Barang Jenama Anda

Friday, May 22, 2009

Hari Guru Buat Guru-Guruku

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"






Assalamaualaikum pembuka bicara pada semua yang dah selalu tatap aku punya blog ni mesti rasa macam bosan pun ada kan. Yerlah aku jarang nak mengupdate sekarang nie hehehehe lainlah kalau aku rajin..hehehehee

Dalam minggu ini ada satu hari yang aku sering kali lujpa tapi bila aku berada di dalam lingkungan pengajian aku akan ingat iaitu Hari Guru yang akan muncul dan diraikan pada 16 Mei setiap tahun...bebudak sekolah kat Malaysia ni rata-rata raikan pada hari Isnin lepas.

Kolej aku pun tak ketinggalan untuk meraikannya, macam budak sekolah pun ada tapi serba sedikit dapat jugak mengenang memori semasa di sekolah menengah dan sekolah rendah dahulu.

Apa yang aku teruja ialah semangat dan pengorbanan para guru ini susah nak jangka tau, aku yang pernah ada pengalaman mengajar budak sekolah ini ada rasa seperti tanggungjawab yang berat yang perlu di berikan kepada anak-anak didik yang aku mengajar. Dulu aku memanglah loklak sikit kan...dah mengajar barulah kita rasa betapa susahnya nak mendidik anak-anak orang ini yang aku sendiri belum ada anak..( insyaAllah doakan aku cepat-cepat nikah eh !!! hehehehe)

Tapi atas komitmen yang perlu diberikan aku kena juga menjaga perihal peribadi, tingkah laku dan juga mendidik anak-anak akan tanggungjawab seorang murid dan sebagai anak serta masyarakat. Maybe korang yang belum lagi nak mengajar tue aku cadangkan korang bersiap siaga untuk menghadapi 'Tsunami Kekusutan' semasa korang mengajar nanti. Ada rasa pening-pening lalat dan berasap juga lihat telatah dan ragam diorang. Aku bercerita ni sebab nak bagitahu suasana yang pernah aku alami dan mungkin akan aku alami lagi.

Aku pernah mengajar murid di tahap 1 2 dan 3 kalau tahap 4 5 dan 6 masih boleh lagi. Tapi ni darjah 1 bayangkan....antara cakap-cakap diorang yang aku tak leh lupa "Ustad nak pergi tandas..". Padahal dah basah dah seluar diorang...! ish-ish sabar separuh daripada iman.

Manakala yang tahap 4 5 dan 6 pulak lain ceritanya. Diorang lagi cemerlang dan maju, segan aku nak 'habaq mai' depa bagi aku surat hehehe secret admire... mampuih aku ( tahu dek bakal tunang aku mampus hehehehe).

Itulah kenangan aku masa aku ngajar.Oleh itu kita yang masih study ni kita kenalah hargai dan kenang segala apa yang mereka buat dekat kita. Mengajar kita apa itu a b dan c sampailah kita dapat masuk universiti dan sebagainya. Aku rasa bersyukur dengan segala pemberian yang guru-guru aku pernah beri.

' TERIMA KASIH GURU-GURU KU'

Expecially to all teacher : SEK KEB LIMPOON BATU PAHAT, SEK KEB AYER HITAM, SEK AGAMA AYER HITAM, SEK MEN AGAMA ARAB BANDAR PONTIAN, SEK MEN AGAMA PARIT RAJA, MAAHAD JOHOR, UNIVERSITI AL AZHAR TANTA DAN sekarang ni ....

Semoga kamu dirahmati dan disayangi oleh Allah yang MAHA ESA.

RENUNGAN:


Dari Ali bin Abi Talib: “Ambillah daripadaku lima perkara:
Pertama: Jangan engkau mengharapkan seseorang selain dari Tuhan engkau sendiri. Kedua: Jangan engkau takuti sesuatu pun, selain dari kemurkaan ALLAH.
Ketiga: Jangan engkau segan mempelajari sesuatu yang belum diketahui, walaupun dari sesiapa sahaja.
Keempat: Hendaklah engkau berani mengatakan yakni belum mengetahui apa yang sebenarnya engkau belum mengetahuinya.
Kelima: Hendaklah engkau sentiasa berlaku sabar, kerana sabar itu kepala iman

Saidina Ali r.a berkata:
1.Tiada solat yang sempurna tanpajiwa yang khusyu'
2.Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3.Tiada kebaikan bagi pembaca al-quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya.
4.Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warna (memelihara diri & hati-hati dari dosa.
5.Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6.Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7.Orang yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

1 comment:

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang