Sahabat-Sahabat Iblis

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum pembuka bicara, santapan rohani buat sekalian makhluknya. Tiada yang lengkap dengan kebaikan dan tiada yang terlepas daripada kemungkaran. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam penawar serta pelengkap penyampaian akidah untuk sekalian alam.

Rasanya diri ini banyak membuat kesilapan sejak dari aku dilahirkan sehinggalah aku berumur 24 tahun sekarang ini, rasa diri ini terlalu naïf untuk menyampaikan sesuatu yang baik serta bermanfaat. Semoga diri yang serba kekurangan ini dapat memberi sedikit santapan rohani dan juga berkongsi ilmu yang mana di dalam hadith Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam “ Sampaikan kamu ilmu walaupun sepotong ayat”
Persahabatan Bersama Syaitan dan Iblis
Seringkali kita mencemuh dan memaki akan Iblis laknatullah tetapi dengan cemuhan dan makian itulah yang membuatkan Syaitan dan Iblis suka mendengar dan menerimanya. Kerana semua itu sebahagian daripada mereka.

Di dalam Al Quran Al Karim ada menyebut tentang perihal Iblis yang tidak mematuhi suruhan Allah Subhanahu Wata’ala di mana seluruh Malaikat dan Jin disuruh tunduk sembah kejadian baru ciptaan Allah Subhanahu Wata’ala bukan kerana untuk menukar keimanan mereka tetapi untuk menghormati kejadian sebaik-baik kejadian iaitu atok moyang keturunan kita semua manusia di dunia ini iaitu Nabi Adam ‘alaihi Salam.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam Surah Al Baqarah: ayat 34 yang bermaksud
“ Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah[1] kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir”.

[1] Sujud di sini bererti menghormati dan memuliakan Adam, bukanlah bererti sujud memperhambakan diri, karena sujud memperhambakan diri itu hanyalah semata-mata kepada Allah.

Mengapa semua ini terjadi, sememangnya hasad dengki dan merasa dirinya lebih mulialah yang menjadikan Iblis enggan tunduk kepada Nabi Adam tetapi akhirnya terpaksa bertemu dengan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam atas perintah Allah Subhanahu Wata’ala untuk memberikan jawapan setiap persoalan yang dilontarkan junjungan mulia.

Antara jawapan yang diberikan Iblis dengan pengakuan bagaimana dia mengoda manusia:


Perihal Dusta

“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

“Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatiNya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah ( adu domba ) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.

“Orang yang bersumpah menceraikan isterinya maka ia berada di pinggir dosa walaupun hanya sekali dan walaupun ia benar.

“Sebabnya, barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu sehingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya satu kalimat, cerai.

Perihal Solat

“Wahai Muhammad umatmu ada yang suka melewatkan solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu. Maka solat itu dipukulkan ke mukanya.

“Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘Lihatlah kiri dan kananmu, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dab ku cium keningnya serta aku katakana ‘solatmu tidak sah’.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.
“Jika ia solat bersendirian , aku suruh dia bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali sehingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam.

“ Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi keldai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat. “ Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.

“Kebahagian apa untukmu sedang aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakana padanya, ‘Kamu tidak wajib solat , solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat’.

‘Orang sakit dan miskin tidak wajib dan jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat’. Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

“ Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka daripada Islam?” kata Iblis.

Itulah antara cara iblis untuk menggoda manusia manjadi kuda tunggangannya di akhirat kelak. Umat Islam digalakkan bermuhasabah diri dan memikirkan kembali apa yang perlu dilakukan supaya setiap ibadat dapat dijalankan dengan khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala bukannya sesame manusia.

Comments

Popular Posts