untuk kepentingan diri sendiri. Firman Allah di dalam ayat kursi, surah Al Baqarah ayat 255:

“….Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya…”

Seterusnya harapan dari aku untuk pemerintah baru ini agar dapat meberi kan sepenuh perhatiannya di dalam tampok pemerintahan beliau. insyaAllah..

3 KAWASAN REBUTAN PR DAN BN

Dalam bulan April ini juga akan tercetus peperangan di antara Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Huhuhu macam peperangan apa je kan. Peperangan merebut kerusi parlimen yang telah di tinggalkan oleh oranglah!. Telah tercetus kempen-kempen dan propaganda di antara pihak yang akan merebut tempat itu. Seperti biasa ada sahaja yang tidak kena dek terikut akan paksaan hati akan terjadi di dalam Pilihan Raya Kecil seperti ini. Tetapi apakan daya nama sahaja demokrasi tetapi tidak memberi peluang kepada pembangkang seperti Pakatan Rakyat untuk memberi sebarang informasi terkini. Manakan tidak penarikan pengedaran untuk akhbar Parti Rakyat iaitu Harakah dan juga Suara Keadilan seperti dikatakan berbau ‘ngeri atau takut dengan bayang-bayang sendiri’. Tapi tidak usah takut akan situasi ini. Sekarang ini zaman bukan lagi cetek ilmu dan mengikut seperti kerbau atau lembu yang di tusuk hidung. Rakyat sudah reti dan menilai mana baik dan buruk. Itu terpulang pada mereka yang berkehendak kepada pemerintahan adil lagi saksama. Tapi Alhamdulillah sudah ditarik balik penarikan pengedaran akhbar tabloid pembangkang.

Kita akan lihat perkembangan politik tanah air hari ini, bila menerima keputusan di Pilihan Raya Kecil tersebut. Adakah rakyat sudah sedar ataupun masih di takuk lama? Semua orang mempunyai pandangan yang berbeza. Walaupun fikrah masing-masing berlainan pemikiran juga berbeza. Kita perlu ada kesedaran untuk ini. Pelbagai andaian akan berlaku bila keputusan PLK ini berkumandang tidak lama lagi. Kehidupan pada masa kini tidak dapat lari dari isu politik. Memang sudah tersurat di dalam kehidupan juga Allah berikan untuk kita di dunia ini.

Tetapi apa yang membezakan di sini adalah dengan cara dan etika pembawakan politik itu. Sudah tahu bahawa politik ini sememangnya akan berlaku ketidakpuasan di antara mereka. Dari segi mana itu kurang pasti, hanya mereka yang tahu. Cara pembawakan yang berbeza. Politik ini jika tidak di landaskan dengan ajaran Islam semestinya dia akan menjadi teramat ‘KOTOR’. Kotor dari segi apa? Antum semua boleh menilai akan perihal ini. Rata-rata kita ini berilmu dan belajar di sekolah. UPSR , PMR, SPM semestinya sudah ditempohi, tidak lupa juga pada STAM dan STPM yang jarang pelajar ambil. Universiti lagilah bercambah. Walaupun tidak sebijak seperti adik Nik Nur Madihah yang mendapat 20A yang merupakan pelajar terbaik SPM bagi tahun 2008. Tapi sekurang-kurangnya kita mampu mencetuskan pemikiran yang sihat dengan menilai baik dan buruk sesuatu.

Kita doakanlah agar politik di Malaysia ini akan menjadi setelus pasir yang putih dan bersih di tepian pantai. Alangkah indahnya politik ini bersih dan berlandaskan Islam. Semestinya penganti pemerintahan Khilafah Umar Abdul Aziz akan muncul di abad ke 21 ini. Amin.

13 TAHANAN ISA DIBEBASKAN

Sudah terbit edisi baru untuk pemerintahan perdana menteri baru kita akan pembebasan 13 tahanan ISA. Berdasarakan penyataan ini adakah berlaku satu spekulasi yang saja di buat untuk membuat satu tarikan pengundi untuk mengundi BN. Dalam bab ini aku nak mengupas dan memberi pandangan aku sendiri mengenai isu baru ini.

Bagi aku yang menilai politik BN sejak aku mengenal apa itu politik sejak aku di bangku sekolah menengah lagi. Ini merupakan gimik yang diada-adakan untuk menarik sebahagian pengundi untuk mengundi BN di pilihan raya kecil yang akan datang ini. Walaupun andaian aku ini ada berbau polimik pembangkang kalian semua mesti akan menghasilkan satu persoalan bukan. Sudah pasti juga akan tercetus andaian dan pandangan antum sendiri berkisarkan isu baru ini.

Syukurlah jika pemerintahan Najib ini hendak membebaskan dan memansuhkan ISA ini. Tetapi jika ada muslihat di sebalik tirai aturcara beliau. Baunya sudah dapat dihidu oleh rakyat insyaAllah. Rakyat semestinya akan memikirkan yang terbaik dari yang terbaik. Bukannya memilih dengan membabi buta seperti dulu. Dulu bolehlah jika hendak memainkan pemikiran rakyat. Rakyat sekarang ini bukan lagi era seperti pemerintahan Tun yang lima iaitu Tun Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Disogok dengan material ataupun sebagainya. Sememangnya manusia akan suka dan menyukai perkara ini.

Era sudah berubah dan tamadun akan berubah dek zaman dan masa. Tiada pemerintahan yang akan kekal seperti yang aku terbaca di dalam buku “ Historical Of Genesis” mengatakan ‘ Sesuatu tampok pemerintahan dan tamadun tidak akan kekal lama dan semestinya akan berubah dan jatuh’. Serupalah pada kita manusia, haiwan, tumbuhan dan alam semesta yang lainnya. Ini kerana sememangnya semua ini merupakan ‘ MAKHLUK ALLAH’ ciptaan dari yang Maha Esa dan Maha Pencipta iaitu Allah SWT.


Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang